Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari
Masjid Putra ialah mercu tanda ikonik Putrajaya yang terkenal dengan kubah merah jambu dan seni bina Islam-Persia yang memukau.
Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat: 9:00 pagi – 11:00 pagi, 3:00 petang – 5:00 petang
Ditutup pada setiap hari Selasa
Taman Botani Putrajaya yang dikenali sebagai “mother of all gardens” membentang seluas 92 hektar dan menempatkan lebih 750 spesies tumbuhan dari seluruh dunia.
Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi:
Sabtu hingga Khamis: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari, 2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari, 3:00 petang – 5:00 petang
Ditutup pada setiap hari Isnin
Tempat menarik di Putrajaya yang berikutnya adalah Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
Alamat: Jeti Putra, Jambatan PutraPresint 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10.45 malam (rujuk jadual di sini: https://www.cruisetasikputrajaya.com/day_cruise.html)
Nikmati pemandangan indah Putrajaya menerusi pelayaran santai di Cruise Tasik yang membawa anda melihat Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan dan Perdana Putra.
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 7 petang
Merupakan tanah lembap buatan manusia terbesar di Malaysia, taman ini meliputi kawasan 3.35 km persegi dengan 24 sel dan pelbagai habitat semula jadi.
Alamat: Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi – 5.30 petang (tutup hari Isnin)
Terletak di Presint 5, TEP merupakan lokasi riadah dan sukan berkuda yang dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa.
Alamat: Jalan P2m, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 malam
Tarikan utama taman ini ialah belon helium tethered yang membawa pengunjung naik setinggi 150 meter untuk menikmati panorama 360 darjah Putrajaya.
Alamat: Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 5 petang
Terletak dalam Taman Botani, Astaka Morocco menyerlah dengan seni bina dan hiasan dalaman yang menakjubkan dari Maghribi.
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Merupakan kompleks sukan ekstrem terbesar di Asia Tenggara, taman ini menampilkan dinding panjat buatan tertinggi yang mencapai 20 meter dengan lima zon mendaki mengikut tahap kemahiran.
Alamat: No. 1 Jalan P14, Presint 14, 62050 Putrajaya.
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis, 9 pagi – 4 petang
Jumaat, 9 pagi – 12.30 tengah hari ; 2.30 petang – 4 petang
Sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Nasyrul Quran berperanan dalam mencetak hingga sejuta naskhah setahun.
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7 pagi – 7 malam
Taman rekreasi ini terkenal dengan landskap yang indah, sesuai untuk berbasikal dan berjoging.
Alamat: Marina Putrajaya Sdn. Bhd., 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 7 malam
Bagi peminat sukan air ekstrem, Flyboard Malaysia di Putrajaya menawarkan pengalaman terbang di atas air menggunakan alat flyboard yang menggabungkan daya tarikan air dan graviti.
Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 pagi – 6 petang (tutup hari Selasa)
Tempat menarik di Putrajaya yang seterusnya adalah G2G Animal Garden. Ia adalah zoo interaktif yang menempatkan lebih 60 spesies haiwan eksotik seperti marmoset, rakun, fennec fox dan ostrich.
Alamat: Level 1, AT 6, City IOI City Mall, Ioi Resort, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat, 12 tengah hari – 8 malam
Sabtu – Ahad, 10 pagi – 8 malam
Bertemakan pasca-apokaliptik futuristik, taman indoor ini di IOI City Mall menawarkan pelbagai permainan mencabar seperti Free Fall, Sky Trail, Ninja Warrior dan Roller Glider.
Alamat: Putrajaya International Convention Centre, Presint 5, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 10 malam
PICC merupakan pusat konvensyen utama negara yang direka dengan konsep Bandar Taman Pintar.
Alamat: Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Icescape ialah gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik pertama di Malaysia. Terletak di dalam IOI City Mall, gelanggang ini menawarkan aktiviti seperti skating santai, hoki ais dan persembahan profesional. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |