1mdb Dah Tahu Ada Transaksi Mencurigakan Kenapa Bnm Bisu Soal Anwar


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-March 1, 2022 5:40 PM
Bila satu institusi induk melepaskan tanggungjawab pengawasan, maka semuanya akan ambil kesempatan dan jadilah antara skandal skala besar di dunia, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.KUALA LUMPUR: Terdapat beberapa individu dalam Bank Negara (BNM) dipercayai bersekongkol berhubung kes transaksi mencurigakan milik Tawfiq Ayman, susulan tindakan bank pusat itu berdiam diri selepas mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Singapura, dakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ketika membahaskan pendedahan bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner, mengenai pembabitan BNM dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Anwar berkata, walaupun terdapat penafian daripada Tawfiq, yang juga suami bekas Gabenor Zeti Akhtar Aziz, berhubung pembabitan dalam skandal itu, ia bertentangan dengan pendedahan diberitahu Leissner kepada mahkamah di New York.

“Walaupun ada penafian daripada Tawfiq, tetapi ini tidak boleh menidakkan apa yang disiarkan oleh keterangan dari Singapura. Polis Singapura memaklumkan Malaysia mempunyai transaksi mencurigakan membabitkan syarikat milik suami dan anak melibatkan bekas Gabenor BNM (Zeti).

“Maklumat ini dikongsi pihak Singapura pada 2015 dan 2016. Ini maknanya, ada kecurigaan berlaku, mengapa hal ini dibekukan (ditutup) seolah-olah ada sekongkol antara beberapa kalangan di BNM sekarang dengan apa yang berlaku sebelumnya,” katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mendakwa, BNM juga sudah dibekalkan maklumat awal bahawa terdapat akaun UBS bawah nama sebuah syarikat milik suami Zeti, bagaimanapun, tiada tindakan atau siasatan dilakukan.

Tegasnya, integriti BNM sebagai sebuah institusi kewangan terulung tercemar kerana tiada kesungguhan membongkar dan menyiasat walaupun mempunyai keupayaan berbuat demikian.

“Tetapi, BNM walaupun ia sudah didedahkan awal lagi seawal 2008/2009 tetapi tidak dimaklumkan sehingga 2015/2016…penyiasat di Malaysia dan Amerika Syarikat (yang) melancarkan siasatan dan kita sedia maklum laporan yang diterbitkan DOJ umpamanya.

“Ada hal-hal lain yang terlibat oleh kerana kecuaian institusi termasuk BNM yang kita anggap harus ada integriti dan pengalaman saya sepanjang jadi menteri kewangan memang saya akui BNM tentang integritinya di dalam negara dan antarabangsa, tetapi tercemar bila tidak ada kesungguhan membongkar, padahal kita tahu BNM ada keupayaan melakukannya,” katanya.

Anwar berkata, sebagai bank pusat negara, mustahil BNM tidak mengetahui sebarang urus niaga atau aliran wang keluar masuk lebih-lebih lagi melibatkan jumlah besar.

“Soal pengaliran wang keluar bawah tanggungjawab BNM dan tidak boleh dilepaskan begitu saja….bila satu institusi induk melepaskan tanggungjawab pengawasan, maka semuanya akan ambil kesempatan dan jadilah antara skandal skala besar di dunia,” katanya.

Justeru, beliau menuntut BNM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjalankan siasatan menyeluruh, sekiranya terdapat tindakan selain proses siasatan yang sudah dilaksanakan.

“Apa yang kita minta mesti ada penjelasan dan paling utamanya siasatan yang menyeluruh.. belum ada penegasan dari BNM, LHDN, SPRM dan polis.

“Kita mahu penjelasan dan apa tindakan telah diambil dan maklumat yang telah diperolehi dan apakah ada tindakan selain proses siasatan. Sudah lebih 10 tahun berlalu, kita tidak boleh dapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan (sama ada) siasatan akan diteruskan,” katanya.

Dalam keterangannya pada perbicaraan kes rasuah bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng di New York minggu lalu, Leissner memberitahu juri, bahawa BNM meluluskan pindahan tukaran mata wang asing sebanyak USD1 bilion “dalam tempoh semalaman” daripada 1MDB kepada PetroSaudi International selepas suami Zeti, “menerima rasuah untuk melaksanakannya”.

Bagaimanapun, apabila ditanya oleh pendakwa, Leissner tidak dapat mengesahkan sama ada rasuah itu telah dibayar. Suami Zeti, Tawfiq, menafikan dakwaan itu.

Leissner menyifatkan kepantasan BNM memberi kelulusan pindahan itu sebagai sesuatu yang “tidak pernah berlaku” disebabkan dasar kawalan modal yang dilaksanakan pada 2009


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/1mdb-dah-tahu-ada-transaksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecuaian Bank Negara Dalam Isu 1mdb Imej Buruk Pada Negara Anwar

Kecuaian Bank Negara Dalam Isu 1mdb Imej Buruk Pada Negara Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 175 hits
Anwar Ibrahim memaklumkan akan mendesak Speaker supaya memberi ruang kepada ahli ahli parlimen membahaskan perkembangan terbaru mengenai skandal 1MDB apabila sidang dewan bermula minggu depan Ketua Pembangkang itu terdahulu memberikan ulasa...
Kalau Skandal 1mdb Dan Kleptokrasi Tak Relevan Mengapa Undi Bn Di Melaka Tak Meningkat Soal Salahuddin

Kalau Skandal 1mdb Dan Kleptokrasi Tak Relevan Mengapa Undi Bn Di Melaka Tak Meningkat Soal Salahuddin

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 316 hits
freemalaysiatoday com March 7 2022 8 30 AMTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH akan terus memainkan skandal 1MDB kes rasuah membabitkan kluster mahkamah dan kleptokrasi kerana pengundi atas pagar serta di bandar menyedari kes...
Anwar Persoal Kenapa Anak Tauke Besar Terlibat Kes Dadah Boleh Terlepas

Anwar Persoal Kenapa Anak Tauke Besar Terlibat Kes Dadah Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 167 hits
March 4 2022 Anwar Ibrahim berkata Malaysia mempunyai undang undang dan seharusnya orang yang didapati bersalah perlu dihukum SIMPANG RENGGAM Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana anak seorang tauke besar yang ditahan atas kesa...
Why Was Tycoon S Son Let Off Hook Says Anwar

Why Was Tycoon S Son Let Off Hook Says Anwar

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 225 hits
Anwar Ibrahim told those attending the ceramah that the tycoon s son had been arrested for not just doing drugs but also growing and distributing it SIMPANG RENGGAM For the second consecutive day Anwar Ibrahim questioned the release of a ty...
Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

Anwar Ibrahim Bersama Calon Pkr N27 Layang Layang Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 168 hits
JELAJAH DUN LAYANG LAYANG Bersama calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri Layang Layang Dr Maszlee Malik malam ini
Ph S Struggles Due To Dr M S Refusal To Back Anwar Says Analyst

Ph S Struggles Due To Dr M S Refusal To Back Anwar Says Analyst

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 169 hits
It is clear that Dr Mahathir Mohamad still maintains the same position since 1998 about not wanting Anwar Ibrahim to become prime minister says analyst Oh Ei Sun PETALING JAYA Former prime minister Dr Mahathir Mohamad s refusal to support P...
Dia Antara Yang Disebut Anwar Juga Yang Dia Sabitkan

Dia Antara Yang Disebut Anwar Juga Yang Dia Sabitkan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 119 hits
ABDULLAH MAT ISA Akhirnya Dato Seri Anwar Ibrahim jugak yg dipersalahkan Dia yg luluskan dia yg pegang jawatan CEO Maybank TAPI yang salah Anwar Ibrahim Masa pinjaman RM2 51 biliion tu diberikan kpd sykt Judi Anwar ke yg jd PM Anwar ke yg j...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One