Perkara Yang Patut Dilakukan Wanita Selepas Kematian Suami



Perkara yang patut dilakukan wanita selepas kematian suami
Kisah perebutan harta pusaka selepas kematian ahli keluarga tidak pernah habis dan isu ini antara yang sering hangat diperbincangkan terutama di kalangan kaum wanita.
Menurut perkongsian Dr Kayra, pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya tidak boleh membabitkan harta yang ditinggalkan arwah suami kecuali si bapa arwah dan adik beradiknya terlalu miskin.
Malah, sewaktu masih hidup, si suami wajib membuat wasiat dengan mengutamakan hak isteri dan anak-anak.
“Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.
Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.
Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN.
Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai ibu kepada anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya.
Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu bukan sekadar untuk memastikan si isteri tidak mengandung ketika suaminya meninggal dunia, tetapi juga supaya keluarga si arwah dan “semua orang” dapat bertenang dan tak perlu “gelabah beruk” dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh “kami ni nak merasa juga harta si arwah”. Masa arwah masih hidup kenapa “malu-malu untuk mintak hartanya”. Mengapa perlu tunggu dia mati???
Hukum ini sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia.
Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP, tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU.
Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu??
Letih laaa jadi isteri jika hadiah anniversary dari suami setiap tahun perkahwinan itu perlu dibahagi-bahagikan dengan adik-beradik suami selepas suami mati. Lebih baik suami belikan hadiah untuk adik-beradik dia sahaja setiap kali sambut anniversary dengan isteri. “Nahh Abang Long, ni jam tangan mewah harga RM 27 ribu hadiah untuk Abang Long sempena Anniversary aku dengan wife aku yang ke-1 tahun. More too come, setiap tahun Abang Long akan dapat hadiah sempena sambutan Anniversary Perkahwinan kami.” Letihhhhh…
Islam itu sudah cukup sempurna. Patuhi hukum agama dan jangan berebut dengan harta dunia yang bukan hak kita.
Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat suka “acah takut” apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya “acah bimbang” si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya?
Perkara yang patut dilakukan wanita selepas kematian suami
KEPADA SEMUA WANITA..
Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah.
Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita.
Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya, sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi. Hakim menetapkan semua harta yang ada di dalam rumah atas nama arwah itu dibahagi dua. Jika tiada kesepakatan dalam pembahagian, maka ianya perlu dijual dan wang diperolehi dibahagi dua.
Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka. Rakan saya mengalirkan airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka.
Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai “janda kaya tak sedar diri” kerana mahu sofa (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya.
Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut.
KEPADA ORANG LELAKI..
Pertama:
Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA “kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja”. Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang “tidak pernah bekerja”, “lurus bendul” itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya??
Kedua:
INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP “bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul”. Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. “Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah” kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan ber-perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.
Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda mengambil 6 batang sudu hak anak anda yang menjadi anak yatim selepas anda mati?? Fikir-fikirkanlah.
Dr. Kayra
Putrajaya.
Perkara yang patut dilakukan wanita selepas kematian suami
Baca Artikel Menarik:
Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak Suami isteri ditangkap basah Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu Gabungan baharu di Johor? Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty Mia Sara kesal dan mohon maaf ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perkara yang patut dilakukan wanita selepas kematian suami
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

The post Perkara yang patut dilakukan wanita selepas kematian suami appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/05/perkara-yang-patut-dilakukan-wanita-selepas-kematian-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Maut Selepas Rambut Ditarik Mesin Kilang

Wanita Hamil Maut Selepas Rambut Ditarik Mesin Kilang

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 176 hits
Wanita hamil maut selepas rambut ditarik mesin kilang MINSK Seorang wanita dicekik oleh rambutnya sendiri selepas ia terjerat dalam mesin kilang semasa melakukan temu duga kerja Umida Nazarova 21 juga mengalami kecederaan serius di kepala d...
Wanita Roboh Rumah Elak Bekas Suami Pindah Masuk Bersama Isteri Baharu

Wanita Roboh Rumah Elak Bekas Suami Pindah Masuk Bersama Isteri Baharu

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 244 hits
Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu JAKARTA Seorang isteri di Desa Gedungbanteng Ponorogo dalam wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah miliknya bersama suami selepas dia diceraikan asbab orang ketiga la...
Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras Video

Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras Video

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 277 hits
Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras VIDEO ST PETERSBURG RUSIA Seorang wanita dikhuatiri mati akibat dihanyutkan arus deras selepas melompat masuk ke dalam sebuah lubang ais di sebatang sun...
Wow Duit Baki Beli Barang Kutip Dari Poket Suami Wanita Kongsi Hasil Hobi Menabung Syiling Setahun Boleh Dapat 4 Angka

Wow Duit Baki Beli Barang Kutip Dari Poket Suami Wanita Kongsi Hasil Hobi Menabung Syiling Setahun Boleh Dapat 4 Angka

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 712 hits
Moon menukar kesemyua syiling hasil tabungannya di mesin deposit SIKIT SIKIT lama lama jadi bukit Dek kerana tabiat wanita ini yang gemar mengumpul wang syiling yang dikutip daripada poket seluar suami siapa sangka hasilnya mencecah sehingg...
Wanita Kebas Suami Kakak Sendiri

Wanita Kebas Suami Kakak Sendiri

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 162 hits
KOSMO JAKARTA Seorang wanita di Indonesia menjadi tular apabila video luahan perasaan suami dirampas adik sendiri mendapat perhatian netizen lapor Suara com hari ini Menerusi akaun rdearfirly wanita itu memberitahu dia berasa kecewa apabila...
Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

Hiburan Masih Tunggu Apam Balik Yang Dipesan Wanita Trauma Kehilangan Suami Hanya 37 Jam Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 264 hits
Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku kelmarin di Kuala Terengganu apabila seorang penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia setelah berlanggar dengan sebuah lori lapor Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa 25 yang baru sahaja me...
Wanita Maut Selepas Kulit Kepala Tercabut

Wanita Maut Selepas Kulit Kepala Tercabut

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 214 hits
AgensiUMIDA Nazarova FOTO AgensiMinsk Malang nasib seorang wanita hamil berusia 21 tahun yang meninggal dunia selepas bahagian kulit kepalanya tercabut sebaik rambutnya tersangkut pada mesin New York Post melaporkan insiden itu berlaku keti...
Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 208 hits
Takdir yang sudah tertulis buat pengantin baru Sharifah Erin Nurshafieka apabila hanya sempat bergelar isteri tiga hari sahaja setelah suami tersayang Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput ilahi kerana terlibat dalam kemalangan Memetik l...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran