15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor


Sekiranya anda peminat makanan chinese atau mencari restoran Chinese Muslim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda wajib baca artikel ini sampai habis. 
Artikel ini berkongsi lebih 15 pilihan restoran Chinese Muslim yang anda boleh cuba. Setiap restoran mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dengan kepelbagaian menu dari masakan tradisional China hingga fusion moden.
BACA JUGA: 10+ Halal Omakase di Kuala Lumpur – Menu & Harga
Restoran Chinese Muslim Sekitar KL & Selangor 1. Meshrep China XinJiang Muslim Cuisine Alamat: 14 Jalan Inai, off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 12:30–3:30 PM, 5–10 PM (Isnin-Khamis), 3:30–10:30 PM (Jumaat), 12:30–10 PM (Sabtu & Ahad)
Meshrep China Xinjiang Muslim Cuisine menawarkan masakan tradisional Xinjiang yang kaya dengan rempah dan rasa autentik. Portion makanan di sini juga sangat banyak. Jadi memang kenyang dan puas hati. 
Restoran ini terkenal dengan hidangan daging kambing/lembu yang diperap dengan sempurna dan dimasak hingga keemasan, menghasilkan daging yang lembut dan sangat juicy!
Ada macam-macam menu halal yang anda boleh pilih termasuklah BBQ Lamb Skewers, Golden Lamb Pilaf dan pelbagai lagi. Selain makanan, anda juga wajib cuba teh tradisional China apabila makan di sini. 
2. Garden Muslim Hot Pot Alamat: Pusat Bandar Melawati, 320, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 12–10 PM 
Jika anda peminat steamboat, Garden Muslim Hot Pot adalah pilihan tempat makan di Kuala Lumpur yang anda boleh pertimbangkan. 
Restoran ini menawarkan pelbagai bahan segar untuk hotpot, termasuk pilihan sos buatan sendiri seperti Sichuan Mala. Selain minuman ringan dan jus, anda juga boleh pilih dan buat teh sendiri.  
Restoran ni agak luas dan memang sangat selesa dan sesuai untuk makan bersama keluarga besar atau kumpulan rakan-rakan. Tempat solat pun ada disediakan. 
3. HOMST Alamat: (ada 9 cawangan di Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur)
Waktu Operasi: 11:00AM-10:30PM (Isnin-Khamis), 3:00PM-11:00PM (Jumaat), 11:30AM-11PM (Sabtu & Ahad)
Restoran HOMST terkenal dengan pelbagai hidangan Chinese Muslim yang autentik. Menu mereka merangkumi pelbagai pilihan, termasuk dim sum halal, nasi ayam Hainan, Loh Hon Chai, Smoked Duck, Mantou dan pelbagai lagi.
Terdapat beberapa cawangan HOMST di seluruh negara seperti Shah Alam, Kajang, Bangi, dan Putrajaya. 
Konsep restorannya yang mesra keluarga menjadikannya pilihan restoran Chinese Muslim yang terbaik  untuk makan dan bersantai bersama orang tersayang.
4. Anas Chinese Muslim Restaurant Alamat: Danau Kota, Jalan 1a/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–10 PM
Anas Chinese Muslim Restaurant menawarkan hidangan autentik dari Xinjiang. Chefnya pun berasal dari Xinjiang tau!
Restoran ini juga menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan Muslim dan menu yang ditawarkan sangat sesuai untuk tekak Melayu.
5. Canton Boy – MyTOWN Shopping Centre Alamat: Lot G-012B, Ground Floor, MyTown Shopping Centre.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur MyTown Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 10 AM–10 PM
Canton Boy yang terletak di dalam MyTOWN Shopping Centre ini juga adalah salah satu restoran chinese muslim yang wajib cuba bagi penggemar masakan Cina Halal di Kuala Lumpur. 
Dengan sijil halal JAKIM yang sah, restoran ini menawarkan pelbagai menu seperti dim sum, Siu Mai King (daging cincang halal), Nasi Ayam Hainan, Signature Yam Croquette (keladi goreng rangup) dan macam-macam lagilah termasuk makanan laut seperti Butter Prawns (udang goreng mentega) dan Salted Egg Squid (sotong sos telur masin). 

6. Muhibbah Seafood Restaurant | Halal Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: 12–2 PM, 6–10 PM (Isnin-Jumaat), 12–2:30 PM, 6–10 PM (Sabtu-Ahad)
Muhibbah Seafood Restaurant di Kuala Lumpur adalah destinasi makan yang popular bagi mereka yang mencari hidangan laut halal dengan sentuhan masakan Cina dan Thai. Restoran ini menawarkan suasana santai dan mesra keluarga. 
Dengar-dengar restoran ni dah beroperasi hampir 30 tahun. Jadi, memang tidak dapat diragukan lagilah rasa makanan yang ditawarkan.
Ada banyak menu yang anda boleh pilih termasuklah makanan laut seperti sotong goreng, ikan kukus, kerang dan sebagainya. 
7. Tengyu Abdul Rahman Alamat: NO. 81-G & NO.83-G, Platinum Walk, Jln Langkawi, 53300 Danau Kota Kuala Lumpur, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–11 PM
Tengyu Abdul Rahman Restaurant di Setapak, Kuala Lumpur, ni memang spot wajib kalau nak rasa masakan Chinese Muslim yang autentik dan halal. 
Ada pelbagai jenis menu yang anda boleh pilih seperti mee tarik, steamed fish, udang, ketam dan sebagainya. Nak pilih makan hot pot pun boleh. 
Kalau anda suka daging kambing, jangan lupa pesan fried lamb. Sangat sedap!
Untuk yang nak makan simple-simple je, anda boleh pesan nasi goreng kampung. Dimsum pun ada juga jual di sini. Lepas makan, jangan lupa order teh oolong ais, barulah lengkap!
Restoran ni dah ada sijil halal JAKIM, jadi tak perlu risau. Kalau nak elak crowd, datang sebelum pukul 12 tengah hari atau lepas 8 malam.
Parking ada, tapi kadang kena jalan sikit kalau hari peak. Overall, Tengyu ni tempat worth try untuk explore Chinese Muslim food dengan selera tempatan!
8. Restoran Cikgu Lee Alamat: 328, Jln Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap Hari, 8 AM–10 PM
Restoran Cikgu Lee di Taman Melawati terkenal dengan hidangan Chinese Muslim yang lazat. Antara menu harian yang ditawarkan ialah nasi ayam, mee goreng, pan mee dan dim sum halal. 
Suasana restoran yang mesra keluarga dan menu yang mesra kanak-kanak menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Restoran Cikgu Lee juga terkenal dengan portion besar yang memastikan pelanggan makan dengan kenyang dan puas!
Lokasi restoran ini juga strategik dan berhampiran kawasan kediaman. Satu lagi, anda tidak perlu ragui status halal restoran ini sebab dah ada pensijilan halal. Jadi, jangan risau, anda boleh makan dengan tenang. 
9. Yun Nan Kitchen Alamat: 41-1, Jalan metro, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 11:15 AM–10 PM (kecuali Isnin), 11:15 AM–10 PM (Isnin)
Yun Nan Kitchen juga antara pilihan restoran Chinese Muslim di sekitar Kuala Lumpur yang anda kena cuba. Menu di restoran ini diinspirasikan daripada resepi asli makanan china di Yun Nan. 
Menu istimewa di restoran ini termasuk Spicy Potato, Chilli Oil, mee tarik buatan tangan, stir-fry daging lembu dan beberapa lagi. Restoran ini juga menawarkan suasana santai, sesuai untuk makan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagi yang ingin mencuba sesuatu berbeza, Yun Nan Kitchen di Pavilion KL (jenama Yun Nans) menawarkan menu khusus seperti Steamed Pot Chicken Soup (sup ayam kukus dalam periuk tanah liat) dan Golden Poached Rice with Seafood (nasi goreng berkuah makanan laut). 
Walaupun lokasi Pavilion lebih moden, namun kedua-dua cawangan mengekalkan elemen autentik masakan Yunnan.
10. M-HotPot Chinese Muslim Restaurant Alamat: No.16-G & 16 Mezzanine PV128, No128, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia 
Waktu Operasi: 12:30–11 PM (kecuali Isnin tutup)
M-HotPot Chinese Muslim Restaurant di Setapak, Kuala Lumpur,adalah destinasi wajib bagi penggemar steamboat halal makanan cina.  Setiap bahan dan kuah hotpot dijamin halal, dengan sijil dari pembekal yang diperakui!
MHotsPot turut menawarkan buffet waktu tertentu dengan pelbagai pilihan lauk seperti daging sukiyaki, seafood, dan sos khas ala Jepun. Minuman percuma (free flow) turut disediakan. 
11. LèTen Chinese Muslim Restaurant @ Mitsui Outlet Park Alamat: F-60A, Mitsui Outlet Park, KLIA, Kuala Lumpur International Airport, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–10 PM
LèTen Chinese Muslim Restaurant di Mitsui Outlet Park, Sepang menawarkan pengalaman makan ala Cina-Muslim yang unik dengan suasana moden dan mesra keluarga. 
Restoran ini terkenal dengan menu Xiao Long Bao (dumpling berisi ayam dan sup) yang diisi penuh dengan kuah walaupun kulitnya agak tebal berbanding versi tradisional. 
Selain itu, anda juga wajib cuba menu Stir Fried Hor Fun dengan Seafood yang disalut kuah telur lembut, serta Crispy Cereal Crystal Prawns (udang goreng berbalut cereal rangup). 
Dengan sijil halal dari JAKIM, LèTen adalah pilihan restoran Chinese Muslim yang anda wajib cuba tanpa ragu!
12. Idris Mee Tarik (Chinese Muslim Restaurant) Alamat: G1, Idaman, Jalan Robertson, Kuala Lumpur City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 
Idris Mee Tarik adalah antara pilihan restoran Chinese Muslim yang anda kena cuba terutamanya bagi penggemar mee tarik dengan sentuhan masakan Cina Muslim. Restoran ini mempunyai sijil halal yang diiktiraf. 
Menu utama restoran ini semestinya Mee Tarik yang dihidangkan bersama daging lembu lembut dan kuah sup berempah. 
Bagi yang mahukan kelainan, Mee Goreng Pedas dengan sos Szechuan atau Mee Tarik Ayam berkuah krim juga menjadi pilihan popular di sini. Idris Mee Tarik turut menawarkan pilihan vegetarian dan minuman tradisional seperti Teh Oolong Ais. 
Jangan lupa rakam momen menarik proses “tarik mee” untuk akaun sosial media anda! 
13. Mohd Chan Restaurant Alamat: 59 – 60, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11:30 AM–11 PM
Mohd Chan Restaurant terkenal dengan hidangan laut segar dan menu fusion kreatif dalam masakan Cina Muslim. Ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh negara termasuk Ipoh, Melaka, dan Johor Bahru. 
Antara hidangan yang menjadi tarikan utama di restoran ini  ialah Ketam Kam Heong, Sizzling Sotong Special, Rich Man Fried Rice, Nasi Goreng Soft Shell Crab (RM20.90) dan beberapa lagi. 
Menu mi seperti Mee Kari Melaka Seafood Special, Wantan Mee + BBQ Chicken, Dynasty Cantonese Ying Yong (RM19.90) juga sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke sini.
Restoran Chinese Muslim Mohd Chan ini juga menawarkan kemudahan surau di kebanyakan cawangannya. 
14. Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen Alamat: Perdana Business Centre, 3-1, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia 
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–11 PM
Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen mempunyai sijil halal JAKIM dan menawarkan pelbagai menu masakan Cina Muslim yang sedap-sedap. 
Restoran ini menawarkan lebih dari 100 pilihan hidangan – dari ayam kung po hingga ikan stim ala Teochew – semuanya dijamin halal dan bebas alkohol.
Restoran ini mempunyai ruang dalaman berhawa dingin dan meja luar untuk pelanggan yang sukakan suasana terbuka. 
Lokasinya strategik di tengah pusat perniagaan Damansara Perdana, sesuai untuk makan tengahari bersama rakan sekerja atau makan malam keluarga.
15. Mengda Mini Bowl Chinese Cuisine Kuala Lumpur Alamat: Wisma Central, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–9 PM
Mengda Mini Bowl menawarkan konsep hidangan “mini bowl” yang membolehkan anda mencuba pelbagai hidangan tanpa rasa bersalah. Setiap mangkuk diisi secukupnya untuk dinikmati bersendirian.
Antara hidangan yang menjadi tarikan ialah nasi goreng ayam cincang dan mee hoon goreng pedas dalam saiz mini.
Bagi pencinta daging, beef black pepper bowl dengan hirisan daging lembu lembut dan sos lada hitam pekat pasti memikat selera. Restoran ini juga menawarkan pilihan vegetarian seperti stir-fry kailan dan tauhu goreng sos tiram.
Restoran ni pun ada sijil halal jakim tau. Jadi, tak perlu ragu-ragu nak singgah. 
16. Tien Non Pork by Putien @Suria KLCC Alamat: Lot 434, 4th Floor, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 
Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM–10 PM
Kalau anda tengah membeli belah di Suria KLCC, anda boleh singgah di restoran Chinese Muslim TIEN by PUTIEN @Suria KLCC. 
Tien adalah pilihan restoran yang anda boleh cuba terutamanya jika anda minat masakan Cina Fujian yang halal. Restoran ini menawarkan pengalaman makan unik dengan hidangan autentik dari wilayah Putian, China. 

BACA JUGA: 10+ Pilihan Restoran Pizza di Kuala Lumpur untuk Peminat Pizza!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/restoran-chinese-muslim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=restoran-chinese-muslim

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Pottery Class Di Kuala Lumpur Selangor

15 Pottery Class Di Kuala Lumpur Selangor

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 155 hits
15 Pottery Class di Kuala Lumpur Selangor Sesuai untuk pemula Jika anda sedang mencari idea nak buat aktiviti apa dekat Kuala Lumpur dan sekitarnya anda boleh cuba sertai bengkel bengkel kreatif termasuklah pottery class Ajak kawan kawan pa...
15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem

15 Foto Kuala Lumpur Yang Diolah Menjadi Style Ghibli Seperti Dalam Filem

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 153 hits
Jika Kuala Lumpur dipaparkan dalam anime Studio Ghibli beginikah rupanya Kuala Lumpur bandaraya yang biasanya dikenali dengan keriuhan kota moden dan pencakar langitnya tiba tiba berubah menjadi sebuah dunia impian ala Studio Ghibli Bayangk...
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 181 hits
Comic Art Festival Kuala Lumpur 9 returns for another edition this coming 31 May 1 June featuring the best of creativity in illustration comic making storytelling and more See you there Booths guests and other information coming soon
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 210 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 Tarikh 23 Mei hingga 1 Jun 2025Masa 10 pagi hingga 10 malamLokasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Jumpa di PBAKL 2025 nanti BUKU MEMBACA MEMIMPIN PBAKL2025 MalaysiaMembaca BukuMembacaMemimpinhttps...
6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Sesuai Untuk Korang

6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Sesuai Untuk Korang

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 167 hits
6 Idea Roadtrip 2 Hari 1 Malam Dari Kuala Lumpur Hujung minggu adalah masa terbaik untuk bawa keluarga atau kawan kawan berseronok Berikut adalah enam destinasi menarik yang boleh korang pertimbangkan untuk roadtrip dua hari satu malam Gope...
Selangor To Give Rm2 000 Rental Relief To Families Hit By Gas Blast

Selangor To Give Rm2 000 Rental Relief To Families Hit By Gas Blast

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 118 hits
Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the initiative is expected to cost the state government RM7 2 million with the list of beneficiaries to be finalised next week NSTP FAIZ ANUARSHAH ALAM The Selangor government will provi...
Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 141 hits
Polis Selangor menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada Selasa lalu Ket...
Semua Pihak Yang Terbabit Akan Disiasat Kerana Ada Bukgi Mb Selangor

Semua Pihak Yang Terbabit Akan Disiasat Kerana Ada Bukgi Mb Selangor

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 106 hits
Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari menyeru orang awam yang mempunyai bukti seperti gambar atau video sahih agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan Baca artikel penuh di ruangan komen ohmedia mf
Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Saya Tak Nafi Tak Iya Dayang Nurfaizah Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Hael Husaini

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Siti Kasim Wants The Malays To Stop Being Afraid Of Anything T Shaped Start Respecting Christian Cross

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi