Isu Hukuman Penjara Pesalah Pkp Akan Dibincang


UMNO ONLINE




PUTRAJAYA – Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini.

“Mesyuarat bersetuju hari ini supaya pihak Peguam Negara, PDRM dan Jabatan Penjara untuk membincangkan isu ini supaya dapat diselesaikan segera,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas itu, di sini.

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan semalam, meminta mahkamah supaya berhenti menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang melanggar PKP, memandangkan langkah itu akan menyebabkan kesesakan di penjara, selain menjadi punca penularan wabak COVID-19 di dalam penjara.

Susulan itu, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan, berhubung masalah risiko penularan wabak COVID-19 sekiranya pesalah dipenjarakan.

Beliau dipetik sebagai mencadangkan supaya pesalah pelanggaran PKP dikenakan hukuman menjalani perintah khidmat masyarakat, tanpa menjalani hukuman pemenjaraan.

Mengenai golongan gelandangan di ibu kota Ismail Sabri menegaskan, bahawa golongan itu tidak dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya mereka kini ditempatkan di tiga lokasi di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tegasnya, dakwaan bahawa golongan itu masih berkeliaran di ibu kota adalah tidak benar sama sekali, kerana kerajaan menempatkan gelandangan di lokasi khas, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Tidak timbul isu bahawa gelandangan masih terbiar tanpa pembelaan. DBKL telah menempatkan gelandangan di tiga lokasi yang telah diwujudkan. Mereka diberi makan dan minuman,” kata Ismail Sabri.

Media sebelum ini melaporkan bahawa golongan itu ditempatkan di tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu di Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Ketika ditanya mengenai bekalan barangan basah di tiga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beliau berkata, terdapat beberapa stesen diwujudkan, bagi memudahkan penduduk untuk memaklumkan mengenai jenis barangan keperluan yang diperlukan.

“Jadi apa sahaja keperluan yang mereka perlukan, mereka boleh mengadu di pusat yang disediakan.
Pusat itu diwujudkan dengan bantuan pegawai bertugas, untuk memudahkan penduduk,” katanya.

Ismail Sabri berkata, memandangkan setiap penduduk memerlukan barangan keperluan yang berbeza, maka barangan tersebut tidak akan dihantar dari rumah ke rumah, sebaliknya mereka perlu melaporkan ke pusat yang disediakan.

Setakat ini terdapat tiga kawasan yang dikenakan PKPD iaitu Hulu Langat, Selangor; Menara City One di Kuala Lumpur; dan Simpang Renggam, Johor. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/isu-hukuman-penjara-pesalah-pkp-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icrc Puji Tindakan Malaysia Tidak Penjara Pesalah Pkp

Icrc Puji Tindakan Malaysia Tidak Penjara Pesalah Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 324 hits
Kuala Lumpur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah mengalu alukan tindakan pihak berkuasa Malaysia memberikan respons terhadap kebimbangan penggunaan hukuman penjara sebagai hukuman pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Ia berikutan perm...
Jangan Hantar Pesalah Pkp Ke Penjara Jabatan Penjara

Jangan Hantar Pesalah Pkp Ke Penjara Jabatan Penjara

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 542 hits
Malaysiakini Jabatan Penjara meminta mahkamah supaya berhenti menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Langkah itu katanya akan menyebabkan kesesakan di penjara yang mana adalah mustahil untuk me...
Mahkamah Kenakan Hukuman Denda Khidmat Masyarakat Pada Pesalah Pkp

Mahkamah Kenakan Hukuman Denda Khidmat Masyarakat Pada Pesalah Pkp

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 327 hits
Mahkamah di beberapa negeri hari ini menjatuhkan hukuman denda antara RM300 hingga RM1 000 terhadap pesalah yang melanggar perintah kawalan pergerakan dan mengarahkan mereka menjalani perintah khidmat masyarakat Ada beberapa individu yang d...
Gagal Bayar Denda Hukuman Penjara Nursahira Ditambah Lagi 2 Bulan

Gagal Bayar Denda Hukuman Penjara Nursahira Ditambah Lagi 2 Bulan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 469 hits
Wanita pembantu kedai yang dijatuhkan hukuman denda RM10 000 dan penjara tiga bulan kerana kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik gagal membayar denda berkenaan Berikutan itu Nursahira Mohd Mizuar 20 dibawa ke penjara tengah hari tadi bagi...
Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

Rekod Mereka Sebagai Banduan Kekal Hingga Akhir Hayat Warden Penjara Ingatkan Jangan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 395 hits
Umum mengetahui kerajaan sudah mula ambil tindakan kepada mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Apa yang berlaku kepada mereka yang melanggar perintah ini Apakah bentuk hukuman Mesti macam macam persoalan...
Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

Langgar Pkp Dua Lelaki Ditahan Di Lahad Datu Berdepan Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 387 hits
LAHAD DATU Dua lelaki bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan malah bakal berdepan hukuman gantung selepas diberkas bersama tiga peket dadah di perairan Terumbu Gusung dekat sini tengah malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 12 ...
Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid 19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman

Ketua Hakim Negara Gesa Pertimbang Risiko Covid 19 Di Penjara Sebelum Jatuhkan Hukuman

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 469 hits
Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan berkenaan masalah risiko penularan wabak Covid 19 dihadapi penjara dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan...
Amber Heard Berhadapan Hukuman Penjara Jika Didapati Bersalah Memalsukan Bukti

Amber Heard Berhadapan Hukuman Penjara Jika Didapati Bersalah Memalsukan Bukti

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 580 hits
Selepas bertemu ketika penggambaran filem The Rum Diary pada 2011 Amber Heard dan Johnny Depp akhirnya berkahwin pada 2015 Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila kedua dua bercerai setahun kemudian dan Depp diperintahkan sekatan ...
Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 482 hits
PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa menyarankan hukuman perintah khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sebagai pengajaran kepada golongan terbabit Presidennya Datuk Zuhairi Ab...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh