Adam Dan Noah Anak Angkasawan Khatam Quran Umur 6 Tahun Di Keedsflix


Selalu nampak Dr. Sheikh Muszaphar, angkasawan negara update tentang aktiviti anak-anak beliau dan kecermerlangan anak-anak beliau. Mummy juga selalu tertanya-tanya pada diri sendiri. Anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tuisyen di mana? Siapa guru mereka ? 
Bila Mummy hadiri Keedsflix Grand Khatam Celebration. Barulah mummy tahu Adam dan Noah anak kembar Dr. Sheikh Muszaphar belajar mengaji di Keedsflix. Mummy rasa gembira and so blessed. Bila tengok anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan anak-anak Keedsflix yang kecil berumur 6 tahun semua dah khatam Al-Quran.


ADAM DAN NOAH ANAK ANGKASAWAN KHATAM QURAN UMUR 6 TAHUN DI KEEDSFLIX
Dulu..mummy selalu berfikir bahawa anak-anak yang bijak ni gifted. Lelagi anak Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara. Dah tentulah Adam dan Noah ni bijak ! Sebenarnya..semua anak-anak adalah 'gifted' . Nak cepat khatam Al-Quran... nak cepat membaca Al-Quran ni, perlu ada guru yang berkemahiran, pusat belajar yang sistematik dan juga ada teknik yang betul.


Seronok dapat melihat  Adam dan Noah di majlis khatam Quran pada umur 6 tahun. Tahniah diucapkan kepada putera Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr.Halina Mohd Yunos. Tahniah juga untuk anak-anak di Keedsflix HQ yang telah berjaya Khatam Quran pada umur 6 tahun 
Mummy bangga dengan kamu semua.





Majlis Grand Khatam Celebration Keedsflix 2023
Majlis Grand Khatam Celebration Keedsflix 2023 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre. Pembukaan majlis gilang gemilang ini, dirasmikan oleh wakil YB Menteri Agama, Ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Keedsflix, Tuan Azri bin Jemani. Dan juga, founder Keedsflix Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Majlis Khatam bersama anak-anak dari Keedsflix ini dipimpin oleh adik Ahmad Azfar (Juara Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Muzamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di AlgeriaDisertai dengan Persembahan nasyid dari artis Halim Ahmad, persembahan Qalam Jamaie dan penyampaian Sijil Khatam



Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Founder Keedsflix
Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor selaku founder kepada Keedsflix merasa cukup gembira dan bersyukur, kerana diberi peluang untuk bersama-sama dengan para hadirin dalam majlis yang cukup bersejarah dan julung kali diadakan, iaitu Majlis Khatam Al-Quran Keedsflix 2023. 
Sebagai salah seorang pengasas keedsflix, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor cukup berbesar hati kerana dapat bersama membangunkan sebuah jenama khusus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Satu bidang yang amat penting dan wajar diberikan perhatian kerana dalam bidang inilah anak-anak seawal usia 1-6 tahun akan melalui fasa-fasa perkembangan di dalam hidup mereka dan setiap fasa perkembangan ini perlu dikuasai mengikut milestone mereka. 
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersama modulnya yang bukan sekadar memberikan penekanan kepada akademik semata-mata tetapi juga memberi penekanan kepada pembentukan spiritual mereka melalui subjek Al Quran dan apa yang lebih menarik lagi apabila digabung dengan sistem teknologi yang sesuai dengan keperluan zaman ini, dalam usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ke satu tahap yang lebih tinggi dan kesemua elemen ini telah ada di dalam Keedsflix. 
Keedsflix mampu menyumbang kepada proses kemenjadian anak-anak yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui program mereka. In sha Allah. 
Buktinya, pada hari Khatam Quran 2023 Keedsflix, seramai 100 orang anak-anak keedsflix Preschool di seluruh malaysia yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-quran bakal diraikan dalam majlis ini. 
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor cukup gembira dan berbangga kerana Keedsflix mampu melahirkan 100 orang anak-anak khatam Al-Quran walaupun baru tahun pertama beroperasi. 
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor percaya pasti lebih ramai lagi anak-anak yang mampu khatam Al-quran untuk tahun-tahun akan datang, in sya allah. 



Perasmian Keedsflix Majlis Khatam Quran oleh Menteri Agama
Majlis khatam Quran Keedflix dirasmikan oleh YB Menteri Agama YB Senator Dato' Setia Mohd Na'im. Beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Keedsflix International Sdn Bhd yang telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Perdana bagi meraikan anak anak di Keedsflix preschool yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran 3. 
Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Keedsflix International Sdn Bhd kerana berjaya menghasilkan modul KeedsQuranic yang mampu membantu anak anak membaca AlQuran dan khatam seawall usia 6 tahun, 
Bersempena dengan Majlis Khatam Alquran Perdana Keedsflix pada tahun ini, beliau menyambut baik usaha Keedsflix International Sdn Bhd untuk menganjurkan program ini dalam usaha memupuk kecintaan dan minat membaca Al-Quran dalam kalangan anak anak yang juga merupakan salah satu usaha dalam menegakkan syiar Islam 
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah saw. “Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Beliau menjawab, “Al-hal wal murtahal.” Orang itu bertanya lagi, “Apa itu al-hal wal murtahal, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu yang membaca Al-Qur’an dari awal hingga akhir. Setiap kali selesai ia mengulanginya lagi dari awal.” (HR. Tirmidzi). 
Beliau juga berasa gembira dan berbesar hati kerana dapat meraikan seramai 100 orang anak anak Keedsflix Preschool seluruh Malaysia yang telah berjaya Khatam Al-Quran. 
Anugerah Ikon Keluarga Al Quran Keedsflix Tahniah diucapkan kepada keluarga UStaz Azraie dinobatkan sebagai Anugerah Ikon Keluarga Quran Keedsflix 2023

Majlis Khatam bersama anak-anak dari Keedsflix ini dipimpin oleh adik Ahmad Azfar (Juara Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Muzamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria
Ikon Keluarga Quran 

Penyampaian Sijil Khatam dan PersembahanAnak-anak Keedsflix bukan sahaja boleh khatam Al-Quran , malah mereka semua sangat berbakat dalam persembahan Qalam Jamaie , bernasyid dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran.





Tahniah sekali lagi buat anak-anak Keedsflix, tenaga pengajar dan ibu bapa semua. Semoga semua anak-anak ini lebih berjaya di masa akan datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Keedsflix, sila layari media sosial Keedsflix di :
Instagram : keedsflixhqFacebook : https://www.facebook.com/KeedsflixOfficialHQWebsite : https://keedsflix.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/12/adam-dan-noah-anak-angkasawan-khatam-quran-umur-6-tahun-di-keedsflix.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umur Baru 15 Tahun Anak Muda Berjaya Sebuah Bank Miliknya Sendiri

Umur Baru 15 Tahun Anak Muda Berjaya Sebuah Bank Miliknya Sendiri

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 150 hits
Pada usia 15 tahun seorang remaja Jos Adolfo Quisocala Condori dari Arequipa Peru sudah mengerti bahawa masa depan milik kanak kanak Baginya kanak kanak tidak perlu menunggu waktu dewasa untuk mewujudkan impian mereka Impian Jos bermula pad...
Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme Ibu Bapa Perhatikan

Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme Ibu Bapa Perhatikan

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 98 hits
Anak anak di bawah usia 3 tahun sudah mula dapat dilihat ciri ciri autisme jika anda Sebab itulah amat penting untuk ibu bapa memerhatikan perkembangan anak anak Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat Ini bermakna autism...
Ayah Banting Anak Hingga Tewas Di Penjaringan Terancam 15 Tahun Penjara

Ayah Banting Anak Hingga Tewas Di Penjaringan Terancam 15 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 78 hits
Pelaku bernama Usman sudah berstatus tersangka kasus Kekerasan Dalam Rumah Tangga
Tahun Depan Anak Nak Masuk Tadika Ni Panduan Bantu Mama Papa Buat Pilihan

Tahun Depan Anak Nak Masuk Tadika Ni Panduan Bantu Mama Papa Buat Pilihan

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 189 hits
Risau dibuatnya bila mana anak bakal melangkah ke alam persekolahan Mana tidaknya tersalah pilih tadika anak tak dapat belajar dengan baik malah tidak mahir membaca seperti anak anak yang lain Buntu dibuatnya Sekolah atau tadika bagaimana m...
Kilas Balik Kasus Rafael Alun Dari Sang Anak Jadi Tersangka Penganiayaan Sampai Dituntut 14 Tahun Penjara

Kilas Balik Kasus Rafael Alun Dari Sang Anak Jadi Tersangka Penganiayaan Sampai Dituntut 14 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 119 hits
Rafael Alun sebelumnya dituntut 14 tahun penjara dan denda Rp18 9 miliar terkait kasus korupsi di Ditjen Pajak
Kalau Boleh Nak Dua Anak Lagi Tak Putus Doa Nabila Huda Nak Jaga Pemakanan Di Usia 40 Tahun

Kalau Boleh Nak Dua Anak Lagi Tak Putus Doa Nabila Huda Nak Jaga Pemakanan Di Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 138 hits
Terus menanti dan tak pernah putus doa Itulah doa dan misi pelakon Nabila Huda menjelang tahun 2024 ini Nabila berkata walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun dia berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah Engg...
Jumpa Anda Nombor 2 Bukan Isteri Baru Aiman Hakim Ridza Umum Kehadiran Anak Ke 2 Di Tahun 2024

Jumpa Anda Nombor 2 Bukan Isteri Baru Aiman Hakim Ridza Umum Kehadiran Anak Ke 2 Di Tahun 2024

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 147 hits
Pelakon Aiman Hakim Ridza semalam mengumumkan satu berita gembira di mana isterinya pelakon dan model Zahirah MacWildon kini hamil anak ke 2 Aiman dilihat berkongsi pengumuman itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram m...
Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

Isteri Kini Hamil Anak Ketiga Ramai Terkejut Dapat Tahu Daler Yusuf Rupanya Dah 10 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 104 hits
Aktor kacukan Uzbekistan Daler Yusuf berjaya menyimpan rapi kehidupan peribadinya daripada umum bahkan selama bertahun tahun ramai peminat tidak tahu dia sudah berumah tangga Baru baru ini Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad mengumu...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Resepi Udang Berempah Kurma

The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses