Usah Pedulikan Apa Orang Lain Kata Dengan Perancangan Kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
disebabkan tahun 2020 ni nak aktifkan semula penulisan dalam blog yang dah lama bersawang ni, aku akan banyak bercerita mengenai perancangan dan aktiviti berbeza tahun 2020 ni.
Antara perkara yang aku akan buang dalam rutin harian adalah aktiviti menggunakan 2 platform media sosial, iaitu Facebook dan Instagram. Dua platform ini asasnya memang bagus, memberikan manfaat jika digunakan dengan baik.
Namun beberapa bulan terakhir tahun 2019, aku merasakan ada sesuatu yang aku perlu ubah untuk memberikan impak dalam kehidupan yang lebih baik.
Berita palsu tersebar dengan mudah
Antara perkara yang paling ketara adalah banyak berita-berita sensasi yang adakalanya tidak betul begitu cepat tersebar dalam 2 platform ini. Ramai yang tidak membuat semakan atau usul periksa berita yang disampaikan.
Andai berita itu benar sekalipun, impak daripada perkongsian itu ada banyak ketika menjurus kepada perkara yang negatif. Netizen bergaduh sesama sendiri, sindiran, kutukan dan pelbagai lagi saling bertukar dalam ruangan komen, status dan sebagainya.
Sampai satu tahap, aku merasakan ini semua tidak bagus untuk perkembangan minda peribadi aku. Aku tak suruh orang lain untuk ikut jejak langkah yang sama. Tapi inilah apa yang aku telah putuskan untuk tahun 2020.
Orang hanya boleh berkata-kata tanpa peduli apa kita rasa
Apabila kita merancang sesuatu, akan ada kata-kata orang lain untuk mengagalkan apa yang kita rancang. Penting untuk kita pekakkan telinga kita dengan kata-kata mereka. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk meninggalkan Facebook dan instagram.
Setiap hari, ada sahaja yang mungkin tidak selesa dengan apa yang aku lakukan. Ada yang tersalah anggap, bahkan ada yang terpaksa melalui begitu banyak dugaan hanya kerana ingin mengikuti apa yang aku kongsikan.
Melakukan aktiviti online di platform lain sebenarnya lebih tenang. Hasilnya pun tak kurang hebat, selagi Allah izinkan, rezeki itu pasti akan ada. Yang penting aku perlu teruskan usaha, tanpa rasa lelah dan tanpa sebarang alasan.
Semoga tahun 2020 ini, blog ini akan kembali aktif untuk berkongsi coretan kehidupan dan pengalaman seorang programmer jalanan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang masih setia menjadi pembaca blog ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/usah-pedulikan-apa-orang-lain-kata-dengan-perancangan-kita/