2 Cara Beli Tiket Bas Online Serta Panduannya
2 Cara Beli Tiket Bas Online serta Panduannya 32
Pembelian tiket bas online pada masa kini lebih mudah dan pantas berbanding pembelian tiket secara fizikal di kaunter-kaunter tiket. Anda juga dapat menjimatkan masa dengan membeli tiket bas secara online.
Jika anda tidak tahu atau sukar untuk membuat pembelian tiket bas, di sini kami menyediakan cara-cara mudah untuk membeli tiket bas secara dalam talian.
Harga dan Cara Beli Tiket Bas Online
2 Cara Beli Tiket Bas Online serta Panduannya 33
Tiket bas online boleh didapati di mana-mana pautan yang boleh dipercayi seperti Redbus,Easybook, Sani express dan sebagainya. Namun, harga bagi setiap tiket bergantung kepada destinasi dan syarikat yang dirujuk.
Berikut merupakan beberapa pautan untuk memudahkan anda membeli tiket bas online :
RedBus
Easybook
Bus Online Tiket
Selain itu anda juga dapat membeli tiket bas secara dalam talian di portal-portal rasmi syarikat bas seperti berikut :
Mayang Sari express
Sani Express
Maraliner
Senarai Harga Tiket Bas Online
Senarai harga tiket bas adalah berbeza mengikut destinasi. Ianya akan ditunjukkan setelah anda menetapkan dari stesen mana sehingga ke stesen tempat yang anda hendak tuju.
Di sini kami menyediakan sedikit senarai harga tiket bas mengikut beberapa destinasi :
Kota BharukeKuala LumpurRM40/RM44Alor SetarkeKuala Lumpur Rm55MelakakeJohor BharuRM23Kota BharukeKuala TerengganuRm15Johor BharukeKota BharuRM52/RM64KangarkeKota BharuRM43KuantankeIpohRM44
Cara Beli Tiket Bas Online Melalui Redbus
Redbus merupakan satu pautan mahupun aplikasi yang popular dalam pembelian tiket bas secara dalam talian. Anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk menempah tiket bas secara online melalui redbus seperti berikut :
Pilih lokasi berlepas/ketibaan di ruangan ‘dari’ dan ‘ke’ serta masukkan tarikh perjalanan dan klik pada ‘carian’
Pilih pengendali bas yang dan masa yang diinginkan
Pilih tempat duduk dengan klik pada nombor tempat duduk pilihan dan klik ‘teruskan’
Isi maklumat dan membuat pembayaran (pembayaran boleh dibuat dalam bentuk kredit/debit kad atau FPX, dan aplikasi e-Wallet Boost)
Mesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon yang diberikan oleh pembeli
Simpan atau cetak e-tiket (setiap pengendali bas akan memberitahu sama ada perlu dicetak atau tidak, sesetengah bas hanya sekadar memerlukan ‘booking reference number’ yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit sahaja)
Selesai
Cara Tukar Tarikh Tiket Bas Online
2 Cara Beli Tiket Bas Online serta Panduannya 34
Anda mungkin boleh menukar tarikh atau masa yang ditetapkan mengikut terma dan syarat dan sebab-sebab tertentu. Untuk pembelian tiket bas online di laman web Redbus anda boleh mengikuti langkah yang kami sediakan di bawah :
Layari laman web Redbus dan cari ikon ‘Reshedule’
Masukkan nombor tiket dan alamat e-mel yang telah digunakan untuk membuat tempah baharu. Seterusnya klik ‘Carian’
Sahkan nombor tiket dan bas anda serta pilih tarikh baharu perjalanan yang hendak dijadualkan
Pilih bas yang hendak dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan membuat pembayaran harga perbezaan tiket
Cara Cancel Tiket Bas Online
Jika anda ingin membatalkan pembelian tiket bas online (bagi pelanggan Redbus), anda hanya perlu menghubungi talian +60-330992524 untuk sebarang permohonan pembatalan.
Setelah permohonan dibuat, bahagian khidmat pelanggan akan memproses permohonan tersebut dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin.
Soalan FAQs Berkenaan Tiket Bas Online
Bagaimana jika berlaku kehilangan tiket bas online ?
Jika anda secara tidak sengaja kehilangan tiket bas online anda, anda boleh lawati laman web di mana anda menempahnya dan mendapatkan salinan
Adakah tempat duduk boleh dipilih?
Ya, anda boleh memilih kedudukan tempat duduk mengikut kemahuan anda
Apa yang perlu dilakukan semasa hari perjalanan?
Anda perlu Baca dan semak e-Tiket yang dihantar melalui e-meil anda (pastikan ‘double-check’ tarikh dan tempat berlepas). Semasa hari perjalanan, sila datang ke stesen yang dipilih dan ditunjukkan tiket tersebut pada kaunter bas
Bolehkah menempah tiket bas online untuk orang lain ?
Sudah tentu, anda boleh menempah tiket bas online untuk penumpang lain tetapi anda perlu memasukkan maklumat penumpang dengan tepat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/tiket-bas-online.html