2 Individu Berkait Skandal 1mdb Dipenjara Di Abu Dhabi


MALAYSIAKINI

   
Dua individu yang berkaitan skandal 1MDB telah disabitkan dan dihukum penjara di Abu Dhabi atas kesalahan jenayah kewangan

Wall Street Journal (WSJ) melaporkan hal ini berdasarkan kenyataan mahkamah jenayah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan memetik sumber yang biasa dengan kes tersebut.

Pengarah Urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi  Khadem al Qubaisi dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara, manakala Mohammed Badawy al Husseiny yang mengendalikan anak syarikat IPIC pula disabitkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Mahkamah juga mengkehendaki kedua-dua lelaki itu untuk membayar sebanyak €$300 juta (RM1.4 bilion), setengah kepada IPIC yang dirujuk sebagai "syarikat korban" dan setengah lagi adalah denda

"Siaran akhbar (mahkamah) tidak memperkenalkan kedua lelaki terbabit dengan nama, tetapi pihak yang akrab dengan tindakan kehakiman tersebut mengesahkan defendan yang tidak dinamakan itu ialah Al Qubaisi dan Al Husseiny.

"Peguam untuk kedua-dua lelaki dan wakil daripada Mahkamah Jenayah Abu Dhabi enggan mengulas mengenai pertuduhan (yang disabitkan itu)," lapor WSJ hari ini.

Kenyataan mahkamah hanya merujuk Al Qubaisi, yang disebut sebagai "defendan pertama" telah disabitkan dengan kesalahan "mengeksploitasi kedudukannya dan menyalahgunakan sebanyak €$149 juta (RM697 juta) setelah menjual saham yang dimilikinya untuk syarikat yang dia ketuai, tanpa mendedahkan pemilikan sahamnya, untuk €$ 210 juta (RM983 juta)."

Bagaimanapun, akhbar harian Amerika Syarikat itu memetik pihak yang biasa dengan perkara tersebut berkata sabitan ini tidak berkaitan dengan skandal 1MDB.

Kenyataan mahkamah menyatakan siasatan kes berkenaan merupakan sebahagian daripada siasatan yang lebih luas di Abu Dhabi berhubung dakwaan rasuah.

"Defendan kedua", Al Husseiny pula, disabitkan pertuduhan "mengeksploitasi kedudukannya dan memudahkan rampasan wang syarikat itu" oleh Al Qubaisi.

Sebelum ini, Al Qubaisi berkata tidak adil bagi dirinya dijadikan kambing hitam dalam skandal tersebut dan mendakwa pihak berkuasa Abu Dhabi memaksanya untuk menyerahkan aset peribadinya.

Tindakannya membawa IPIC menjadi rakan niaga utama 1MDB, kata Al Qubaisi dibuat dengan pengetahuan penuh pegawai kanan UAE.

Bagaimanapun, dia mendakwa dijadikan mangsa oleh Abu Dhabi selepas rundingan kerjasama tersebut tidak menjadi dan berbilion dolar hilang daripada syarikat pelaburan Malaysia itu.

Al Qubaisi, yang ditahan di penjara Al Wathba pada ketika itu, dilaporkan berkata rancangannya adalah untuk "mati di tempat ini (penjara) atau keluar bebas".

Menurut kes sivil Jabatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, Al Qubaisi menggunakan AS$ 471 juta dana yang didakwa dicuri di dalam akaun di Luxembourg untuk membeli hartanah di Amerika Syarikat, antara lain.

Aset-aset ini menjadi sasaran DOJ.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/2-individu-berkait-skandal-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 259 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari in mendedahkan 41 penama termasuk individu parti politik dan pertubuhan yang menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad SPRM memfailkan permohonan pelucutan hak sivil ke atas 41 individu ...
Kes 1mdb Apa Kata Shukri Tentang Bukti Bagi Penjarakan Individu Terlibat

Kes 1mdb Apa Kata Shukri Tentang Bukti Bagi Penjarakan Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 345 hits
Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu ditanya jika siasatan SPRM dalam kes 1MDB dan SRC International mempunyai bukti kukuh untuk memenjarakan individu terlibat
41 Entiti Dan Individu Ini Diminta Kembalikan Wang 1mdb

41 Entiti Dan Individu Ini Diminta Kembalikan Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 350 hits
FMT Reporters PUTRAJAYA Kedai tekstil runcit Jakel Trading dan francais barang kemas Habib Jewels Sdn Bhd antara 41 entiti dan individu yang dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam permohonan pelucuthakan sivil untuk mendapat...
Sistem Bank Global Turut Dipersalahkan Dalam Skandal 1mdb Kata Gabenor Bnm

Sistem Bank Global Turut Dipersalahkan Dalam Skandal 1mdb Kata Gabenor Bnm

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 238 hits
Sistem bank global turut dipersalahkan dalam skandal 1MDB kata gabenor BNM Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada
1mdb Pelik Tiada Senarai Nama Individu Lompat Parti

1mdb Pelik Tiada Senarai Nama Individu Lompat Parti

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 270 hits
KOTA TINGGI Pendedahan senarai penama yang dipercayai terlibat wang 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam disifatkan sebagai pelik kerana hanya banyak melibatkan orang UMNO dan Barisan Nasional Ahli Majlis Tertinggi UMNO ...
Pecah Amanah Bekas Juruwang Bsn Dipenjara Tiga Tahun Tiga Sebatan

Pecah Amanah Bekas Juruwang Bsn Dipenjara Tiga Tahun Tiga Sebatan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 326 hits
Kuala Lumpur Seorang bekas juruwang Bank Simpanan Nasional dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah RM248 050 dengan membuat penebusan Sijil Simpanan Premium milik ...
Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Kini Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Insyaallah Semuanya Allah Permudahkan

Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Kini Mahkamah Benarkan Tangguh Hukuman Insyaallah Semuanya Allah Permudahkan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 532 hits
Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini Memetik ...
Bunuh Kawan Baik Demi Ganjaran Rm37 4 Juta Remaja Dipenjara 99 Tahun

Bunuh Kawan Baik Demi Ganjaran Rm37 4 Juta Remaja Dipenjara 99 Tahun

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 347 hits
Seorang remaja sanggup yang merupakan perancang bersepakat dengan rakannya untuk membunuh rakan baik selepas seorang lelaki yang dikenali dalam talian menawarkan AS 9 juta untuk melakukan jenayah itu Denali Brehmer remaja berusia 18 tahun d...
Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 346 hits
Seorang lelaki yang menconteng tiang dengan mesej bersifat perkauman di kawasan Geylang Singapura dihukum penjara selama 13 bulan dan sembilan sebatan oleh mahkamah negara itu Portal berita Channel NewsAsia melaporkan Chen Jianbang 31 juga ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue