15 Persoalan Tentang Mandi Wajib Yang Ramai Orang Keliru


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


15 Persoalan Tentang Mandi Wajib yang ramai orang keliru

Sebut bab mandi wajib, semua orang tahu mandi wajib. Cuma mungkin ada beberapa persoalan yang masih bermain di minda kita tentang mandi wajib. Jadi, di sini dikumpulkan beberapa soalan biasa mengenai permasalahan mandi wajib.


15 Persoalan Tentang Mandi Wajib yang ramai orang keliru
1. Adakah perbezaan mandi wajib diantara lelaki & perempuan?
Tiada bezanya mandi wajib lelaki dan perempuan.

Cuma bagi perempuan kenalah cermat sikit semasa meratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai ke seluruh tubuh badan.

2. Adakah mandi wajib itu sah sekiranya mandi tanpa seurat benang?
Hukum mandi telanjang adalah makruh dan sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram.
Al-Hafiz berkata: “Yang masyhur adalah makruh jika bersendirian.”

Justeru, sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain.

Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.

Sumber rujukan:
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

3. Bolehkah kita hanya niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala Untuk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub?
Ya boleh.

Dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu (mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid, nifas, wilada dan lain-lain.

4. Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib?
Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib.

Ataupun mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata, maka bolehlah gunakan sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu.

5. Perlukah mandi wajib sekiranya bermimpi namun tidak keluar air mani?
Jika seseorang bermimpi melakukan jima’ tanpa keluar mani, adakah dia perlu mandi wajib dan menggantikan (qadha) solatnya?

Jawapan:
Sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib.
— Sumber Rujukan

6. Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?
Untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkena air.

Ketika mandi wajib, wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yang tidak boleh terkena air (yang berbalut ).

Selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum untuk menyempurnakan mandi wajib tersebut.

7. Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu? Bagaimana cara yang betul?
Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi wuduk akan terbatal.

Jika tidak mahu terbatalnya wuduk, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit.

jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula wuduk selepas mandi junub.

8. Setelah selesai mandi wajib boleh ke terus keluar dari bilik air atau ada doa yang perlu dibaca sebelum keluar dari bilik air?
Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar.

Tetapi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air.

9. Hukum mendandan rambut dan mandi wajib dengan rambut dreadlock
Soalan:
Jika seseorang buat rambut dreadlock seperti Bob Marley. Adakah sah dia bersuci mandi wajib jika berjunub?

Jawapan:
Mempunyai rambut dreadlock tidaklah menyebabkan air mandi wajib tidak sah.

Mandi wajib hanya tidak sah apabila air tidak sampai ke rambut dan kulit kepala.

Penjelasan Mufti Tentang  Hukum mendandan rambut dreadlock boleh BACA SINI.

10. Mandi wajib selepas subuh semasa bulan puasa
Soalan:
Apakah hukum kita melewat-lewatkan mandi wajib (mandi selepas azan subuh untuk tunaikan solat subuh) selepas bersama dengan isteri pada malam hari bulan Ramadan?  Adakah sah puasanya kerana kita mandi wajib selepas azan subuh? 


Jawapan:
Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu.

Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar.

Dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha:
Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa.— Hadis Muttafaqun ‘alaih

Jelaslah daripada hadis di atas bahawa sahlah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas subuh.

Ini pendapat majoriti ulama.
Sumber rujukan: — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, MuftiWilayah Persekutuan

11. Bersetubuh dengan suami selepas haid, sebelum mandi wajib
Soalan:
Jika kita di hujung haid, terus bersama. Saya tidak ingat dan tidak pasti sama ada sudah mandi wajib atau belum. Sebab sudah 3 minggu berlalu.

Jawapan

Pertama: Akhir haid dikira dengan habisnya darah.
Begitu juga jika habisnya tempoh sebanyak-banyak haid, iaitu 15 hari.
Selepas itu dikira suci dan jika darah masih ada maka dikira sebagai darah istihadah.

Kedua:
Apabila sudah kering haid tetapi belum mandi, adakah dikira suci atau masih lagi dikira haid?
Hal ini khilaf di kalangan ulama’ berdasarkan nas Ilahi.

Pendapat yang terpilih adalah hendaklah mandi wajib dahulu sebelum bersama bagi pasangan suami isteri

Klik link INI untuk membaca lebih lanjut mengenai permasalahan ini.

12. Adakah sah mandi wajib dengan rambut yang diwarnakan?
Soalan:
Saya ada mewarnakan rambut. Adakah sah mandi wajib saya?

Jawapan:
Perlu dilihat pada bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut.

Jika sifatnya sama seperti inai, yakni boleh ditimbus air dan nipis, maka sah mandi wajib dan tidak perlu diulang.

Jika tidak, maka boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan tersebut, atau boleh dilunturkan (bleaching) sehingga hilang zat yang menghalang air sampai, kemudian dilaksanakan mandi wajib semula.

13. Melewatkan mandi wajib kerana menunggu darah haid habis keluar
Soalan:
Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.

Jawapan:
Dalam kes ini, wanita tersebut perlu memeriksa keadaan dirinya.

Sekiranya darah tidak keluar tetapi apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid.

Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha:
Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”— Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’

Namun sekiranya dia tidak mendapati warna darah, termasuklah warna kekeruhan dan kekuningan, maka dia sebenarnya berada dalam keadaan naqo’.

Daripada sudut bahasa naqo’ bererti bersih daripada sesuatu.

Adapun daripada sudut hukum, keadaan naqo’ bererti bersih daripada darah haid.

Keadaan naqo’ boleh jadi keadaan haid ataupun suci.

Pada asalnya, apabila berlaku naqo’ maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan mandi dengan segera dan hendaklah dia melaksanakan kewajipan apabila sudah suci seperti solat dan berpuasa.

Namun, sekiranya seseorang wanita itu memiliki adat muwa`adah al-dam (yakni darah haidnya keluar kemudian berhenti kemudian datang kembali tetapi cukup sehari semalam) – maka di sisi mazhab ada dua pendapat ulama:

Pertama. Wanita itu mengambil hukum suci.

Justeru dia wajib mandi dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dan puasa. Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.

Kedua. Wanita itu mengambil hukum haid kerana secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi sewaktu berlakunya intiqita’ (putus) atau naqo’ itu.

Ini menurut pendapat yang disahihkan oleh Imam al-Rafie, Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, dan dianggap tepat oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami.

Contoh bagi pendapat kedua ialah Nurul mempunyai adat berhaid 7 hari dalam keadaan pada hari keempat akan berlaku naqo’ selama sehari dan sambung keluar darah kembali sehingga hari ketujuh.

Justeru, apabila berlaku naqo` pada hari keempat, Nurul tidak perlu mandi wajib kerana dia masih dianggap haid. Inilah yang difahami daripada fakta soalan penanya di atas.

Namun begitu, sekiranya Nurul menunggu daripada hari keempat sehingga hari ketujuh tetapi tidak kembali keluar darah, maka Nurul diwajibkan untuk mandi dan mengqadha’kan solat-solat yang ditinggalkan pada hari keempat sehingga hari ketujuh kerana berkemungkinan adatnya sudah berubah.

Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada’ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.

Sumber rujukan: — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, MuftiWilayah Persekutuan

14. Bolehkah menggabungkan dua niat mandi hadas dalam jenis berbeza?
Soalan:
Salam. Adakah boleh disekalikan mandi wiladah dan nifas? iaitu dilakukan ketika darah nifas sudah kering. Bagaimana dengan lafaz niat tersebut?

Jawapan:
Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid.

Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorang itu masih dalam haid.

Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesai barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.

Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya:
Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali. “ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”

Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.

“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”  atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.


 
Sumber rujukan: — Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

15. Beza Mandi Junub dan Mandi Wajib
Persoalan:
Apakah perbezaan antara mandi junub dengan mandi wajib?

Jawapan:
Mandi junub adalah sama dengan mandi wajib.

Mandi junub disebut kerana mandi itu dilakukan selepas seseorang itu berjunub sama ada disebabkan keluar mani ataupun berjimak (bersetubuh).

Ia juga disebut sebagai mandi wajib kerana mandi itu wajib dibuat.

Mandi wajib lebih umum berbanding mandi junub kerana mandi junub adalah sebab keluar mani atau jimak sahaja. Manakala mandi wajib ada kalanya sebab keluar mani, jimak, berhenti darah haid atau nifas ataupun kerana melahirkan anak. Rujukan: Ustaz Azhar Idrus



Diolah dari Sumber: https://akuislam.com/
Semoga persoalan dan jawapan di atas dapat merungkai kekeliruan tentang mandi wajib. Jika ada persoalan lain, boleh tinggalkan pertanyaan di ruangan komen. 
Semoga bermanfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/07/15-persoalan-tentang-mandi-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Mandi Wajib Beserta Rumi

Niat Mandi Wajib Beserta Rumi

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1157 hits
Niat Mandi Wajib RumiRumi Nawaitu rof al hadasil Akbari Fardo Alayya Lillahi Ta alaMaksudnya Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atasku kerana Allah Ta ala Ini adalah salah satu niat yang boleh digunakan untuk mandi wajib yang merangkum...
Anggota Dpr Ri Tidak Paham Dan Keliru Melihat Akar Persoalan West Papua

Anggota Dpr Ri Tidak Paham Dan Keliru Melihat Akar Persoalan West Papua

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 315 hits
WEST PAPUA ANGGOTA DPR RI TIDAK PAHAM DAN KELIRU MELIHAT AKAR PERSOALAN WEST PAPUAOleh Gembala Dr Socratez S Yoman1 PendahuluanAnggota DPR RI Mayor TNI Supiadin Aries mempunyai hak sebagai wakil rakyat Indonesia memprotes Penghargaan Freedo...
Melakukan Hubungan Badan Sebelum Istri Mandi Wajib Setelah Haidh

Melakukan Hubungan Badan Sebelum Istri Mandi Wajib Setelah Haidh

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 428 hits
Melakukan Hubungan Badan Sebelum Istri Mandi Wajib Pertanyaan Bagaimana hukum melakukan hubungan intim tetapi belum mandi junub setelah haidh Jawaban Bismillah Walhamdulillah Wassholatu wassalamu ala Rasulillah Saudara saudariku semoga Alla...
Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 723 hits
Wanita akan mula mengalami haid pada usia purata awal adalah 12 tahun Tetapi biasanya anatara usia 8 hingga 15 tahun Tempoh kitaran haid biasnaya berbeza Ada kitaran pendek dan kitaran yang lebih panjang tempohnya Hukum Berkenaan Melewatkan...
Pas Wajib Tidak Menyertai P H

Pas Wajib Tidak Menyertai P H

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 327 hits
GELI GELEMAN DENGAN RAHMATAN LIL ALAMIN P H LIL ALAMIN HANCING PAS DAH MUAK DIMAKI HAMUN OLEH PARTI KOMPONEN P H PAS WAJIB TIDAK MENYERTAI P H Pak Karamu PH terbuka terima tapi PAS perlu toleransi Mukhriz Diterbitkan Hari ini 5 15 petang Di...
Cara Membahagiakan Suami Yang Wajib Diketahui Para Istri

Cara Membahagiakan Suami Yang Wajib Diketahui Para Istri

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 628 hits
Setiap wanita tentu saja ingin menjadi seorang istri yang baik yaitu seorang istri yang bisa membuat suaminya bahagia Seperti yang Anda ketahui bahwa peran seorang istri sangatlah penting di dalam keluarga terutama bagi suaminya Hal tersebu...
Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain

Resipi Superfood Untuk Bayi Sakit Tumbuh Gigi Atau Demam Dikongsi Ibu Ini Wajib Dicuba Ibu Lain

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 856 hits
Bila ada anak penting untuk ibu ibu tahu resipi superfood untuk bayi Bila bayi sakit tumbuh gigi atau demam memang dia akan merengek sepanjang masa Biasanya si comel akan hilang selera makan termasuk menyusu Sudah tentu ia merisaukan para i...
Begini Trik Ahli Jualan Yang Wajib Kalian Pahami

Begini Trik Ahli Jualan Yang Wajib Kalian Pahami

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 273 hits
Topik kita kali ini adalah Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan maka...
5 Langkah Kritikal Memulakan Bisnes Affiliate Yang Wajib Anda Tahu

5 Langkah Kritikal Memulakan Bisnes Affiliate Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 321 hits
Saya berjumpa ramai yang mahu memulakan bisnes affiliate tetapi 99 tidak tahu di mana nak bermula Ada yang dah mencuba berbagai teknik dan strategi affiliate tapi masih keliru mana satu teknik yang benar benar berkesan Duit habis membeli eb...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut