15 Makanan Negeri Terengganu Wajib Cuba 2025


Selain pantai dan tempat-tempat menarik di Terengganu, anda juga wajib cuba pelbagai jenis makanan yang ada di negeri ini. 
Terengganu ni salah satu negeri yang terkenal dengan kepelbagaian makanannya sama ada makanan berat, mahupun kuih-muih dan pencuci mulut. Rugi tau kalau tak cuba!
Nak tahu apa je makanan yang popular di Terengganu, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik di Terengganu 2025
Makanan Negeri Terengganu 1. Nasi Dagang Nasi Dagang ni memang makanan popular dan ikonik di Terengganu. Biasanya ia dihidangkan bersama gulai ikan tongkol sebagai lauk utama serta lauk tambahan seperti telur rebus, acar timun dan sambal kelapa.
Rasanya yang lemak dan pedas menjadikannya kegemaran ramai. Sedap!
Sumber: Dreamstime Cadangan tempat makan Nasi Dagang di Terengganu:
Nasi Dagang Atas Tol Kedai Nasi Dagang Kampung Ladang 2. Keropok Lekor Walaupun keropok lekor boleh didapati di negeri lain, tetapi keropok lekor Terengganu ada keistimewaannya tersendiri.Tak sah datang ke Terengganu kalau tak cuba sendiri keropok lekor asli yang memang terkenal di sini!
Keropok lekor di sini diperbuat daripada campuran ikan segar dan tepung sagu. Ada tiga jenis yang boleh anda cuba iaitu keropok lekor rebus yang lembut, keropok lekor goreng yang rangup dan keropok keping yang nipis serta garing.
Menariknya, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, ada keropok lekor ikan parang kukus berwarna putih yang merupakan resipi kaum Peranakan Cina. Malah sos cicahnya pun lain daripada sos cicah keropok lekor biasa.
Sumber: FB Keropok Lekor Terengganu Cadangan tempat makan lekor di Terengganu:
Pasar Payang  Keropok Warisan Seberang Takir Keropok Lekor 008 Kelulut Keropok Losong Adik Beradik (Losong Haji Su) 3. Sata Ikan Sata ikan adalah makanan tradisional negeri Terengganu yang sangat sedap dan unik. Sekali makan pasti nak lagi!
Sata adalah merupakan campuran isi ikan, kelapa parut, cili, bawang dan rempah yang dibungkus dalam daun pisang. Kemudian, dibakar di atas api arang. Proses pembakaran ini menghasilkan aroma daun pisang yang sangat wangi!

Sumber: Youtube Ajimo Cadangan tempat makan sata di Terengganu:
Kak Zah Sata dan Pulut Panggang Kedai Makan Kak Yah Ikan Bakar 4. Laksam Seterusnya, makanan negeri Terengganu yang anda kena cuba juga ialah Laksam. Laksam Terengganu berbeza tau dengan laksam di negeri lain. 
Laksam Terengganu menggunakan mi yang lebih tebal, diperbuat daripada tepung beras yang digulung-gulung kemudian dipotong. Kuahnya pula lebih pekat dan biasanya menggunakan ikan selayang atau sardin serta dicampur dengan santan dan beberapa bahan lain. 
Keunikan Laksam Terengganu juga terletak pada cara ia dihidangkan. Ia biasanya datang dengan dua jenis kuah – kuah masak dan kuah mentah. 
Kuah mentah dibuat dengan santan yang diharong (dicampur air panas) tanpa dimasak, manakala kuah masak disediakan dengan rempah dan mempunyai warna yang lebih kuning. Tidak ketinggalan juga sambal belacan. Wajib ada. 

Sumber: Malaysia Cadangan tempat makan laksam di Terengganu:
Laksam Pior Kedai Laksa Beseng Mak Cik Ros 5. Ketupat Sotong Satu lagi makanan popular yang terdapat di Negeri Terengganu ialah ketupat sotong. 
Ketupat sotong ni adalah sotong yang diisi dengan nasi pulut yang telah dimasak dengan santan dan rempah, kemudian dimasak dalam kuah yang pekat dan sedap.

Sumber: Moh Kite Cadangan tempat makan ketupat sotong di Terengganu:
Pasar Borong Lampu Kuala Besut Warung Amilin 6. Rojak Kateh Rojak Kateh juga salah satu makanan negeri Terengganu yang cukup terkenal. 
Rojak kateh ni dibuat  daripada urat keting lembu / kerbau yang direbus selama beberapa jam. Ia dimasak bersama air cuka berlada.
Kalau nak tahu rasanya, cubalah nanti!

Sumber: Beautiful Terengganu Cadangan tempat makan rojak kateh di Terengganu: 
Boleh didapati sekitar pasar kedai payang, pasar manir, pasar batu enam (Kuala Nerus) dan di beberapa pasar-pasar terengganu yg lain (kuala berang dll). 7. Pulut Lepa Kalau di negeri lain, ada yang panggil pulut panggang. Tapi dekat Terengganu, ia dikenali sebagai pulut lepa.
Pulut Lepa adalah makanan ringan yang dibuat daripada beras pulut yang dikukus dengan santan. Intinya pula diperbuat daripada isi ikan yang dimasak dengan santan dan ramuan lain. Selalunya ia dimakan pada waktu pagi atau minum petang. 

Sumber: FB Masakan Terengganu Cadangan tempat makan pulut lepa di Terengganu:
Pasar Malam atau mana-mana gerai tepi jalan selalunya ada jual. 8. Kuih Tepung Gomok Kuih tradisional Terengganu ini diperbuat daripada tepung beras, gula melaka dan kelapa.  Teksturnya yang kenyal dan manis menjadikannya hidangan pencuci mulut yang sempurna.
Kalau anda mencari makanan negeri Terengganu tapi nak yang kuih-muih, haa anda kena cuba kuih tepung gomok ni. 

Sumber: FB Masakan Terengganu Cadangan tempat makan pulut lepa di Terengganu:
Pulut Lepa (pulut Panggang Jalan Pejabat) Pulut Lepa Ladang Kak Zah (Sebelah Sekolah Kebangsaan Ladang Kuala Terengganu) Kg Sg Ikan, Kuala Terengganu 9. Roti Paung Seterusnya, makanan negeri Terengganu yang anda kena cuba ialah roti paung. 
Roti Paung ni bukan macam roti biasa tu. Roti paung ni adalah roti tradisional Terengganu yang sering dihidangkan dengan kari atau dalca sebab takda inti dalamnya. Roti ini juga boleh dihidangkan bersama mentega, kaya, atau kacang merah.

Sumber: JomKitaMasakMasak Cadangan tempat makan roti paung di Terengganu:
Roti Paung Che Wan Roti Paung Banggol Peradong T. Homemade Cafe 10. Kuih Tahi Itik Kuih tahi itik diperbuat daripada putih telur kemudian dimasak dalam air gula pekat sehingga menghasilkan tekstur yang lembut dan manis. 
Nama “Tahi Itik” diberikan kerana rupanya yang keputih-putihan dan bertempek-tempek menyerupai tahi itik.  Kuih ini biasanya disajikan kering tanpa kuah tambahan dan sering dinikmati dengan teh tawar.
Jangan lupa cuba ya!
Sumber: FB Destinasi Cadangan tempat makan kuih tahi itik di Terengganu:
Gerai Ma Maimunah Sisme Food Industries di Laman Warisan Kampung Budaya Terengganu Kompleks Muzium Negeri Terengganu 11. Nekbat Nekbat adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Bentuknya macam bahulu tetapi lebih keras dan tawar sebelum disira.
Sebelum dimakan, ia disira dalam air gula yang dimasak bersama daun pandan dan cengkih untuk menghasilkan tekstur yang lembut dan rasa manis serta wangi.
Nekbat biasanya dimakan pada bulan Ramadan sebagai pencuci mulut. 

Sumber: FB Resepi MAMA Cadangan tempat makan nekbat di Terengganu:
Nekbat Warisang Pulau Musang, Kuala Terengganu Pasar malam di sekitar Terengganu 12. Kuih Lok Lik Makanan negeri Terengganu yang anda kena cuba seterusnya ialah Kuih Lok Lik. Kuih ini dibuat daripada lebihan nasi atau beras pulut yang digoreng tanpa minyak bersama sedikit garam, gula melaka, kelapa muda yang telah diparut dan sedikit air. Ia dimasak sehingga pekat. 
Kuih tradisional Terengganu ini dulu sering menjadi hidangan masyarakat kampung setiap kali selepas musim menuai padi. 
Sumber: Teganukita Cadangan tempat makan kuih Lok Lik di Terengganu:
Kg. Batu Putih Batangan, Marang 13. Dodol Daun Palas Dodol Daun Palas adalah versi khas dodol yang berasal dari Terengganu. Ciri utama yang membezakannya daripada dodol biasa ialah penggunaan daun palas sebagai pembungkus. 
Daun palas ini bukan sekadar berfungsi sebagai pembungkus, tetapi juga memberikan aroma yang unik dan khas kepada dodol. 
Sumber: Beautiful Terengganu Malaysia Cadangan tempat makan Dodol Daun Palas di Terengganu:
Kampung Batangan, Marang 14. Kuih Bekang Bekang juga salah satu makanan negeri Terengganu yang cukup terkenal. Kuih tradisional Terengganu ini mempunyai tekstur yang lembut dan dibuat daripada bahan-bahan asas yang mudah didapati: tepung beras, air, telur, dan sedikit garam. 
Keunikan Bekang terletak pada cara ia dihidangkan. Ia biasanya disajikan dengan dua jenis kuah yang berbeza. Kuah pertama adalah kuah manis yang dibuat daripada campuran santan dan gula melaka/ Kuah kedua pula adalah kuah lemak yang terdiri daripada santan dan ikan. 
Sumber: Amazing Terengganu Cadangan tempat makan kuih Bekang di Terengganu:
Bekang Tradisional Hujung Tanjung (Pok Weil) Bekang Tok Minoh 15. Kuih Mas Sejemput Mas sejemput juga salah satu kuih tradisional Terengganu yang anda patut cuba. 
Kuih ini rasanya manis dan dihasilkan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Bentuknya sangat cantik seperti tiga segi beropol dan biasanya hanya disediakan untuk acara istimewa seperti acara meminang dan perkahwinan. 

Sumber: Destinasi Pilihan Cadangan tempat makan kuih Mas Sejemput di Terengganu:
Kampung Budaya Terengganu Pasar Batu 6 di Kuala Terengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-negeri-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-negeri-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Restoran Shellout Popular Di Terengganu 2025

15 Restoran Shellout Popular Di Terengganu 2025

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 523 hits
15 Restoran Shellout Popular di Terengganu 2025 Terengganu sememangnya sangat terkenal dengan makanan lautnya seperti ikan sotong ketam sehinggalah udang galah bersaiz besar Segar segar pulak tu Terdapat banyak pilihan restoran di Terenggan...
Masjid Ladang Atau Al Muktafi Billah Shah Menjadi Tanda Bersejarah Kepada Perundangan Islam Di Negeri Terengganu

Masjid Ladang Atau Al Muktafi Billah Shah Menjadi Tanda Bersejarah Kepada Perundangan Islam Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 145 hits
Hari ni singgah solat di Masjid Almuktafi Billah Shah atau dikenali Masjid Ladang Masjid ini penuh nostalgia kerana zaman Ting 1 dan 2 dulu bersolat Jumaat di sini saban minggu semasa menginap di asrama Smaszal Ladang Pada masa itu pelajar ...
7 Makanan Khas Cianjur Ini Wajib Masuk Rencana Kulineran Kamu

7 Makanan Khas Cianjur Ini Wajib Masuk Rencana Kulineran Kamu

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 106 hits
Berkunjung ke Cianjur tidak lengkap kalau belum mencicipi makanan khas kota beras yang satu ini Ada berbagai macam makanan khas Cianjur yang bisa kamu temukan di pinggir jalan resto cafe dan tempat tempat unik lainnya Salah satu kuliner yan...
Cuba Bandingkan Zakat Penang Dengan Kelantan Terengganu Dan Kedah

Cuba Bandingkan Zakat Penang Dengan Kelantan Terengganu Dan Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 117 hits
Lonjakan Zakat MAINPP Mesti Dilakukan Secara BerterusanSeusai menerima kunjungan hormat PUU saya menerima kunjungan Ketua Pegawai Projek Zakat MAINPP Ustaz Mohamad Kairi Ghazali yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Zakat MAINPP bag...
5 Kemahiran Baru Yang Wajib Dikuasai Untuk Berjaya Tahun 2025

5 Kemahiran Baru Yang Wajib Dikuasai Untuk Berjaya Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 191 hits
Untuk berjaya pada tahun 2025 individu perlu menguasai pelbagai kemahiran yang bukan sahaja relevan dengan perubahan teknologi dan industri tetapi juga mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan Dalam menghadapi dunia yang sem...
Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 243 hits
Jadi along direkrut sindiket ala ala kongsi gelap dan kini diburu hampir setiap hari Penyesalan seorang ahli perniagaan yang memilih untuk menjadi along demi mendapatkan wang mudah nyata sudah terlambat apabila dia diburu sindiket haram ber...
Penajaan Program Stem Camp Mosti 2025 Kitaran 1

Penajaan Program Stem Camp Mosti 2025 Kitaran 1

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 182 hits
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi menawarkan penajaan bagi pelaksanaan Program STEM CAMP MOSTI 2025 kepada pihak yang layak serta menjalankan aktiviti yang berkaitan STEM di Malaysia Permohonan tajaan bagi Pemohon yang berminat perlu ...
Urusan Pinjaman Dah Berubah Tapi Ganas Tetap Sama Harian Metro 02 02 2025

Urusan Pinjaman Dah Berubah Tapi Ganas Tetap Sama Harian Metro 02 02 2025

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 137 hits
Isu along di negara ini tidak pernah selesai malah semakin membimbangkan dengan saban hari ada saja kes terbaru dilaporkan Laporan eksklusif Harian Metro semalam mengenai pengakuan along bersekongkol dengan kongsi gelap seharusnya membuka m...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai