17 Hadis Sahih Kelebihan Keutamaan Membaca Al Quran


Membaca Al-Quran merupakan salah satu keutamaan yang sangat besar di dalam Islam, sekaligus menjadi salah satu dari enam rukun iman yang penting. Al-Quran bukan hanya sebuah kitab suci, tetapi juga merupakan pedoman hidup bagi umat Islam. Keutamaannya tercermin dalam aspek penting Islam yang mengatur kehidupan seorang Muslim, yang dikenal sebagai rukun Islam.



Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.(Az-Zumar 39:23)
Di dalam Al-Quran, Allah SWT sendiri menjanjikan banyak keutamaan bagi mereka yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya. Oleh kerana itu, membaca Al-Quran bukan hanya sekadar kewajiban, tetapi juga merupakan sumber keberkahan, hikmah, dan petunjuk yang sangat besar bagi seluruh umat Islam.
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (Faatir 35:29) 
Al-Quran sendiri merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW, membawa maksud betapa pentingnya Al-Quran ini kepada seluruh umat Islam. Alangkah ruginya jika kita tidak mengutamakan membaca Al-Quran sebagaimana yang Rasulullah sendiri amalkan. Oleh itu, artikel kali ini saya kongsikan beberapa hadis sahih dari Rasulullah SAW kepentingan, kelebihan dan keutamaan membaca Al-Quran serta terjemahannya.
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.        (Ar-Ra'd 13:31)


Hadis Sahih Keutamaan Membaca Al-Quran1. Syafaat kepada pembaca Al-Quran
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]
2. Beroleh ketenangan, rahmah dan didatangi malaikat ke rumahnya
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]
3. Satu huruf bersamaan sepuluh ganjaran pahala
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]
4. Beroleh Syurga
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)]
5. Pembaca Al-Quran berbau harum dan wangi
Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]
6. Sebaik-baik umat Islam ialah yang mempelajari Al-Quran
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]
7. Dua pahala bila gagap atau sukar membaca Al-Quran
Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Allah SWT mengangkat martabat golongan yang mengaji Al-Quran
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)
9. Kefahaman yang sahih tentang Al-Quran akan menjadi contoh ikutan
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
10. Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang roboh
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
11. Membaca beberapa ayat Al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al-Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)




Baca artikel berkaitan:
Apa Itu Al Quran Digital dan Hukum Belajar Dengannya
Smart Pen Al-Qolam: Teknologi Al-Quran Digital Terkini, Baca Semua Jenis Al-Quran





12. Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada Al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : 
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
13. Kelebihan berdoa selepas membaca Al-Quran
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sepang mengaji Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)
14. Bacalah Al-Quran dengan suara sendiri 
Dari Barra’ bin Azib r.a : Nabi saw bersabda, 
“Hiasilah Al-Quran dengan suaramu”. [Hadis Daud1468]
15. Wajib Beriman Dengan Risalah Nabi Muhammad saw 
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, 
“Setiap Nabi yang diutus Allah dibekali dengan bukti-bukti, sebagai mukjizat bagi mereka agar umat manusia beriman kepada mereka. Sedangkan aku dibekali dengan wahyu yang diwahyukan Allah kepadaku (Al-Quran). Kerana itu aku penuh harap bahawa umatkulah nanti yang terbanyak di hari kiamat.” [Sahih Muslim 0124]
16. Keutamaan Pembaca Al-Quran 
Dari Abu Musa r.a : Nabi saw bersabda, “Sering-seringlah (amalkanlah) membaca Al-Quran, kerana demi Allah, dia (Al-Quran itu) lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.” [Sahih Muslim 0763] 
Penjelasan : Membaca Al-Quran merupakan satu kemahiran dan apabila tidak diamalkan, kemahiran itu dengan mudah akan hilang. Sama juga kepada para penghafal Al-Quran, apabila tidak diamalkan, ingatannya pada ayat-ayat Al-Quran itu akan hilang. Wallahu’alam. 
17. Pahala seperti orang bersedekah
Dari Uqbah bin Amir : Rasulullah saw bersabda, 
“Orang yang mengeraskan (menguatkan) bacaan Al-Quran seperti orang yang terang-terangan dalam bersedekah dan orang yang membaca Al-Quran dengan lirih (perlahan) seperti orang yang sembunyi-sembunyi dalam bersedekah.” [Sahih Nasa'i 2560]


Tetapi zaman ini Al-Quran tidak lagi diambil sinar cahayanya dan ia lebih ke arah pembacaan yang tidak keruan, perhiasan dinding, pengamalan surah-surah tertentu sahaja (Yassin dan sebagainya) serta pembacaan yang memenuhi mulut tetapi kosong pada akal fikiran dan jauh dari hati. Ada yang membaca tanpa faham maknanya dan ada yang tidak tahu membacanya langsung; Ada pula yang tahu membaca dan tahu maknanya, tetapi tidak tahu memanfaatkannya dalam kehidupan (tidak memahaminya); Ada pula yang membaca tetapi untuk mengingkarinya; Ada pula yang membacanya untuk mendapatkan upah semata-mata. Lalu jadilah Al-Quran itu sebagai pemenuh mulut sahaja dan tidak dapat melepasi kerongkong; Tidak pula dapat menggerakkan akal serta tidak pula dapat menerangkan hati dan jadilah umat Islam itu umat yang mengabaikan Al-Quran.


Doa-Doa Berkaitan Membaca Al-QuranBerdoa kepada Allah merupakan senjata mukmin. Berdoa adalah dituntut dan lebih disukai Allah swt. Berikut saya kongsikan beberapa doa yang boleh anda amalkan sebelum, dan selepas membaca Al-Quran.
1. Doa Al-Quran Menjadi Penyejuk Hati
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا
Allahummaj'alil-qur'ana rabi'a qulubina...
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah al-Qur'ansebagai penyejuk hati kami
2. Doa agar al-Quran menjadi penyejuk hati dan menghilangkan kesedihan jiwa
اللّٰهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلَاءَ أَحْزَانِنَا وَهُمُوْمِنَا

Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah Al-Quran kesejukan bagi hati-hati kami, cahaya yang menerangi dada-dada kami, dan hilangnya kesedihan kami.
3. Doa Sebelum Baca Quran



Allahummaf-Tah ‘Alayya HikmaTaka WanSyur ‘Alayya RahmaTika Wa Zak-KirNii Maa NasiiTu Ya ZalJalaaLi Wal Ikraam.
Maksudnya: Ya Allah, bukalah hikmahMu padaku, bentangkanlah rahmatMu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupakan wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemurahan.
4. Doa Selepas Baca Al-Quran




Allahummar HamNaa BilQuran. Waj’al HuLaNaa ImaaMan Wa NuuRan WaHuDan WaRahMah. Allahumma Zak-KirNaa MinHuMaa Nus-SiiNaa Wa ‘allimNaa MinHuMaa JaHilNaa WarZuqNaa TiLaaWaTahu. AaNaa AllayLi Wa AthRooFan-NaHarr Waj’alHu LaNaa Hujjatan
Ya Rabbal ‘Alamiin.


Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran. Jadikan ianya bagi kami iman, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarlah kami apa yang kami jahil. Kurniakan kami membacanya siang dan malam. Jadikan ianya perisai bagi kami. Wahai tuhan seluruh alam.


KesimpulanBacalah Al-Quran seperti mana yang telah dituntut di dalam kalam Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Bukan sahaja sekadar mengucapkan sebutan ayat Al-Quran namun memahami akan maksudnya dengan jelas dan tidak terpesong. Bertadabbur dan bertazakurlah setiap kali membaca ayat-ayat suci Allah ini. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin.


Wallahua’lam


Rujukan:
1) https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1014-irsyad-al-hadith-siri-ke-163-kepentingan-mempelajari-al-quran
2) https://www.hmetro.com.my/addin/2022/04/833478/kelebihan-membaca-al-quran
3) https://koleksihadisnabi.blogspot.com/p/sahih-abu-daud.html#
4) https://cepatquran.com/mengaji-al-quran-15-kelebihan-kepada-pembacanya/
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/12/17-hadis-tentang-keutamaan-membaca-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Yasin Kelebihan Membaca Surah Yasin

Doa Yasin Kelebihan Membaca Surah Yasin

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 1132 hits
Doa Yasin Kelebihan Membaca Surah Yasin Membaca surah Yasin bukanlah satu perkara asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam majlis majlis keagamaan seperti Majlis Solat Hajat dan sebagainya Menurut laman web rasmi membaca ...
Persiapan Prabowo Jelang Debat Perdana Membaca Berenang Dan Minum Jamu

Persiapan Prabowo Jelang Debat Perdana Membaca Berenang Dan Minum Jamu

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 133 hits
Pak Prabowo persiapannya enggak ada yang khusus beliau kata Sekjen Gerindra Ahmad Muzani
Kebahagiaan Jeanelle Jadi Keutamaan Kami Jodoh Tak Panjang Jovian Mandagie Dan Nina Bercerai

Kebahagiaan Jeanelle Jadi Keutamaan Kami Jodoh Tak Panjang Jovian Mandagie Dan Nina Bercerai

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 169 hits
Jodoh tak panjang Pereka fesyen terkenal Dato Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga Melalui Instagramnya Jovian berkongsi kisah duka i...
Keutamaan Surah Al Falaq Dan An Naas Surah Favorit Untuk Bacaan Ruqyah

Keutamaan Surah Al Falaq Dan An Naas Surah Favorit Untuk Bacaan Ruqyah

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 131 hits
Surah yang favorit untuk bacaan ruqyah adalah surah Al Falaq dan An Naas Kedua surah ini disebut dengan mu awwidzatan yaitu dua surah perlindungan Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi Kitab Al Fadhail Bab 183 Anjuran Membaca Surah dan Ayat T...
Think Quran Jalin Kerjasama Dengan Wuif Karya Bestari

Think Quran Jalin Kerjasama Dengan Wuif Karya Bestari

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 232 hits
GOMBAK 8211 Syarikat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi pendidikan Think Quran menandatangani memorandum persefahaman bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Karya Bestari pada Ahad Kerjasama tersebut bertujuan memastik
Apa Itu Al Quran Digital Dan Hukum Menggunakannya

Apa Itu Al Quran Digital Dan Hukum Menggunakannya

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 271 hits
Al Quran Digital adalah alat bantuan mengaji yang dicipta sebelum dunia applikasi Al Quran dimulakan Al Quran digital dicipta bagi memudahkan urusan pembelajaran bagi anak anak dan dewasa yang ingin belajar mengaji sendirian tanpa guru di s...
Adam Dan Noah Anak Angkasawan Khatam Quran Umur 6 Tahun Di Keedsflix

Adam Dan Noah Anak Angkasawan Khatam Quran Umur 6 Tahun Di Keedsflix

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 257 hits
Selalu nampak Dr Sheikh Muszaphar angkasawan negara update tentang aktiviti anak anak beliau dan kecermerlangan anak anak beliau Mummy juga selalu tertanya tanya pada diri sendiri Anak anak Dr Sheikh Muszaphar Shukor tuisyen di mana Siapa g...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran