2 Hadiah Paling Berbaloi Aku Beli Dari Istanbul Turki
Sebelum ni aku ada kongsikan itinerari penuh percuti bersama keluarga selama 9 hari di Istanbul dan Cappadocia, Turki. Jadi anda boleh rujuk dan ambil idea untuk anda datang sendiri secara DIY ke negara yang indah ini.
Jadi kalau pergi bercuti ke luar negara tak lengkap lah kalau tak shopping atau beli apa-apa hadiah kan. Sama ada beli untuk keluarga, kawan-kawan atau diri sendiri. Benda clishe biasa kita bawa balik macam baju, keychain atau fridge magnet. Jadi boleh la bagi kawan-kawan sebagai peringatan kan.
Hadiah atau souvenir untuk kawan sudah. Jadi aku nak juga beli untuk diri sendiri. Kalau untuk diri takkan nak bagi keychain juga kan. Kena la cari hadiah lain yang mungkin rare tiada ditempat lain atau hadiah berguna yang boleh digunakan lama.
Jadi selama di Turki dan sehingga kini, bagi aku ada 2 hadiah yang aku rasa sangat berbaloi dibeli. Kedua-dua barang ini pula aku masih guna sehingga kini lebih kurang 3 bulan selepas aku pulang daripada Istanbul.
2 Hadiah Paling Berbaloi Aku Beli Dari IstanbulHadiah yang aku maksudkan tersebut adalah Plastic Hot Cup Starbucks dan juga Sejadah Turki. Kedua-dua ini aku masih gunakan sehingga sekarang dan aku jangkakan akan bertahan dalam tempoh setahun dua lagi.
Sebelum pergi, ramai bagi tahu yang harga starbucks jauh lagi murah daripada Malaysia dan aku anggap merchandise yang dijual pun murah la. Aku rasa Plastic Hot Cup Starbucks ni di Malaysia dekat RM20-RM30 rasanya untuk satu unit. Perbandingan di Lazada. Tapi aku beli di Istanbul dengan harga 49 Lira je atau lebih kurang RM11 je ketika itu.
BACA : Harga Hot Cup Starbucks Di Shopee
Untuk perbandingan harga tumbler lain pun, rasanya murah RM30-RM40 juga la. Tapi merchandise lain harga ratusan juga, aku tak beli la. Cawan ni reusable dan boleh guna banyak kali. Boleh digunakan di Starbucks untuk dapatkan diskaun 10% juga. Tapi aku tak bawa la, buat minum kopi di Temerloh je. Yang penting original Starbucks.
Rasa rugi pula beli satu, kalau beli banyak-banyak boleh resell kat Malaysia. hahaha
Kalau di Turki ni sangat terkenal dengan karpet. Manakan tidak, ada yang menjual sehingga ribuan dollar. Terkenal dengan corak yang unik, tahan lasak dan paling best ianya sangat lembut.
Tapi takkan nak beli karpet kan. Jadi kita cari yang hampir sama dengan saiz yang lebih kecil tetapi sangat berguna iaitu sejadah. Ya, inilah barang kedua hadiah paling berbaloi aku beli di Istanbul iaitu Sejadah Turki.
Takda fungsi lain dah la, memang digunakan untuk bawa solat je la ketika di rumah. Ianya berat sikit jika dibandingkan dengan sejadah biasa kita. Tetapi paling best adalah kelembutan sejadah itu sendiri. Lagi-lagi kalau solat dalam aircond, bulu sejadah jadi sejuk. Best je.
Aku dapat beli dengan harga 200 Lira yang mana ketika itu lebih kurang RM50 sahaja. Murah kot. Kalau nak cari, boleh pergi ke Oriental Shop berdekatan dengan Gulhane Park. Boleh je jalan kaki dari Aya Sofia. Kalau penat, naik je tram. Terus sampai.
Kedua-dua hadiah ni aku sangat recommended kalau korang nak beli dari Istanbul, Turkiye untuk dihadiahkan kepada keluarga, rakan atau kesayangan selain daripada I Love Istanbul yang biasa kita dapat souvenir dari luar negara.
Kalau taknak bagi orang pun, beli untuk diri sendiri sebagai hadiah kenang-kenangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2023/01/hadiah-berbaloi-beli-di-istanbul-turki.html