19 Kerusi Marginal Jadi Penentu Di Kelantan


ANALISA
Bahagian 2.

Ahmad Jazlan perlu
kepalai gabungan Umno - PH.WALAUPUN Pas menguasai Kelantan dalam Piraum ke-14 lalu dengan memperolehi 39 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen, tetapi ia bukan sesuatu pencapaian yang terhebat buat Pas. Kalau hendak dikira dari jumlah kerusi pencapaian tahun 1990 lagi hebat, apabila Pas yang bekerjasama dengan Parti Semangat 46, Hamim dan Berjasa memenangi kesemua kerusi Dun dan Parlimen.

Dalam Piraum itu Pas dan Parti Semangat 46 (S46) memenangi 39 kerusi Dun dan 13 kerusi Parlimen. Manakala lawan mereka BN tanpa memenangi satu pun kerusi baik DUN maupun parlimen. Keputusan 52 - 0, sehingga Allahyarham menyifatkan kemenangan itu sebagai gabungan malaikat di langit dengan manusia di bumi.  Sementara rekod terdahulu dicapai oleh UBN dalam pilihan raya 1978, bila mana parti itu yang berkolaborasi dengan serpihan Pas, Beriasa menang 34 kerusi daripada 36 kerusi Dun dan 10 kerusi Parlimen. Pas menang hanya dua kerusi di DUN dan dua kerusi parlimen. Kemenangan Pas yang memperolehi dua kerusi satu di hulu dan satu di hilir itu disifatkan sebagai batu nisan.
Kerusi di hulu adalah Dun Manek Urai (Abdullah Su) sementara di hilir kerusi Sering (Panchor) (Nik Abdullah Arsad). Manakala kerusi parlimen Pengkalan Chepa (Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Bachok (Mohd Zain Abdullah). 

Kenyataan dan sejarah itu sekali lagi menunjukkan kedua-dua parti itu cemerlang dan sama-sama hebat di antara satu sama lain di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Pendeknya kedua-duanya ada rekod dan sejarah tersendiri. Sejarah ini juga dianggap unik dalam kancah politik Kelantan yang menjadi marcutanda kehebatan kedua-dua parti itu. 

Menjenguk Priaum ke-15.
Kedudukan kerusi Dun di Kelantan pada masa ini terdapat 19 kerusi DUN dianggap marginal yang akan menjadi rebutan sengit parti-parti politik yang akan bertanding dalam Piraum ke-15 kelak. Kerusi itu nanti juga akan menentukan apakah Pas mampu mendapat majoriti 2/3 untuk mengekalkan kerajaanya untuk penggal ke-7 berturut-turut atau sebaliknya.

Kehangatan itu akan lebih terasa kalau berlaku pertandingan dua penjuru pada pilihan raya mendatang. Hari ini ada desas desus kedengaran ada dua blok sahaja yang akan bertarung merebut kerajaan Kelantan. Keadaan seperti dalam Piraum ke-14 tidak akan berlaku dimana ketika itu berlaku pertandingan tiga penjuru, antara Pas, BN dan PH.  
Sekiranya dalam Piraum ke-15 nanti berlaku pertandingan hanya dua penjuru ia menarik, kerana bakalmenjadikan Pas "bertaeh" (kemengahan) kali ini.

Dua blok atau komponen itu, satunya yang diketuai oleh Pas. Pas dijangka akan bekerjasama dengan PPBM. Umno yang sebelum ini beriya-iya untuk bersama Pas sudah "luwes" - tak menjadi." Umno sudah ditinggalkan Pas tidak bertangga kata orang. Pas lebih seronok dengan PBBM ketika ini. Banyak sebab kenapa Pas lebih suka dengan PBBM berbanding Umno salah satu faktor kerana Pas tidak perlu mengorbankan banyak kerusi untuk diberikan kepada PBBM. Pas parti yang kedekut dan mementingkan diri sendiri. 
Kalau Pas berkerjasama dengan Umno mungkin kouta pembahagian kerusi 50 : 50 berdasarkan pengaruh dan kekuatannya sama gagah. 
Meskipun masih ada yang berharap agar Pas bekerjasama dengan Umno, tetapi ia sangat tipis, setipis kulit bawang yang dijemur kering dengan kepanasan melebihi 1000 darjah celcius?   

Kerjasama tak menyeluruh. 
Namun begitu kerjasama Pas - PPBM tidaklah terserlah disemua kawasan parlimen. Yang jelas hanya di Jeli sahaja, yang mana PBBM dibawah pimpinan Mustapa Mohamed. Kebetulan pula Jeli merupakan kawasan yang menjadi dendam Umno apabila Mustapa bertindak meninggalkan parti itu. Khabarnya Umno akan kejar Menteri Ekonomi itu ke mana sahaja di Jeli?

Blok yang kedua yang akan dikepalai Umno. Sekiranya Pas akan berkolaborasi dengan PBBM, Umno tidak ada pilihan lain melainkan kena berkolaborasi dengan PH. Tidak mungkin Umno dapat berlawan sendiri. Apa lagi kalau semua mempunyai satu cita-cita untuk menumbangkan Pas bagi memberi harapan baru kepada rakyat Kelantan, maka Umno kena cari regu. Umno tidak mampu untuk berhadapan dengan Pas secara bersendirian, apa lagi Pas sudah mendapat regunya, PBBM

Sudah beberapa kali Umno cuba menumbangkan kerajaan Pas Kelantan namun tidak pernah berhasil. Kalau pun Umno hampir berjaya ialah pada tahun Piraum ke - 12 (2004) dimana Pas menang dan membentuk kerajaan dengan majoriti dua kerusi sahaja.  

Bagaimana pun kerjasama Umno dengan PH itu masih belum berbekas lagi. Tidak ada apa-apa ikatan dilakukan kedua parti berkenaan. Yang terdengar kini suara-suara penyokong kedua parti itu diperingkat bawahan sangat suka kalau Umno bekerjasama dengan PH. Rakyat yang tidak berparti juga melihat rancangan itu bakal memberi saingan sengit kepada Pas. 
Jika berlaku kerjasama itu Umno wajar mengepalainya memandangkan pengaruh dan penguasaan parti itu di negeri Kelantan. Selepas Pas, Umnolah yang dominan di Kelantan. PH walaupun dibentuk tiga buah parti Keadilan, Amanah dan DAP, tetapi pengaruh dan sokongan tidak dapat mengatasi kekuatan dan hogemeni Umno

Setidak-tidaknya dalam Dun Kelantan dan Parlimen waktu ini, Umno mempunyai lapan (8) di Dun dan empat (5) di parlimen. Apabila dua ahli Parlimennya keluar meninggalkan parti, Umno masih ada tiga ahli Parlimen lagi, Gua Musang, Machang dan Ketereh. 
Keberadaan wakil Umno itu boleh dijadikan benih atau semangat untuk melawan Pas. Keadilan dan Amanah dan DAP waku ini tidak mempunyai sebarang wakil baik di Dun maupun parlimen. Hanya di Dewan Negara diwakili Husam Musa daripada Amanah, bolehlah dijadikan penawar. 
Kerusi marginal.
Untuk menjenguk potensi parti-parti politik pada Piraum ke-15 nanti ia bergantung kepada kedudukan kerusi marginal waktu ini itu. Kerusi marginal ini adalah kerusi-kerusi yang dimenangi tipis oleh Pas dan Umno, dimana majoritinya kurang 1,800 undi. Terdapat tiga kumpulan atau kelompok kerusi yang dikategorikan dalam jenis ini. 

Kelompok pertama ialah kerusi yang Pas tewas dan dimenangi oleh Umno dengan jumlah undi 359 hingga 1,738 undi. Terdapat lapan kerusi dibawah kelompok ini. Kerusi ini sudah pasti ditandai oleh Pas untuk menawan. Kerusi-kerusi itu ialah: 1. Air Lanas (359)
2. Kuala Balah (878)
3. Bukit Bunga (1,081)
4. Nenggiri (461)
5. Paloh (1,439)
6. Galas (1,738)
7. Kok Lanas (1,122)
8. Gual Ipoh (1,415)
Sementara kerusi marginal kelompok kedua kerusi-kerusi yang dimenangi Pas dibawah 1,600 undi. Kerusi ini menjadi idaman dan tumpuan pihak Umno untuk menguasainya. Kerusi-kerusi itu ialah: 
1. Apam Putera (348) 2. Wakaf Baru (387) 
3. Dabong (589) 
4. Semerak (632) 
5. Melor (647) 
6. Kemahang (923) 
7. Kota Lama (1,445) 
8. Gaal (1,577) 
9. Pengkalan Kubor (1,579) 

Manakala kelompok ketiga pula yang undi populer diraih Pas kurang 50% undi. Terdapat sembilan kerusi dibawah kelompok ini

