20 Amalan Murah Rezeki Dan Cara Cepat Kaya Dalam Islam




Setiap manusia di dunia pasti inginkan kehidupan yang gembira dan senang lenang bersama keluarga sama ada dari segi kewangan dan kasih sayang. Tetapi bagaimana jika kita ingin menjadi kaya dengan cepat? Apakah rahsia dan amalan murah rezeki?

Persoalan ini pasti ada dalam fikiran setiap orang yang masih tertanya-tanya bagaimana cara nak cepat kaya atau apakah formula yang betul untuk menjadi jutawan dengan segera tanpa melanggar hukum dan syariat Islam. Apakah amalan murah rezeki yang paling mustajab?

Sebenarnya, ramai orang-orang Islam yang menjadi kaya raya selain dimurahkan rezeki iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh disamping mengamalkan amalan-amalan yang amat dituntut dalam Islam dan sememangnya amat disukai Allah SWT sepertimana yang kami kongsikan antara amalan murah rezeki yang mustajab di bawah :

Amalan Murah Rezeki dan Cepat Kaya


1. Menyempatkan Diri Beribadah

Allah tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah)

2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya, lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi SAW :

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas)

3. Tinggalkan Semua Perbuatan Dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuatkan hati resah dan gelisah malah akan menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW :

".. dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa Ingat Pada Allah

Memperbanyakkan ingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambungkan tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda :

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi SAW :

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat Baik dan Membantu Orang Yang Memerlukan



Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW :

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Menunaikan Hajat Orang Lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW :

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." (Riwayat Muslim)

8. Banyakkan Berselawat

Ada hadis yang menggalakkan berselawat jika hajat, niat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, kesulitan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahualam.

9. Membuat Kebajikan Dengan Banyak

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang amat berkat.

11. Menjalinkan Silaturrahim



Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi Kekal Berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pendapat mengenai beberapa perkara termasuk ingin dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam :

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah Azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah memperbanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Mengamalkan Solat Tahajjud



Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan mendapat rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan oleh Allah.

15. Mengamalkan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian) juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi :

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur Kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah dan lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

Firman Allah lagi: "..dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan Ayat Al-Quran

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali selepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa :

"Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa mengamalkan bacaan surah Al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam.


18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

Tanggungjawab semua manusia adalah selalu berdoa kepada Allah, merintih, meminta dan memohon kepada Allah. Jangan sekali berhenti daripada amalan doa yang amat digalakkan ini.


Amalkan doa ini setiap kali selesai menunaikan solat dan dikatakan waktu paling mustajab untuk berdoa dengan menggunakan doa ayat daripada Surah Ghafir, ayat 60 ini sekitar pukul 2 hingga 3 pagi.

19. Berikhtiar Sehabisnya

Sesiapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman Allah :

"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 2-3)

Nabi SAW bersabda :

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia di pagi hari lapar dan di petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)


Baca : 30 Pesanan Imam Syafie Yang Baik Kita Amalkan

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Semoga perkongsian 20 amalan murah rezeki yang mustajab atau cara nak cepat kaya jadi jutawan dalam Islam akan membantu anda untuk mencapai cita-cita dan impian anda itu. Sebaiknya lakukanlah semua amalan-amalan berikut dengan yakin dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/02/20-amalan-murah-rezeki-dan-cara-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Perlu Tahu 7 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Murah Rezeki Bagi Pasangan Islam

Suami Perlu Tahu 7 Perkara Perlu Dielakkan Untuk Murah Rezeki Bagi Pasangan Islam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 668 hits
Sering bergaduh Usahlah bergaduh sesama suami isteri lagi lagi perihal duit Berbincang dan cari persefahaman Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain di situlah rezeki akan disekat Merungut dan merasa anak anak sebagai beban Berikanl...
Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Antara Amalan Dan Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 3211 hits
Sebenarnya banyak sahaja amalan dan doa murah rezeki yang diajar di dalam Islam Kita boleh amalkan setiap hari sehingga menjadi rutin harian kita semata mata kerana Allah dengan asbab untuk memperolehi rezeki berlimpah ruah Ingatlah Allah i...
Buat Amalan Ini Kalau Hidup Sempit Nak Murah Rezeki Ustaz Syamsul Debat

Buat Amalan Ini Kalau Hidup Sempit Nak Murah Rezeki Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 328 hits
Buat Amalan Ini Kalau Hidup Sempit Nak Murah Rezeki Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
5 Cara Mengatasi Cegukan Pada Balita Dengan Cepat

5 Cara Mengatasi Cegukan Pada Balita Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 280 hits
Cegukan merupakan kondisi di mana seseorang mengeluarkan hik tanpa disengaja
Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 331 hits
Ibu yang bekerja memang banyak benda nak fikir Maklum sahajalah rutin yang bermula seawal 5 pagi setiap hari ada pelbagai agenda yang perlu diuruskan sebelum keluar ke pejabat Kadang sampai lupa nak keluarkan lauk pauk dalam peti sejuk beku...
Cara Dapatkan Iphone X Dengan Harga Lebih Murah

Cara Dapatkan Iphone X Dengan Harga Lebih Murah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 392 hits
iPhone X dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia pada 24 November depan Meskipun harganya mahal RM5 149 untuk 64GB dan RM5 899 bagi 256GB pasti ada antara peminat jenama Apple yang menantikan kehadiran peranti berkenaan Kali ini infolagi4...
9 Cara Memutihkan Pakaian Menguning Dengan Mudah Dan Cepat

9 Cara Memutihkan Pakaian Menguning Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 337 hits
Memutihkan pakaian menguning yang nampak kusam sebenarnya termasuk mudah dan pastinya tidak perlu mengeruk banyak kocek
Cara Muafakat Islam Sebagai Jalan Penyelesai Kemelut Dan Permasalahan Serta Pertentangan 9841

Cara Muafakat Islam Sebagai Jalan Penyelesai Kemelut Dan Permasalahan Serta Pertentangan 9841

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 431 hits
Ajak bersemuka One by OneBertemu secara rahsia kepala yang menyokong dan menentang buat pertemuan empat mata Buat persefahaman dan tawaran Kalau niat nak menyatukan puak puak kerana Allah Tentu kandungan pertemuan lebih baik menjadi rahsia ...
Cara Menggabungkan File Pdf Dengan Mudah Cepat Dan Praktis

Cara Menggabungkan File Pdf Dengan Mudah Cepat Dan Praktis

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 212 hits
Untuk mengetahui bagaimana cara cara mudah untuk menggabungkan file pdf berikut ini adalah cara menggabungkan file PDF dengan praktis dan mudah digunakan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut