19 Sebab Kenapa Orang Guna Media Sosial


Kenapa ada orang yang ingin mempunyai kehidupan di media sosial, sedangkan mereka sudah mempunyai kehidupan didunia sebenar?
 
Adakah mereka tidak gembira dengan kehidupan sebenar sehingga perlu ada media sosial?
 
Adakah media sosial ini, merupakan suatu keperluan atau sekadar suatu alat untuk menghabiskan masa?
 
Persoalan ini sering menimbulkan tanda tanya, apabila kita bincangkan mengenai tarikan media sosial yang penggunaannya semakin meluas.

Media sosial bukanlah pengganti untuk kehidupan di dunia sebenar. Sebaliknya, ia adalah suatu lanjutan bagi kehidupan kita secara maya.
 
Setiap individu mempunyai keperluan dan kemahuan yang berbeza. Adakalanya apa yang kita perlu dan mahu itu, tidak dapat diperolehi didunia nyata, kerana berbagai-bagai kekangan.

 
Namun, dengan wujudnya platform media sosial, segala kekangan dan halangan tersebut, dapat diruntuhkan sedikit demi sedikit.
 
Perbincangan kali ini, kita akan cuba rungkaikan apakah motivasi bagi seseorang itu untuk mempunyai kehidupan secara maya. Oleh kerana manusia itu pelbagai sikap dan ragamnya, maka tidak hairanlah kalau setiap individu itu mempunyai motivasi dan tujuan yang berbeza juga.
 
Teruskan pembacaan dan kita akan bincangkan motivasi sebenar, apakah perkara yang mendorong seseorang itu aktif di media sosial.
 
(1) Mengekalkan Hubungan Media sosial menyediakan ruang yang cukup baik untuk kekal berhubung dengan rakan, keluarga, saudara-mara dan juga mereka yang kita kenali namun tidak begitu rapat.
 
Platform ini membantu kita untuk sentiasa berhubung, mengikuti perkembangan semasa dan berkongsi mengenai peristiwa yang berlaku pada diri kita.
 
Ia mewujudkan suatu perasaan dimana kita merasakan bahawa kita masih tetap berhubungan walaupun sebenarnya dari segi jarak, kita terpisah beribu batu jauhnya.
 
Individu seperti ini, lazimnya tidak begitu berminat untuk berkawan dengan orang baru, sebaliknya senarai rakan hanyalah terdiri daripada individu yang memang mereka kenali sahaja.
 
(2) Mencipta rangkaian Platform media sosial seperti LinkedIn cukup popular dalam membantu penggunanya mencari kerja kosong, dan memudahkan bakal majikan mencari pekerja yang berpotensi untuk syarikat miliknya.
 
Ada banyak individu yang menggunakan media sosial bagi tujuan berhubung dan berkenalan dengan individu lain yang sama bidang dengan dirinya, berkongsi tentang hasil penemuan dan pengalaman kerja, serta mencari peluang kerja baru yang lebih baik.
 
Bagi sesetengah pengguna media sosial, platform ini sangat berguna bagi tujuan membina kredibiiliti dan reputasi profesional.
 
(3) Maklumat dan Berita Maklumat tentang isu semasa lebih cepat sampai melalui media sosial berbanding maklumat yang diperolehi dari bilik berita atau stesen televisyen.
 
Orang ramai menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi yang berlaku di seluruh pelusuk dunia.
 
Kadang-kala, pengguna media sosial itu sendiri yang akan melaporkan apa yang sedang berlaku disekitar mereka. Mereka membuat posting, merakam video dan ada yang membuat sesi live bagi menunjukkan keadaan sebenar dilokasi kejadian.
 
Berita-berita mengenai kemalangan, bencana alam, tragedi banjir, kejadian tembakan, rompakan, perkembangan sukan dan sebagainya. Semua ini boleh diketahui melalui media sosial.
 
Adakalanya, kita lebih berminat untuk mengetahui “cerita sebenar” berbanding berita yang telahpun melalui proses suntingan di studio berita.
 
(4) Hiburan Media sosial ini juga menjadi satu platform untuk mendapatkan hiburan.
 
Pengguna media sosial ini banyak juga yang berkongsi rakaman video, persembahan dan sebagainya.
 
(5) Ekspresi diri Platform media sosial juga digunakan bagi tujuan untuk menyuarakan pandangan, pendapat serta idea berhubung sesuatu isu atau perkara.
 
Sekiranya seseorang itu merupakan individu yang kreatif, dia juga boleh menggunakan media sosial bagi tujuan untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.
 
Walaubagaimanapun, jika anda menyiarkan hasil kerja seni, seperti design, artwork, artikel dan sebagainya, ianya sangat-sangat berisiko untuk di copy paste atau diguna tanpa kebenaran oleh orang lain, tanpa memberi sebarang kredit buat anda.
 
(6) Penglibatan komuniti Ibarat seperti kita join sebuah kelab, persatuan atau pertubuhan.
 
Di media sosial, ada banyak kelab atau group yang ditubuhkan bagi tujuan tertentu. Disini lazimnya berkumpul individu yang mempunyai minat yang sama, tak kiralah sama ada minat tentang aktiviti camping, hiking, video games, movies, buku dan sebagainya.

Menyertai komuniti seperti ini membolehkan anda berkenalan dengan orang baru, bertukar pendapat dan pengetahuan.
 
Disini juga merupakan platform yang cukup baik untuk anda mendapatkan perkembangan terkini berkaitan dengan bidang yang anda minati.
 
(7) Promosi dan Pemasaran Oleh kerana pada hari ini, penggunaan smartphone semakin meluas dan boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akaun media sosial, ini sebenarnya membuka peluang untuk para usahawan menggunakan platform ini bagi tujuan mendapatkan jualan.
 
Sambil bersosial, sambil itu kita bercerita juga tentang perniagaan yang kita jalankan.
 
Manalah tahu, dalam ramai-ramai kenalan kita, ada yang berminat untuk menyokong bisnes kita, lalu membuat tempahan.

Pemasaran menggunakan platform media sosial ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jika terlalu banyak dan kerap buat iklan, ini akan menyebabkan profil kita jadi kurang menarik, dan rakan-rakan akan mula menjauhkan diri dari kita.
 
(8) Pendidikan dan Pembelajaran Walaupun media sosial ini, bukanlah tempat yang paling sesuai untuk dijadikan platform bagi tujuan menuntut ilmu, namun ia bukannya bermakna kita langsung tak boleh mengambil manfaat ilmu melalui kaedah ini.
 
Pada hari ini, para guru, ustaz, ustazah, mufti dan sebagainya mempunyai akaun media sosial, dan kita boleh ikut rapat mereka.
 
Golongan pakar yang berada dalam bidang lain, sama ada perniagaan, pelaburan, motivasi, pertanian dan sebagainya, turut menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mereka.
 
Kalau kata media sosial ini hanya untuk membuang masa, ia kurang tepat.
 
Sebenarnya ia sangat bergantung kepada bagaimana seseorang itu menggunakan platform ini.
 
(9) Perhatian sosial Ada orang yang karekter dia, memang jenis sukakan publisiti dan inginkan perhatian.
 
Jadi, apabila dia lakukan sesuatu perkara, dia mahukan perhatian dan dia seronok apabila orang lain melihat atau menonton apa yang dia lakukan.
 
Dia rasa seronok apabila dapat banyak likes, ada yang komen, share dan sebagainya.
 
Pada dia, orang menghargai bakat dan hasil seni yang dia tonjolkan kepada netizen. Ini menjadikan dia semakin bersemangat untuk buat aksi yang berbeza pula.
 
(10) Sokongan dan bantuan Bukankah bagus, kalau kita boleh mempunyai kawan-kawan yang memahami dan bersedia untuk memberi kata-kata semangat, sokongan dan dorongan setiap kali kita rasa down.
 
Atau kita punyai kawan-kawan yang akan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kita pada setiap pagi.
 
Media sosial boleh menghubungkan kita dengan individu yang memiliki karekter seperti itu.
 
In fact, ada komuniti yang dibentuk yang tujuannya adalah saling memberi semangat kepada sesama ahlinya.
 
(11) Perkongsian foto dan video Anda mempunyai rakaman video dan gambar-gambar yang menarik?
Kalau ada, pasti tak seronok kalau cuma anda seorang yang tengok, kan?
 
Kalau boleh nak tunjuk dengan semua orang. Inilah dia bukti bahawa kehidupan anda di dunia sebenar tidak begitu membosankan.
 
Niat dihati, bukanlah nak jadi riak atau nak menunjuk-nunjuk. Sebaliknya sekadar untuk berkongsi kegembiraan.
 
Video-video dan gambar-gambar yang pernah diambil sebelum ini, kalau dibiarkan dalam phone, lama-kelamaan akan mengurangkan ruang simpanan. Kalau nak buang, sayang pula.
 
Disebabkan itu, ada yang menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk “back up” gambar-gambar dan video yang pernah diambil sebelum ini.
 
(12) Perkhidmatan pelanggan Ada banyak syarikat dan pemilik jenama yang sudah mempunyai akaun media sosial mereka sendiri.
 
Sebagai pelanggan, kita boleh berhubung dengan mereka melalui media sosial sahaja, dan mungkin untuk masalah yang simple, ianya boleh diselesaikan hanya melalui pertanyaan menerusi ruangan komen ataupun mesej.
 
(13) Penyelidikan dan penemuan Kita andaikan yang anda merupakan seorang usahawan yang sedang mencari suatu idea inovatif untuk mencipta suatu produk atau perkhidmatan.
 
Masalahnya ialah, anda tak tahu, apakah produk yang mungkin akan mendapat sambutan baik, jika ianya dicipta.
 
Dimanakah anda boleh dapatkan maklumat untuk mengesahkan apa produk yang patut dihasilkan itu?
Media sosial boleh berikan anda jawapannya.
 
Apabila anda sanggup luangkan masa untuk buat kajian, tentang apakah topik yang sering diperkatakan, apa masalah yang pengguna media sosial sering mengadu, disitu anda boleh dapatkan idea untuk menjual produk yang berpotensi untuk menghasilkan keuntungan.
 
Sebagai pengguna pula, kita kadang-kadang menemui tempat makan yang sedap, tempat percutian yang menarik juga melalui media sosial. Justeru, ia memberi manfaat kepada golongan bisnes dan juga pengguna biasa seperti kita.
 
(14) Aktivis dan propaganda politik Pada hari ini, media sosial juga sudah mula dipenuhi dengan posting dari aktivis politik yang merasakan, hanya parti politik yang dia wakili sahajalah yang paling suci dan yang paling layak membentuk kerajaan.
 
Kita pun penat dengan kerenah orang macam ini.
Masa berkempen dah tamat, dan para YB pun dah angkat sumpah untuk menjalankan tanggungjawab.
 
Tapi yang dibawah-bawah ni, kadang-kadang seolah hidup dalam gelembung buih sendiri.
 
Mereka tak henti-henti menghasilkan posting berbaur politik, yang adakalanya berbentuk fitnah, maklumat palsu, dan sebagainya. Orang-orang sebegini biasanya dibayar untuk buat kerja-kerja menyebarkan propaganda.
 
(15) Mengikut trend semasa Ikuti trend terkini dalam bidang fesyen, teknologi dan sebagainya.
 
Media sosial membantu anda untuk selalu ikuti perkembangan semasa dan mengetahui apakah perkara yang sedang viral. Tak kiralah sama ada ianya tentang pakaian, muzik, makanan dan macam-macam lagi.
 
Kalau anda merupakan individu yang suka sesuatu yang up to date, maka media sosial ini bakal memberikan apa yang anda suka.
 
(16) Merakamkan memori indah Memori kita ini sifatnya adalah sesuatu yang tidak begitu solid.
 
Kita mungkin dapat mengingati sebahagian daripada kenangan masa lalu, tapi dari segi ketepatan, ianya tidaklah begitu jitu.
 
Kadang-kadang kita mengingati sesuatu peristiwa bukanlah mengikut kronologi yang betul, sebaliknya bercampur aduk, mana satu yang paling kita ingati dengan yang kita kurang ingat.
 
Justeru, satu cara untuk merakamkan memori adalah melalui media sosial.
 
Kita update setiap perkara yang kita lakukan, supaya kita boleh ingati semula dimasa akan datang.
 
(17) Hilangkan kesunyian Rasa kosong, sunyi dan bosan juga menjadi pendorong kenapa seseorang itu memerlukan media sosial.
 
Apabila perasaan tersebut muncul, media sosial boleh dijadikan tempat untuk mencari kenalan untuk bersembang kosong.
 
Kalau tiada siapa untuk diajak berbual sekalipun, setidak-tidaknya di media sosial ada banyak konten yang boleh menarik perhatian kita, untuk melupakan sejenak kebosanan dan kesunyian yang dirasai.
 
(18) Keluar dari realiti kehidupan Menerusi platform media sosial, kita sebenarnya boleh jadi sesiapa sahaja yang kita mahukan.
 
Ada pengguna media sosial yang tidak menggunakan gambar sebenar, gunakan nama samaran, dan tidak mendedahkan maklumat peribadi yang sebenar.
 
Seolah-olah dia menjadi individu yang berbeza.
 
(19) Cari jodoh Menggunakan platform media sosial bagi tujuan mencari jodoh sudah semakin menjadi kebiasaan buat para penggunanya.
 
Platform ini menawarkan rangkaian sosial yang lebih luas serta memudahkan kita mengenali lebih ramai orang, lalu memudahkan setiap orang berkenalan dengan individu yang jauh beribu batu.
 
Walaubagaimanapun, bukan semua orang berminat untuk mencari pasangan di media sosial. Justeru, jika matlamat anda adalah untuk mencari pasangan, janganlah membuat andaian bahawa orang lain juga mempunyai motivasi dan keinginan yang sama.
 
Hormati orang lain.
 
Perlu juga untuk anda faham, bahawa untuk membina hubungan yang bermakna, ianya perlukan masa. Perasaan suka dan kasih itu, bukannya boleh muncul dalam sekelip mata.
 
Bukannya hari ini anda add friend, selepas dah dapat approval terus nak meluahkan perasaan macam tak ada hari esok. Perbuatan seperti ini hanya menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang terdesak.
 
Kesimpulan Memahami motivasi sebenar, kenapa sesetengah orang terlibat dengan penggunaan media sosial adalah penting dalam memahami kesan mendalam platform ini terhadap kehidupan kita.
 
Dengan merungkai persoalan ini, kita dapat memahami bahawa manusia diluar sana ternyata mempunyai motivasi yang berbeza-beza dalam mengendalikan akaun media sosial mereka.
 
Ya, kita tak mungkin dapat mengatur kehidupan orang lain.
Tetapi, apa yang berlaku pada kita, apa yang kita rasa, itu semua kita boleh kawalnya.
 
Ada kalanya, kita akan terjumpa profil pengguna media sosial, yang mana kita langsung tak setuju dengan cara dia mengendalikan akaun tersebut.
 
Mungkin dia terlalu banyak bercakap pasal politik.
Mungkin dia terlalu ekstrem dalam membicarakan soal agama.
Atau dia terlalu kerap meluahkan perasaan cinta pada kita.
 
Atau apa-apa sahaja yang tidak begitu senada dan sehaluan dengan matlamat kita.
 
Daripada kita bersusah payah cuba untuk menegur atau mungkin menasihati individu tersebut, adakalanya langkah yang lebih mudah sebenarnya sudah tersedia.
 
Ya, block saja akaun orang tu.
Selesai masalah.
 
Anda tak perlu lagi nak tengok orang tu.
 
Sebarang usaha untuk mengubah atau menasihati hanyalah sia-sia. Lebih-lebih lagi kalau anda temui akaun yang memang diwujudkan semata-mata untuk tujuan tersebut.
 
Akaun yang dibina bagi tujuan propaganda politik, matlamatnya hanya itu sahaja.
Tak guna tegur, tak guna kita beri nasihat.
 
Kalau tak suka dengan konten tersebut, cara paling mujarab adalah block akaun tersebut.
 
Baiklah, semoga perkongsian tentang kenapa orang menggunakan media sosial ini bermanfaat untuk anda.
 
 
The post 19 Sebab kenapa orang guna Media Sosial appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kenapa-guna-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kho Gaye Hum Kahan Angkat Kisah Media Sosial Dan Impaknya

Kho Gaye Hum Kahan Angkat Kisah Media Sosial Dan Impaknya

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 295 hits
Filem Kho Gaye Hum Kahan ini mengisahkan kisah tiga sahabat karib Neil Imaad dan Ahana yang terlibat dalam dunia media sosial untuk berkongsi kehidupan harian mereka Ketiga mereka membagikan momen momen bersama melalui platform ini mencipta...
Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

Ppim Sambut Baik Guna Standard Dinar Nilai Asas Mata Wang Kenyataan Media Ppim 02 01 2024

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 221 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil nam...
Lelaki Ditahan Jual Isteri Rm239 Di Media Sosial

Lelaki Ditahan Jual Isteri Rm239 Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 171 hits
KOSMO Munif mengaku bersalah menjual isterinya untuk mendapatkan wang TribunJatim com Ipunk PurwantoJAKARTA Seorang lelaki di Malang Indonesia ditahan selepas menjual isterinya untuk melakukan hubungan intim dengan tiga lelaki melalui media...
Harapan Should Have Own Media To Counter Negative Propaganda Khalid

Harapan Should Have Own Media To Counter Negative Propaganda Khalid

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 278 hits
Pakatan Harapan should set up a media agency like Media Prima to help address negative propaganda against the coalition said Amanah communications director Khalid Abdul Samad In his speech at the Amanah National Convention today Khalid said...
Kena Sedar Media Arus Perdana Akan Bertukar Tuan Bila Bila Masa Bila Kerajaan Bertukar

Kena Sedar Media Arus Perdana Akan Bertukar Tuan Bila Bila Masa Bila Kerajaan Bertukar

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 217 hits
Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar perdana menteri Sayugia peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali me...
Siri 1 Media Arus Perdana Media Yang Tidak Setia

Siri 1 Media Arus Perdana Media Yang Tidak Setia

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 132 hits
Jika ditakdirkan PH kalah pada jam 11 00 seminit selepas itu mereka sudah berpindah kepada tuan baru SIRI 1 MEDIA ARUS PERDANA MEDIA YANG TIDAK SETIA Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Me...
Video Terungkap Alasan Gibran Pasang Foto Giring Psi Di Profil Media Sosialnya

Video Terungkap Alasan Gibran Pasang Foto Giring Psi Di Profil Media Sosialnya

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 177 hits
Cawapres Gibran Rakabuming Raka berbicara soal perubahan foto profil di sejumlah akun media sosial miliknya
Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

Ppim Gesa Kkm Nilai Semula Keperluan Rakyat Divaksinasi Covid 19 Lagi Kenyataan Media 28 12 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid 19 setelah diumumkan oleh World Health Organization sebagai Ende...
Politicians Beware Social Media Is The Var Of Politics

Politicians Beware Social Media Is The Var Of Politics

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 182 hits
Most Malaysians support an English Premier League team It s kind of a fashion and if you don t you are likely to be kept out of conversations at times But the loyalty of these supporters is something out of this world Once you support a clu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat