15 Tempat Menarik Di Temerloh Lokasi Waktu Operasi


15+ Tempat Menarik di Temerloh – Lokasi & Waktu Operasi
Temerloh adalah salah satu bandar di negeri Pahang yang semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan santai dan kaya budaya. 
Digelar sebagai “Bandar Ikan Patin”, Temerloh bukan sahaja terkenal dengan juadah ikan patin masak tempoyak yang lazat, malah turut menyimpan pelbagai tarikan menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jom tengok senarai tempat menarik di Temerloh beserta tempat makan viral yang anda boleh cuba. 
BACA JUGA: 10+ Tempat Menarik Di Pahang Untuk Percutian Keluarga
1. Esplanade 1 & 2 Alamat: 8, Jalan Semantan 1, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 8 AM–10 PM.  Esplanade Temerloh atau juga dikenali sebagai WaterFront adalah antara tempat menarik di Temerloh yang cukup popular. 
Di sini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti santai dan rekreasi di tepi Sungai Pahang. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah menaiki bot menyusuri Sungai Pahang, menikmati makanan tempatan, bersiar-siar atau sekadar berkelah di tepi sungai. 
Selain itu, terdapat jambatan gantung yang menghubungkan Esplanade ke Kampung Bangau di seberang sungai yang menjadi salah satu spot bergambar menarik di sini. 
Bukan itu sahaja, di sini pun ada banyak gerai-gerai tempatan yang menjual pepbagai jenis lauk termasuklah Gulai Patin Tempoyak. 
Esplanade 1 dan 2 juga sering menjadi lokasi utama untuk acara budaya, konsert dan festival tempatan. Memang meriah!
2. Street Art Temerloh Alamat: Jalan Semantan 3, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam.  Street Art Temerloh juga antara destinasi menarik di Temerloh yang mencuri perhatian ramai. Lorong-lorong di sekitar jalan dihiasi pelbagai lukisan mural berwarna-warni yang menampilkan tema-tema unik seperti budaya Pahang, haiwan tempatan serta suasana kehidupan kampung. 

Lukisan-lukisan ini bukan sahaja menjadi latar bergambar yang cantik untuk media sosial, malah turut menyampaikan mesej seni dan sejarah setempat.
Anda boleh berjalan kaki menyusuri lorong-lorong ini pada bila-bila masa kerana ia dibuka 24 jam tanpa sebarang bayaran masuk. Ramai yang datang ke sini untuk mengambil gambar kenangan. 
3. Masjid Baru Temerloh  Alamat: Jln Bukit Angin, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang. Waktu Operasi: Setiap hari, 24 jam.  Bagi pengunjung Muslim yang singgah ke Temerloh, Masjid Baru Temerloh merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk berhenti seketika dan menunaikan solat.
Masjid ini tersergam indah dengan rekaan moden kontemporari yang mengekalkan elemen seni bina Islam tradisional.
Kemudahan masjid juga sangat lengkap. Ada ruang solat lelaki dan wanita yang luas, kawasan tempat letak kereta serta kemudahan tandas dan wuduk. 
4. Titik Tengah Semenanjung Alamat: Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 AM–3:30 PM. Tahukah anda, Temerloh merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia? Haa, inilah salah satu tempat menarik di Temerloh yang anda tidak boleh lepaskan. 
Lokasi ini menandakan kedudukan strategik Temerloh sebagai pusat penghubung antara pantai barat dan timur Malaysia. 
Terdapat sebuah monumen khas telah didirikan sebagai penanda rasmi, lengkap dengan papan informasi yang menjelaskan tentang kedudukan geografi serta sejarah kawasan tersebut.
5. Vanilla Temerloh Alamat: Lot 2231, Kampung Bangau Parit, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 11 AM–7 PM. Vanilla Temerloh atau Amani Vanilla adalah sebuah ladang vanilla yang menjadi salah satu tarikan pelancong paling menarik di Temerloh. 
Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat sendiri proses penanaman dan penuaian vanilla yang ditanam secara organik.
Yang menariknya lagi, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai menu istimewa berasaskan vanilla di kafe ladang tersebut. Antara hidangan yang popular termasuklah aiskrim vanilla asli, waffle dengan krim putar vanilla dan macam-macam lagi. 
Selain itu, pengunjung juga boleh mengikuti lawatan berpandu di ladang menggunakan ATV. Lawatan ini berakhir dengan sesi mencuba produk vanilla segar di kafe. Seronok kan?
Jadi, jika anda bercadang ke Temerloh, jangan lupa singgah ke Vanilla Temerloh untuk menikmati keenakan rasa vanilla asli!
6. Akok Gerai Dapur Berasap Kg Awah Alamat: Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 AM–6 PM.  Jangan lupa juga untuk singgah sekejap di Gerai Dapur Berasap yang turut terkenal dengan menu akoknya yang lemak manis dan gebu! 
Akok di sini dibuat secara tradisional menggunakan dapur arang. Jadi aromanya memang wangi. Teksturnya pun lembut di dalam dan sedikit berkerak di luar, persis rasa asli akok kampung dulu-dulu.
Selain akok, gerai ini juga menjual pelbagai kuih tradisional lain seperti kuih bakar, bahulu dan kuih karas. 
@ilovepahang Kuih akok dengan bahulu kat sini memang sedap & terbaik 😋💯 📍 Gerai Dapur Berasap Kampung Awah (Jalan lama Temerloh – Maran) ⏰ 10 pg sampai kuih habis ✍🏼 Video ini sumbangan promosi dari Kerajaan Negeri Pahang #ilovepahang #pahang #temerloh #kampungawah #geraidapurberasap #kuihakok #kuihbahulu #kuihbakar #kuihbingka #kuihtradisional #makansedappahang #makansedaptemerloh #makanlokal #pahang1st #majuteruspahang #fyp #fypage #fypシ゚
♬ original sound – I ❤️ PAHANG – I ❤️ PAHANG 7. Pekan Sehari Temerloh Alamat: Jalan Ibrahim, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia.  Waktu Operasi: Setiap hari Ahad, 6 AM–2 PM.  Datang Temerloh memang wajib singgah ke pasar pagi yang paling panjang di Malaysia ini. Pasar ini diadakan setiap hari Ahad sejak puluhan tahun lalu lagi. 
Ia bukan sahaja menjadi nadi ekonomi penduduk setempat tetapi juga tarikan pelancongan budaya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengunjung dari luar. 
Di sini anda akan menemui pelbagai barangan menarik seperti hasil tani segar, ulam-ulaman kampung, ikan sungai hidup, kuih-muih tradisional, pakaian, peralatan dapur, kraftangan dan produk tempatan unik seperti madu kelulut dan serunding.
Selain itu, hidangan makanan tradisional dan makanan tempatan juga ada dijual di sini. Bagi peminat ikan patin, anda boleh mendapatkan ikan segar terus dari nelayan sangkar sungai, ada juga yang menjual secara terus dari bot!
Tips: Datang awal pagi untuk elak kesesakan dan dapat pilihan terbaik. Jangan lupa bawa beg besar, kerana pasti kalian akan rambang mata dengan pelbagai pilihan menarik!
8. Kubang Gajah Waterpark Alamat: No 1, Taman Awam Kubang Gajah, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 10 AM–7 PM. Kubang Gajah Waterpark adalah taman tema air mesra keluarga yang menjadi tarikan popular di Temerloh.
Terdapat beberapa kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa, termasuk kolam cetek untuk si kecil, gelongsor ai dan kawasan permainan air interaktif. 
Kemudahan di sini pun sangat lengkap. Ada gerai makanan dan minuman. Tapi kalau nak bawa makanan sendiri pun boleh. 
Harga tiket adalah seperti berikut: 
9. Gunung Senyum Recreational Forest Alamat: Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang Waktu Operasi: Setiap hari, 9AM – 6PM.  Gunung Senyum Recreational Forest adalah sebuah hutan lipur yang terkenal dengan keindahan hutan hujan tropika, formasi batu kapur serta rangkaian gua-gua purba. 
Di sini, anda boleh meneroka lebih 20 buah gua batu kapur. Antaranya Gua Terang Bulan, Gua Kelam, dan Gua Taman Satu. 
Lapan hingga sebelas gua dibuka kepada umum dengan sebahagiannya merupakan tapak arkeologi yang menyimpan sejarah ribuan tahun. 
Selain aktiviti hiking dan meneroka gua, Gunung Senyum juga menawarkan pemandangan puncak yang menakjubkan. 
Terdapat juga kawasan berkelah, kemudahan asas seperti tandas, dewan serbaguna dan tempat rehat untuk pengunjung. 
10. Taman Tasik Bandar  Alamat: Temerloh, Pahang, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 AM–6 PM.  Taman Tasik Bandar Temerloh juga antara tempat menarik di Temerloh  yang menjadi destinasi rekreasi popular untuk penduduk tempatan.
Taman ini menawarkan ruang yang luas untuk pelbagai aktiviti seperti jogging, berkelah, berbasikal dan bermain skateboard di mini stadium yang disediakan.
Lokasi strategik taman ini memudahkan akses pengunjung. Ia juga berdekatan dengan beberapa destinasi menarik lain seperti Pekan Sehari Temerloh dan Esplanade Sungai Pahang. 
11. Tempat Penternakan Lebah Kelulut Temerloh Alamat: Kampung Lebah Kelulut Temerloh Waktu Operasi: – Jika anda ingin merasai pengalaman agro-pelancongan yang unik di Temerloh, lawatan ke Tempat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Lebah Kelulut adalah pilihan yang sangat menarik. 
Temerloh memang terkenal sebagai salah satu pusat pengeluaran madu kelulut asli di Pahang dan kampung ini menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin mengenali lebih dekat tentang dunia lebah kelulut.
12. Se-atak Cafe’ (Lorong Puncak Bukit) Alamat: 7, Lorong Puncak Bukit, Kampung Paya Luas, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2–9:30 PM (Jumaat, 4–9:30 PM) Se-atak Cafe’ merupakan salah satu kafe “hidden gem” yang semakin popular di Temerloh. 
Kafe ini terkenal dengan menu pizza, pasta, burger dan makanan barat lain yang diolah dengan citarasa tempatan. Selain itu, terdapat juga pilihan kopi premium dan minuman istimewa yang menjadi kegemaran ramai. 
13. Car Boot Sales Temerloh Alamat: Jalan Semantan 1, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu, 8 PM–1 AM.  Car Boot Sales Temerloh adalah pasar malam yang menjadi tumpuan warga Temerloh serta pelancong yang mencari barangan unik, makanan sedap dan suasana santai pada waktu malam.
Apa yang Menarik di Car Boot Sales Temerloh?
Pelbagai barangan unik & terpakai seperti pakaian, aksesori, alat elektronik terpakai, koleksi antik  dan barangan kraf tangan yang dijual terus oleh pemiliknya dari bonet kereta (car boot).  Pasar ini juga terkenal dengan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan tradisional. 14. Hogoh De’Coo Alamat: Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari, 10 AM–11 PM.  Hogoh De’Coo adalah kafe coconut shake yang sangat popular di Temerloh. Anda boleh menikmati pelbagai variasi seperti Oreo, Nestum, Avocado, Vanilla atau Caramel Coffee dalam saiz kecil, sederhana atau besar; semuanya pada harga mesra bajet!
15. Pasar Anak Muda Temerloh Alamat: Jalan Tengku Bakar, Taman Kenangan, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari Jumaat, 5 PM–12 AM.  Pasar Anak Muda Temerloh adalah lokasi tumpuan utama golongan muda di bandar ini. Pasar malam ini hanya dibuka setiap hari Jumaat dan menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman serta barangan fesyen dan aksesori yang trendy dan unik.
16. Pasar Besar Temerloh  Alamat: 15, Jalan Pak Sako, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia. Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6 AM  – 12 PM.  Pasar Besar Temerloh adalah pasar utama yang menjadi nadi ekonomi dan pusat jual beli harian untuk penduduk setempat serta pelancong di Temerloh. 
Ada banyak deretan gerai yang menjual pelbagai barangan segar seperti sayur kampung, ulam-ulaman, ikan sungai, ayam, daging tempatan dan hasil tani. 
Selain itu, terdapat juga gerai makanan yang menawarkan juadah sarapan pagi popular seperti nasi lemak daun pisang, kuih-muih tradisional, laksam, lontong dan sebagainya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-temerloh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-temerloh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

Mocity Cosmic Park Melaka Tarikan Waktu Operasi Dan Harga Tiket

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 157 hits
MoCity Cosmic Park Melaka merupakan satu tarikan taman tema keluarga terbaharu yang terletak di Pantai Klebang Menawarkan keseronokan menerusi pelbagai aktiviti hiburan dan permainan arked indoor lokasi ini bakal menjanjikan kenangan indah ...
15 Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

15 Tempat Menarik Negeri Sembilan Mesra Keluarga

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 180 hits
Negeri Sembilan adalah negeri yang kaya dengan warisan budaya keunikan seni bina Minangkabau dan tarikan semula jadi Jadi tidak hairanlah ia menyimpan banyak hidden gem yang boleh diterokai bersama keluarga Berikut dikongsikan senarai tempa...
Screen Time Untuk Anak Had Waktu Kesannya Kepada Anak

Screen Time Untuk Anak Had Waktu Kesannya Kepada Anak

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 115 hits
Dalam kecanggihan teknologi ini screen time atau dalam bahasa Melayunya masa tayangan seseorang itu adalah lebih tinggi berbanding dengan orang orang terdahulu Hal ini demikian kerana kebergantungan kita terhadap teknologi teknologi ini jug...
Jangan Ambil Ringan Waktu Balik Sekolah Bahaya Sebenar Ada Di Jalan Raya

Jangan Ambil Ringan Waktu Balik Sekolah Bahaya Sebenar Ada Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 136 hits
Waktu balik sekolah bukan sekadar rutin harian ia adalah waktu paling kritikal dalam sehari bagi keselamatan anak anak Ketika jam menunjukkan 1 00 petang jalan sekitar sekolah rendah berubah menjadi lautan manusia dan kenderaan Malangnya di...
Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 245 hits
AgensiMayat Anne Porter ditemukan di pantai dekat Brighton UK FOTO AgensiLondon Mayat seorang wanita ditemukan di pantai di Brighton United Kingdom iaitu 225 3 kilometer dari tempatnya hilang Metro UK melaporkan Anne Porter kali terakhir di...
Kontrak Sewa Ibu Pejabat Pn Tamat Akan Pindah Lokasi Kata Afif

Kontrak Sewa Ibu Pejabat Pn Tamat Akan Pindah Lokasi Kata Afif

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 122 hits
Setiausaha PN Selangor nafi dakwaan ibu pejabat gabungan itu di Solaris Dutamas tutup operasi Setiausaha PN Selangor Dr Afif Bahardin menegaskan ibu pejabat PN masih berfungsi cuma akan berpindah ke lokasi baharu PETALING JAYA Ibu pejabat P...
Program Permata Negara 2025 Lokasi Semakan Permohonan

Program Permata Negara 2025 Lokasi Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 206 hits
Program PERMATA Negara Permohonan Dibuka Hingga Sept 2025 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara bagi tahun 2026 kini dibuka Permohonan menyertai Program PERMATA Negara ini...
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 264 hits
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga Musim durian kembali lagi Bagi peminat durian inilah masa yang ditunggu tunggu Segamat Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular Jadi jika anda seda...
Guna Elektrik Ikut Waktu Baru Bijak

Guna Elektrik Ikut Waktu Baru Bijak

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 145 hits
TAHUKAH ANDA Sekarang Bil Elektrik Dah Ikut WAKTU TNB kini memperkenalkan tarif Domestik ToU untuk pengguna rumah yang guna kurang daripada 1 500 kWj sebulan Apa Maksudnya Harga elektrik berubah ikut masa Ada waktu mahal dan ada waktu murah...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video

Ross Rowland 85 Dies A Railroad Preservationist By Way Of Wall St