2 Cara Penjagaan Miss V Yang Senang Untuk Dipraktikkan
Entry ni khas untuk kaum wanita sahaja yea. Lelaki scroll laju-laju. atau klik X kat belah atas tu. hehe..Serius ni tau..Ni berkaitan cara penjagaan kesihatan miss V untuk wanita, lelaki tak ada kaitan so tak payah baca. hehe. Macam sebelum ni k.fiezz pernah up entry berkaitan masalah keputihan yang dialami, k.fiezz amalkan yogurt asli tanpa sebarang perasa sebab pernah ternampak di Tik Tok berkaitan ni. Sejak dah tahu pasal yogurt asli boleh mengatasi masalah kegatalan ni, k.fiezz memang cuba jadikan amalan makan yogurt asli. Kenapa kena yogurt asli, boleh baca > YOGURT PERASA ASLI >.
Walaupun bukan lah hari-hari k.fiezz makan yogurt ni tapi sis cuba jadikan amalan. Cuma masalahnya k.fiezz biasa beli yogurt asli ni kat SpeedMart. Kat situ selalu stok yang ada yogurt asli saiz besor. Ater jenuh nak perabiskan weiii..Kalau boleh nak cari yang saiz kecil. Boleh beli beberapa bekas & buat stok kat rumah..Jadi setiap kali makan, habiskan satu..Tak ada lah kena simpan ke apa..1 bekas tu boleh habiskan. Kalau hat besor ni, kena ambil sikit-sikit sebab tak lalu lah sis nak perabiskan sekali gus. Cuma masalahnya k.fiezz tak pasti yogurt ni tahan berapa lama lepas dah buka. Kadang tu k.fiezz nak makan, sis rasa sikit dulu. Kalau tak ada rasa macam pelik-pelik, k.fiezz makan...
TAMBAH BUAH DALAM YOGURT PERASA ALIMacam yang semua tahu rasa yogurt asli ni kan masam. Memang tak lalu lah nak makan. Jadi k.fiezz ikut seperti yang disarankan, tambah buah-buahan segar. Nak tambah kekacang pun boleh juga. Ikut lah selera masing-masing.
K.fiezz tambah buah-buahan. Gigih beli strawberry tapi masam daaaa..Udah jenuh nak makan yogurt masam + strawberry masam. haha. Tapi makan juga lah sebab tak nak membazir. Mahai tau strawberry.
Nasib baik mr hubby ada beli buah kiwi pula lepas tu. K.fiezz letak buah kiwi. Baru sedap sikit nak makan. hehe..
Letak buah kiwi, baru sedap sikit makan yogurt perasa asli ni..
Mula-mula makan dengan strawberry. Mak aihhh masammm...Jenuh nak perabiskan..hehe
SABUN PENCUCI UNTUK MISS VSelain dari amalkan yogurt perasa asli untuk atasi masalah keputihan, k.fiezz cuba juga sabun miss v yang berfungsi untuk lebih bersih, wangi & ketat..hehe.
Antara fungsi sabun miss v dari ekstrak sireh asli & juga manjakani serta chamomile ni.
> Menghilangkan kegatalan> Mengetatkan miss v> Mewangikan dan menyegarkan> Menghapuskan bakteria> Memberi rasa sejuk dan dingin
Kelebihan bahan dalam sabun miss v ni?
> Daun sireh : Dipercayai dapat membunuh bakteria, parasit & mikroorganisma yang menjadi penyebab keputihan
> Manjakani : Bagus untuk kesihatan wanita bagi mengetatkan vagina dan mengelakkan keputihan
> Chamomile : Bagi rasa menenangkan yang akan bebaskan dari rasa gatal, sensasi terbakar & pembengkakkan di bahagian miss V
TESTIMONI GUNAKAN SABUN MISS VSetakat ni k.fiezz guna, memang rasa best bila cuci kawasan tut dengan sabun ni. Lepas bilas dengan air, rasa berangin sekejap kat kawasan tut..haha..Rasa segar gitu...
Bau sabun wangi, sis suka..Hat satu lagi tu, tak pasti lah yea sebab baru je guna. haha...
Cuma satu lagi untuk kita kaum wanita ni, nak mengelakkan keputihan dari muncul kurangkan makan/minum yang manis-manis. Sesekali tu tak ada masalah tapi jangan jadikan rutin. Sebab gula punca keputihan.
Amboi kemain nasihat orang tapi diri sendiri pun dah hari-hari asyik minum manis je time lunch. hehe..Kena beringat-ingat ni..#siscuba..hehe..Maklumlah kita kaum perempuan ni dari dalam sampai ke luar kena jaga. Bukan sebab untuk pasangan je tapi diri sendiri juga. Keyakinan diri sendiri. Tu yang penting, betul tak..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/10/2-Cara-Penjagaan-Miss-V-Yang-Senang-Dipraktikkan.html