Apa Anda Boleh Buat Jika Ada Yang Meletak Kenderaan Mereka Di Hadapan Rumah Anda



Hari dah lewat, anda sedang mengemudi kereta anda pulang ke rumah dari kerja, dan jam ketika itu menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Sedang anda memandu masuk ke kawasan perumahan anda dengan berhati-hati, anda menyumpah kerana banyak kereta di kiri dan kanan anda yang diletak secara berbahaya di tepi jalan. Anda terfikir, kenapalah mereka tak letak kereta di perkarangan rumah mereka, kan banyak tempat. Kenapa perlu menyusahkan orang lain?
Akhirnya anda hampir sampai ke rumah anda tetapi anda tersentak seketika. Rupa-rupanya ada sebuah kereta yang diletak betul-betul di hadapan pagar masuk rumah anda! Anda menghampiri kereta tersebut. Tiada pemandu di dalam dan tiada nombor telefon ditinggalkan.
Rasa marah menyelubungi anda. Kini anda terpaksa mencari tempat letak kereta yang lain dan tambahan pula, anda kena membuka pintu pagar anda dengan berhati-hati supaya kereta yang diletak di hadapan pagar masuk anda tidak mengalami apa-apa kerosakan. Anda melepaskan satu jeritan yang cukup kuat, kesian anjing-anjing jiran terbangun dari tidur nyenyak mereka. Kemudian anda bersumpah untuk mencari satu jalan penyelesaian bagi masalah tempat letak kereta ini.
Jika anda pernah berada dalam situasi sebegini ataupun jika anda tidak dapat memandu masuk ke jalan yang dihalang kenderaan lain, anda pastinya terfikir apa yang boleh anda lakukan (penyelesaian yang sah di sisi undang-undang ya!)?
Yang pertama, adakah meletak kereta sebegitu salah di sisi undang-undang?
Gambar kereta yang diketak di hadapan pintu pagar masuk jiran.
Sudah pasti ianya salah! Kita akan merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (“APJ 1987”) untuk topik ini. Di bawah Seksyen 48(1) APJ 1987, mana-mana pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan orang lain atau yang menghalang pengguna lain melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda sekurang-kurangnya RM1,000 dan/atau penjara sekurang-kurangnya satu tahun.
Seksyen 48(1) APJ 1987:
“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”
Jadi jika anda terperangkap dalam situasi di mana kereta diletak bersepah di persekitaran rumah anda atau anda pernah berada dalam situasi di mana pagar masuk rumah anda dihalang oleh kereta lain, jangan risau kerana dalam situasi ini, andalah pemenang di sini.
Persoalannya, bagaimana anda boleh mengalih kenderaan tersebut?Pihak berkuasa sebenarnya boleh menunda kereta tersebut. Seksyen 48(2) APJ 1987 membenarkan pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan (rasa-rasanya masa ini lah pihak JPJ akan campur tangan) ataupun mana-mana pegawai majlis perbandaran untuk mengapit (“clamp”) kenderaan yang menghalang lalu lintas ataupun menundanya (“tow”) ke kawasan lain. Seksyen 48(2) menyatakan bahawa:
“…boleh mengapit roda kenderaan motor itu atau mengalihkan atau menyebabkan supaya dialih kenderaan motor itu ke mana-mana jalan lain atau mana-mana lokasi atau tempat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam suatu notis dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunya.”
Ini bermakna ada jalan bagi anda menyelesaikan masalah anda dengan menghubungi pihak polis/JPJ/majlis perbandaran supaya mereka boleh datang dan mengalih kenderaan yang diletak secara haram. Pepper Lim, seorang penulis log sesawang (blog writer) di sini pernah menghadapi situasi di mana jirannya meletak kereta di hadapan pintu pagar masuk rumah Pepper setiap hari untuk sepuluh bulan
Pepper membuat aduan dengan MBPJ dan mereka kemudiannya menghantar seorang pegawai untuk memberi saman kepada pemandu kereta tersebut. Bagus kan? Kerana siapalah yang nak letak kereta merata-rata kalau kena bayar saman kan? Tetapi bukan untuk pemandu kereta di atas. Dia meneruskan perbuatannya sehingga saman yang terkumpul di atas namanya meningkat sehingga ke RM1,000.
Pegawai di MBPJ kemudiannya menasihatkan Pepper untuk membuat laporan polis. Walaupun polis tidak menunda kereta pemandu tersebut, namun satu sesi lawatan polis adalah cukup untuk memberhentikan tabiat buruk pemandu terlibat.

Gambar senarai saman yang dikeluarkan ke atasnya.
Tetapi kita faham yang ada di antara kita tidak mahu menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan masalah ini kerana ianya menyusahkan dan bakal juga mewujudkan ketegangan di antara anda dan jiran anda. Oleh itu ada beberapa cadangan yang boleh anda ambil sebelum memanggil polis.
Cuba berbincang dan berunding dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika dia enggan berunding, anda boleh menghubungi pihak majlis perbandaran untuk mempertimbangkan hal ini. Jika kesemua di atas gagal, maka anda boleh membuat laporan polis terhadap pemandu tersebut berdasarkan seksyen 48 APJ 1987.
Mungkin ada di antara kita yang teringin sangat untuk mengambil langkah yang lebih agresif seperti mencalar atau memecahkan tingkap keretanya. Tetapi kita harus ingat yang tindakan ini salah di sisi undang-undang dan kita langsung tidak mengesyorkan tindakan sebegini, sebaliknya adalah lebih baik jika anda mengambil langkah yang lebih wajar.
Tetapi apa yang boleh anda buat jika kereta terbabit diletakkan di dalam perkarangan rumah anda, jauh dari jalan raya awam?
Anda masih boleh membuat laporan polisSesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian anda tetapi ia bergantung kepada pihak polis (dan tahap tindakan melanggar masuk tersebut) jika tindakan diambil ataupun tidak.
Di bawah AKK 1955, jika sesiapa memasuki perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan yang munasabah, mereka akan disabitkan bersalah di bawah Seksyen 22 dan boleh didenda sehingga RM50.
Seksyen 22 AKK 1955 (tiada terjemahan asal):
“Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”
Kami faham bahawa denda lima puluh ringgit ini bukannya besar terutamanya pada zaman ini tetapi kuasa laporan polis (dan bila munculnya kelibat abam polis) sudah cukup untuk menakutkan si peletak kereta yang paling degil.
Kesimpulannya, semua yang dinyatakan di atas bermakna….Anda tidak perlu membuat apa-apa yang salah di sisi undang-undang. Kami tahu yang anda semua di sana suka bergurau bila tiba masa bercakap mengenai mencalar atau memecahkan tingkap kenderaan yang diletak dengan tidak betul. Namun jangan sekali-kali melakukannya kerana ianya salah di sisi undang-undang walaupun ianya sangat memuaskan. Lagipun, kenapalah anda perlu berbuat begitu jika masalah ini dapat diselesaikan dengan menghubungi pihak berkuasa?
Sumber: Ask Legal

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/apa-anda-boleh-buat-jika-ada-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 615 hits
Tak Sangka Guna Uncang Teh Boleh Halau Tikus Dari Rumah Macam Mana Kehadiran tikus di dalam rumah pastinya akan membuatkan kita tidak berasa selesa kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan pemusnah ini sangat berbahaya Untuk mengusir h...
Akibat Rempuhan Kereta Berkenaan Mereka Dihempap Batu Bata Rumah Yang Runtuh Kereta Myvi Terbabas

Akibat Rempuhan Kereta Berkenaan Mereka Dihempap Batu Bata Rumah Yang Runtuh Kereta Myvi Terbabas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 807 hits
Akibat rempuhan kereta berkenaan mereka dihempap batu bata rumah yang runtuh Kereta Myvi Terbabas Kanak kanak perempuan maut selepas rumahnya dirempuh Perodua Myvi yang terbabas kira kira 50 meter dari jalan raya di Kampung Merchong Bebar P...
Sesiapa Sahaja Boleh Serang Pas Kemudian Pas Saman Mereka

Sesiapa Sahaja Boleh Serang Pas Kemudian Pas Saman Mereka

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 350 hits
POKOK PERSOALAN YANG TIMBUL MENGAPA ADA PENYELESAIAN DILUAR MAHKAMAH LONDON DIBUAT ADA MAINAN POLITIK PERUNDANGAN APA RAHSIANYA DARI SEGI PERUNDANGAN DANTOLONG JELASKAN KERANA RAKYAT NAK TAHU SEBELUM FITNAH LEBIH BESAR MENYERANG PAS PAKATAN...
Lauk Utama Dan Dessert Dari Jepun Boleh Buat Kat Rumah

Lauk Utama Dan Dessert Dari Jepun Boleh Buat Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 520 hits
Sajian negara Matahari Terbit Jepun memang terkenal di merata dunia Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan y...
Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 424 hits
Adoi pokok aku ni bila lah nak hidup Selalu layu dan mati je walaupun letak banyak baja Masalah pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur pastinya menjadi persoalan bagi anda yang suka bercucuk tanam Gunalah pelbagai jenis ...
Anak Kucing Ini Diselamatkan Dan Menemui Abang Angkat Yang Serupa Dengannya Sejak Itu Mereka Tidak Boleh Dipisahkan

Anak Kucing Ini Diselamatkan Dan Menemui Abang Angkat Yang Serupa Dengannya Sejak Itu Mereka Tidak Boleh Dipisahkan

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 528 hits
Kenali Unagi seekor anak kucing yang diselamatkan dari maut kini hidup bahagia dan telah bertemu dengan abang angkat yang kelihatan mirip sepertinya Pada Jun lalu Unagi telah dibawa ke pusat kawalan haiwan yang terletak di Yamaguchi Prefect...
Datuk Gong Di Surau Dicuri Dari Rumah Berdekatan

Datuk Gong Di Surau Dicuri Dari Rumah Berdekatan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 665 hits
MALAYSIAKINI Polis menerima laporan daripada seorang individu 50 tahun mendakwa berhala Taoisme Datuk Gong kepunyaannya hilang Laporan itu dibuat pada masa hampir sama dengan kekecohan isu Datuk Gong ditemui di sebuah surau tidak jauh dari ...
Bawaslu Kesulitan Ungkap Dugaan Kampanye Di Rumah Ibadah Di Tangsel

Bawaslu Kesulitan Ungkap Dugaan Kampanye Di Rumah Ibadah Di Tangsel

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 204 hits
Ini masalahnya yang berkampanye di rumah ibadah itu adalah tokoh masyarakat atau tokoh agama yang memang disegani Jadi pemberi informasi enggan jika membuat laporan resmi karena perasaan engga enak terang dia
5 Barang Perlu Ada Bila Pindah Ke Rumah Baru

5 Barang Perlu Ada Bila Pindah Ke Rumah Baru

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 292 hits
Sejak 27 Mac 2017 kini sudah sebulan lebih saya pindah ke rumah sewa yang baru di Seri Kembangan Selangor dari Bilik Sewa di Putrajaya Juga berpindah dari PJJ dengan Isteri dan Anak kepada hidup bersama di rumah sewa ini Jarak tempat kerja ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya