20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang Sesuai Buat Reunion Family Day



20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day!
“Wah, macam-macam tempat best kat Melaka. Kalau buat gathering dengan famili ramai-ramai pun best jugak kan. Mana homestay Melaka ada kolam renang yang best ye?”
Destinasi percutian tak asing lagi, itulah Melaka. Macam-macam makanan viral ada, tempat bersejarah, water park, pantai, zoo dan banyak lagi.
Tak rugi bawa famili bercuti ke Melaka kan? Kalau buat family day, lagi seronok dan meriah!
Jadi, apa kata kita intai-intai beberapa lokasi penginapan atau homestay yang menarik di Melaka yang mungkin anda tak tahu.
20 HOMESTAY DI MELAKA ADA KOLAM RENANG. UNIK, CANTIK & SESUAI UNTUK GATHERING 1. ANDJUNG SERI COTTAGE, SERKAM MERLIMAU Andjung Seri Cottage yang terletak di Serkam ialah sebuah banglo yang privasi, lengkap dengan swimming pool dan segala kemudahan penginapan.
Di sini terdapat sebuah banglo 3 bilik dengan 3 bilik air yang boleh memuatkan maksimum 14 orang tetamu termasuk kanak-kanak




Lokasi : PT 3230 Jalan Seri Serkam 10 Taman Seri, Kampung Serkam Darat, 77300 Merlimau
Facebook : Andjungseri Villa D’Klebang
Harga : Isnin – Jumaat : Bermula RM 590/malam
Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula RM 690/malam
Harga Untuk Extra Tetamu : RM 30/orang
2. ANDJUNG SERI VILLA D’KLEBANG  Kalau nak tahu, Andjung Seri juga mempunyai sebuah lagi homestay di Klebang yang baru dibuka awal tahun ini ! Tak kurang hebatnya, Andjung Seri Villa D’Klebang pula menawarkan homestay rumah semi-D dengan 4 bilik yang lebih luas dan terletak di kawasan yang lebih dekat untuk anda ulang-alik ke pusat bandar Melaka.
Homestay ini boleh memuatkan sehingga 18 orang termasuk kanak-kanak serta dilengkapi dengan swimming pool besar untuk anda dan anak-anak mandi manda sampai ke malam !
Seperti Andjung Seri Cottage Serkam, homestay yang terletak di Klebang turut menyediakan kelengkapan fasiliti seperti TV, dapur untuk memasak, toaster, mesin basuh, peti sejuk, seterika, hair dryer, BBQ pit, water heater. Parking pun tak payah pening kepala sebab ada private parking untuk 5-6 buah kereta.



Harga: Isnin – Jumaat : Bermula RM 590/malam
Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah : Bermula RM 690/malam
Harga Untuk Extra Tetamu : RM 50/orang
Lokasi : No. 1C, Jalan Limbongan Permai 1, Taman Limbongan Permai, 75200 Klebang, Melaka
Facebook : Andjungseri Villa D’Klebang
3. MYMOMHOUZ Wah, kalau tengok dari luar rumah ni sebijik macam dalam TV kan? Daripada rekabentuknya, warna dan material rumah, feeling macam dekat oversea pulak.

Tengok dari luar pun nampak macam bukan dekat Malaysia. Teruja nak masuk!


Dekorasi dalaman pun ala Inggeris.

Rupanya banglo mewah ni cuma terletak di Jasin je tau.
Mymomhouz ni merupakan antara homestay yang terbaru di Melaka yang baru dibuka untuk penginapan sekitar bulan Oktober 2019.
Villa 4 bilik dengan rekabentuk senibina kolonial, homestay ini dibina lengkap dengan dekorasi interior yang sangat menarik. Ia boleh memuatkan lebih 20 orang dalam satu masa.
Selain kemudahan yang lengkap dengan BBQ dan kolam renang, di sini juga terdapat gelanggang bola keranjang dan badminton untuk beriadah. Permainan indoor seperti carrom, chess dan kad juga disediakan.
Harga:
Isnin – Khamis : RM 1,200/malam
Pakej 3 hari 2 malam : RM 2,200
Jumaat – Ahad/ Cuti Umum/ Cuti Sekolah : RM 1,500/malam
Pakej 3 hari 2 malam : RM 2,800
Lokasi: 1042 Jalan Kesang Pajak, Jasin
Facebook: Mymomhouz
4. TEA HILL HOMESTAY Kalau tadi ada banglo ala kolonial, Tea Hill Homestay ini pularekabentuknya ala-ala cottage comel. Yang ni pun sangat sesuai untuk dijadikan tempat reunion dan gathering. 
Berlatarbelakangkan suasana kampung, lokasinya di pinggir kota memang tenang dan mendamaikam tapi cukup strategik.
 
 
Halaman homestay cukup lapang dan luas, boleh main futsal atau buat aktiviti ramai-ramai.

Terletak berdekatan dengan Tol Ayer Keroh, anda tak payah nak bersesak di bandar untuk sampai ke sini. Homestay ini mempunyai 4 unit rumah dengan setiap studio unit mempunyai 1 bilik air dengan jumlah 2 katil (queen + single). 1 unit rumah boleh memuatkan 4 – 5 orang.
Menariknya, di sini boleh juga main futsal dan memancing. Yang lagi best, harga pun ok sangat!
Harga: RM230.00/malam (termasuk weekends/weekdays/cuti sekolah/perayaan dll)
Lokasi: Lorong Azizi 2, 77200 Bemban, Melaka
Facebook: Tea Hill Homestay Melaka
5. RUMAH MAK EMBUN Bagi yang lebih sukakan sentimental value pada rumah Melayu, bolehlah menikmati keindahan rumah tradisional di Rumah Mak Embun.


Sesekali ajak anak tengok suasana kampung, best jugak kan.
  
Rekaan interior pun konsep tradisional. Susah nak jumpa dah sekarang ni.
 
Inspirasi di sebalik homestay ini memang menarik sebab ia merupakan rumah pusaka yang hampir roboh, dibangunkan semula dan dijaga rapi oleh anggota keluarga arwah Mak Embun.
Lebih menarik, binaan chalet ini pula menggunakan kayu terpakai dari rumah-rumah Melayu lama. Pendekatan ini selaras dengan konsep “authentic, green & sustainable” yang diutamakan oleh mereka.
Penambahan 3 buah chalet kayu berhampiran Rumah Mak Embun kini membolehkannya berupaya menampung pengunjung sehingga 40 orang pada satu-satu masa. Sesuai sangat bagi mereka yang merancang untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga dalam suasana kampung yang unik ini.
Rasa nostalgia macam balik kampung masa kecil dulu. Siap ada tikar mengkuang lagi. Mengimbau kenangan betul!
Di sini terdapat 3 jenis penginapan iaitu chalets, homestay Embun Cozy Homes dengan 3, 4 atau 7 bilik serta Rumah Induk. Bergantung kepada jenis penginapan yang anda pilih homestay unik di Rumah Mak Embun boleh memuatkan dari 6 ke 20 orang.
Jenis Penginapan di Rumah Mak Embun
Embun Cozy Homes ( Homestay 3/4/7 bilik)
Harga homestay 3 bilik :
Isnin-Jumaat : RM 580/malam
Sabtu & Ahad : RM 750/malam
Cuti Umum : RM 880/malam
Harga homestay 4 bilik :
Isnin-Jumaat : RM 680/malam
Sabtu & Ahad : RM 880/malam
Cuti Umum : RM 980/malam
Harga homestay 7 bilik :
Isnin-Jumaat : RM 980/malam
Sabtu & Ahad : RM 1280/malam
Cuti Umum : RM 1380/malam
Chalets (kapasiti 6 orang)
Harga :
Isnin-Jumaat : RM 350/malam
Sabtu & Ahad : RM 380/malam
Cuti Umum : RM 420 /malam
Rumah Induk (kapasiti 20 orang)
Harga :
Isnin-Jumaat : RM 1,500/malam
Sabtu & Ahad : RM 1,800/malam
Cuti Umum : RM 2,000/malam
Lokasi: Lorong Haji Khamis, 75460 Telok Mas, Melaka
Facebook: Rumah Mak Embun
6. DUYONG DREAM Sesekali nak merasa kelainan menginap di banglo mewah, bolehlah cuba stay di Duyong Dream. Di sini terdapat 11 buah banglo dengan tema interior yang berlainan iaitu:
British Cottage House New York Industrial Vintage Moroccan Mediterranean House Swedish Scandi Malmo House Australian Beach House French Chateau House Brazillian Tropical House Munich Modern House Vancouver Traditional House Bahamas Island House   

