2 September Memperingati Bermulanya Gelombang Reformasi




Pada tarikh 2 September 1998 gelombang kebangkitan rakyat tercetus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Gelombang kebangkitan rakyat ini juga dikenali sebagai “Gelombang Reformasi”.
Buat pertama kali kita dapat melihat lautan manusia membanjiri Kuala Lumpur. Rakyat dari segenap pelusuk negara dengan kepelbagai kaum dan agama membentuk kesatuan rakyat Malaysia bangkit menentang penindasan, korupsi dan salahguna kuasa.
Ini merupakan langkah permulaan kepada sebuah perjuangan yang panjang penuh liku, suka dan duka, kemenangan dan pengkhianatan.
Namun selepas 23 tahun kita masih utuh di sini atas satu kesatuan KEADILAN RAKYAT yang masih teguh pada prinsip perjuangan reformasi.
Sebagai anak muda kita perlu sematkan semangat ini dijiwa agar kita tidak lari dari landasan perjuangan seperti sebilangan yang telah mengkhianati demi jawatan dan laba politik.
Kita bermula dengan kesatuan rakyat yang pelbagai, kesatuan beberapa pertubuhan membentuk Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) sebagai platform perjuangan.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 sebelum lahirnya Parti Keadilan Nasional 4 April 1999.
Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung, berdasarkan komitmen perjuangan yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa, maka pada 3 Ogos 2003 Parti Keadilan Rakyat diperkenalkan.
Pada Pilihanraya 2004 kita hanya berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh sebelum kita berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan pada Pilihanraya 2008. Pilihanraya 2013 kita berjaya mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Meskipun tewas namun kita berjaya memenangi undi popular rakyat dengan 51% berbanding parti pemerintah yang hanya dapat 47% dan selebihnya undi kepada calon Bebas. Ini berlaku akibat agihan kawasan pilihanraya yang tidak adil.
Selepas 20 tahun kebangkitan rakyat sampai ke kemuncaknya pada Pilihanraya Umum 2018 yang mencetuskan Tsunami Rakyat. Logo KEADILAN menjadi pilihan gabungan Pakatan Harapan dan sejarah tercipta selepas enam dekad logo KEADILAN berjaya menawan Malaysia sekaligus menamatkan pemerintahan rejim Barisan Nasional.
Logo KEADILAN berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta membentuk kerajaan campuran di Sabah.
Perjuangan reformasi bukanlah sekadar mencapai kemenangan pilihanraya semata. Perjuangan reformasi itu panjang bermula dengan perlawanan dengan rejim pemerintah sehingga mencapai kemenangan.
Kemudian bagaimana kita melaksanakan reformasi sistem dan urus tadbir negara serta mengekalkan perubahan untuk negara bebas dari korupsi, salahguna kuasa serta birokrasi yang menyusahkan rakyat.
Anak muda hari ini perlu menjadikan sejarah pergerakan Reformasi ini sebagai teladan dan pembakar semangat dalam perjuangan menentang kezaliman pemerintah. Keteguhan kesatuan dan kesabaran pasti akan membawa kepada kemenangan, itu pasti.
Peristiwa pengkhianatan tidak pernah melunturkan semangat kita dan perlu diingat, Parti Keadilan Rakyat mencapai lebih sejuta ahli dan berjaya mewujudkan Cabang di 222 kawasan parlimen di seluruh negara selepas siri pengkhianatan.
Ini membuktikan parti berbilang kaum ini menjadi pilihan selepas 23 tahun bermulanya titik perjuangan dengan 1001 kisah. Bulatkan tekad, utuhkan kesatuan membawa semangat reformasi.
Selamat Ulang Tahun ke-23 perjuangan Reformasi. 23 tahun merakyatkan reformasi.
REFORMASI!
AKMAL NASIR
Ketua AMK Keadilan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/2-september-memperingati-bermulanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapan Hari Tanpa Bayangan Matahari Terjadi Pada 6 September 21 Oktober 2021

Lapan Hari Tanpa Bayangan Matahari Terjadi Pada 6 September 21 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 355 hits
Di Jakarta hari tanpa bayangan matahari dapat diamati pada 9 Oktober 2021 pukul 11 39 WIB
Doktor Ramal Jangkitan Harian Covid 19 Sabah Cecah 6 000 Kes Pada Pertengahan September

Doktor Ramal Jangkitan Harian Covid 19 Sabah Cecah 6 000 Kes Pada Pertengahan September

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 341 hits
Seorang sukarelawan menyediakan dos vaksin Covid 19 semasa latihan vaksinasi bergerak dari rumah ke rumah Foto fail Bernama KOTA KINABALU Ketika Negeri sedang berjuang untuk mengendalikan virus Covid 19 dan beban lambakan pada sistem penjag...
Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Kemasukan September Dan Oktober Untukk Taska Dan Kemasukan 2022 Untuk Tadika

Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Kemasukan September Dan Oktober Untukk Taska Dan Kemasukan 2022 Untuk Tadika

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 272 hits
Jawatan Kosong Perlu Segera Kemasukan SEPTEMBER dan OKTOBER 2021Ciri Pekerja Yang Dicari 1 Minimum SPM untuk Taska Minimum Diploma Untuk Tadika 2 Wanita BELUM Kahwin 3 Umur Bawah 27 Tahun 4 Meminati Pendidikan Anak Kecil 5 Mesra Peramah Den...
Samarinda Mulai Belajar Tatap Muka 7 September Guru Belum Vaksin Dilarang Ngajar

Samarinda Mulai Belajar Tatap Muka 7 September Guru Belum Vaksin Dilarang Ngajar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 263 hits
Kota Samarinda sendiri memiliki sekitar 320 sekolah TK Negeri SD dan SMP negeri dan swasta dengan 9 400 guru dan tenaga pendidik Sampai saat ini sudah lebih 70 persen guru dan tenaga pendidik yang sudah divaksin
Bayaran Kwsp I Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

Bayaran Kwsp I Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 417 hits
Bayaran KWSP i Citra Bagi Bulan Kedua Akan Dibuat Bermula 1 September KUALA LUMPUR Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja i Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada orang ramai yang terkesan akibat Perintah K...
Covid 19 Perancis Dijangka Tawarkan Suntikan Booster Pada September

Covid 19 Perancis Dijangka Tawarkan Suntikan Booster Pada September

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 169 hits
PARIS Warga emas Perancis mungkin akan diberikan suntikan tambahan atau booster untuk vaksin Covid 19 mulai September kata Menteri Kesihatan Oliver Veran pada Isnin Beliau berkata kementerian sedang menunggu keputusan akhir daripada badan k...
Bayaran I Sinar Pada September Akan Dibuat Bermula 26 Ogos Kwsp

Bayaran I Sinar Pada September Akan Dibuat Bermula 26 Ogos Kwsp

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 268 hits
Bayaran i Sinar Bagi Bulan September Akan Dibuat Bermula 26 Ogos KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran i Sinar bagi bulan September 2021 akan dibuat bermula esok 26 Ogos 2021 Seperti yang dikongsikan d...
I Citra Kwsp Tarikh Rasmi Bayaran Bulan September 2021

I Citra Kwsp Tarikh Rasmi Bayaran Bulan September 2021

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 428 hits
Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat berikutan penularan wabak Covid 19 yang sehingga kini masih belum berakhir KWSP juga memperkena...
Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 September ini untuk perbicaraan kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Menurut peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang...
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Inikan Hari Raya Andi Bernadee

Alif Satar The Locos Jangan Ada Air Mata Chord

Floor 88 Feat Baby Shima Lagi Lagi Tak Dapat Raya Chord

Kopi Dan Intermittent Fasting Apa Yang Perlu Anda Tahu

Dia Pikul Tong Air

Hmmmm Tukar Jer Siasat Dan Siasat Mungkin Buang Kot Lepas Tu Ka