1. Tendong (8951 vs 6700/1479/1360) 
2. Apam Putera (7134 vs 6786/1082) 
3. Melor (7860 vs 7173/2122) 
4. Semerak (8278 vs 7646/ 950) 
5. Guchil (7564 vs 5285/2362/123) 
6. Kota Lama (8420 vs 6965/5502) 
7. Bunut Payong (10921 vs 6924/4586) 
8. Wakaf Bharu (10287 vs 9900/1999) 
9. Pengkalan Kubor 10142 vs 8563/1583
Menarik kerusi marginal ini mempunyai kelebihan sama rata kepada Umno dan Pas. Pas ada sembilan kerusi yang lemah, manakala Umno pula kesemua kerusinya (8) dikira lemah. 
Bagaimana pun sembilan kerusi yang dimenangi Pas dengan undi populer kurang 50% lebih berpeluang dimenangi Umno sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru dengan Umno bergabung dengan PH kelak. Apabila dicampurkan undi diperolehi PH dengan undi Umno pada sembilan kerusi itu, Pas akan kalah. 
Justeru kerusi marginal inil bakal menjadi perebutan sengit baik oleh Pas untuk mempertahankan kerusi serta merampas kerusi Umno, dan begitu juga Umno untuk mengekal kerusi dan merampas kerusi Pas. 
Kesimpulannya dengan terdapat kerusi marginal ini Pas tidak boleh mendabik dada yang mereka boleh menghadapi pilihan raya akan datang dengan melenggang punggung. Parti atau komponen mana dapat merangkul kerusi marginal ini mereka berpeluang membentuk kerajaan Kelantan dalam Piraum ke-15 nanti. 
Sebagai parti underdog, Umno kalau bergabung dengan PH mempunyai harapan memberi cabaran besar kepada Pas. 
Bersambung. Apakah isu-isu atau senario Piraum ke-15 kelak. [wm.kl.4:43 pm 21/07/2021]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/07/19-kerusi-marginal-jadi-penentu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Yet To Call Any State Exco Over Air Kelantan Graft Case Says Deputy Mb

Macc Yet To Call Any State Exco Over Air Kelantan Graft Case Says Deputy Mb

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 271 hits
The Malaysian Anti Corruption Commission s logo is seen in Putrajaya June 21 2017 Picture by Yusof Mat IsaKOTA BARU July 17 The Malaysian Anti Corruption Commission has yet to call any state executive councillor to assist in the graft inves...
Kenderaan Masuk Kelantan Dari Arah Utara Bertambah

Kenderaan Masuk Kelantan Dari Arah Utara Bertambah

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 249 hits
Kemasukan kenderaan di Kelantan dari arah utara menerusi Jalan Gerik Jeli bertambah lima peratus sejak semalam Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata pertambahan kenderaan masuk ke negeri ini ...
Parti Selain Pas Berpeluang Tawan Kelantan

Parti Selain Pas Berpeluang Tawan Kelantan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 270 hits
ANALISA Pengenalan APABILA berbicara mengenai politik Kelantan timbul rasa putus angin atau malas untuk memperkatakannya Ada sedikit rasa mual juga Ini kerana ada setengah orang beranggapan kononnya Kelantan akan jadi milik Pas selama laman...
Ada Lagi Akan Meletup Di Kelantan

Ada Lagi Akan Meletup Di Kelantan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 155 hits
NOTIS Malam tadi seorang rakan asal Kelantan memberi tahu melalui telefon ada satu kejadian bakal mengejut akan berlaku di Kelantan Ia berkaitan dengan alam sekitar Saya sedang menunggu maklumat dan butiran lanjut mengenai perkara itu Apaka...
Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Permohonan Bantuan Sehingga Rm4000

Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Permohonan Bantuan Sehingga Rm4000

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 358 hits
TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN 2021 PERMOHONAN BANTUAN SEHINGGA RM4000 Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021 Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanit...
Kelantan To Receive 90 000 Pfizer Vaccine Doses

Kelantan To Receive 90 000 Pfizer Vaccine Doses

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 287 hits
State Health director Datuk Dr Zaini Hussin said the vaccine doses would be used among others at more than 80 vaccination centres and 60 health clinics throughout the state STR MOHD YUSNI ARIFFINKOTA BARU Kelantan is expected to receive abo...
Kelantan Impose Covid 19 Test Condition Ahead Of Aidiladha

Kelantan Impose Covid 19 Test Condition Ahead Of Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 263 hits
An additional negative Covid 19 test condition has been imposed for all travellers to Kelantan ahead of the Hari Raya Aidiladha festivities on Tuesday The new condition for travellers to test negative within 72 hours on top of existing poli...
Ramai Mula Balik Ke Kelantan Hari Ini

Ramai Mula Balik Ke Kelantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 406 hits
Polis mengesan peningkatan kira kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya di Jeli hari ini Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhamm...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport