Beli Vaksin Rm10 Bilion Putar Belit Finance Twitter Dan The Coverage



Let’s unspin the spin. Macamana kerajaan boleh songlap RM10 bilion kalau peruntukannya hanya RM5 bilion? Ini tak masuk akal. Marzuki Mohamad
Saya baca beberapa hantaran dalam portal Finance Twitter dan The Coverage yang kelihatan pro-DAP dan anti-PN. Pada mulanya saya tak hirau sangat. Biasalah itu strategi media masing-masing. Namun, lama kelamaan saya perhatikan semakin banyak spin yang dibuat oleh kedua-dua portal ini.
Misalnya spin yang terbaru ialah kononnya kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah songlap duit perolehan vaksin sebanyak RM10 bilion semasa tempoh darurat. Saya terkejut kerana saya tahu peruntukan siling yang diluluskan oleh kerajaan (kemudiannya oleh Parlimen) untuk perolehan vaksin menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) hanyalah RM5 bilion sahaja. Macamana kerajaan boleh songlap RM10 bilion kalau peruntukannya hanya RM5 bilion? Ini tak masuk akal.
READ MORE HERE: RM10 Billion Gone Missing : Khairy & Muhyiddin Became Very Rich From Deliberate Over-Purchase 6 Million Doses Of Covid Vaccine Kalau spin atau putar belit ini tak dirungkai, ramai yang akan terpengaruh dengan perkara yang tak betul.
Untuk merungkai spin ini pula tidaklah susah. Isu perolehan vaksin telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam beberapa sesi pada tahun 2021. Laporan PAC ini adalah dokumen awam yang boleh diakses di laman web Parlimen (https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-234-287.pdf). Kita oleh baca laporan ini secara terperinci.
Apa yang dinyatakan dalam laporan PAC ini?
Sehingga 21 Julai 2021, iaitu tarikh darurat 2021 berakhir, kerajaan telah membuat pesanan bekalan vaksin yang mencukupi untuk 120% penduduk (sila rujuk muka surat 32 Laporan PAC).
Sehingga 21 Julai 2021, sebanyak RM1.027 bilion daripada peruntukan siling RM5 bilion telah dibelanjakan (sila rujuk muka surat 35 Laporan PAC).
(Nota: Tan Sri Muhyiddin telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021)
READ MORE HERE: Pengambilan dos penggalak kedua meningkat Ini faktanya. Jadi, dari mana portal Finance Twitter dan The Coverage yang pro-DAP dapat angka RM10 bilion tu?
Kedua-dua portal pro-DAP ini juga menuduh kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin membuat perolehan vaksin secara berlebihan dan membazir semasa tempoh darurat. Perolehan yang melebihi keperluan ini dibuat dengan sengaja untuk songlap duit RM10 bilion.
Adakah perolehan vaksin yang mencukupi untuk 120% penduduk ini suatu pembaziran? Jawapannya bukan membazir.
Kenapa? Kerana Tan Sri Muhyiddin atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa itu tahu bahawa rakyat memerlukan “booster shot” atau dos penggalak. Jadi kerajaan perlu sediakan vaksin bukan untuk 100% penduduk, tetapi lebih daripada itu.
Kerana itu sebaik sahaja Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berakhir, KKM telah melaksanakan PICK-Booster yang mensasarkan 23 juta penduduk menerima dos penggalak (https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pick-dos-penggalak).
Sehingga kini 50% penduduk telah menerima dos penggalak pertama dan 2.2% telah menerima dos penggalak kedua. (https://www.kosmo.com.my/2023/01/20/pengambilan-dos-penggalak-kedua-terus-meningkat/)
Apa rumusan PAC mengenai perolehan vaksin semasa tempoh darurat?
Secara ringkasnya PAC merumuskan bahawa urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. PAC juga berpuas hati dengan harga perolehan vaksin daripada pelbagai portfolio oleh Kerajaan yang didapati adalah munasabah. PAC juga mengakui proses perolehan vaksin bertambah proaktif dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) pada bulan Oktober 2020.
Selain itu, PAC juga berpandangan penggunaan dana KWAN bagi tujuan perolehan vaksin adalah selaras dengan objektif penubuhan KWAN tertakluk kepada perbelanjaan yang berhemah. PAC juga membuat beberapa pemerhatian lain untuk tujuan penambahbaikan (sila rujuk mukasurat 68-71 Laporan PAC).
Media pro-DAP akan terus melakukan spin terhadap PN. Ini kerana apabila BN telah berkawan dengan PH, maka PN menjadi pencabar tunggal yang utama kepada DAP. Spin mereka boleh kita rungkai dengan fakta. Maka rajin-rajinlah kita mencari fakta.
Let’s unspin the spin.

READ THE FULL REPORT HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/01/25/beli-vaksin-rm10-bilion-putar-belit-finance-twitter-dan-the-coverage/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taliban Beli Akun Centang Biru Twitter Puji Elon Musk

Taliban Beli Akun Centang Biru Twitter Puji Elon Musk

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 133 hits
Taliban mulai menggunakan fitur verifikasi berbayar Twitter di mana beberapa akun pejabat Taliban kini memiliki centang biru
Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 179 hits
ismaweb netPemimpin PH BN usah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betulBANGI 3 Rejab 1444H Rabu Ketua Dewan Ulamak PAS membidas pandangan sinis Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang...
Fc Barcelona Celebrates The Year Of The Rabbit

Fc Barcelona Celebrates The Year Of The Rabbit

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 272 hits
FC Barcelona celebrates the Year of the Rabbit FC Barcelona is once again ushering in the New Year which in 2023 marks the Year of the Rabbit Inspired by the concept of new beginnings Bar a is celebrating a new era at the Club with live ent...
Umno S Don T Rock The Boat Warning Pkr Mp Pens Sarcastic Poem

Umno S Don T Rock The Boat Warning Pkr Mp Pens Sarcastic Poem

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 246 hits
Pasir Gudang MP Hassan Abdul Karim has penned more poems that appear to mock attempts to silence criticisms on issues which could jeopardise the stability of the current government led by two former political rivals from PKR and Umno Titled...
The Gloves Are Off In Shafee Zaid War Of Words

The Gloves Are Off In Shafee Zaid War Of Words

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 213 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak s review of his SRC International case at the Federal Court has been relegated as a secondary issue with the sideshow of two senior lawyers sparring in the courthouse and outside threatening to overwh...
The Colours Of Life January Remote Raid Germany Zekrom

The Colours Of Life January Remote Raid Germany Zekrom

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 194 hits
The Colours of Life January Remote Raid Germany Zekrom 3 Star 8 trainer bersama di Germany Status Failed to caught Huhuhu https youtu be v7r5 pkCc94 mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJ...
The Colours Of Life Secret Recipe Eating Out

The Colours Of Life Secret Recipe Eating Out

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 146 hits
The Colours of Life Secret Recipe Eating Out Sesi jenjalan cari makan kat Secret Recipe AEON Bukit Indah Layan https youtu be nk0tNFn RjM mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 ...
The Colours Of Life New Glass Season Optical

The Colours Of Life New Glass Season Optical

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 255 hits
The Colours of Life New Glass Season Optical Kali ni gi setelkan cermin mata ngah semula Dah dua tahun dan matanya dah mula kabur sedikit Siap dapat cabutan bertuah sempena CNY2023 Dapat baucar RM10 Hehehe Ingatkan nak dapat rayban tadi Lay...
Didi Friends The Movie

Didi Friends The Movie

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 409 hits
Setelah 12 tahun sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia Didi Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mula...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis