17 Lokasi Yang Wajib Dilawati Jika Pelancong Datang Ke Malaysia


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri dengan keunikan budaya dan tradisi tersendiri sehingga menjadikan ia tempat yang wajib anda kunjungi. Malaysia mempunyai pelbagai industri pelancongan yang berasaskan kebudayaan, industri kraftangan, makanan tradisi, tempat-tempat menarik, sukan dan agrotourism.
Ini 17 lokasi yang anda wajib lawati jika datang ke Malaysia.
1. Menara Berkembar Petronas (KLCC) Gambar: tunehotels Kalau Paris ada Eiffel tower, India dengan kebanggaan Taj Mahalnya dan China gah dengan tembok besar, Malaysia dikenali dunia dengan bangunan berkembar Petronas atau KLCC.
Menara Berkembar Petronas pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Namun begitu, bangunan itu masih menjadi bangunan berkembar tertinggi dunia.
Bagi mereka yang berkunjung ke KLCC , ini tempat yang wajib anda kunjungi terutama mereka yang membawa anak-anak kecil.
Aquaria KLCC
Gambar: Islamic Tourism Centre Aquaria KLCC boleh diibaratkan seperti sebuah akuarium besar berstatus premium yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.  Pasti anda akan berasa kagum bila memasuki ruangan ini.
Petrosains
Gambar: klook Petrosains antara destinasi yang menyeronokkan terutama buat kanak-kanak. Dengan memaperkan bahan dan program yang berinteraktif tempat ini sangat bersesuaian bagi pendedahan awal anak-anak. Antara yang menarik menanti anda bila berkunjung kesini adalah The Dark Ride atau Perjalanan Sekilas Masa.
2. Menara Kuala Lumpur Gambar: Backpacking Malaysia Menara Kuala Lumpur berdiri megah disamping bangunan pencakar langit di kuala Lumpur dan merupakan pemandangan yang paling ikonik selepas menara berkembar petronas
3. The Stadthuys Gambar: Quekevelyn The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street
4. Encore Melaka. Gambar: Traveloka Selain itu juga Melaka ini terkenal keunikan tinggalan bangunan-bangunan yang terdapat disekitar Bandar Melaka contohnya Masjid Kampung Ulu, Bangunan Stadhuys, A Famosa , Replika Istana Kesultanan Melayu dan pelbagai bangunan yang unik dan penuh dengan sejarah.
Di Encore Melaka anda dapat menonton pementasan teater sejarah, warisan dan kebudayaan dengan teknologi moden seiring dengan peredaran zaman sekarang. Rugi kalau anda tidak mengambil kesempatan ini jika datang ke Melaka.
Teater di dalam auditorium Encore Melaka sangat membanggakan dengan cerita yang tidak ternilai tentang Melaka, teater yang mencerminkan masyarakat merangkumi kepelbagaian. Pertunjukan teater di Encore Melaka yang berlangsung selama 70 minit itu menceritakan kisah lama yang sudah dilupakan: kisah para pengembara awal, misi diplomatik Cheng Ho, penempatan adat dan pertemuan lintas budaya seperti Baba Nyonya dan perkahwinan Baba Nyonya
Gambar: Tripcarte.asia 5. Kereta Kabel Langkawi Gambar: JomJalan Jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel Langawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengn kecuraman 42 darjah.
Disamping itu, kereta kabel ini juga merupakan yang  terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km an mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Perjalanan dari pekan kuah ke kereta kabel langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapanga terbang langkawi.
Kereta kabel langkawi ini terletak di gunung mat cincang yang berketinggian 713 meter diatas paras laut ke puncak. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi dan terletak berhampiran dengan Pantai kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit.
Gambar: Ibu Syurga Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihatt keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengililingi pulau tersebut.
Anada juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi, laut Andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas. Kereta kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketingggian 650 meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya akan membawa anda ke puncak.
Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmata  kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angina kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.
6. Langkawi Sky Bridge Gambar: Dezeen Jambtan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang.
Jambatan ini menghubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak guunung. Anda boleh menaiki kereta kabel jika anda ingin ke jabatan udara tersebut.
7. Genting Highland
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor. Dengan hanya memandu sejauh 50 kilometer (km) dari Kuala Lumpur anda akan dapat  menghirup udara segar sepanjang perjalanan sambil merentasi banjaran Titiwangsa menuju ke ‘Puncak Keriangan’,Genting Highlands, Pahang .
Ia adalah destinasi paling praktikal jika anda buntu untuk membawa anak-anak bergembira khususnya pada musim cuti sekolah, memandangkan Resort World Genting (RWG) memperkenalkan Genting Highlands Heros Adventurous Holiday di sekitar kota keriangan itu, khususnya di Skytropolis Indoor Theme Park.
8. Pantai Tanjung Rhu Gambar: Art.com Selain Pantai Cenang yang popular terdapat satu lagi pantai yang tidak kurang hebatnya. Pantai Tanjung Rhu juga merupakan tempat menarik di Langkawi yang perlu dikungjungi. Mencari ketenangan di pantai ini sangat sesuai. Anda pasti akan merasa lebih tenang berada di pantai ini.
Pantai Tanjung Rhu di Langkawi ni adalah sebuah kawasan pantai yang lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan antara kawasan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh gergasi media CNN. Kalau di peringkat dunia mengiktiraf pantai ini sangat cantik jadi rakyat Malaysia perlulah datang sendiri bagi melihat keindahan pantai ini.
Perjalanan ke pantai ini sangat menarik kerana anda akan melihat pokok rhu dikiri dan kanan jalan yang sangat cantik. Jika mahu datang ke pantai ini perlu datang sebelum jam 5.30 petang kerana selepas itu pantai ini akan ditutup untuk orang ramai dan dikhaskan kepada yang menginap di sini sahaja.
Lakukan aktiviti pantai seperti snorkeling, parasailing dan macam-macam lagi. Anda pasti seronok dan gembira berada disini serta dapat hilangkan stress. Jika anda bermalam disana pelbagai aktiviti pantai lagi dapat dilakukan seperti mangrove exploration, boat charter, sunset cruise, island drop, island tour, memancing dan banyak lagi.
9. Pulau Redang Gambar: ARBA Travel Pulau Redang merupakan salah satu pulau di Terengganu dan di Malaysia yang sangat popular dengan keindahan lautnya yang membiru jernih. Pelancong yang datang kesini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk . melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini. Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik bersesuaian untuk destinasi berbulan madu.
10. Pulau Perhentian Gambar: livingnomads Satu lagi destinasi pulau popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada dua pulau utama iaitu pulau Paerhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kalau anada suka aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti. Kemudahan menginap seperti resort dan chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di dunia oleh CNN.
11. Menara Condong Teluk Intan Gambar: libur Menara Condong merupakan sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar teluk Intan sejak sekian lama. Binaannya yang condong, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun struktur menara ini masih berdiri kukuh walaupun kelihatan senget dan tercondong.
12. Kellie’s Castle Gambar: wikipedia Bangunan ini merupakan sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada tahun 1915 sebagai lambang cinta sejatinya.
Memandangkan bangunan ini dibina di atas satu kawasan berbukit maka pemandangan dari sini sangat indah dan cantik. Bagi mereka yang kaki fotografi pasti tidak sabar untuk merakam gambar landskap di sini. Sebaiknya datang ke sini pada waktu pagi atau waktu petang bagi mengelakan matahari memuncak. Kellie’s Castle terletak di Batu Gajah dan hanya kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh.
13. Hutan Simpan Semenggoh Gambar: Kamek Anak Sarawak Jika anda ingin melihat orang utan, Hutan Simpan Semenggoh, Sarawak adalah tempatnya. Jaraknya dari bandar Kucing hanya 20 km. Orang utan disini diberikan latihan oleh ranjer-ranjer untuk hidup di dalam hutan sebelum dilepaskan ke hutan yang berada di sekitar.
Orang utan akan pulang ke pusat pemeliharaan pada pukul 9 hingga 10 pagi dan 3 hingga 3.30 petang untuk makan, jadi waktu-waktu ini adalah yang terbaik untuk anda melihat gelagat haiwan itu yang amat menghiburkan.
14. Taman Negara Gunung Gading Gambar: Malaysia.Travel Taman Negara Gunung Gading ini merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia yang pada mulanya dijalankan secara tertutup, namun Jabatan Taman Negara mula membukanya kepada orang ramai supaya dapat melihat khazanah alam ini dengan lebih dekat lagi.
Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia kerana kemampuannya untuk membesar sehingga satu meter diameter. Sekiranya anda teringin melihat bunga ini ketika ia mengembang besar, waktu yang terbaik adalah semasa musim hujan.
Untuk pengetahuan anda, bunga ini akan mengeluarkan bau yang agak pelik apabila mengembang untuk menarik perhatian serangga supaya terbang ke atasnya. Selain itu, daripada  Taman Negara ini anda dapat melihat pemandangan bandar Lundu serta pantai di Siar dan Pandan yang begitu indah sekali. Perjalanan dari Kuching ke Taman Negara ini mengambil masa selama 2 jam.
15. Kepulauan Yang Menarik Di Sabah Negeri Sabah antara negeri yang mempunyai pulau-pulau yang popular dengan keindahan lautnya yang membiru.
Pulau Mabul
Gambar: flickr.com Pulau Sipadan
Gambar: dive-malaysia
Pulau Sapi Gambar: Tempat Menarik Di Sabah Pulau Tiga
Gambar: theculturetrip 16. Ranau Paragliding Park Gambar: rustic-borneo Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti ekstrem, anda boleh datang ke Ranau Paragliding Park, Sabah untuk merasai sendiri berpragliding menikmati pemandangan sekitar yang indah serta melihat kawasan perkampungan dan sawah-sawah padi yang terbentang luas.
Tempat ini terletak 108 km dari Kota Kinabalu dan memiliki bentuk muka bumi bergunung-ganang serta cuaca yang sejuk dengan udara yang menyegarkan.
17. Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Jika anda berkunjung ke Kelantan, tempat yang wajib anda pergi adalah Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Pasar ini sangat besar dan jika anda datang kesini mesti akan berjam-jam menyuci mata sahaja. Suasana disini mula meriah di sebelah malam sehinggalah ke awal pagi esoknya.
Bandar Kota Bharu tidak seperti bandar KL yang sentiasa hidup 24 jam. Jadi jika anda mencari destinasi menarik untuk memenuhi aktiviti percutian anda di Kota Bharu pada waktu malam, inilah salah satu tempat menarik di Kota Bharu yang disyorkan untuk anda kunjungi.
Disini terdapat pelbagai produk yang dijual seperti pakaian wanita, aksesori wanita, tudung, makanan dan pelbagai lagi.
Berikut adalah lokasi menarik bagi setiap negeri di Malaysia selain di atas
The post 17 Lokasi Yang Wajib Dilawati Jika Pelancong Datang Ke Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/06/17-lokasi-yang-wajib-dilawati-jika-pelancong-datang-ke-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waterfront Bagan Datuk Mengubah Pekan Koboi Menjadi Lokasi Tumpuan Pelancong

Waterfront Bagan Datuk Mengubah Pekan Koboi Menjadi Lokasi Tumpuan Pelancong

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 935 hits
BAGAN DATUK 24 Dis Sejak beroperasi dua bulan lalu Waterfront Bagan Datuk kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dari luar dan dalam daerah ini lebih lebih lagi pada hari cuti umum Kewujudan WBD juga telah mengubah wajah Bagan Datuk yang ...
Mana Hilangnya Pelancong China Di Malaysia

Mana Hilangnya Pelancong China Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 384 hits
DR AHMAD SANUSI AZMI Bimbang mereka beli hartanah MyKad dan ada hak undi pula1 MENURUT Laporan Audit Negara terdapat hampir 95 pelancong dari China dan India yang datang ke Malaysia tidak memiliki rekod keluar dari negara ini Laporan Audit ...
Pasukan Liga Malaysia 2020 Wajib Buat Akuan Bersumpah

Pasukan Liga Malaysia 2020 Wajib Buat Akuan Bersumpah

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 409 hits
Tidak ada alasan dan ianya diwajibkan kepada semua pasukan bertanding di Liga Malaysia pada musim ini Mulai musim hadapan Persatuan Bola Sepak Malaysia mewajibkan setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia untuk membuat akuan bersumpah...
Cara Mudah Untuk Cari Homestay Yang Selesa Di Mana Mana Lokasi Di Malaysia

Cara Mudah Untuk Cari Homestay Yang Selesa Di Mana Mana Lokasi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 469 hits
Macam mana cara yang senang dan selamat untuk cari homestay yang selesa dan murah Seorang kenalan saya bertanya macam mana nak cari homestay di Teluk Intan Lagi tiga minggu dia dan keluarga akan ke Teluk Intan untuk menghadiri majlis kendur...
Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 475 hits
SIAPA KATA CHIN PENG BOLEH MENETAP DI MALAYSIA IKUT PERJANJIAN DAMAI Mereka yang berhujah bahawa Chin Peng berhak untuk balik ke Malaysia mengikut Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989 perlu membaca dengan teliti dokumen bertajuk Pen...
8 Lokasi Wajib Anda Pergi Di Cameron Highlands Rugi Kalau Tak Singgah

8 Lokasi Wajib Anda Pergi Di Cameron Highlands Rugi Kalau Tak Singgah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 640 hits
8 Lokasi Wajib Anda Pergi Di Cameron Highlands Rugi Kalau Tak Singgah Cameron Highlands sentiasa menjadi lokasi cuti cuti Malaysia kegemaran ramai Pergilah berapa kali dalam setahun pun tempat dingin ini tak pernah membosankan Cameron Highl...
Pemandu Bas Malaysia Ditahan Cuba Seludup Masuk Rokok Ke Singapura

Pemandu Bas Malaysia Ditahan Cuba Seludup Masuk Rokok Ke Singapura

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 386 hits
SINGAPURA 30 Nov Seorang pemandu bas warga Malaysia ditahan kerana cuba menyeludup masuk 1 275 karton rokok tanpa cukai serta 3 030 uncang tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands Rabu lalu Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Sin...
Chin Peng Bukan Rakyat Malaysia Kenapa Benarkan Abu Mayatnya Dibawa Masuk

Chin Peng Bukan Rakyat Malaysia Kenapa Benarkan Abu Mayatnya Dibawa Masuk

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 419 hits
Syed Hassan Syed Ali KUALA LUMPUR Bekas ketua pengganas komunis Chin Peng sepanjang hayatnya tidak pernah mahu pulang ke Malaysia dan tidak juga memohon untuk menjadi warganegara kenapa perlu dialu alukan abu mayatnya dibawa pulang ke tanah...
Undian Gol Safawi Hampir Dipintas Ayuh Rakyat Malaysia Undi Gol Safawi Sampai Menang

Undian Gol Safawi Hampir Dipintas Ayuh Rakyat Malaysia Undi Gol Safawi Sampai Menang

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 556 hits
Semua dah tahu jaringan Safawi Rasid tercalon dalam 10 gol terbaik saingan AFC Champions League 2019 Gol yang cantik dari luar kotak penalti itu telah membuka mata seluruh Asia bahawa Malaysia mempunyai pemain tempatan yang mampu menjaringk...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti