20 Aneka Resipi Nasi Mudah


20 Resipi Aneka Nasi | Berbuka puasa mahupun bersahur  tidak lengkap jika tidak menyentuh nasi. Maklumlah , perut kemelayuan. Jadi, kepada sesiapa yang sudah buntu selain makan nasi putih. Ini saya sediakan Resipi Aneka Pilihan Nasi. Resipi nasi yang sangat mudah dan sedap untuk dimasak. 






Senarai 20 Aneka Resipi Nasi Nasi Ayam Hainan Mudah Nasi Ayam Kukus HaliaNasi Ayam KukusNasi Dagang KelantanBubur Nasi Kemboja Bubur Nasi BerlaukNasi Lemak Sambal TumisNasi Lemak Sambal Telur DadarNasi Ayam Marjerin Nasi Goreng Ikan Masin Nasi Goreng Telur PedasNasi Goreng SotongNasi Goreng Ikan BilisNasi Goreng Mudah Nasi Minyak Daging Beryani / BerianiNasi Minyak Guna Beras BiasaNasi Tomato dan  Ayam Masak Merah Kenduri Nasi Arab Mudah Nasi Daging bersama Air Asam KerisikNasi Ulam Sayur Keladi

#1 Nasi Ayam Hainan Mudah 
Bahan untuk Nasi ( Nasi Ayam Hainan Mudah )
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)2 sudu butter3 ulas bawang putih (dicincang)2 inci halia (dipotong kasar)1 batang serai (diketuk)2 sudu besar serbuk perencah HilalGaram


Bahan untuk Sos Cili  ( Nasi Ayam Hainan Mudah )

5 batang cili masak3 ulas bawang putih1 batang serai1 inci halia1 sudu besar serbuk perencah HilalGaramCuka


Bahan untuk Sos Kicap ( Nasi Ayam Hainan Mudah )

3 ulas bawang putih1 sudu besar sos tiram3 sudu besar kicap cair1 sudu kecil serbuk lada sulah1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)6 sudu airGaram






Cara Memasak Nasi Ayam Hainan Mudah 


Langkah-langkah memasak Sup Nasi Ayam Hainan Mudah 

1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.
Langkah-langkah  memasak Nasi Ayam Hainan Mudah 
1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
4. Biarkan ia masak.
Langkah - langkah  membuat Sos Cili1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.
langkah-langkah  membuat Sos Kicap1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

Petua bagi memasak Nasi Ayam Hainan 
Ayam dicelup terlebih dahulu untuk memastikan isi ayam tidak keras. Kira isi ayam akan halus kalau buat teknik ni.Nasi Ayam Hainan juga boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
Kredit resipi asal di sini : Noor Lieza


#2 Nasi Ayam Kukus Halia 

Bahan-bahan Nasi Ayam Kukus Halia  

Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras


Cara memasak Nasi Ayam Kukus Halia  :
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
2. Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.Ok untuk resepi ayam kukus halia ni Ayam – saya gunakan ayam drummet, itu je yang ada.
Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam secukup rasa
Minyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukup
Kicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar.
Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa.
Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka.

** Untuk dimasukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk menggantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni.Petua dan Caranya :1)Saya gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian saya perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.
2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Saya masak dalam 40 min.Kredit kepada Resipi asal : Hanny Abdullah 

#3 Resepi Nasi Ayam Kukus
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam
Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya.
Ayam di tos dan tunggu nasi masak.

Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.

Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.

Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (Sha suka pakai lesung berbanding pakai blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk.

Hidangan ini korang boleh hidang bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato. Selain daripada Sos Merah sebegini korang boleh tengok resepi Sos Halia Bawang Ala Thai juga. Sos-sos macam ni boleh dipadankan dengan ayam rebus atau kukus sebabnya ayam rebus nampak kosongkan jadi kita meriahkan dengan sos.


Kredit resipi asal disini : Shalimar

#4  Nasi Dagang Kelantan 
Bahan-bahan   Kuah Nasi Dagang 
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

CARA-CARA Buat Kuah Nasi Dagang 
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
3. kacau santan bersama-sama bahan tadi sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan mendidih lama sikit.

4. masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
5. barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
6. biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
7. gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat .. sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan..

Tips Bagi Kuah Nasi Dagang Sedap :
gulai ikan tongkol ni wani buat petang tu untuk esok pagi makan.. barulah bertambah kesedapan gulai ni..
Bahan - Bahan Untuk Memasak Nasi Dagang Kelantan 
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan

Cara - cara Memasak Nasi Dagang Kelantan 

1.beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk .kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
3. kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
4. akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.


Tips Memasak Nasi Dagang Kelantan 
- nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu, takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
- sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya .. pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita .. beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya .. dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua. dan begitulah seterusnya .. jangan leka sangat ..
- wani nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat ... sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
- nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk..KREDIT resipi asal dari : Wani Sukarno 


#5  Nasi Bubur Kemboja 
Bahan-bahan  untuk buat bubur Kemboja  
1) Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)

2)|Bawang putih (di tumbuk halus)

3)Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit

4) Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)


5)Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)

7)Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)

9) Sedikit garam
10)Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cara-Cara Memasak Bubur Kemboja 
Firstly,korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.

Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.

Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur .


Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
 bahan-bahan  hiasan dan pelengkap Bubur Kemboja adalah

lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.Taugeh
Limau
Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
Isi ayam
Lada hitam
Sambal

Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.


Siap untuk dimakan.Senang je nak buatnya.

Kredit resipi ini di :  Kisah Si Dairy


#6 Bubur Nasi Berlauk 
For moi/bubur nasi all u need is beras and water. Macam aku guna Philip Pressure Cooker so...

1 cup of rice grain + 2 cups water. Lepas tu masukkan dekat dalam Philip Pressure Cooker and then press mode "Congee" and then press START.

After 13 minutes ur moi /bubur nasi is ready.. Kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.


And for the lauk parts.. U can cook basically anything u love. I basically cook what I got in my freezer. There are beef, mushrooms, dried anchovies. So here we go....


Masak ja ikut Dan. 
This beef is the killer. I cooked this beef with chillies n dried prawn that I bought from Thailand and with Thai basil. Kaboommm doneeee.. 

Mushroom with teriyaki sauce. Heat some oil.. Sautéed the mushroom and put some teriyaki sauce. Done... 

This is chopped garlic with oil. For this.. I chopped like the whole labu of garlic. Heat the oil n then put all this garlic. Goreng sampai nampak garing. The Chinese love this with their soup-y things. 

Fried potatoes. Nothing fancy about it. But it add more texture to ur moi berlauk. 

Last but not least.. Dried anchovies with onion n dried chilies.. Fried and put some sweet spy sauce and it's done. 

Kalau suka lagi banyak. Buat la lagi banyak lauk. Aku dah malas so basically this is my rajiness level la. Kalau ikut malas. I will only do the the ikan bilis kicap one. Hahahha

To eat.. Scooped out the moi / bubur Nasi.. Then sebab aku nak letak telur ni kan.. So aku pecahkan telur and masuk kan dalam microwave and set for 1 minute. After that sila lah masuk kan semua yang hampa suka Seperti di dalam gmbar di atas. Lepas tu silakan gaul Dan makan. 

Resipia asal dari : Alia Farhan 


#7 Nasi Lemak Sambal Tumis 
Bahan-bahan :
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Lemak :
1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras

Bahan-bahan sambal Nasi Lemak :
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula

Cara-cara masak Nasi Lemak :
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.


Cara-cara masak sambal Nasi Lemak  :1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.


#8 Nasi Lemak Sambal Telur 

BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :

3 pot beras1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)sedikit garam2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)2 helai daun pandan (diikat)mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis 👌.

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :3 senduk ciliboh3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)1 labu bawang besar (dihiris nipis)segenggam ikan bilissedikit air asam jawasedikit garam dan gula utk perisa
tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.masukkan ciliboh. masakkan hingga terbit minyak ye.selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.SIAP!
BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng

kreditg resipi asal : adianiez

#9 Nasi Ayam Marjerin Bahan-bahan Nasi Ayam Marjerin 
bawang putih (ditumbuk lumat)
halia (ditumbuk lumat)
ayam
1 jug air
kicap
sos tiram
cili merah
lada sulah
sup bunjut
garam & gula
madu
kentang (dipotong 7-10 bahagian)
lobak merah (dipotong2 selepas potong hiris sedikit tebal)
2 kiub pati ayam
cuka
marjerin

CARA-CARA MEMASAK NASI AYAM MARJERIN :
bahan tumbuk dibahagikan kepada 4 bahagian utk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
ambil 1 bahagian utk perap ayam di dalam mangkuk. biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut besama 1 kiub pati ayam.
setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dgn kicap, sos tiram, garam dan madu. perap selama 10-20 minit.
untuk masak nasi

cairkan marjerin dan masukkan 3 serangkai dan 1 bahagian bahan tumbuk.
apabila sudah kekuningan, masukkan bahan-bahan tesebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
masukkan air rebusan ayam, garam, daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
masakkan beras tersebut seperti biasa.
untuk masak nasi
setelah 10 - 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. tahap garing terpulang kepada masing-masing ye.

untuk masak kuah kicap
masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
kemudian, masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
tambahkan sedikit garam & kicap.
kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.
untuk buat sambal cili

masukkan 5-6 biji cilimerah atau hijau ke dalam blender.
kemudaian masukkan cuka, gula, air, sos cili dan 1 bahagian bahan tumbuk.
kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk utk dihidang.
untuk masak sup ayam

masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil, garam, kiub pati ayam dan bahan tumbuk.
kemudian masukkan lobak merah dan kentang.
bila lobak merah dan kentang sudah empuk, tutup api. boleh dihidangkan.
kredit resipi asal : Khalisha

#10 Nasi Goreng Ikan Masin BAHAN-BAHAN :nasi sejukikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)bawang putih (ketuk dan cincang)cili padi (ketuk dan cincang)telurkailan serbuk lada hitam / lada sulahsos tiramgula
CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG IKAN MASIN :tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.masukkan telur dan hancurkan.masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. kacau rata.masukkan gula dan serbuk lada hitam / lada sulahmasukkan nasi dan kacau rata. SIAP!
Kredit resipi asal : Maria Firz

#11 Nasi Goreng Telur Pedas BAHAN-BAHAN :nasi putih3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihsegenggam ikan bilis6 biji cili padi2 biji telur
CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG TELUR PEDAS :tumbuk bawang merah, bawang putih, ikanbilis dan cili padi.tumiskan bahan yg ditumbuk tadi. masukkan 2 biji telur. gaulkan sebati.kemudian masukkan garam dan gaul sebati.akhir sekali barulah masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. SIAP!
kredit resepi : Mimi Azirah 

#12 NASI GORENG SOTONG 
 BAHAN-BAHAN NASI GORENG SOTONG :

nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong - dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1-2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas)
1 biji telur (ni dibuat telur hancur terlebih dahulu ye)
sayuran - sawi & kubis
garam
minyak
daun bawang & bawang goreng

CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG SOTONG :
panaskan minya, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
masukkan cili kisar dan masak seketika.
masukkan sotong dan sos tiram. biar hingga sotong masak.
akhir sekali, masukkan nasi, garam, sayuran dan telur hancur. gaul rata.
SIAP! hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.


kredit resepi : Cahaya Hayati

#13 NASI GORENG IKAN BILIS 
BAHAN-BAHAN NASI GORENG IKAN BILIS :

10 biji bawang merah
3 biji bawang putih (digoreng dengan kulitnya sekali dan ketuk bawang)
2 sudu ciliboh
sayur sawi
segenggam ikan bilis
nasi
secubit garam
minyak utk menggoreng

CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG IKAN BILIS :


kupas bawang merah dan tumbuk hingga lumat.basuh bawang putih dan goreng bersama kulit sehingga garing. ketepikan.masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. ketepikan.tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga naik bau.masukkan ciliboh, serta tumis sehingga pecah minyak dan garing.masukkan sawi dan nasi putih. gaul sebati. perisakan dgn garam.akhir sekali, masukkan ikan bilis. gaul sekata. SIAP!
kredit resepi : Nor Azlina

#14 NASI GORENG MUDAH 
BAHAN-BAHAN :5 ulas bawang putih (ditumbuk)4 ulas bawang merah (ditumbuk)10 biji cabai melaka (ditumbuk)3 biji telur ayamsos tiramsos cilisosejnasi
CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG MUDAH  :tumis semua bahan yang ditumbuk. kalau nak sedap, masukkan sedikit mentega bila nak menumis.masukkan sos tiram dan sos cili sedikit.pecahkan telur dan masukkan sosej. kacau semua bahan agar sebati.akhir sekali, barulah masukkan nasi. goreng biar semua bahan dan nasi sebati.SIAP!
kredit resepi : Wawa

#15 NASI MINYAK DAGING BERYANI 
BAHAN-BAHAN :3 cawan beras basmathi1/2 cawan marjerin / planta3 1/2 cawan air1 cawan susu cair2 kuntuk bunga lawang2 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga2 helai daun pandangaram1 kiub stok ayampewarna kuning6 biji bawang merah (dikisar)3 ulas bawang putih (dikisar)1 cm halia (dikisar)bawang gorengdaun bawang (dihiris)

CARA-CARA MEMASAK NASI BERYANI DAGING :tumiskan bahan yang telah dikisar dgn marjerin / planta. masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.masukkan beras yang dah siap dicuci, garam, air, susu cair dan kiub ayamapabila nasi telah kering, masukkan pewarna kuning. letakkan bercapuk atau setompok-setompok. tutup dan biarkan seketika.setelah kering, kacau rata. biarkan seketika.bolehlah dihidangkan. SIAP!
CARA-CARA BUAT DAGING BERIANI :

1 kg daging (direbus hingga lembut)1/2 cawan minyak1 cawan air125g rempah beriani2 tangkai daun ketumbargaram2 biji kentang (dipotong 4)sedikit susu cair2 sudu cili kisar7 biji bawang merah (dikisar)5 ulas bawang putih (dikisar)3 labu bawang besar (dikisar)1 1/2 cm halia (dikisar)
panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. masukkan rempah beriani dan cili kisar.masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.tambahkan air, garam dan perasa.masakkan sehingga pekat. hias dgn tomato ceri. SIAP!

kredit resepi : Shuhada Herman

#16 NASI MINYAK GUNA BERAS BIASA 
BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras yang telah dibersihkan2 ulas bawang besar (dimayang) *5 ulas bawang putih (diketuk) *2 inci halia (potong memanjang) *1 inci kulit kayu manis *2 kuntum bunga lawang *5 biji buah pelaga *3 sudu makan marjerin *minyak masak utk menumisair secukupnya (sukatan biasa masak nasi)1 sudu garam
CARA-CARA :panaskan minyak berserta marjerin di dalam periuk. masukkan semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.kemudian, masukkan beras dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.sekarang bolehlah dimasukkan air dan garam. kacau supaya semua sebati.kita tunggu hingga nasi masak.kredit resepi : Siti Awadah
#17 NASI TOMATO LAUK KENDURI 

BAHAN-BAHAN :
beras biasa / basmathi (sukatan adalah 1 pot beras : 2 pot air)air sukatan beras3sb minyak sapi2sb minyak masakrempah 3 beradik (bunga lawang / kulit kayu manis / buah pelaga)1/2 tin susu cair1 tin susu1 tin tomato puridaun ketumbardaun pandan1 biji tomato (potong 4 bahagian)garambahan kisar : 1 ulas bwg besar, 3 ulas bwg putih & 1/2 inci halia
CARA-CARA :panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah 3 beradik sampai garing dan naik bau. Masukkan tomato puti, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.masukkan susu cari dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. biarkan separuh didi.masukkan garam, daun pandan dan tomato.bila dah mendidih, masukkan beras, kacau bagi rata. terus pindahkan ke periuk nasi. ni kalau tumis di atas dapur lah...PETUA : jika guna beras biasa, nak nampak cantik bila dah masak, wajib goreng dulu beras tersebut ye.nasi tomato ni memang marveles makan dgn ayam masak merah, dalca, jelatah, paceri nenas 😋.confirm lah ala-ala kenduri kan kita bila buat nasi tomato ni. terbaik!
kredit resepi : CIKZA

#18 NASI ARAB MUDAH 
BAHAN-BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM :
1/2 ekor ayam (dipotong 2)1 kiub ayam1 biji tomato (dibelah 4)1 biji cili merah (dibelah 4)1 batang kulit kayu manis1/2 sudu jintan manis (biji)1/2 sudu biji ketumbar1/2 sudu lada hitam (biji)1 sudu garammasukkan semua bahan dalam air. pastikan ayam tenggelam. rebus selama 30 minit.
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS NASI ARAB :
minyak sapi / mentega / minyak masak2 1/2 pot beras biasa yang telah direndam dlm 5-7 minit (kalau guna berat basmathi, rendam dalam 30 minit)1/2 sudu biji ketumbar1/2 sudu jintan manis1/2 sudu lada hitam 
tumis semua bahan sehingga naik bau. kemudian masukkan beras dan kacau seketika.masukkan ayam dan air rebusan ayam. biarkan ia masak sepenuhnya.akhir sekali masukkan daun ketumbar. SIAP!nasi arab ni boleh disesuaikan dgn ayam goreng, sayur dan sambalnya 👍👍👍.tak perlu dah kita nak ke kedai nasi arab dah. boleh buat sendiri dah kat rumah dgn resepi ohsem ni.
kredit resepi : CikTie

#19  NASI DAGING AIR ASAM KERISIK 
BAHAN-BAHAN UTK NASI DAGING :
500G daging (dihiris)5 pot beras basmathi3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)5 sudu serbuk kurma1 biji bawng merah (dihiris)3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)1 helai daun pandan3 sudu mentegagaramcukup rasa Maggi
CARA-CARA (menggunakan Philips Pressure Cooker) :masukkan butter, bawang merah, bawang putih & 3 serangkai. tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. masukkan juga daun pandan. biarkan sampai garing. selepas tu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda ye.masukkan pula lobak merah. kacau bagi rata lobak merah dgn rempah ratus.5 pot beras disukat mcm nak masak nasi biasa (5 pot beras : 6 pot air). utk beras basmathi ni tambahkan sedikit air lagi sebab beras basmathi memang perlukan lebih air. agak-agak je ye sukatan air tu.masukkan garam dan cukup rasa Maggi dan kacau rata.akhir sekali, padamkan mode BAKE dan tukar kepada mode RICE. masak selama 15 minit.
CARA-CARA BUAT AIR ASAM KERISIK :
2 sudu kerisik2 biji tomato (potong dadu)7 cili akar hijau (dihiris bulat)3 cili merah thai (dihiris bulat1 biji bawang merah (dihiris nipis)1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawasedikit air suam dan garamkesemua bahan di atas dicampur dan digaulkan di dalam satu mangkuk. SIAP!
kredit resepi : Bonde Zaidalifah

#20 NASI ULAM KELADI 

BAHAN-BAHAN UTK NASI ULAM :
nasiikan talang masin - goreng dan mesin halusudang kering - goreng tanpa minyak dan mesin haluskerisik - mesin halus (elok kalau buat sendiri)lengkuas dan serai - mesin halus, tapi mesin asing-asing yebawang besar - potong nipisbunga kantan - potong nipisulam-ulaman - gulung kemudian hiris halus.
bubuh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan tu sikit-sikit, campur dan gaul semuanya.SIAP! kalau nak tambah garam / serbuk perasa, boleh.kalau nak bagi pedas, boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. ikut citarasa masing-masing.

CARA-CARA NAK MASAK SAYUR KELADI :

keladi - rebus, lepas tu buang airikan temenung - rebus, asing isi dan tulang. mesin (mcm buat laksa)bawang besar, belacan - mesin aircabai kering mesindaun kesombunga kantan - hiris nipislada hitam - mesin halusasam kepinggula & garam

basuh keladi dan rebus. dah nampak lembut, buang air rebusan tu.
masukkan bahan yang telah dimesin (ikan temenung, bawang besar & belacan) dan cabai kering mesin.kalau nampak kering, tambah air sikit. biar ia mendidih sikit
masukkan daun kesom, bunga kantan asam keping, lada hitam, garam dan gula
ikut kalau nak tambah perasa. SIAP untuk dihidang

kredit resepi : Ira Dzahir


Demikian 20 aneka resipi nasi yang sedap serta mudah. Untuk juadah raya bolehlah mencuba dengan resipi nasi dagang kelantan, nasi daging beryani, nasi tomato lauk kenduri, nasi minyak . Selebihnya resipi  nasi goreng yang boleh dimasak pada hari-hari biasa.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2020/05/20-aneka-resipi-nasi-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 746 hits
Anak anak memang suka makan ayam goreng mama pula ada yang teringin nak makan nasi beriani Apa kata cuba resipi Nasi Beriani dari yang dikongsi menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni Mudah dan cepat nak buat Boleh jadikan menu buka puasa...
Resipi Kuah Kacang Nasi Impit Paling Simple Step By Step Pun Mudah Sangat

Resipi Kuah Kacang Nasi Impit Paling Simple Step By Step Pun Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 386 hits
Kuah kacang biasanya dimakan bersama dengan nasi impit dan juga sate ayam ataupun daging Juadah ini akan disediakan menjelang hari raya Namun bagi sesiapa yang teringin untuk menikmati juadah ini sebagai menu berbuka puasa anda boleh cuba r...
Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

Ajak Anak Makan Nasi Dengan Cara Tersembunyi Resipi Bebola Nasi Paling Ringkas Dan Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 425 hits
Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur Jika anda juga memp...
Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 687 hits
Resipi Paling Mudah Masak Karipap Daging a k a Curry Puff Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Apa khabar Sihat ke Macam biasa mummy nak sharekan resipi paling mudah buat karipap Kalau korang Google mesti ada banyak jenis resepi Kari...
10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap

10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 787 hits
10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap Bila dah boring makan nasi kita masak pula spaghetti Bila tahu banyak resipi kita boleh hasilkan spaghetti yang di gabungkan dengan chicken chop meatball ataupun lamb chop sepertimana yang kita nikmati di...
Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

Pelbagai Resipi Biskut Raya Untuk Bayi Yang Sedap Dan Mudah Tiada Bahan Pewarna Gula

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 580 hits
Raya akan menjelang tiba tak lama lagi pasti ramai ibu ibu sedang berjuang menyiapkan kuih raya di rumah Alang alang mama sedang membakar kuih apa kata mama buatkan si kecil biskut rayanya sendiri Yang penting tiada gula dan bahan pewarna s...
Tak Perlu Oven Atau Mixer Resipi Mango Cheese Cake Mudah Simple Sama Macam Di Kedai

Tak Perlu Oven Atau Mixer Resipi Mango Cheese Cake Mudah Simple Sama Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 379 hits
Sedap betul mango cheese cake rasa cheese dibahagian bawah dan dipadankan pula dengan kombinasi puri mangga di atas memang sangat sedap Teringat pula ketika pertama kali merasai keenakan mango cheese cake di salah sebuah kedai kek yang terk...
11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap

11 Resipi Topping Coklat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 626 hits
11 Resepi Topping Coklat Mudah Dan Sedap Topping coklat atau chocolate ganache memang sedap tambah tambah lagi sebagai topping kepada kek aiskrim puding pisang goreng cheese chuross dan lain lain lain lagi Perkataan Ganache berasal dari per...
Resipi Sambal Telur Cili Kering Punya Senang Nak Buat Bila Makan Bertambah Nasi

Resipi Sambal Telur Cili Kering Punya Senang Nak Buat Bila Makan Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 443 hits
Kadang kadang rasa tak lalu nak makan waktu sahur Yalah nak makan awal pagi Mata pun masih tak boleh dibuka penuh sebab itulah lauk yang dimasak untuk bersahur tu kena ringkas tapi mampu memikat selera Untuk anda yang mungkin buntu nak masa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025