18 Mei Pengiktirafan Rakyat Terhadap Pn


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

MENJELANG sepuluh terakhir Ramadan dan perkembangan peperangan menentang wabak COVID-19 yang semakin berjaya dan positif, tumpuan rakyat dan negara teralih pula ke tanggal 18 Mei. Pada hari berkenaan akan dilangsungkan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang dijadual bersidang sehari.

Ia akan menjadi persidangan Parlimen yang pertama buat Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri (PM) ke-8 dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya setelah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) roboh apabila Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM pada 24 Febuari lalu dan Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM baru pada 1 Mac.

Persidangan kali ini yang sepatutnya menyaksikan pembentangan Kerajaan berhubung perkembangan COVID-19 tiba-tiba menjadi tumpuan berikutan laporan bahawa satu Usul Undi Tidak Percaya telah dibawa oleh Tun Dr Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi dan diluluskan oleh Yang Dipertua

Ternyata pihak pembangkang tidak dapat menerima pembentukan Kerajaan baru di bawah Muhyiddin dan terus berusaha untuk mencabar kesahihannya. Tun dan Anwar ke hadapan selaku kuda tunggangan untuk mencetus kontroversi sedang DAP yang mewakili parti dengan perwakilan terbesar di Parlimen iaitu 42 kerusi, sepi membisu barangkali tersengeh beronggeng di belakang tabir.
Tun yang sebelum ini digantikan oleh Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan setelah partinya BERSATU meninggalkan PH, mempunyai hubungan pasang-surut dengan Anwar.
Sejurus beliau meletak jawatan PM beliau antara lain telah mengkritik Anwar sebagai salah satu puncanya dan menyatakan bahawa dengan rekod peribadi dan sikapnya yang Liberal Anwar tidak sesuai menggantikan beliau sebagai PM.
Malah kini kedudukan Tun dalam partinya sendiri masih pekat dengan tanda tanya, Muhyiddin selaku Presiden BERSATU dan Pemangku Pengerusi dilaporkan disokong oleh 32 Ahli Parlimen dan sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian BERSATU, manakala Tun cuma punya 5 termasuklah beliau sendiri dan anaknya Mukhriz. Adakah Tun boleh mewakili BERSATU lagi atau bagaimana kedudukannya?
Dan terbaru pula, demi menghadapi persidangan Parlimen 18 Mei ini, Tun dan Anwar yang tidak sehaluan itu tiba-tiba boleh mengeluarkan kenyataan bersama akan menentang Kerajaan PN yang mereka anggap tidak sah kerana tidak mendapat mandat rakyat. Mereka mendesak agar mandat rakyat dikembalikan semula kepada pihak yang sepatutnya. Adakah rakyat bersedia mengembalikan DAP berkuasa?
Menarik, dalam pada Kerajaan PN menempa kejayaan menghadapi krisis wabak COVID-19 ini dengan sokongan dan dukungan rakyat, Tun dan Anwar serta gerombolan pembangkang dibayangi PH pula semakin kucar-kacir, berbolak-balik dan langsung tidak mampu memberikan keyakinan bahawa mereka punya kudrat untuk mengambil-alih Kerajaan.
Status Tun sebagai Pengerusi BERSATU dipertikaikan, manakala PH telah pun isytiharkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, dalam keadaan celaru itu tiba-tiba mereka bernafsu mahu menjatuhkan Kerajaan sedia ada, adakah mereka mampu? Berapa ramaikah anggota Parlimen bersama mereka?
Parlimen Malaysia punya 222 ahli, untuk mencabar kesahihan Kerajaan, pihak pembangkang perlu punya paling kurang 112 Ahli Parlimen yang bersetuju bersamanya, adakah mereka punya cukup bilang?
Malah di hari Yang Dipertua Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan menerima Usul Tun, Tun sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa usul beliau itu tidak akan berjaya kerana pembangkang tidak mempunyai cukup bilangan.
Jika demikian keadaannya, mengapa perlu mencetuskan huru-hara, mengganggu proses Parlimen sedang mereka sendiri tahu mereka tidak cukup bilang dan akan gagal? Inilah wajah Tun, Anwar dan pembangkang yang sebenar yang perlu diketahui rakyat.
Sedang kita semua mengharungi kesan serangan wabak COVID-19 ini, patuh dan taat pada segala arahan dan perancangan Kerajaan dan pihak berkuasa demi mahu memulihkan negara, mereka ini lebih bernafsu mahu merobohkan Kerajaan dan mengutamakan perjuangan serta agenda peribadi masing-masing.
Sama ada Usul Tun itu akan dibahas dalam persidangan 18 Mei ini atau ditangguhkan kerana mengutamakan urusan Kerajaan, sama-sama kita ikuti nanti. Yang pastinya Kerajaan PN dan kesemua penyokongnya akan ditempatkan di bangku Kerajaan 18 Mei ini, manakala Tun, Anwar dan blok pembangkang di bangku pembangkang. Mustahil bangku Kerajaan menempatkan Ahli Dewan kurang dari 112 ahli 18 Mei nanti. Tun, Anwar dan PH sesungguhnya mahu mencari publisiti murahan setelah mereka hilang kuasa apabila cuma mampu memerintah selama 22 bulan.
Jika rakyat benar-benar bersama mereka lagi sudah pasti peralihan kuasa seumpama ini mencetuskan huru-hara dan ketegangan, akan tetapi sejak Muhyiddin mengangkat sumpah dan Kerajaan PN terbentuk semuanya tenang dan kini setelah 2 bulan lebih memerintah, rakyat langsung tidak merungut malah memberi sokongan dan pengiktirafan padu khasnya apabila melihat Kerajaan ini berjaya menguruskan negara dengan baik walaupun berhadapan ancaman besar COVID-19.
Tun dan Anwar jangan lupa, walaupun mereka menang dan membentuk Kerajaan dalam PRU14 lalu akan tetapi 22 bulan pemerintahan mereka cukup memberi kesan kepada rakyat khususnya umat Melayu dan Bumiputera.
Kegagalan mereka menepati janji sebagaimana terkandung dalam Manifesto PH, membangkitkan kemarahan rakyat kerana menganggap mereka telah ditipu hidup-hidup.
Tanpa kuasa politik Melayu yang kukuh dalam Kerajaan serta kemunculan dominasi DAP yang kuat, umat Melayu Islam merasa begitu terancam dan ternyata DAP lebih mengutamakan agenda ‘Malaysian Malaysia’ mereka.
Tun dan Anwar perlu sedar, lantaran kebencian dan kemarahan rakyat itulah apabila Kerajaan PH jatuh roboh angkara peletakan jawatan Tun rakyat sebenarnya tidak gusar. Malah apabila naiknya Kerajaan PN yang mewakili kuasa politik Melayu rakyat langsung tidak protes malah semua pihak menerimanya dengan perasaan lega dan terharu.
Sedarlah bahawa rakyat inginkan kestabilan dan kesejahteraan. Bukannya Kerajaan yang Liberal, rasis, dan menolak segala kontrak sosial yang telah dibina sejak negara Merdeka dahulu.
Malah Tun sendiri pernah berkata bahawa orang Melayu cuma ada kuasa politik dan tidak yang lain dalam negara. Kerana itu Kerajaan yang stabil mestilah diwakili oleh blok yang didukung kuasa politik Melayu iaitu penduduk majoriti dalam negara.
Apapun sama-samalah kita berdoa agar persidangan Parlimen 18 Mei ini terus berjalan lancar dan Ahli-ahli Parlimen yang rasional, matang dan waras akan menyokong dan memberi keyakinan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN, biar kita bina kembali negara kita dengan aman dan tenang ikut cara kita sendiri. – HARAKAHDAILY





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/18-mei-pengiktirafan-rakyat-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 393 hits
SHAH ALAM Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bermakna tidak akan ada usul lai...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 450 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Hanya Rtm Bernama Dibenar Buat Liputan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 367 hits
Bangunan Parlimen Malaysia yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Hanya RTM dan Bernama dibenarkan mem...
Usul Tidak Percaya Dr M Terhadap Pm Diterima Speaker Dewan Rakyat

Usul Tidak Percaya Dr M Terhadap Pm Diterima Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 398 hits
Putrajaya 8 Mei Usul Tun Dr Mahathir berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli ahli Dewan Rakyat diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu...
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Sabotaj Demonstrasi

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 614 hits
Muktamad 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu Kita minta ahli ahli parlimen 1 Jangan tunjuk keras kepala sabotaj atau boikot Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya 2 Tolong jaga sedikit mulut itu Jangan mak...
Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

Najib Razak Puji Anwar Ibrahim Mahu Patuh Peraturan Sidang Dewan Rakyat 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 573 hits
Mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak memuji Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar mematuhi peraturan sidang Dewan Rakyat Isnin depan Jelas Najib ia merupakan sikap terpuji ba...
Juara Tembak Babi Bertikam Lidah Dengan Wakil Rakyat Dap

Juara Tembak Babi Bertikam Lidah Dengan Wakil Rakyat Dap

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 414 hits
ARIF ATAN Walaupun berada di bulan Ramadan bahkan Nuzul al Quran semalam tindakan bergaduh dan memaki dilihat masih dilakukan oleh wakil rakyat beragama Islam dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sekurang kurangnya 15 kali Datuk Norhizam...
Dia Tak Fikir Kesusahan Rakyat

Dia Tak Fikir Kesusahan Rakyat

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 366 hits
Atok sewaktu mengumumkan package rangsangan ekonomi bagi menangani covid19 hanya memperuntukan RM20b sahaja Dia langsung tak fikir nak buat MCO dia tak fikir bantuan kepada rakyat yang terjejas pendapatan dia tak fikir syarikat syarikat kec...
Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 314 hits
Saifuddin Nasution and Xavier Jayakumar among PH leaders who said it would be up to the coalition not the Dewan Rakyat to choose the prime minister PETALING JAYA Pakatan Harapan leaders gunning for Anwar Ibrahim to replace Dr Mahathir Moham...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini