2 Minggu Test Drive Proton X70 Premium X Ni Pro Cons Lepas Bawa Naik Cameron


2 Minggu Test Drive Proton X70 Premium X, Ni ‘Pro & Cons’ Lepas Bawa Naik Cameron X70 Premium X Facelift dah setahun di pasaran. Rekaan luar ramai orang yang dah tahu dan banyak media dah cover. Jadi min nak fokus kepada pengalaman sebenar min dengan unit Premium X warna Armour Silver ni lepas dua minggu bawa ke Batu Pahat, naik Cameron Highlands ikut Tapah menggunakan jalan kampung dan highway.
Cukup Luas Ke Untuk Family 4 Orang? Antara part yang min suka dengan X70 Premium X Facelift 2025 ni ialah ruang kabin yang luas. Walaupun ada limitasi sikit bila pasang dua carseat kat belakang, tapi tetap selesa sebab masih ada ruang di tengahnya. Anak-anak ada space masing-masing dan korang boleh letak botol susu anak dalam pemegang cawan kat centre. Jadi tak ada lah drama anak menangis sebab botol susu tergolek bawah kerusi.
Cuma kalau korang ada tiga orang anak kecil, kemungkinan agak mencabar nak muatkan carseat lagi satu.

Butnya pun besar. Kalau bawa luggage bersaiz L untuk empat beranak, masih muat letak stroller bersaiz kabin kat sebelah dan tetap ada ruang untuk tindan barang lain. Kita juga boleh set power tailgate but mengikut ketinggian kita. Jadi tak susah nak capai butang bila nak tutup but, especially untuk mak-mak kenit.
Cuma untuk orang yang badan kecil, mungkin agak mencabar nak masukkan barang berat dalam but sebab ‘bibir’ but yang agak tinggi. Selain tu, bila guna function Nearby Auto Open, but agak mengambil masa untuk terbuka sepenuhnya bila berdiri di belakang dengan kunci.
Nampak kecil, tapi kalau tangan penuh barang dan berdiri tengah panas berbahang, masa automatik rasa panjang.
Mengikut claim Proton, but ambil masa 5 saat, tapi berdasarkan pengalaman kami, rasa lebih 8 saat untuk pintu but mula bergerak. Tapi kalau terlalu sensitif dan masa respon 5 saat atau lebih cepat, ada masalahnya juga. Asal lalu belakang je but terbuka, lalu je but terbuka, betul tak? Mungkin kami prefer sensor yang detect kaki berbanding berdiri di belakang but dengan kunci.


Drive jauh pun tak penat Beribu kilometer tempuh perjalanan, min kagum sebab tak rasa penat sangat. Mungkin salah satu penyumbangnya ialah lumbar support pada seat yang buatkan pemandu lebih selesa. Tak sempat lenguh belakang dah sampai destinasi. Bahagian pemandu pula ada ciri laras 6 arah untuk ubah kedudukan seat. Boleh gerak depan belakang atas bawah ikut keselesaan pemandu.
X70 Premium X ni ada Adaptive Cruise Control (ACC) dan Intelligent Cruise Control (ICC). ICC akan kawal stereng untuk pastikan kereta sentiasa berada di tengah. Siap ada fungsi ingatkan pemandu untuk pegang stereng setiap 20 saat kalau kita lepaskan stereng. Bagaimanapun, min lagi prefer ACC sebab min tak suka sistem yang kawal stereng. Sebabnya, ada masa kita nak lebih fleksibel dan bagi ruang pada kenderaan kecil untuk mencelah.
Dari segi pemanduan pula, brek mencengkam dan ACC jadikan perjalanan highway lebih santai. Suspension stabil, manakala kamera 360 darjah menjadikan SUV besar ni mudah diparkir. Kehadiran butang fizikal juga masih relevan dan praktikal, tak semua perlu diletakkan pada skrin.
Aircond pula cepat sejuk dan konsisten, manakala armrest tengah ada tempat letak cawan yang ringkas tapi berguna.


Tak pening naik bukit Mendaki Cameron Highlands melalui jalan Tapah menunjukkan kekuatan lain X70. Suspension cukup stabil untuk mengelakkan penumpang pening walaupun banyak selekoh tajam. Turun bukit pula rasa lebih yakin sebab respon brek yang tepat pada masanya. Tanpa perlu tekan dalam-dalam pun, cengkaman berlaku dengan cepat dan rasa selamat. Hill Descent Control pula membantu kawal kelajuan bila lalui jalan curam atau licin.
Penggunaan minyak Penggunaan minyak pula sekitar 9 hingga 9.6 liter setiap 100 kilometer. Angka ini sederhana untuk SUV besar turbo. Ada model lain yang lebih rendah, tetapi pada min bacaan ini masih praktikal untuk kegunaan harian dan family trip.
Mode Eco paling sesuai untuk bandar kerana throttle lebih ringan dan lebih jimat. Min jarang guna sport mode. Tapi bila cuba, tak seagresif X50 (model lama). X70 lagi santai, sesuai dengan imej kereta “abah-abah”. 
Cuma antara benda min rasa boleh ditambah baik ialah placement USB port yang agak kecil. Bila kabel dicucuk, ruang untuk letak telefon jadi sempit. Jahitan di pintu pula nampak kurang eksklusif berbanding imej premium yang dibawa.

Selain tu, kunci utama atau central lock hanya di pintu pemandu. Jadi kalau pemandu turun ke tandas misalnya, penumpang lain agak susah nak capai butang untuk kunci pintu. Ditambah dengan kes-kes orang pecah masuk kereta di tempat awam, pada min kedudukan kunci ni amat penting untuk keselamatan keluarga sebenarnya.
Berbaloi ke untuk dijadikan family car? Selepas dua minggu menggunakan Proton X70 Facelift 2025 Premium X, min rasa walaupun SUV ni bukan yang paling sporty atau paling jimat, tapi dah cukup selesa, luas dan boleh diharap untuk dijadikan family car empat sekeluarga. Kelemahan kecil tetap ada, tapi tak mengganggu keseluruhan pengalaman.
Kalau korang nak cari SUV keluarga yang praktikal, selesa untuk perjalanan jauh dan cukup moden dari segi teknologi, Proton X70 Facelift 2025 amat berbaloi untuk dipertimbangkan.
The post 2 Minggu Test Drive Proton X70 Premium X, Ni ‘Pro & Cons’ Lepas Bawa Naik Cameron appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/2-minggu-test-drive-proton-x70-premium-x-ni-pro-cons-lepas-bawa-naik-cameron/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Realme 15 Pro Bawa Tiga Kamera 50mp Dan 4k60fps

Realme 15 Pro Bawa Tiga Kamera 50mp Dan 4k60fps

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1080 hits
realme bakal memperkenalkan siri realme 15 pada 18 September dengan penawaran kamera berkonsep 3 dalam 1 fotografi setaraf profesional rakaman video sinematik dan 2K Live Photo yang menggabungkan gambar serta emosi video dalam satu kenangan...
Selagi Dia Belum Bersedia Ika Nabila Utamakan Keselamatan Tetap Pilih Bawa Anak Lelaki Masuk Tandas Wanita

Selagi Dia Belum Bersedia Ika Nabila Utamakan Keselamatan Tetap Pilih Bawa Anak Lelaki Masuk Tandas Wanita

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3641 hits
Soal keselamatan anak anak bukan perkara yang boleh dibuat main main Ini penegasan pelakon Ika Nabella yang kekal dengan pendiriannya untuk membawa anak lelakinya masuk ke tandas wanita demi keselamatan Menerusi perkongsian di Threads Ika b...
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 5762 hits
KOTA KINABALU Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada awal pagi 16 Julai lalu Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE Dr Jessie Hiu berkata keadaan arwah...
Rakyat Malaysia Ditahan Di Songkhla Bawa Raifal Dan Ratusan Peluru

Rakyat Malaysia Ditahan Di Songkhla Bawa Raifal Dan Ratusan Peluru

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2911 hits
Rakyat Malaysia ditahan di Songkhla bawa raifal dan ratusan peluru Antara senjata dan peluru yang dirampas dari seorang lelaki warga Malaysia di Songkhla Foto MEDIA SOSIAL KUALA LUMPUR Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa T...
Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru

Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3877 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myPOLIS Thailand menyusun senjata api dan peluru yang ditemui dalam kereta dipandu rakyat Malaysia Kuala Lumpur Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 ...
Bawa Kereta Melalui Pantai Tanjung Lompat

Bawa Kereta Melalui Pantai Tanjung Lompat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1466 hits
Ikut perancangan nak pergi ke Pantai Tanjung Balau Masa kami lalu pos pengawal tu dia kata tutup sebab renovate ada jambatan runtuh Sayangnya lah tak dapat pergi situ Dia macam dekat Pantai Cahaya Negeri Port Dickson tu Tak ada rezeki kamil...
Fattah Amin Rancang Bawa Fatima Ke Disneyland Paris Pula Bahagia Dapat Luang Masa Bersama

Fattah Amin Rancang Bawa Fatima Ke Disneyland Paris Pula Bahagia Dapat Luang Masa Bersama

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1813 hits
Selepas membawa cahaya matanya Nur Fatima Aisya bercuti ke Disneyland Hong Kong baru baru ini pelakon terkenal Fattah Amin kini menyimpan hasrat untuk memenuhi impian anak perempuannya itu ke destinasi seterusnya Disneyland Paris Fattah ata...
Demi Pertahan Dataran Merdeka 2 Sahabat Sanggup Bawa Lari Rumput

Demi Pertahan Dataran Merdeka 2 Sahabat Sanggup Bawa Lari Rumput

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 791 hits
Sheela Vijayan FMT LifestylePada 1980 an Hamin Derus dan Victor Chin cuba memulihara tempat bersejarah itu selepas mengetahui pelan menutup padang terbabit dengan konkrit Padang di Dataran Merdeka adalah pemandangan yang tenang di tengah te...
Demam Campak Bukan Demam Biasa Boleh Bawa Maut Mak Ayah Kena Berjaga Jaga

Demam Campak Bukan Demam Biasa Boleh Bawa Maut Mak Ayah Kena Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3011 hits
Kebiasaannya kita menganggap ruam sekadar tanda ringan yang berlalu begitu saja Namun demam campak atau measles bukanlah penyakit ringan ia adalah jangkitan serius yang menjangkiti jauh lebih kronik dan berbahaya daripada sekadar ruam pada ...
Lirik Lagu Mengukir Takdir The Helmis

Pokok Keledek Jepun Subur Di Pasu

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway

Sumbangan Asas Rahmah

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Niezam Cabar Diri Untuk Tampil Berbeza Dalam Filem Orang Perang

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul

Kenangan Pertama Kerja 3d Animator Dan Vfx Untuk Tv Amp Filem