15 Proses Yang Berlaku Apabila Seseorang Itu Mati Sehingga Ke Alam Barzakh


MATI… Setiap benda yang bernyawa pasti akan menemui detik kematian yakni permulaan untuk seseorang itu menempuh alam Barzakh dan juga alam akhirat sebelum ditempatkan sama ada syurga atau neraka


Tiada sesiapa pun yang hidup akan mengetahui saat kematian kerana ia menjadi rahsia Allah bagi membolehkan umat manusia itu sentiasa mengisi masanya untuk melakukan amal kebajikan dan suruhanNya sebagai bekalan di akhirat nanti

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. - [Surah al-A’raf, ayat 34]
Dan turut disebut juga berkenaan mati yang dikaitkan kiamat semakin hampir apabila banyaknya berlaku kematian mengejut

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat ialah… munculnya kematian mengejut. - [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir - 1132]

Adakah kita tahu bagaimanakah proses iaitu saat malaikatulmaut atau Izrail mencabut nyawa sehinggalah roh seseorang dibawa ke alam Barzakh untuk disoal malaikat Mungkar dan Nakir?
Begini proses-prosesnya1. Selepas mendapat perintah daripada Allah, malaikatulmaut akan mendatangi umat manusia untuk mencabut nyawa dalam dua keadaan bergantung kepada amalan seseorang. Jika dia hadir dalam keadaan wajah berseri-seri, ini bermakna si mati seorang yang beriman. Namun jika hadirnya dalam keadaan bengis, maka ketahuilah si mati bahawa dia adalah orang kafir atau fasiq iaitu membawa banyak dosa
2. Seseorang itu mula rasa kosong dalam badannya bermula dari bahagian kaki sehinggalah nyawa sampai ke kerongkong. Ketika di kerongkong, segala amalan taubatnya tidak lagi diterima Allah.



Roh di alam Barzakh akan mendengar tapak kaki orang hadir ke pengebumian jasadnya dan selepas tapak kaki terakhir tidak lagi kedengaran, dua malaikat akan hadir untuk menyoal.  

3. Sebaik sahaja roh dicabut, ketika itu manusia akan dapat melihat dua keadaan iaitu alam nyata dan alam ghaib.

4. Malaikatulmaut bersama sekumpulan mailaikat rahmat (bagi si mati yang beriman) dan malaikat azab (jika si mati orang fasiq) akan membawa roh untuk dipersembahkan kepada Allah di langit ketujuh.

5. Ketika tiba di langit pertama, malaikat penjaga langit akan membuka pintu sambil memuji-muji roh si mati yang berbau haruman syurga dan begitulah di langit berikutnya sehinggalah di langit ketujuh. Namun jika si mati ialah orang yang fasiq, pintu langit tidak akan dibuka sebaliknya roh tersebut akan mendapat penghinaan oleh malaikat penjaga langit selain baunya juga busuk.



6. Seterusnya malaikat akan membawa buku amalan seseorang untuk dipersembahkan kepada Allah dan ia akan diletakkan di dua tempat yang diberi nama Illiyin - untuk orang soleh dan Sijjin - bagi mereka yang fasiq. Buku-buku amalan ini akan diturunkan pada hari kiamat kelak untuk dihitung di Mahsyar.

Ia disebut dalam surah Al-Mutaffifiin yang maksudnya; Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam Sijjin. - [Surah Al-Mutaffifiin, ayat 7].

Dan seterusnya berkenaan Illiyin dalam surah yang sama juga disebut dan maksudnya; Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam Illiyiin. - [Surah Al-Mutaffifiin ayat 18].

7. Roh yang diangkat ke langit tadi akan dibawa turun semula oleh malaikat untuk proses seterusnya di alam Barzakh iaitu sebuah destinasi transit sebelum tibanya hari perhitungan iaitu kiamat.

8. Selepas selesai pengebumian, jasad yang disemadikan di tanah perkuburan tadi akan mendengar bunyi tapak kaki orang yang mengiringinya untuk pengebumian sehinggalah bunyi tapak kaki orang terakhir meninggalkan tanah perkuburan sebelum tibanya dua malaikat Munkar dan Nakir
Buku amalan seseorang yang meninggal dunia akan diangkat ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah sebelum disimpan di tempat bernama Illiyin iaitu bagi golongan orang soleh dan Sijjin untuk mereka yang fasiq. 


9. Si mati akan dibangkitkan dalam keadaan duduk dan disoal dengan keras tanpa belas ihsan oleh Munkar dan Nakir. Diceritakan mata kedua-dua malaikat itu berwarna kebiru-biruan, badannya hitam melekat dan kemunculan mereka amat menakutkan si mati. Di tangan mereka berdua ada penukul daripada besi yang kalau dikumpulkan seluruh manusia dan jin, tidak akan mampu mengangkatnya. Jika penukul itu dihumban ke atas gunung, maka ranaplah gunug itu.

10. Semasa Munkar dan Nakir bertanya soalan, ketika itulah segala amal ibadat dan al-Quran akan hadir untuk menjawabnya malah jika sesiapa yang mengamalkan bacaan surah al-Mulk setiap malam sebelum tidur, maka surah itu yang akan menjadi pelindung daripada seksaan kedua-dua malaikat tersebut.

11. Terdapat dua jenis roh manusia iaitu roh mun'ammah dan mu'azzabah. Mun'ammah ialah roh orang yang mendapat nikmat Allah dan boleh menjawab soalan di alam Barzakh. Roh mu'azzabah pula bagi mereka yang akan memperoleh seksaan dan azab yang tak terperi sakitnya.

12. Bagi umat Islam yang dapat melepasi ujian di alam Barzakh itu, maka kuburnya yang sempit akan diluaskan saujana mata memandang dan terbinalah ia taman-taman syurga yang serba indah lagi menarik. Ketika itu Allah hadirkan amalan baik yang bentuknya seperti orang yang disayangi untuk menjadi peneman di taman syurga itu sehinggalah tibanya hari kiamat.

13. Bagi golongan fasiq, mereka akan ditempatkan di lubang-lubang neraka yang antara siksaannya ialah menjadi makanan api neraka, lemas dalam sungai darah selain mereka akan mencederakan diri sendiri dengan cara memotong pipi sehingga ke leher menggunakan pisau tajam dan besar.

14. Bagi orang beriman yang tinggal di taman syurga pula, mereka akan diperlihatkan mahligai indah masing-masing yang sudah dibina di alam syurga. Maka mereka akan sentiasa berdoa agar dipercepatkan hari kiamat untuk membolehkan mereka segera memasuki mahligai indah itu.

15. Penghuni alam Barzakh akan terus mendapat ganjaran pahala berterusan menerusi amal dilakukan ketika dunia iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang ditinggalkan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya. - [HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah].

Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan agar perjalanan untuk menuju ke alam Barzakh dan akhirat akan menjadi lebih mudah.

Kongsilah ilmu bermanfaat ini mudah-mudahan kita mendapat ganjaran atas niat yang baik

Kredit : Mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2019/09/15-proses-yang-berlaku-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Jenis Desakan Yang Membuatkan Seseorang Itu Pinjam Along Buat Pinjaman Peribadi

7 Jenis Desakan Yang Membuatkan Seseorang Itu Pinjam Along Buat Pinjaman Peribadi

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 321 hits
Ada banyak jenis pinjaman yang ditawarkan institut perbankan Pinjaman perumahan sewa beli kereta dan pinjaman peribadi antara yang selalu kita dengar Pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan aset anda menjadi cagaran jika bayaran bulanan...
Tembakan Itu Tersasar Sedikit Anak A R Badul Mati Tertembak Masa Demontrasi

Tembakan Itu Tersasar Sedikit Anak A R Badul Mati Tertembak Masa Demontrasi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1065 hits
Anak pelakon lagenda AR Badul Mejar Mohd Zahir Armaya dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke 13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi Kota Kina...
Isteri Tertidur Masa Menyusu Bukan Saja Saja Itu Proses Hasilkan Susu Banyak Berkualiti

Isteri Tertidur Masa Menyusu Bukan Saja Saja Itu Proses Hasilkan Susu Banyak Berkualiti

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 378 hits
Suami tak layak untuk kata isteri yang menyusu badan ni kuat tidur Sebab menyusu badan ni sepatutnya ada upah khusus Tapi ramai isteri tutup mata dan tetap gigih menyusukan Walhal tugas lunas nafkah anak ni adalah tugas suami Tetapi memanda...
Klon Kucing Yang Dah Mati Keranqa Sayangnya Pada Binatang Itu

Klon Kucing Yang Dah Mati Keranqa Sayangnya Pada Binatang Itu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 514 hits
Setelah bertahun tahun hidup bersama kini saatnya mereka berpisah Hanya pencinta kucing sahaja yang dapat memahami kesedihan tuan yang kehilangan kucing kesayangan buat selama lamanya Walaupun sudah berjam jam dia selesai menanam bangkai ku...
Kes Remaja Mati Hisap Vape Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

Kes Remaja Mati Hisap Vape Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 243 hits
Donald Trump pada rabu menyatakan bahawa pentadbirannya akan mencadang untuk mengharamkan ribuan cecair perisa yang digunakan dalam rokok elektronik untuk melawan gejala menghisap rokok elektronik ini dalam kalangan remaja Pentadbiran Makan...
Pak Presiden Indonesia Nkri Dan Papua Merdeka Harga Mati Di Papua Solusinya Harus

Pak Presiden Indonesia Nkri Dan Papua Merdeka Harga Mati Di Papua Solusinya Harus

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 332 hits
Kepada yang terhormat pak presiden Republik Indonesia semoga saja semua laporan dan infomasi yang terjadi di Papua secara utuh didapatkan dan bukan sebaliknya dengan setengah informasi apalagi berat sebelah Persoalan mendasar yang terus ter...
Hobi Bela Ikan Tapi Dah Mati 1

Hobi Bela Ikan Tapi Dah Mati 1

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 354 hits
Semalam 9 9 2019 bermula hobi baru anak anak aku Selepas kami ke PETROSAINS KLCC kami diajarkan untuk bela ikan kena ada pokok dan jaga air Jadi semangat nak cipta hobi baru guna bekas sedia ada yang pernah dibeli satu ketika dahulu Beli se...
Lebih Baik Aku Mati Di Tangan Kamu Sekiranya Kamu Lebih Percaya Fitnah Orang Isteri Mati Ditembak Suami Bahalol

Lebih Baik Aku Mati Di Tangan Kamu Sekiranya Kamu Lebih Percaya Fitnah Orang Isteri Mati Ditembak Suami Bahalol

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 709 hits
The ReporterSejak beberapa hari lalu viral di media sosial klip video seorang wanita ditembak mati oleh lelaki yang dipercayai suaminya sendiri Ketiadaan sumber yang sahih membuatkan ramai yang tertanya tanya di manakah sebenarnya kejadian ...
6 Didakwa Jual Mykad Pengkhianat Perlu Dihukum Mati

6 Didakwa Jual Mykad Pengkhianat Perlu Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 477 hits
Jual MyKad Enam didakwaLELAKI bergelar Datuk dan pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown hari ini atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching