15 Tip Pilih Durian Power
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
15 Tip Pilih Durian Power | Sekarang ni durian bukan lagi satu buah bermusim dah.. Sana sini cerita pasal durian... Sepanjang tahun boleh makan durian dah sekarang..
Di kampung MF masih ada pokok durian kampung yang usianya dah apa 100 tahun.... Masih berbuah cuma ikut musim yang betul.. Cuma buahnya dah tak sehebat dulu la... Pokok tua kata orang..
MF sejak peristiwa kena serang asma teruk angkara durian... MF serik nak makan durian.. Tambah pula kahwin dengan suami yang juga bukan suka pada durian... Jadi, tak hairan dah pasal durian... Bahkan bau durian rasa semacam je..
Di bandar.. Nak makan durian beli aje lah tepi jalan... Tapi kadang risau nak beli.. Takut buah tak masak seperti yang berlaku baru-baru ni di pesta kendurian... Buah tak masak... Itu juga yang merisaukan bila nak beli durian.
Jadi, MF nak kongsi kan tips yang dikongsikan oleh supplier durian yang berpengalaman sejak 10 tahun yang lalu..
15 Tips Beli Durian Power
1) Pastikan Durian Tersebut Tak Merekah
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yang dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas-gas durian tu dah hilang, so bila makan nanti, 'uummpphhh' dia dah tak ada. Tapi, durian merekah juga salah 1 indikator bahawa buah tersebut masak elok
2) Jangan Beli Durian Tangkai Yang Kecut
Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari. Dan hati-hati, kadang-kadang tangkainya kecut, lepas tu tokey tu potong bahagian yang kecut, so nampak macam baru
3) Bau Dulu Di Buntut Durian Tu
Kalau bau sedap, lemak, elokkk... Ambik je. Kalau bau tak berapa ada, try pilih yang lain dulu
4) Goncang Durian Dulu Sebelum Beli
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak 'Mangkaq', mangko ( orang Perak) @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang. Kalau buah tersebut sederhana, tapi beratnya agak padat. Mungkin yang itu keras
5) Suruh Tokey Durian Tebuk Dulu Durian
Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati
Kalau dia tak nak tebuk... Tak payah beli la kan... Sebab hak kita sebagai pembeli
6) Pastikan Duri Durian Tu Keras
Try rasa duri tu, tekan dengan jari. Jangan cucuk jari dah laaa... Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa
7) Tanya Dulu Buah Tu Dari Mana
Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot-kot la durian Siam. Bukan apa, durian Siam ni durian yang diperam, tak macam durian kita yang hanya ada bila sampai musimnya
Tanya tokey tu, buah mana, kalau dia kata buah Penang, tanya dia lagi Penang kat kawasan mana? Kalau dia kata Balik Pulau… korang tanya dia lagi Balik Pulau area mana? Hehe… salah satunya dia akan jawab, Sg. Batu, Kg. Aceh ke Sg. Ara ke. Tempat-tempat tu adalah tempat pengumpulan durian. So tak ada sebab dia nak marah kalau anda tanya macam-macam. Korang ada hak kan
8) Tanya tokey Kalau Buah Tak Masak Boleh Tukar Tak?
Kalau tokey yang jujur, dan nak berniaga lama serta nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan
Ini beli mahal-mahal, nak makan tak boleh, last-last dapat sumpah seranah je... Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak. Kita kena letak diri kita kat tempat costumer jugak
Tetapi costumer kena ingat, Durian adalah ciptaan Allah. Kita tak tahu benda dalaman. Seeloknya kita just cakap InshaAllah buah elok. Dan costumer pun akan puas hati
9) "Saya Nak Buah Isi Kuning!"
Kalau korang nak buah yang isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau... Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat-urat kat tengah-tengah tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dalam tu kuning. Kalau tak, mungkin putih
10) Jangan Takut Nak Ambil Buah Yang Ada Getah Kat Bawah Buah
Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je
11) Pilih Buah Yang Bentuk Macam Jantung
Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem. Walaupun begitu, selalunya bentuk jantung ni tak banyak bilangan ulas
12) Pilih Buah Yang Berduri Halus Tajam Atau Duri Besar Tumpul
Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan
13) Pilih Buah Yang Bertangkai Panjang
Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu... (Ini serius)
14) Elakkan Beli Di Pasar Malam
Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba-tiba dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Seeloknya Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat. Tapi kalau nak beli jugak, sila baca balik step-step di atas
15) Pilih Buah Yang Dah Ditebuk Tupai
Selalunya buah yang ditebuk tupai memang terbaik! Tapi,tuan-tuan… AWAS, takut buah yang berlubang ditebuk tu bukan tupai yang tebuk, tapi cik BaB1 yang tebuk. Hahaha… so far, buah Durian Penang tak ada kes babi sodok durian. Tempat lain mungkin ada, berhati hatilah kau orang
Pengalaman MF, ada beza tebuk tupai dengan ditebuk Babi..
Sumber: FB Harris Rosli via Karangkraf.com
Jadi, bagi penggemar durian.. Boleh guna tips di atas untuk beli durian... Bukan apa... Takut tersalah beli... Rugi aje nanti... Kawan MF pernah terbeli durian sampai beratus ringgit tapi rasanya tak seperti yang diharapkan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2017/08/15-tip-pilih-durian-power.html