18 Produk Makanan Minuman Popular Di Malaysia Yang Disahkan Halal Oleh Jakim


Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak


Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan

Keraguan sesetengah produk daripada kalangan orang ramai menyebabkan pihak JAKIM melalui Facebook rasmi mereka menjelaskan sebanyak 21 produk yang mendatangkan kemusykilan terhadap status halal serta pensijilan halal itu. Mari baca perkongsian dibawah. Semoga bermanfaat. 
1. Pepero
 
STATUS HALAL PEPERO
Soalan:- Adakah coklat Pepero memiliki Sijil Halal

Jawapan:- Untuk makluman, coklat Pepero merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) dan Korean Muslim Federation (KMF)
Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat dan Korea Selatan

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 2. Kinder Bueno 
STATUS HALAL KINDER BUENO
Soalan:-
Adakah coklat Kinder Bueno memiliki Sijil Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, coklat Kinder Bueno merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT)

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Afrika Selatan

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan. 
3. Sushi King 
STATUS HALAL SUSHI KING
Soalan:-
Adakah Sushi King memiliki Sijil Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, premis makanan Sushi King di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 4. Ferrero Rocher
 
STATUS HALAL COKLAT FERRERO ROCHER
Soalan:-
Adakah Coklat Ferrero Rocher memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Coklat Ferrero Rocher mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT), South Africa

Ianya merupakan salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk coklat yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 5. Aiskrim Magnum 

STATUS HALAL AIS KRIM MAGNUM
Soalan:-
Adakah Ais Krim Magnum memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT)

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 6. Minuman FANTA

STATUS HALAL MINUMAN JENAMA FANTA
Soalan:-
Adakah minuman jenama Fanta memiliki pensijilan halal

Jawapan:-
Untuk makluman, produk minuman jenama Fanta keluaran Syarikat Coca-Cola (Bottlers) Malaysia Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Sering kali tular di media sosial berkenaan tuduhan liar terhadap minuman jenama ini yang didakwa tidak halal. Ikuti perincian penjelasannya di:-
http://bit.ly/2t8dygG
Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar merujuk dahulu sesuatu isu halal yang tular kepada pihak yang berwibawa sebelum menyebarkannya

Selain itu, utamakanlah produk minuman yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Sebagai pengguna yang bijak dan prihatin, teliti terlebih dahulu label produk dan kenali logo halal yang tertera. Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
Ketahui status halal produk-produk yang sering menjadi pertanyaan awam di Malaysia:-
http://bit.ly/FAQHalal
#YakiniHalalMalaysia#SemakSebelumSebar
7. Golden Churn Creamery Butter 

STATUS HALAL GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER
Soalan:-
Adakah Golden Churn Creamery Butter memiliki Sijil Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh Ballantyne Foods Pty Ltd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Co-ordinating Council of Victoria (ICCV)
Manakala produk Golden Churn Creamery Butter yang dikilangkan oleh New Zealand Butter Canners Morrinsville,merupakan pemegang Sijil Halal New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)
Untuk pengetahuan,ketiga-tiga badan pensijilan halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM

Oleh yang demikian, pihak kami menyarankan kepada pengguna agar mengutamakan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM
  8. KFC Malaysia
STATUS HALAL KFC MALAYSIA
Soalan:-
Adakah KFC Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Seringkali netizen menularkan isu berkenaan status halal KFC Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah

Penjelasan berkenaan isu tular status halal KFC Malaysia:-
1. Penjelasan Tular Status Halal Loji Penyembelihan Ayam KFC:-
http://bit.ly/IsuLojiPenyembelihanAyamKFC
2. Penjelasan Tular Isu Kebersihan (Toyyiban) KFC:-
http://bit.ly/IsuToyyibanKFC
Ketahui Polisi Halal KFC Malaysia di:-
http://bit.ly/PolisiHalalKFCMalaysia
Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan

9. Starbucks Malaysia
 

STATUS HALAL STARBUCKS MALAYSIA
Soalan:-
Adakah Starbucks Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, Starbucks Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal Starbucks Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah

Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia:-
1. Penjelasan Tular Audio Status Halal Starbucks:-
http://bit.ly/TularAudioIsuHalalStarbucks
2. Penjelasan Tular Dakwaan Tokoh Agama:-
http://bit.ly/TularDakwaanTokohAgama
Penjelasan berkenaan isu tular status halal Starbucks Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalStarbucks
Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan

 10. McDonald's Malaysia
 
STATUS HALAL MCDONALD’S MALAYSIA
Soalan:-
Adakah McDonald’s Malaysia memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, McDonald’s Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Hampir setiap tahun netizen menularkan isu berkenaan status halal McDonald’s Malaysia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah

Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia:-
1. Penjelasan Tular Status Halal Kopi McD:-
http://bit.ly/2TularStatusHalalKopiMcD
2. Penjelasan Tular Isu Daging McD:-
http://bit.ly/TularStatusHalalDagingMcD
3. Penjelasan Tular Isu Ramuan LM10:-
http://bit.ly/TularIsuLM10
Penjelasan berkenaan isu tular status halal McDonald’s Malaysia juga turut dijawab oleh pihak syarikat di:-
http://bit.ly/StatusHalalMcDonaldsMalaysia
Saranan pihak kami, tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah

Selain itu, utamakanlah premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 
 11. Produk Yeo's
STATUS HALAL PRODUK YEO’S
Soalan:-
Adakah produk makanan jenama Yeo’s memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, produk makanan jenama Yeo’s keluaran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk makanan Yeo’s dengan Kod E 471 yang didakwa dari sumber yang tidak halal

Penjelasan berkenaan isu Kod E ini telah diterangkan oleh pihak kami di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE
Selain itu, penafian dan jawapan kepada fitnah dan salah faham ini turut dijawab sendiri oleh pihak Yeo’s di:-
www.yeos.com.my/pensijilan-halal-daripada-jakim/
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 12. Produk Massimo 
STATUS HALAL PRODUK MASSIMO
Soalan:-
Adakah produk roti jenama Massimo memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, produk roti jenama Massimo keluaran The Italian Baker merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Isu mengenai pertikaian status halal produk Massimo pernah tular sebelum ini dan telah dijelaskan oleh pihak kami:-
http://bit.ly/2TularIsuHalalMassimo
Tabayyun sebelum menghukum dan semak sebelum sebar apabila menerima sesuatu isu halal yang tular di media sosial dengan merujuk pihak yang berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 13. Produk Apollo 
STATUS HALAL PRODUK APOLLO
Soalan:-
Adakah Kek Lapis jenama Apollo memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, kek lapis jenama Apollo keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Seringkali netizen mengait dan menularkan isu status halal produk Apollo dengan Kod E yang didakwa dari sumber yang tidak halal. Penjelasan berkenaan isu Kod E telah diterangkan oleh pihak kami di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuKodE
Penjelasan berkenaan isu tular status halal produk Apollo:-
http://bit.ly/TularApollo
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami, tabayyun dan semak sebelum sebar apabila menerima tular berkaitan isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah berangkai sesama ummah

Selain itu, utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 14. Kopi Luwak
Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam

 15. Minyak Yu Yee Cap Limau

STATUS HALAL MINYAK YU YEE
Soalan:-
Adakah minyak Yu Yee memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, minyak Yu Yee keluaran Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 16. Biskut Gery 
STATUS HALAL BISKUT GERY
Soalan:-
Adakah Biskut Gery memiliki Sijil Pengesahan Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, Biskut Gery keluaran Pt Garuda Food Putra Putri Jaya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI)
Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk biskut yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 
 17. Mee Ramen Samyang
STATUS HALAL MEE RAMEN HOT CHICKEN JENAMA SAMYANG
Soalan:-
Adakah Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang memiliki Sijil Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, Mee Ramen Hot Chicken jenama Samyang yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Halal Korean Muslim Federation (KMF)
Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Korea Selatan

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan
 18. Mee/Bihun Pama&Mama 
STATUS HALAL MEE/BIHUN SEGERA JENAMA PAMA & MAMA
Soalan:-
Adakah Mee/Bihun segera jenama PAMA & MAMA memiliki Sijil Halal

Jawapan:-
Untuk makluman, Mee/Bihun Segera Jenama PAMA & MAMA yang berada di pasaran Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Selain itu, produk tersebut turut memiliki Sijil Pengesahan Halal dari The Central Islamic Council of Thailand (CICOT) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI)
Ianya merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Thailand dan Indonesia

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Ia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan. 
..........................................................

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal diwww.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM juga boleh didapati di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
bit.ly/LogoHalalLuarNegara
Ketahui pelbagai persoalan semasa dan status halal produk yang sering menjadi pertanyaan dalam kalangan pengguna di:-
bit.ly/FAQHalal
#YakiniHalalMalaysia#SemakSebelumSebar
Ikuti pelbagai persoalan dan info halal semasa di:-
http://bit.ly/FAQHalalhttp://bit.ly/InfoIlmuHalalSemasahttp://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTularhttp://bit.ly/FBHABHALAL
#SemakSebelumSebar#JauhiFitnahDirahmatiAllah#YakiniHalalMalaysia Sumber: Bahagian Hab Halal, Jakim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2019/01/18-produk-makanan-minuman-popular-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Produk Usahawan Di Malaysia Halal Expo 2019

Produk Usahawan Di Malaysia Halal Expo 2019

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 594 hits
semalam aku ke Malaysia Halal Expo 2019 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre bersama bff Tasya setelah beberapa bulan tak keluar bersama aku ajak dia untuk teman aku ke sini macam biasa kami tak berkereta jadi berdua ke sini den...
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 390 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Makanan Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

Makanan Jim Jum Muslim Friendly Pertama Di Malaysia Kalau Korang Nak Cuba Di Baan 109

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 410 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang mesti tahu Jim Jum iaitu makanan Tradisional Thailand siapa yang selalu ke sana mesti nampak makanan popular ini Tapi sekarang ni susah nak ...
Tiada Peraturan Wajibkan Peniaga Restoran Miliki Sijil Halal Jakim

Tiada Peraturan Wajibkan Peniaga Restoran Miliki Sijil Halal Jakim

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 277 hits
Menurut JAKIM Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 201 Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim me...
Jakim Lulus Sijil Halal Kepada 7 204 Syarikat

Jakim Lulus Sijil Halal Kepada 7 204 Syarikat

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 251 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meluluskan sijil halal Malaysia kepada 7 204 syarikat sehingga Januari tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata Jakim telah membuka peluang pensijilan antarabangsa untuk p...
Tahukah Anda Mengapa Dalam Islam Melarang Meniup Makanan Dan Minuman Yang Panas Rileks Media

Tahukah Anda Mengapa Dalam Islam Melarang Meniup Makanan Dan Minuman Yang Panas Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 329 hits
Seringkali kita melihat seorang Ibu ketika menyuapi anaknya makanan yang masih panas dia meniup makanannya lalu disuapkan kepada anaknya Bukan itu saja bahkan orang dewasa pun ketika minum teh atau kopi panas sering kita lihat dia meniup mi...
Makanan Halal Di Bali Yang Boleh Anda Cuba

Makanan Halal Di Bali Yang Boleh Anda Cuba

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 580 hits
Bali adalah salah satu destinasi percutian menarik yang sangat popular di kalangan pelancong Pulau ini kaya dengan budaya lama rekaan kuil dan istana yang eksotik yang berlatarbelakangkan alam semula jadi yang menakjubkan Bali juga menawark...
6 Makanan Dan Minuman Yang Bisa Menyebabkan Bau Badan Dan Mulut

6 Makanan Dan Minuman Yang Bisa Menyebabkan Bau Badan Dan Mulut

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 212 hits
Terdapat berbagai makanan yang bisa menyebabkan sejumlah masalah dan menimbulkan bau pada mulut kamu Daging merah bawang putih makanan berserat alkohol junk food dan produk susu merupakan makanan yang bisa menyebabkan bau mulut
Malaysia Halal Expo 2019 Malaysia 2 Japan Sempena Olympics 2020

Malaysia Halal Expo 2019 Malaysia 2 Japan Sempena Olympics 2020

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 423 hits
Semalam Un pergi ke KL Convention Center bagi menyaksikan sendiri Malaysia Halal Expo 2019 yang telah dirasmikan semalam oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof Turut hadir bersama ialah Kedutaan Jepun ke Malaysi...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih