Tim Cook Ceo Apple Bakal Dapat 100 Juta Us Dollar
Tim Cook - CEO Apple
Tim Cook CEO Apple Bakal Dapat $100 Juta US Dollar - Wah! Banyak tu. Kenapa pula Tim Cook akan dapat duit berjumlah 100 Juta US Dollar tu? Apa yang dia dah buat dan untuk apa dia diberikan duit sebanyak itu?
Semuanya adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan Tim Cook sebagai CEO Apple selama dia memegang jawatan tersebut sepanjang tahun 2021.
Namun jumlah bayaran 100 juta US Dollar tu masih dalam pertimbangan dan masih belum dipersetujui sepenuhnya oleh ahli-ahli lembaga pengarah syarikat teknologi Apple. So belum sahih lagilah berapa Tim Cook akan dapat.
Apple merupakan satu-satunya syarikat teknologi yang mempunyai nilai pasaran (market value) paling bernilai tinggi di dunia dalam tahun 2022.
Apple baru sahaja dimartabatkan menjadi syarikat teknologi pertama di dunia yang telah mencecah nilai pasaran semasa sebanyak $3 trillion US Dollar pada awal bulan Januari 2022.
Syarikat teknologi lain yang telah dikalahkan oleh Apple dari aspek nilai pasaran sehingga Januari 2022 menurut laporan CNN Business adalah seperti berikut:
Microsoft (nilai pasaran 2.5 trillion US Dollar)Alphabet (memiliki nilai pasaran $2 trillion US Dollar)Amazon (nilai pasaran $1.7 trillion US Dollar) Tesla (nilai pasaran $1.2 trillion US Dollar)
Nilai saham Apple telah mencecah $1 trillion US Dollar pada bulan Ogos 2018 seterusnya mencecah nilai $2 trillion US Dollar pada bulan Ogos 2020 kala seluruh dunia di landa pandemik Covid-19.
Hal itu tidak akan tercapai kalau bukan kerana kepimpinan Tim Cook sebagai CEO Apple.
Apple merupakan sebuah syarikat teknologi dengan taraf public listed company. So apa-apa perubahan melibatkan organisasi dan hal eksekutif mereka memerlukan approval dari ahli-ahli lembaga pengarah Apple termasuklah memutuskan nilai imbuhan yang bakal diberi kepada CEO Apple itu sendiri.
Sehingga kini Tim Cook merupakan satu-satunya CEO Apple yang telah dilantik menggantikan Steve Jobs, CEO Apple terdahulu yang telahpun meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 sebelum pelancaran iPhone 4S pada 14 Oktober 2011. Bermula dari tarikh itu Tim Cook menjadi CEO Apple sehinggalah ke hari ini.
Syarikat teknologi Apple dilaporkan bakal memberikan Tim Cook ganjaran insentif sebanyak $82.3 juta US Dollar dalam bentuk nilai pegangan saham selain memberikan $3 juta US Dollar lagi sebagai nilai gaji tahunan - belum termasuk beberapa lagi imbuhan juga insentif lain sebagai ganjaran kepada prestasi kerjanya.
Nilai keseluruan jumlah ganjaran wang yang bakal diberikan kepada Tim Cook adalah bernilai $98.7 juta US Dollar. Walaubagaimanapun nilai sebenar bakal diputuskan oleh ahli-ahli lembaga pengarah syarikat teknologi Apple dalam mesyuarat mereka dijadualkan pada Mac 2022.
Pada tahun 2021 Tim Cook menerima bayaran sebanyak $83.9 juta US Dollar. Kini Apple terus maju di bawah kepimpinan Tim Cook.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/tim-cook-ceo-apple-100-juta-dollar.html