16 Kata Kata Indah Diksi Di Dalam Bahasa Indonesia Yang Semakin Di Lupakan





16 Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ahh! Kenapa pula tiba-tiba aku nak kongsikan kata-kata diksi ini kan? Tambahan pula kata-kata ini digunakan dalam bahasa negara jiran kita Indonesia. Namun, tidak ada salahnya kan? Kita bangsa serumpun. Tambahan pula, aku juga tertarik dengan beberapa ayat ini. Bahasa yang cukup indah pada aku.

Makna kata diksi. Diksi ini kalau kita gunakan google translate membawa maksud artikulasi. Dan artikulasi pula membawa maksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Dalam bahasa mudahnya yang aku faham adalah, ianya adalah satu proses kita menyampaikan sesuatu idea atau perasaan dengan jelas.

Yang sebenarnya, kata-kata yang kita gunakan sekarang pun dah cukup jelas kan? Jenis yang cakap straight to the point. Namun, diksi ini pada aku, kita nak menyampaikan sesuatu perkara ini dengan kata-kata puitis. Kata-kata indah.

Diksi ini kalau dalam negara kita, banyak digunakan dalam sajak. Ha! Tengok ayat-ayat sajak, puitis kan? Jadinya, diksi membawa maksud, kata-kata puitis. Ha, faham kan? Aku sebenarnya nak korang betul-betul faham ayat diksi tu. Jadinya sekarang dah faham kan? Hehe.

16 Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan Selain daripada filem-filem Malaysia, aku suka juga menonton filem seberang. Antara lain, actor kegemaran aku pastinya dian sastrowardoyo. Entah berapa ratus kali aku nonton filem AADC dengan AADC2. Sampaikan orang sekeliling bising juga. Hahaha. Dah nama pun minat kan, kenapa mereka nak marah. Hahaha.

Oklah, cukup setakat itu, yuk! Aku kongsikan 16 kata kata indah diksi ini:

#1. Nirmala

Macam tajuk lagu nirmala siti nurhaliza. Ianya membawa maksud tanpa cacat. Makna kata sempurna.


Di ciptakan seorang insan

Lembut hati bak redup pandangan

Pabila berkata

Seluruh alam menyaksikan kesyahduan

Bagai tersentuh rasa percaya

Tika terdengarkan

Aduhai


#2. Candramawa

Ianya membawa maksud hitam bercampur putih. Daripada bacaan aku, ianya lebih membawa kepada bentuk warna kucing. Namun ianya juga membawa maksud kata kerja yang membawa makna diam-diam, lucu dan rahsia.




#3. Dersik

Dersik membawa maksud desir angin. Kata ayat ini sering juga digunakan di dalam kalangan kita. Contohnya dersik angin menyapa halus rongga telingaku. Amboi! Kata dersik ini juga sering digunakan di dalam bait lirik lagu melayu.

#4. Arunika

Bila baca kata arunika ni, bunyinya semacam bahasa dalam filem Hindustan pula. Itu pada aku la kan.  Hehe. Baik, arunika membawa maksud cahaya matahari pagi. Contoh ayat diksi arunika ni:

Indah sungguh arunika pagi ini seindah wajahmu.

Fuh! Semacam sungguh!

#5. Nayanika

Ok, aku suka kata diksi yang ini, nayanika. Namun sangat jarang atau pertama kali kita semua baca dan dengar kan? Nayanika membawa maksud mata yang indah dan memancarkan daya penarik yang kuat. Contoh ayat? Korang buat sendiri la ye! Hahaha.

#6. Petrikor

Bunyinya sangat asing namun makna katanya pastinya cukup indah. Ianya membawa maksud aroma bau tanah kering yang dibasahi hujan. Siapa sini suka bau hujan? Fresh kan? Pastinya bau itu lebih menarik bila terkena tanah yang kering. Itulah maksud petrikor.

#7. Swastamita

Hmm. Swastamita? Kalau arunika membawa maksud pemandangan indah sewaktu matahari terbit. Swastamita ini pula pastinya “kata lawannya” kerana ianya membawa maksud pemandangan indah sewaktu matahari terbenam.

#8. Mudita

Ahh! Rasa macam malas nak tulis kata diksi mudita ini. Kerana ianya membawa maksud perasaan bahagia kita melihat kebahagian orang lain. Dalam bahasa melayu mudahnya, pasrah!

#9. Mangata

Arunika membawa maksud pemandangan matahari terbit. Swastamita pula pemandangan matahari terbenam. Dan mangata pula membawa maksud bayangan bulan di dalam air yang berbentuk seperti jalan. Ha! Siapa boleh bantu aku gabungkan ketiga-tiga perkataan ini menjadi kata diksi yang cukup indah?




#10. Eunoia

Walaupun katanya agak sukar di sebut, namun ianya membawa makna indah iaitu pemikiran indah ataupun pemikiran yang baik. Selain pelik kata diksi yang ini, sesuai juga kalau buat tajuk lagu kan? Hehehe.

#11. Meraki.

Meraki membawa maksud, melakukan sesuatu dengan penuh jiwa,kreativiti dan rasa cinta. Kau melakukan ini dengan penuh meraki! Lebih kuranglah ayatnya ya! Hehehe.

#12. Asmaraloka

Ah! Dah dekat bunyinya macam asmaradana, nanyian DS tiara jacquelina dalam filem puteri gunung ledang. Ini juga salah satu filem yang aku tonton banyak kali. Baik, asmaraloka membawa maksud dunia atau alam cinta! Ahh! Sama la kan maksudnya dengan asmaradana?

#13. Adarusa

Adarusa membawa maksud orang yang meminjam sesuatu (boleh jadi wang atau barang) tetapi dia tak mahu pulangkan semula. Eh! Ini kata diksi juga ke? Jenis waktu pinjam lembut lidah, dah dapat pinjam terus lupa diri! Eh, tiba-tiba aku jadi nak  marah pula ni.




#14. Adiwarna
Biasa kita dengar adiwira sahaja kan? Hari ini kita ada adiwarna. Ianya membawa maksud indah sekali. Atau bagus sekali. Tetapi kan, aku lebih suka dengan kata indah sekali! Berbanding adiwarna. Itu pada aku la kan.

#15. Adikara

Kalau tadi adiwarna, ini adikara. Kata diksi ini membawa maksud berkuasa atau kekuasaan atau kewibawaan.

#16. Derana

Dan yang terakhir dalam Kata-kata indah “Diksi” di dalam bahasa Indonesia yang semakin di lupakan adalah derana. Ianya membawa maksud tahan dan tabah ketika menderita sesuatu. Boleh juga membawa maksud tak mudah putus asa,patah hati dan sebagainya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2021/03/16-kata-kata-indah-diksi-di-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Guna Bahasa Lindung Diskriminasi Kaum Dalam Pengambilan Pekerja Kata Kumpulan Majikan

Jangan Guna Bahasa Lindung Diskriminasi Kaum Dalam Pengambilan Pekerja Kata Kumpulan Majikan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 309 hits
Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan berkata keperluan bahasa tertentu mungkin diperlukan untuk berurusan dengan pelanggan tertentu PETALING JAYA Kriteria bahasa boleh diterima ketika mengambil pekerja tetapi perlu dipantau untuk memast...
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 415 hits
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Tahun 6 UPSR Perkongsian ini khas kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris Pemahaman Dengan melaksanakan Ujian Diagnostik ini para guru d...
Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

Bahan Pendidikan Tahun 1 Latihan Tambahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 268 hits
Latihan Tambahan Bahasa Melayu Tahun 1 ini dikongsi untuk memberikan latihan tambahan kepada guru guru bahasa melayu bagi murid tahun 1 Bahan ini menyentuh tema pertama iaitu tema keluargaku sayang yang digunakan semasa proses pembelajaran ...
Fasih 7 Bahasa Dan Bukan Calang Calang Orang Terbongkar Habis Tentang Diri Hannah Delisha

Fasih 7 Bahasa Dan Bukan Calang Calang Orang Terbongkar Habis Tentang Diri Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 253 hits
Sejak kebebelakangan ini nama Hannah Delisha makin rancak menjadi bualan warganet selepas isu Hannah dengan ibunya Namun begitu siapa sangka Hannah Delisha ni rupanya bukan calang calang orang
Gagalnya Dasar Bahasa Kebangsaan

Gagalnya Dasar Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 210 hits
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Negara yang mempunyai matlamat murni untuk menyatupadukan rakyat boleh dikatakan tidak berjaya Ini dapat dilihat pada tahap perpaduan kita yang tidak dapat disangkal bersifat polarisasi kaum Den...
Tawaran Guru Bahasa Inggeris Kalau Mereka Sudi Saya Sedia Tiimbangkannya Adibah Noor

Tawaran Guru Bahasa Inggeris Kalau Mereka Sudi Saya Sedia Tiimbangkannya Adibah Noor

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 196 hits
Sebenarnya saya tidak serius Seperti biasa ciapan saya diperdebatkan Sampai ada yang cakap hendak mengajar ikutlah saluran betul Ada juga dengan sinis menyebut fikir berstatus selebriti senang senang pihak berkenaan boleh jemput Sebagai con...
Mak Ayah Kena Tahu Bezakan Tangisan Anak Ada Yang Hanya Lakonan Sahaja Bahasa Mudah Manipulative Tantrum

Mak Ayah Kena Tahu Bezakan Tangisan Anak Ada Yang Hanya Lakonan Sahaja Bahasa Mudah Manipulative Tantrum

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 418 hits
Nakkkk sambil menangis bergolek pukul jatuhkan barang mengamuk kerana keinginanya tidak diendahkan Begitulah cara anak anak kecil untuk mendapatkan sesuatu dan jika ibu bapa tewas dengan amukanya maka dia tahu cara inilah sebenarnya untuk d...
Vaksin Sinovac Punca Kj Makin Fasih Bahasa Mandarin

Vaksin Sinovac Punca Kj Makin Fasih Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 269 hits
Umum mengetahui sebelum ini para frontliners menerima vaksin Pfizer Bagaimanapun semalam YB Khairy Jamaluddin merupakan individu pertama menerima vaksin berbeza iaitu Sinovac Sejak kerajaan mengumumkan penggunaan vaksin Sinovac rata rata ra...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan