15 Perkara Berkaitan Tone Wow Patut Anda Tahu
website Tone Wow
15 Perkara Anda Patut Tahu Pasal Syarikat Telekomunikasi Tone Wow - Apa kebendanya Tone Wow ni? Haa kalau nak tahu Tone Wow merupakan sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia.
Ia bahkan salah satu syarikat telco popular di Malaysia cuma jarang mempromosi di media mainstream seperti Digi, seperti Tune Talk juga seperti Red One. Nama sebenar syarikat perniagaan pemilik jenama Tone Wow adalah Tone Wow Sdn Bhd (1225327-U).
Nama syarikat ni bukannya biasa-biasa tapi rupa-rupanya syarikat telekomunikasi ternama. Tone Wow bahkan syarikat penyedia rangkaian mudah alih yang dah lama bertapak di Malaysia.
Kami di blog teknologi iAwani rasa terpanggil dan tulis review pasal pengalaman penggunaan kami selama guna simkad prepaid Tone Wow.
Nama 'tone' ni macam familiar sangat. Macam pernah nampak. Tapi di mana ya? Hmm.. Nanti kami cerita kat perenggan bawah nun.
Ni dia 15 perkara anda perlu tahu pasal syarikat teknologi Tone Wow.
1. Tone Wow adalah syarikat telekomunikasi MVNO - iaitu sebuah syarikat telekomunikasi yang memakai talian mudah alih milik syarikat telekomunikasi lain yang dah lama bertapak di Malaysia juga yang dah mempunyai prasarana lengkap. Macam Tune Talk yang pakai guna line Celcom. Mana ada line Celcom ha kat situlah boleh guna Tune Talk. Bezanya Tone Wow ni guna line Digi. Kat mana tempat yang ada line Digi kat situlah anda boleh guna simkad Tone Wow.
2. Pengguna simkad Tone Wow akan top up kredit prepaid mereka menggunakan top up reload Digi. Mana-mana confirm ada jual reload tambah nilai kredit prepaid Digi. Senang nak cari. So kalau nak guna simkad Tone Wow cari saja top up Digi untuk isi kredit.
3. Ofis Tone Wow HQ ataupun pejabat utama (HQ) Tone Wow terletak di B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah, Bangunan Endah Promenade, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tone Wow HQ
4. Tone Wow adalah syarikat telekomunikasi yang mengeluarkan simkad prepaid sahaja. Setakat ni dari pemerhatian kami pihak Tone Wow belum ada lagi keluarkan simkad postpaid. Tone Wow juga tidak pernah menawarkan pelan postpaid dari awal mula-mula sekali diperkenalkan kepada pengguna-pengguna handphone.
5. Sebagai syarikat MVNO pihak Tone Wow tidak perlu bersusah payah bina rangkaian mudah alih milik mereka sendiri yang akan memakan masa lama serta memakan kos tinggi. Sebaliknya, pihak Tone Wow hanya perlu 'menyewa' atau membayar untuk menggunakan (pay to use) talian mudah alih dari syarikat talian telekomunikasi mudah alih lain yang dah lama ditubukan melalui business partnership. Dalam kes ini pihak Tone Wow menggunakan Digi sebagai penyedia talian mudah alih buat simkad-simkad prepaid Tone Wow. Pada saat awal aktifkan simkad Tone Wow pengguna Tone Wow akan menerima satu sms panduan untuk tetapan APN dan MMS dari Digi kerana simkad Tone Wow menggunakan talian Digi.
6. Tone Wow tidak memasarkan pelan-pelan telekomunikasi mereka secara umum di media massa, di radio ataupun di tv sepertimana dilakukan oleh Digi . Sebaliknya Tone Wow menggunakan sistem agen. Mana-mana pengguna simkad prepaid Tone Wow boleh bertindak menjadi agen jualan dibawah sistem user-get-user. Agen-agen inilah yang akan buat marketing serta promosi. Mereka yang akan promosikan simkad Tone Wow, menjual simkad Tone Wow serta mendaftarkan pengguna-pengguna baharu. Sebagai balasan, pengguna Tone Wow yang menjual simkad Tone Wow kepada user baharu itu akan di bayar komisyen oleh syarikat Tone Wow mengikut prestasi jualan masing-masing. Makin banyak jual makin banyaklah dapat duit komisyen.
7. Tone Wow ada dua jenis kategori dalam sistem agen mereka iaitu Tone Wow Excel (TWE) dan Tone Wow Plus (TWP). Kedua-duanya mempunyai sistem bayaran komisyen berbeza. Walaupun ada dua pelan sistem agen namun kesemua simkad prepaid Tone Wow tetap menggunakan pelan langganan data juga langganan panggilan yang sama.
8. Oleh kerana Tone Wow menggunakan sistem agen kala selesai mendaftar sebagai pengguna simkad Tone Wow anda akan dapat User ID anda sendiri. Kalau orang yang daftarkan anda tu agen jualan di bawah sistem Tone Wow Excel maka anda akan dapat nombor user ID bermula dengan TWE-.
9. Sebaliknya kalau orang yang daftarkan anda merupakan agen jualan di bawah sistem Tone Wow Plus anda akan dapat nombor User ID bermula dengan TWP-. Nombor user ID tersebut adalah berturutan (sequental). Jadi kalau anda dapat user ID nombor 500,000 maknanya anda merupakan pengguna simkad Tone Wow yang ke lima ratus ribu.
10. Macam nak cari top up nak isi kredit Tone Wow? Senang saja. Cari top up Digi kerana simkad Tone Wow menggunakan line Digi. Boleh dapatkan sama ada reload coupon Digi, beli reload online atau beli top up dari kedai-kedai 7 Eleven juga kaunter stesen-stesen minyak. Pendek kata kat mana-mana pun boleh cari top up Digi untuk nak reload kredit prepaid simkad Tone Wow yang anda gunakan.
11. Kalau nak beli simkad Tone Wow cari saja agen-agen pengedar yang menjual simkad prepaid Tone Wow di area anda berada. Kat dalam Facebook banyak tu. Ada agen atau dealer simkad Tone Wow yang membuka kedai dan ada juga yang memilih untuk bergerak sebagai mobile dealer.
12. Cara untuk mendaftar jadi pengguna Tone Wow juga agak mudah. Anda hanya perlu perlihatkan Kad Pengenalan pada agen yang anda pilih untuk daftarkan anda. Bagi bukan warga negara passport juga boleh digunakan.
13. Dalam tahun 2022 ni kad kad sim prepaid Tone Wow ada 3 jenis iaitu Pek Permulaan Flexi Lite, Pek Permulaan Flexi Push, Pek Permulaan Flexi Biz. Tiada nombor di paparkan di pek simkad tapi anda akan dapat lihat nombor-nombor telefon tersenarai ketika melakukan proses pendaftaran.
14. Nombor yang telah di pilih sudah tidak boleh ditukar-tukar ke nombor lain walaupun masih menggunakan simkad yang sama. Tidak seperti Tune Talk yang membenarkan pengguna simkad menukar nombor telefon ke nombor lain dengan hanya menolak kredit RM5.
15. Selain Flexi Lite (RM12.50), Pek Permulaan Flexi Push (RM27.50) dan Pek Permulaan Flexi Biz (RM100.50, pihak Tone Wow juga menyediakan beberapa lagi jenis simkad lain iaitu simkad MNP dan Replacement Sim. Simkad MNP adalah untuk digunakan oleh mana-mana pengguna baharu yang mahu mengekalkan nombor telefon mana yang sudah di guna dari talian lain. Simkad Replacement Sim pula adalah untuk pengguna simkad Tone Wow yang mahu menggantikan simkad mereka kerana simkad rosak, simkad hilang atau handphone hilang.
Moga dari artikel ini anda dapat fahami apa itu Tone Wow dan apa jenis syarikatnya dalam dunia telekomunikasi di Malaysia. Dari pemerhatian kami, jika anda berminat mahu jadi agen Tone Wow untuk dapat income melalui insentif komisyen, Tone Wow merupakan syarikat telekomunikasi yang membayar agennya dengan peratus komisyen paling tinggi di Malaysia berbanding program lain seperti One XOX juga Halo Telco.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/tone-wow-info-1.html