Semua rumah ini terletak berhampiran antara satu sama lain (walking distance). Setiapnya mempunyai 5 bilik, 4 bilik air (2 tingkat). Dan di kawasan club house terdapat kolam renang, gymnasium, sauna, surau, BBQ dan ruang permainan kanak-kanak.
Memang nampak luas dan selesa sangat.
Harga: Bermula RM690/malam
Lokasi: No.7, Jalan Desa Duyong 12A, Taman Desa Duyong, 75460 Melaka
Facebook: Duyong Dream
7. PONDOK PONDOK Bagi yang suka pada keindahan alam semulajadi, Pondok Pondok adalah penginapan yang sesuai untuk anda.
Mungkin ada yang dah kenal dengan penginapan ini sebab ia pernah muncul di TV dalam rancangan Jalan Jalan Makan Angin.
    
Terletak di Ayer Molek, Melaka, penginapan di Pondok Pondok ini terdiri daripada 5 buah rumah kecil dengan loteng.
Memang menarik persekitarannya sebab terasa dekat sangat dengan nature. Dikelilingi pokok-pokok, macam main tree house tu!
Harga: Bermula RM 200/malam (4 dewasa), RM 270/malam (6 dewasa)
Lokasi: Jalan Jenuang, 75460, Ayer Molek, Melaka
Facebook: Pondok Pondok
8. VILLA D’ACQUA MASJID TANAH Siapa sangka, penginapan yang cantik dan cukup gah ini terletak dalam kawasan kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit!
Bagi yang ada keluarga besar, sesuai sangat buat gathering dekat sini sebab ada macam-macam kemudahan dan aktiviti yang serba lengkap.
 
Nampak luas betul!
  
Ada padang futsal, ada archery kalau nak buat games untuk keluarga besar. Ada ATV untuk teroka kebun. Ada juga kafe macam warung untuk lepak makan waktu malam kalau lapar. Kolam renang pun luas!
Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh ditempah mengikut bajet dan kesesuaian. Selain bilik biasa dan VIP, ada juga bilik dorm contohnya kalau famili ramai dan nak lebih intimate dengan keluarga besar. Di bilik dorm ni boleh memuatkan lebih kurang 20 katil.
Kalau nak buat event pun, mereka boleh sediakan macam-macam fasiliti seperti dewan, tempat latihan dan surau yang cukup dengan segala kelengkapan.
Harga: Tidak dinyatakan
Lokasi: 140, Jalan Lubuk Redan, Kampung Pulau Masjid Tanah
Facebook: Villa D’Acqua Homestay Masjid Tanah
9. PADDY PURI SAOMA HomestayPaddy Puri Saoma pula menawarkan anda suasana yang jauh dari kesibukan kota dengan pemandangan sawah padi serba hijau. Paddy Puri Saoma merupakan homestay villa 6 bilik yang cukup luas dan boleh memuatkan sehingga 25 orang ! Villa ini juga mempunyai kemudahan yang wajib ada untuk percutian santai bersama keluarga dan rakan seperti swimming pool luas, peralatan BBQ dan set karaoke. Playground mini pun ada untuk anak-anak anda main di villa !
Harga : RM 1600/malam
Lokasi : KM 19 Kg Serkam Anak Air 77300 Merlimau, Melaka
Facebook : Paddy Puri Saoma 





10. INAP DESA WARISAN DUYONG Satu lagi homestay dengan suasana kampung yang menyegarkan dan menggamit nostalgia. Harga pun sangat ok dan berpatutan.
 
Walaupun kos bajet, semua kemudahan cukup dan lengkap.

Di sini terdapat 6 buah rumah 2 bilik.
Kapasiti bagi keseluruhan ruang adalah maksimum 50 orang dalam satu-satu masa. Kolam renang pun ada satu untuk dewasa dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak. Teratak yang dinamakan dengan nama pahlawan Melaka seperti Teratak Hang Tuah, Teratak Hang Jebat,  boleh memuatkan sehingga 6 orang. Teratak yang lebih besar iaitu Teratak Paduka Tuan pula boleh memuatkan sehingga 10 orang.
Dengar kata dalam kawasan ni pun terdapat sebuah Galeri Warisan. Harga pulak sangat berbaloi dan berdekatan dengan restoran ikan bakar Muara Sungai Duyong dan Ikan Bakar Umbai yang cukup popular menyajikan makanan laut segar.
Harga: Bermula RM200/malam
Lokasi: Km 5.6 Kampung Duyong Melaka
Facebook: Homestay Inap Desa Warisan Duyong
11. SAMAYA LUXURY VILLA Sekali pandang, rasa relaks je. Macam masuk di spa gitu!
Apa yang uniknya di sini adalah konsep tropikal ala Bali yang mendamaikan. Lengkap dengan kolam ikan, gazebo, balkoni serta kolam renang, villa ini sesuai bagi mereka yang mahukan privasi.
Terletak di Klebang, villa yang baru dibuka sekitar awal tahun 2019 ini mempunyai 4 buah bilik yang luas dan mewah dengan dekorasi moden bercirikan alam semulajadi.
Harga:
Isnin-Jumaat : RM 1,299/malam
Sabtu, Ahad, & Cuti Sekolah & Cuti Umum : Bermula RM 1,499/malam
Lokasi: 7602, Taman Mawar, Klebang Besar, 75200 Melaka
Facebook: Samaya Luxury Villa
 
Dalam bilik air pun cantik. Siap ada bath tub lagi.
 
Memang santai je rasa, bayangkan kalau tidur dekat gazebo tu.
 
12. RIMBA HANG KASTURI Bagi famili yang prefer untuk stay di area bandar, homestay ini menarik untuk anda cuba sebab ianya cukup unik dan lain daripada lain. Terletak di kawasan Jonker Street, homestay ini menawarkan penginapan yang boleh memuatkan antara 3 hingga 14 orang dewasa dalam satu-satu masa.
 


Rekabentuknya yang moden dengan courtyard di tengah memberi peluang anda merasa pengalaman menginap di kota bersejarah yang penuh dengan ciri warisan. Kalau tengok dari luar lot rumah kedai tradisional di area situ, memang tak sangka di dalamnya luas begini.
Kebanyakan strukturnya yang menggunakan kayu, konkrit dan batu-bata ala industrial juga adalah ciri istimewa yang menjadikannya insta-friendly!
Terdapat juga sebuah kolam kecil untuk anda bersantai dengan keluarga di sini.


Harga :
Shared Room in Villa (Kapasiti 3 orang ) : Bermula RM 294/malam
Premium Suite Room (Kapasiti 8 orang) : Bermula RM 750/malam
Rimba Hang Kasturi Villa (Kapasiti 14 orang) : Bermula RM 1,278/malam
Lokasi : 70, Jalan Hang Kasturi 75200 Melaka
Facebook : Rimba Hang Kasturi, Melaka Heritage Villa Residence
BANYAK LAGI HOMESTAY MENARIK DI MELAKA Sebenarnya banyak lagi homestay menarik di Melaka yang patut anda terokai.
Kami senaraikan beberapa lagi yang sebahagiannya dah agak popular dan terkenal, antaranya:
Fedora Chalet Ke Cabin Bungalow Masbro Village Limastiga The Hut The Rubber Escape  Villa D’Kuala Desa Damai Chalet Asyik menginap di hotel, sesekali ubah angin best juga kan. Lagipun biasanya homestay boleh memuatkan lebih ramai orang dan sesuai untuk beraktiviti dalam kumpulan besar. Lebih privasi dan taklah mengganggu orang lain.-SL
Selamat bercuti!
20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day!
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa? Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman Aishah bercerai lagi? Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO] Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO] Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail Gempar mayat bogel bangun berjalan Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO] Ramai sedih lihat budak jual gam Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

The post 20 Homestay Menarik Di Melaka Ada Kolam Renang. Sesuai Buat Reunion & Family Day! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/27/20-homestay-menarik-di-melaka-ada-kolam-renang-sesuai-buat-reunion-family-day/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Family Day Johor Bikers Di Lotus Desaru Bandar Penawar

Family Day Johor Bikers Di Lotus Desaru Bandar Penawar

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 299 hits
Hai semua Macam nilah kehidupan anak ramai Harini Juju nak share pengalaman masa join Majlis Makan Malam Johor Bikers 2021 Fuh Juju join Johor Bikers ke Ha mestilah tidak Abah dan adik adik Juju yang join Juju tak minat merempit ni Lagipun ...
7 Potret Rumah Masa Kecil Najwa Shihab Halaman Belakangnya Luas Ada Kolam Renang

7 Potret Rumah Masa Kecil Najwa Shihab Halaman Belakangnya Luas Ada Kolam Renang

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 224 hits
Najwa Shihab memperlihatkan rumah kedua orangtuanya yang tak lain adalah rumah masa kecilnya yang begitu luas dan amat nyaman Di halaman belakang terdapat taman luas yang dilengkapi kolam renang Intip potretnya yuk
Mahukah Anda Mandi Di Kolam Renang Ini Wtf Siot

Mahukah Anda Mandi Di Kolam Renang Ini Wtf Siot

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 189 hits
Mohon korang mandi di rumah sajalah Kolam renang adalah tempat paling popular di China sebagai tempat rekreasi yang paling di sukai di negara tersebut Banyak penduduk China berpendapat bahawa berenang adalah cara rekreasi paling tepat untuk...
Warga Emas Melaka Bimbang Keluar Mengundi Kerana Covid 19

Warga Emas Melaka Bimbang Keluar Mengundi Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 228 hits
SPR jamin SOP diguna pakai selamat selepas dapat kelulusan KKM dan MKN Pegawai SPR memerhatikan pengundi mencelup jari dalam dakwat selepas mengundi Warga emas bimbang SOP celupan jari menambah risiko jangkitan Covid 19 Pengundi warga emas ...
Calon Km Melaka Pertahan Projek Tambak Laut Beri Pulangan Besar

Calon Km Melaka Pertahan Projek Tambak Laut Beri Pulangan Besar

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 204 hits
AGENDA DAILY Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof calon Ketua Menteri Melaka Gambar Agenda Daily Salah seorang calon Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempertahankan projek tambak laut di Melaka keran...
Pesakit Covid 19 Di Hospital Melaka Meningkat Sejak Kempen Prn

Pesakit Covid 19 Di Hospital Melaka Meningkat Sejak Kempen Prn

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 197 hits
WARTA RAKYAT JUMLAH kemasukan pesakit Covid 19 ke hospital di Melaka mencatat peningkatan sehingga 57 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka memuncak dan memasuki minggu kedua Portal menunjukkan kadar ...
Muhyiddin Minta 11 000 Pengundi Awal Memilih Untuk Masa Depan Melaka Yang Gemilang

Muhyiddin Minta 11 000 Pengundi Awal Memilih Untuk Masa Depan Melaka Yang Gemilang

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 295 hits
Oleh PENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para pengundi awal yang akan mengundi esok agar memanfaat peluang dan kuasa demokrasi dengan memilih dengan bijak demi masa depan Melaka yang gemilang Beliau berkata lebih 1...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly