Pecah Amanah Bekas Juruwang Bsn Dipenjara Tiga Tahun Tiga Sebatan


Kuala Lumpur : Seorang bekas juruwang Bank Simpanan Nasional (BSN) dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah RM248,050 dengan membuat penebusan Sijil Simpanan Premium milik pelanggan bank itu termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Shafiq Izuddin Ibrahim, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
“Setelah mahkamah mendengar hujahan dan menimbangkan segala keterangan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat pihak pembelaan telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah serta mematahkan hujahan pihak pendakwaan,” katanya.
Ahmad Kamal Arifin memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.
Shafiq Izuddin didakwa sebagai juruwang yang diamanahkan dengan penguasaan harta bank BSN iaitu RM248,050 dalam urusan tertuduh sebagai pekerja bank itu telah melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat penebusan Sijil Simpanan Premium milik pelanggan BSN.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSN, cawangan Putrajaya, Presint 2, Putrajaya antara 2 Ogos dan 2 Okt 2012 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 14 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon hukuman berat dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah perbuatan terkutuk dan serius.
“Tertuduh telah menodai kepercayaan pihak bank dengan melakukan perbuatan itu. Kes ini juga telah melibatkan orang kenamaan iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan bekas Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang masing-masing memberi keterangan di mahkamah sebagai  saksi pendakwaan,” katanya.
Shafiq Izuddin yang diwakili peguam Zamri Ibrahim merayu supaya diberi jaminan bon berkelakuan baik dan bercagar selama tiga tahun kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga.
“Anak guam saya mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan dua anak yang masih kecil serta menjaga ibu yang uzur. Ini kesalahan kali pertamanya dan dia tiada rekod jenayah lampau. Anak guam saya telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini,” katanya.
Sepanjang perbicaraan bermula 19 Feb 2018 seramai 16 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri dipanggil memberi keterangan.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/19/pecah-amanah-bekas-juruwang-bsn-dipenjara-tiga-tahun-tiga-sebatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Muflis Dalam Tempoh Tiga Tahun Guan Eng Hisap Gam Ke

Sarawak Muflis Dalam Tempoh Tiga Tahun Guan Eng Hisap Gam Ke

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 490 hits
MENTERI Kewangan Lim Guan Eng dalam satu majlis DAP Sarawak malam tadi memberikan amaran Sarawak mungkin akan bangkrap dalam tempoh tiga tahun jika Gabungan Parti Sarawak terus mentadbir Sifir beliau mudah Belanjawan tahunan Sarawak adalah ...
Peralihan Kuasa Kini Jelas Dalam Tempoh Tiga Tahun Bukan Dua Tahun

Peralihan Kuasa Kini Jelas Dalam Tempoh Tiga Tahun Bukan Dua Tahun

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 337 hits
Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad sekali sekala pernah direkodkan memberi bayangan mengenainya saya tidak pasti dari mana datangnya ketentuan bahawa peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri A...
Seorang Wanita Berkongsi Penyesalan Melihat Bekas Suami 2 Tahun Selepas Perceraian Mereka

Seorang Wanita Berkongsi Penyesalan Melihat Bekas Suami 2 Tahun Selepas Perceraian Mereka

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 705 hits
Sesuatu yang kita perlu tahu dan sedari mengenai kehidupan bahawa setiap individu berhak dan bebas untuk membuat keputusan Akan tetapi sudah tentu terdapat kesan dan akibat yang akan menyusul bersama tindakan itu Sama ada kita berasa amat l...
Fed Menerbitkan Ramalan Untuk Kdnk Pengangguran Dan Inflasi Selama Tiga Tahun

Fed Menerbitkan Ramalan Untuk Kdnk Pengangguran Dan Inflasi Selama Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 274 hits
Ramalan Fed untuk penunjuk utama ekonomi Amerika Syarikat adalah seperti berikut ramalan pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 2 0 2 2 pada tahun 2019 ramalan pertumbuhan KDNK adalah sebanyak 1 8 2 2 pada 2020 ramalan pertumbuhan KDNK adalah seb...
Dulu Aktif Sekarang Susah Gerak Kanak2 Tiga Tahun Derita Ekzema Kronik Rayu Bantuan

Dulu Aktif Sekarang Susah Gerak Kanak2 Tiga Tahun Derita Ekzema Kronik Rayu Bantuan

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 484 hits
Sejak semalam kisah adik Nur Hana Humairah Abd Rahim yang berusia tiga tahun tular di media sosial Penyakit yang dihidapi secara tiba tiba itu benar benar menyentuh hati netizen Perkongsian mengenai adik Hana ini diperoleh menerusi Facebook...
Dr Mahathir Saya Tak Kata Mahu Jadi Pm Tiga Tahun

Dr Mahathir Saya Tak Kata Mahu Jadi Pm Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 580 hits
KUALA LUMPUR 25 Jun Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya...
Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 465 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun Tegasnya beliau telah berjanji akan berundur dan Anwar akan menggantikan be...
Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

Lelaki Kutuk Melayu Dipenjara 13 Bulan 9 Sebatan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 405 hits
Seorang lelaki yang menconteng tiang dengan mesej bersifat perkauman di kawasan Geylang Singapura dihukum penjara selama 13 bulan dan sembilan sebatan oleh mahkamah negara itu Portal berita Channel NewsAsia melaporkan Chen Jianbang 31 juga ...
Benjy Dipenjara 14 Tahun Didenda Rp800 Juta

Benjy Dipenjara 14 Tahun Didenda Rp800 Juta

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 286 hits
Pihak pendakwa raya memohon kepada mahkamah Indonesia agar pelakon Benjy dipenjara selama 14 tahun dan didenda sebanyak 800 juta Rupiah atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4 5 gram ke negara itu Lapor portal berita The Jakarta...
Sekadar Penjelasan Ringkas

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Monolog Jiwa Jangan Membenci Tapi Jauhkan Diri

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strawberry Manis

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Nak Capai Impian Kena Tahu Jalan

Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang