1mdb Pengakuan Najib



Cuma katanya bukan perseorangan tapi secara berkumpulan..! betul ke? Layan..


Kes 1MDB: Adakah Najib Telah Mengaku Salah?
A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Hadir mahkamah:Kenyataan terbaru boleh dijadikan buktiNajib: 1MDB bukan silap saya seorang, seluruh sistem gagal (Malaysiakini).Najib: 1MDB not one man's fault, it's a systemic failure (Malaysiakini).Skandal 1MDB: Jangan salahkan saya, ia kegagalan sistem, kata Najib (Free Malaysia Today).Najib Blames ‘systemic failure’ in 1MDB (Malaysian Insight).[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]Di atas adalah beberapa tajuk berita berkaitan jawapan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kepada wartawan di Cameron Highlands 18 Januari lepas.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang bertanya jika Najib juga akan meminta maaf selepas bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs, menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas peranan bekas pegawai tingginya, Tim Leissner, dalam skandal 1MDB.
"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.
"Jadi ia kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib.Saya menunggu lama sikit untuk mengulas kerana saya kurang pasti kalau Najib benar-benar membuat kenyataan itu atau media massa tersilap lapor.Tetapi sehingga sekarang tidak terbaca penjelasan atau penafian daripada bekas “Malaysian Official One” atau Pegawai Nombor Satu Malaysia itu, maka kesimpulannya benarlah dia membuat kenyataan tersebut.Dalam bahasa paling mudah, dia mengaku terbabit dengan skandal 1MDB cuma bukan bersendirian tetapi bersama dengan orang lain.Konspirasi 1MDBSatu dunia sudah tahu bahawa 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.Kita tahu Jho Low terlibat. Kita tahu Goldman Sachs terlibat. Begitu juga beberapa buah firma perakaunan antarabangsa.Juga terlibat adalah Arul (Azrul) Kanda Kandasamy, Khadem al-Qubaisi, Mohammad Al Hussaini, Ahmad Maslan dan Shahrir Samad. Malah banyak lagi.Mereka ini terlibat menipu negara dan rakyat jelata melalui operasi 1MDB, melindungi kesalahan, menerima dan mengubah duit haram yang berasal dari operasi songsang 1MDB, pecah amanah dan salah guna kuasa.Setidak-tidaknya pun mereka menyokong Mohd Najib walaupun mempunyai bukti yang cukup bahawa berlaku penyelewengan besar dalam urus tadbir 1MDB.Cuma yang mengejutkan adalah Mohd Najib sendiri secara terbuka mengaku kepada khalayak ramai bahawa beliau terlibat bersama beberapa orang lain dalam skandal yang menyebabkan terjadi kegagalan sistemik dalam 1MDB.Saya sudah banyak kali menyebut dan menulis mengenai kegagalan yang sistemik dalam urus tadbir 1MDB dan kerosakan institusi yang sistematik dan meluas ketika pemerintahan Mohd Najib.Mohd Najib dan beberapa orang yang bersubahat dengan beliau telah pun dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan melibatkan penyonglapan, pecah amanah dan pembersihan duit haram 1MDB.Lain yang turut dituduh adalah isteri Mohd Najib, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Jho Low, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri “Kasut Merah” Irwan Serigar Abdullah, bekas pendakwa raya kes Liwat 2 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kandasamy.  Khianati DiriSeperti yang biasa dengan kes mahkamah, semua mereka mengaku tidak bersalah dan sedang dibicarakan. Dengan itu juga maka bermulalah drama mahkamah.Macam dijangkakan, pasukan pembelaan Mohd Najib sudah mula menggunakan pelbagai tipu helah (tricks) untuk melengah-lengahkan perbicaraan.Tipu helah mereka ini samalah dengan yang digunakan oleh ahli politik dan pembesar lain yang diseret ke mahkamah sebelum ini.Mohd Najib sudah pun memulakannya dengan “enggan” masuk kandang orang kena tuduh dan pasukan pembelaan beliau membantah kehadiran pegawai tertentu di pihak pendakwa.Yang nampaknya belum digunakan oleh Mohd Najib adalah berpura-pura sakit dan minta dimasukkan ke hospital. Sebaliknya kita lihat beliau segar-bugar dan cergas berpolitik, membuat tampalan media sosial dan berkempen pilihan raya kecil.Justeru itu, kita janganlah berharap sangat untuk melihat Mohd Najib dan tertuduh lain disumbatkan ke penjara dalam masa yang singkat melainkan kes yang mudah, macam pengubahan wang haram, dibicarakan dahulu.Kita boleh mengambil perbicaraan pembesar politik sebelum ini sebagai contoh. Kes pecah amanah dan salah guna kuasa boleh dibuktikan dengan mudah berbanding pembunuhan atau liwat.Ada orang kata, kes pengubahan wang haram (money laundering) juga boleh dibuktikan dengan mudah.Berbalik kepada pengakuan terbuka Mohd Najib kepada media massa di Cameron Highlands, yang menjadi persoalan adakah kenyataan itu akan memberikan kesan kepada kes mahkamah yang beliau hadapi?Adakah beliau telah menganiaya (incriminate) diri sendiri dengan mengaku bahawa beliau terlibat dengan kes kegagalan sistemik 1MDB?Pengakuan atau “admission” Mohd Najib itu mengukuhkan lagi pendapat umum bahawa memang beliaulah kepala skandal 1MDB dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa syarikat milik negara itu.Soalnya adakah pengakuan beliau itu juga boleh dijadikan bukti sahih (admissible evidence) dalam perbicaraan beliau dan konco-konconya?Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah Mohd Najib berkata memang berlaku kegagalan sistemik dalam 1MDB dan beliau terbabit. Tetapi bukan beliau seorang sebaliknya banyak orang lain turut terlibat.Wallahuaklam.sumber
Amacam???
Lu Fikir La Sendiri..!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/01/1mdb-pengakuan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib 1mdb Not One Man S Fault It S A Systemic Failure

Najib 1mdb Not One Man S Fault It S A Systemic Failure

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 282 hits
The blame for the 1MDB scandal cannot be pinned on a single individual according to former premier Najib Abdul Razak He said this in response to Finance Minister Lim Guan Eng who when Najib would apologise after Goldman Sachs expressed remo...
Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

Isu 1mdb Najib Patut Minta Maaf Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 332 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus meminta maaf atas kesilapan beliau terutamanya ekoran perkembangan terbaharu skandal 1Malaysia Development Berhad kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau dalam kenyataan har...
Mahfuz Anggap Najib Lebih Popular Dengan Skandal 1mdb

Mahfuz Anggap Najib Lebih Popular Dengan Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 391 hits
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar menyifatkan bahawa peningkatan populariti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini tidak menggusarkan kerajaan Pakatan Harapan kerana sememangnya bekas pemimpin negara itu...
Skandal 1mdb Najib Harus Mohon Maaf Di Atas Kesilapannya

Skandal 1mdb Najib Harus Mohon Maaf Di Atas Kesilapannya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 283 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus meminta maaf atas kesilapan beliau terutamanya ekoran perkembangan terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau dalam kenyataan hari ...
Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

Akhirnya Najib Sendiri Akui Sistem 1mdb Gagal Dedah Saja Semuanya

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 335 hits
Skandal 1MDB tidak patut diletakkan ke salahannya di atas bahu hanya seorang sahaja menurut bekas perdana menteri Najib Razak Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bertanya jika Najib akan meminta maaf ...
Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

Najib 1mdb Bukan Silap Saya Seorang Seluruh Sistem Gagal

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 290 hits
Najib 1MDB bukan silap saya seorang seluruh sistem gagal Bekas perdana menteri mengulas gesaan Lim Guan Eng jika beliau akan minta maaf untuk skandal itu
Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

Najib China Nafi Laporan Wsj Dakwa China Tawar Tebus 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak dan China masing masing menafikan laporan Wall Street Journal yang mendakwa negara itu pada 2016 menawarkan untuk menebus 1MDB yang berdepan masalah kewangan sebagai sebagai balasan penganugera...
Najib Jawab 6 Tuduhan Dengan Selamba Rundingan Sulit Bail Out 1mdb Paip Gas Ecrl

Najib Jawab 6 Tuduhan Dengan Selamba Rundingan Sulit Bail Out 1mdb Paip Gas Ecrl

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 345 hits
Saya ambil maklum tuduhan tuduhan terbaru dari WSJ hari ini dan saya nak berikan beberapa fakta Tuduhan 1 rundingan sulit bagi membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia Malaysia ialah negara berkecuali dan kapa...
1mdb Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

1mdb Najib Saman Peguam Negara Kp Sprm Amar Singh

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Peguam Negara Tommy Thomas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kome...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin