Urusan Pinjaman Dah Berubah Tapi Ganas Tetap Sama Harian Metro 02 02 2025


 

Isu along di negara ini tidak pernah selesai, malah semakin membimbangkan dengan saban hari, ada saja kes terbaru dilaporkan.
Laporan eksklusif Harian Metro semalam mengenai pengakuan along bersekongkol dengan kongsi gelap, seharusnya membuka mata semua pihak mengenai risiko apabila berurusan dengan ceti haram.
SKUAD KHAS METRO AHAD mendapatkan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) MUHAMMAD ZHARIF JOHOR untuk mengupas isu berkenaan dalam Kafe Ahad minggu ini.
Sepanjang pengalaman PPIM, ramai ke along yang datang serah diri atau insaf?Sepanjang pengalaman PPIM, ramai ke along yang datang serah diri atau insaf?
Setakat ini ada berbelas-belas orang yang kita sudah kenal lama mengakui mereka tidak begitu aktif lagi dalam line along.
Baru-baru ini pun saya jumpa along. Katanya dia dan kawan-kawan semua yang mana kita pernah berurusan dah pergi kepada perniagaan lain. Mereka buat along bukannya untuk jangka masa panjang, tapi sebagai batu loncatan untuk dia dapatkan modal untuk dia serahkan kepada tauke.
Ada along yang beralih kepada buka kedai cermin, aksesori dan aluminium. Mereka tidak lagi menjadikan along sebagai kerjaya tetap. Ada yang hanya cukup untuk balik modal saja.
Berdasarkan pengalaman, apakah ada kaitan langsung antara along dan sindiket?
Sebenarnya ia satu ekosistem perniagaan secara haram. Yang jelas, daripada along, ia terkait dengan industri pelacuran dan perjudian. Kalau yang ikutkan pengalaman kita Yang kita pernah bawa kepada pihak berwajib, kita pernah beritahu mereka yang berjudi akhirnya dia pinjam along. Lepas itu jadi dealer dan pusher kepada along pula.
Kenapa macam itu, kerana dia ikut sebuah ekosistem jahat, yang bawa kerosakan.
Keadaan ini memang teruk. Kita pernah sampaikan kepada menteri dan dia pun terkejut kerana ada dalam kalangan yang berpangkat besar pun jadi ejen kepada sindiket.
Dalam tempoh lima tahun ini, bagaimana modus operandi along ini berubah?
Dulu boleh tandatangan di atas kertas kosong, urusniaga di dalam kereta saja. Sekarang guna aplikasi. Tapi tahap ganas mereka tetap sama.
Dalam beberapa tahun, mereka mengganas, kemudian senyap, lepas itu mengganas balik. Inilah cara along. Kalau tengok dia punya corak, sama saja.
Dia akan santai sekejap lepas itu dia akan ganas balik. Kita akan dengar balik kes simbah cat, bakar rumah dan lain-lain.
Tidak pasti sebab apa, mungkin tekanan, ekonomi, tapi along ini memberi reaksi daripada apa yang peminjam buat. Kalau tak bayar, memang dia akan mengganas.
Kita merasakan ekonomi sangat mencabar bagi orang bawahan ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat, orang di peringkat bawahan terpaksa meminjam along.
Sama ada mikro atau nano, mereka tidak akan mampu bayar balik kepada along.
Sindiket ini mempunyai set data yang lengkap yang diperoleh daripada black market. Kalau kita pakai nombor piang pun dia boleh tahu jika kita pernah guna pautan yang berdaftar. Pangkalan data sindiket ini boleh dikatakan sangat padu.
Contohnya kita pakai nombor menggunakan nama pihak ketiga, tapi kita pernah daftar di mana-mana platform e-dagang ke, dia akan dapat jejak kita.
Apakah modus operandi terbaru along?
Semestinya kecerdasan buatan (AI). Sebelum ini mereka begitu galak menggunakan aplikasi dan tidak perlu lagi berurusan secara bersemuka.
Dengan AI, dia boleh mengugut mangsa dengan gambar lucah yang dihasilkan dengan teknologi terkini. Selain itu boleh buat video lucah dengan tujuan memalukan juga.
Akhirnya along ini akan pergi kepada pemerasan, ugut untuk minta bayaran jauh sudah berkali ganda tingginya. Memang tidak masuk akal.
Kita ada terima kes sebegini. Peminjam dimalukan dengan penghasilan daripada AI dan diugut untuk membayar dengan kadar tinggi.
Sejak mula ditubuhkan lebih 25 tahun lalu, PPIM sudah mula berperang dengan along. Ada yang tanya, PPIM tak letih ke atau bila nak berhenti?
Kita pernah ada hasrat untuk berhenti kerana letih. Tetapi masih ada lagi mangsa di luar sana yang perlu dibantu dan sentiasa datang kepada kita untuk mohon bantuan.
Macam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sudah berpuluh tahun, rasuah masih ada. Takkan SPRM nak berhenti. Kita pun macam itu.
Memang kita rasa ini perjuangan yang kita kena lalui. Kita sudah mulakan dan akan buat yang terbaik selagi mana termampu.
Kita punya fokus adalah menyelesaikan masalah dengan kaedah yang bermaruah, syarat yang bermaruah. Kita mahu keadilan kepada semua. Kalau perjanjian antara pemiutang dan penghutang perlu pada kadar adil dan dipersetujui.
Kita kena berpeganglah pada janji. Kita mesti menjaga maruah orang. Kita memang nak supaya tidak ada mana-mana pihak lain yang dia menggunakan mangsa ini bahan untuk kandungan pemasaran. Kita nak menyelesaikan masalah secara holistik.
Artikel oleh: Harian Metro
URUSAN PINJAMAN DAH BERUBAH TAPI GANAS TETAP SAMA!

https://www.hmetro.com.my/utama/2025/02/1182880/urusan-pinjaman-dah-berubah-tapi-ganas-tetap-sama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/02/urusan-pinjaman-dah-berubah-tapi-ganas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 239 hits
Jadi along direkrut sindiket ala ala kongsi gelap dan kini diburu hampir setiap hari Penyesalan seorang ahli perniagaan yang memilih untuk menjadi along demi mendapatkan wang mudah nyata sudah terlambat apabila dia diburu sindiket haram ber...
Bertindak Segera Sebelum Isu Gelandangan Menjadi Tidak Terkawal Harian Metro 09 02 2025

Bertindak Segera Sebelum Isu Gelandangan Menjadi Tidak Terkawal Harian Metro 09 02 2025

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 112 hits
Kuala Lumpur Pasukan khas perlu ditubuhkan bagi menangani isu gelandangan secara holistik sekali gus mengelakkan jumlah golongan terbabit meningkat Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Zharif Johor berkata statistik mendedahka...
Tander Terbuka Tapi Syarikat Sama Dapat Nohhh Akhirnya Ciak Bay Liow

Tander Terbuka Tapi Syarikat Sama Dapat Nohhh Akhirnya Ciak Bay Liow

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 103 hits
Aman MuhamadMB Kedah kata dia amal sistem tender terbuka MB Kedah juga kata tak kenal siapa kontraktor yang dapat tender tender tu Maaflah bukan taknak percaya tapi memang tak dapat nak percaya langsung Takkanlah kontraktor yang sama boleh ...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Instrumen Komoditi Palladium Berbanding Dolar As Isnin 10 Februari 2025

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Instrumen Komoditi Palladium Berbanding Dolar As Isnin 10 Februari 2025

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 138 hits
Jika kita melihat pada carta harian XPD USD kita akan melihat beberapa perkara menarik Pertama kemunculan corak Ascending Broadening Wedge dan perbezaan antara pergerakan harga XPD USD dan penunjuk Pengayun Stochastic Selain itu ia juga dis...
Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 261 hits
Read Time 5 Minute 28 Second 888 pussy888 2025 1 1 pussy888 pussy888 888 888 2025 1 pussy888 2 3 4 pussy888 5 pussy888 pussy888fun 2025 888 Pussy888fun io 29 2568 2568 Margherita 888True wallet Top 23 website Happy 0 0 Sad 0 0 Excited 0 0 S...
Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 252 hits
When it comes to what has happened in the market of vehicles specifically small trucks we can see that significant changes are still existing and still happening as we are in the year 2025 These excellent vehicles can be used effectively fo...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online