1mdb Cirit Birit Antara Alasan Saksi Pendakwaan Tak Hadir Bicara


 WARTA RAKYAT

PELBAGAI alasan diberikan saksi-saksi pendakwaan yang tidak dapat hadir ke mahkamah pagi tadi untuk perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.28 bilion membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Memetik laporan Malaysiakini, antara alasan diberikan enam saksi terbabit adalah cuti perubatan kerana demam, berada di luar negara di London, mengalami cirit-birit, masih dalam kuarantin selepas pulang ke Malaysia selepas mengerjakan umrah, mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 hari ini, dan perlu menghadiri dua mesyuarat syarikat.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan ke 2.30 petang ini bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang daripada lebih 50 saksi yang perlu hadir untuk memberi keterangan.
Semasa prosiding di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, timbalan pendakwa raya Ahmad Akram memaklumkan bahawa saksi pendakwaan ke-12, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, tidak dapat hadir hari ini kerana demam dan mendapat cuti sakit.
“Kami (pendakwaan) sepatutnya memanggil Azmi Tahir untuk meneruskan (memberi keterangan hari ini). Malangnya, saya telah dimaklumkan pagi ini bahawa saksi kami telah pergi ke klinik dan mendapat MC (sijil cuti sakit) mengatakan dia tidak boleh meneruskan (prosiding) hari ini,” kata timbalan pendakwa raya itu sambil menambah mata saksi kelihatan sangat merah dan suhu badannya panas.
Semalam, Azmi memberi keterangan semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Hariharan Tara Singh.
Apabila hakim Sequerah meminta pihak pendakwaan memanggil saksi lain untuk hadir di kandang saksi pagi ini, Akram memaklumkan mereka telah berhubung dengan lima saksi lain tetapi mendapati mereka juga tidak dapat hadir atas pelbagai alasan.
Lima saksi terbabit ialah Johan Idris, rakan kongsi pengurusan KPMG yang pernah mengaudit 1MDB sebelum ini; bekas pegawai khas Najib Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail; bekas ahli lembaga pengarah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail; bekas pegawai syarikat 1MDB, Lim Poh Seng serta bekas pengarah setiausaha dan pematuhan TRX City Sdn Bhd, Goh Gaik Kim.
“Saya memanggil lima saksi. Tetapi Johan Idris berada di London dan hanya boleh hadir pada 29 Jan; Ahmad Shihab tidak dapat ditemui kerana mengalami cirit-birit sejak tiga hari lalu; Ismee tiada kerana dia baru pulang selepas mengerjakan umrah (dari Arab Saudi) dan dia kini dikuarantin; Lim Poh Seng menjalani suntikan dos penggalaknya hari ini; dan Goh Gaik Kim juga tidak ada kerana dia perlu menghadiri dua mesyuarat syarikat (hari ini), saya menyuruhnya membatalkannya tetapi dia berkata ia penting,” kata Akram.
Sequerah kemudiannya memaklumkan kepada timbalan pendakwa raya itu untuk cuba mendapatkan sekurang-kurangnya seorang daripada lebih 50 saksi pendakwaan supaya hadir prosiding petang ini.
Hakim perbicaraan itu kemudian mengosongkan prosiding pagi ini dan mengarahkan ia bersambung semula pada 2.30 petang ini. Najib dilihat di kandang tertuduh.
Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Selain menjawat Perdana Menteri ketika itu, tertuduh juga ialah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada masa kejadian tersebut.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa Low Taek Jho atau Jho Low atas arahan Najib, telah bertindak dengan beberapa kakitangan 1MDB lain untuk menyelewengkab berbilion ringgit dana daripada dana syarikat pelaburan negara itu dan melalui laluan litar kewangan yang rumit, untuk memindahkan sebahagian daripada dana itu kepada akaun perdana menteri berkenaan.
Bagaimanapun, pasukan pembelaan berhujah Najib tidak tahu menahu mengenai salah laku dalam 1MDB dan keseluruhan urusan itu didalangi sepenuhnya oleh Jho Low serta beberapa individu daripada syarikat pelaburan negara itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/1mdb-cirit-birit-antara-alasan-saksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Kolam Banyak Kuman Seronok Mandi Lepas Tu Cirit Birit Kasihan Anak

Air Kolam Banyak Kuman Seronok Mandi Lepas Tu Cirit Birit Kasihan Anak

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 236 hits
Bila kita pergi bercuti memang seronolah anak anak kan terutamanya bila di hotel ada kolam renang Memang tak senang duduk dibuatnya anak anak kesayangan tu Sekejap sekejap dia tanya bila boleh mandi pool kan Artikel Menarik Nak seronok tu b...
Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Cirit Birit

Punca Dan Cara Mengatasi Kucing Cirit Birit

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 375 hits
Punca dan cara mengatasi kucing cirit birit yang perlu anda tahu untuk menjaga kesihatan kucing anda dengan baik Kucing yang mengalami cirit birit sudah tentu membuatkan kita sangat risau Perkara yang sering terlintas di fikiran adalah untu...
Emma Watson Hampir Keluar Dari Harry Potter Ungkap Alasan Di Baliknya

Emma Watson Hampir Keluar Dari Harry Potter Ungkap Alasan Di Baliknya

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 174 hits
Dalam momen Harry Potter 20th Anniversary Return to Hogwarts 1 Januari lalu para pemeran kembali berkumpul dan curhat satu sama lain
Alasan Rachmat Kaimuddin Jadi Abdi Negara Tinggalkan Penghasilan Besar Di Bukalapak

Alasan Rachmat Kaimuddin Jadi Abdi Negara Tinggalkan Penghasilan Besar Di Bukalapak

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 171 hits
Mantan CEO Bukalapak Rachmat Kaimuddin kini resmi bergabung membantu Pemerintahan Jokowi Ma ruf Ini setelah dirinya diberikan kepercayaan oleh Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan untuk mengemban tugas...
Polda Metro Jaya Ungkap Alasan Limpahkan Kasus Bahar Bin Smith Ke Jabar

Polda Metro Jaya Ungkap Alasan Limpahkan Kasus Bahar Bin Smith Ke Jabar

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 186 hits
Zulpan menerangkan lokasi atau tempat terjadinya suatu tindak pidana berada di wilayah hukum Polda Jabar Hal itulah yang menjadi alasan penyidik Polda Metro Jaya menyerahkan ke Polda Jabar
Alasan Kenapa Jogja Selalu Diromantisasi Jadi Kota Penuh Kenangan

Alasan Kenapa Jogja Selalu Diromantisasi Jadi Kota Penuh Kenangan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 187 hits
Pada kenyataannya Yogyakarta adalah kota biasa yang memiliki segudang permasalahan juga
Dpr Pertanyakan Alasan Jokowi Tambah Kursi Wakil Menteri

Dpr Pertanyakan Alasan Jokowi Tambah Kursi Wakil Menteri

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 128 hits
Luqman menuturkan dengan pelibatan partisipasi publik membuat keputusan Jokowi mengubah struktur kabinet mendapatkan legitimasi masyarakat Tidak dianggap sekadar keputusan elitis Sementara pengisian jabatan menteri atau wakil menteri itu te...
Nak Cuti Cuti Langkawi Ke Tu Ni Antara 5 Hotel Di Langkawi Yang Menarik

Nak Cuti Cuti Langkawi Ke Tu Ni Antara 5 Hotel Di Langkawi Yang Menarik

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 268 hits
Jom cuti cuti Langkawi Sejak industri pelancongan dah dibuka semula Langkawi antara yang menjadi tumpuan Ramai juga k fiezz tengok kawan kawan yang cuti cuti Langkawi Semua lepas geram bercuti Maklumlah berapa bulan kita di kurung sejak COV...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok