15 Kanak Kanak Dilapor Dimasukkan Ke Hospital Kerana Penyakit Kawasaki Dikhuatiri Ada Kaitan Dengan Covid 19


Seramai 15 kanak-kanak dilaporkan telah dimasukkan ke hospital di New York selepas disyaki menghidapi penyakit Kawasaki yang didakwa dikaitkan dengan koronavirus.
Menurut Daily Mail, Kawasaki adalah satu sindrom keradangan yang jarang berlaku dimana ianya telah menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa berjuang demi hidup mereka di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) di tengah-tengah penularan wabak pandemik Covid-19.
Kesemua kanak-kanak itu telah dimasukkan ke hospital di bandar New York diantara 17 April-1 Mei, dan daripada jumlah itu, lima daripadanya dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala empat daripada kanak-kanak itu telah diuji positif dijangkiti virus Covid-19, sementara enam yang lain pula didapati mempunyai antibodi yang mampu melawan virus Covid-19, lapor Daily Mail.
Walau bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Perhubungan diantara Covid-19 dan penyakit Kawasaki ini telah mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat Amerika Syarikat serta negara lain, dan doktor kini sedang mencari kemungkinan sama ada virus tersebut mampu menyebabkan penyakit keradangan kepada kanak-kanak atau tidak.
Kedua-dua penyakit yang boleh membawa maut itu dikatakan mempunyai simptom serupa kepada golongan kanak-kanak, iaitu demam panas, ruam dan ketidakselesaan. Disebabkan itu, mereka ini sering didiagnos dengan penyakit Covid-19 dan bukannya sindrom keradangan.
Sekiranya tidak dirawat, penyakit yang jarang berlaku ini boleh membawa maut akibat kerosakan pada saluran darah yang membekalkan darah terus ke jantung.
Keadaan ini boleh terjadi dalam tiga fasa, termasuk ruam dan suhu badan yang tinggi pada beberapa minggu pertama, cirit birit, muntah-muntah dan sakit perut pada fasa kedua dan seterusnya kelesuan pada fasa ketiga.
Kanak-kanak di bawah umur lima tahun pula dilaporkan paling berisiko.
Dr. Demetre Daskalakis, timbalan pesuruhjaya kesihatan bandar untuk kawalan penyakit berjangkit, menyatakan dalam satu memo kepada persatuan petugas kesihatan: “Sekiranya pesakit mengalami sindrom seperti yang dinyatakan di atas, pakar pediatrik harus segera merujuk pesakit tersebut kepada pakar penyakit berjangkit, reumatologi, dan/atau rawatan kritikal, seperti yang dinyatakan.
“Diagnosis dan rawatan awal perlu diberikan kepada pesakit yang memenuhi kriteria atau sebahagian untuk penyakit Kawasaki ini. Ianya adalah sangat penting bagi mengelakkan kerosakan pada organ penting dan komplikasi jangka panjang.”
Ianya berlaku selepas jantung seorang gadis di Louisiana berusia 12 tahun yang sihat dilaporkan berhenti selama dua minit setelah dia didiagnos dengan sindrom keradangan yang membawa maut, yang dipercayai berkaitan dengan penyakit koronavirus.

Gadis itu dilaporkan hampir meninggal dunia apabila penyakit koronavirus itu telah menyebabkan keadaan jantungnya menjadi sebegitu.
Dia juga yang merupakan salah satu kes pertama yang telah dikesan di Amerika Syarikat kerana menghidapi keradangan, dikatakan seorang yang sangat sihat dan aktif. Namun disebabkan penyakit ini, dia kini dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan selama dia dirawat di wad tersebut.
Sumber: Daily Mail
The post 15 Kanak-Kanak Dilapor Dimasukkan Ke Hospital Kerana Penyakit ‘Kawasaki’, Dikhuatiri Ada Kaitan Dengan Covid-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/06/15-kanak-kanak-dilapor-dimasukkan-ke-hospital-kerana-penyakit-kawasaki-dikhuatiri-ada-kaitan-dengan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Penyakit Bawaan Udara Saintis Dakwa Temui Bukti Di Dua Hospital Wuhan

Covid 19 Penyakit Bawaan Udara Saintis Dakwa Temui Bukti Di Dua Hospital Wuhan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 334 hits
BEIJING Sekumpulan ahli sains dari China mendakwa berjaya menemukan penanda genetik koronavirus pada titisan halus yang tersebar di udara di dua hospital Wuhan China Meskipun sampel yang diambil itu masih belum diketahui sama ada boleh menj...
Last Covid 19 Patient Leaves Hulu Terengganu Hospital

Last Covid 19 Patient Leaves Hulu Terengganu Hospital

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 505 hits
CORONAVIRUS Undergoing treatment for 53 days at two hospitals in Terengganu due to the Covid 19 virus has left an indelible mark on a patient who wants to be known only as Hafiz Especially when he saw his close friends who were also treated...
Covid 19 53 Hari Terima Rawatan Pemuda Syukur Jadi Pesakit Terakhir Di Hospital Hulu Terengganu Dibenarkan Discaj

Covid 19 53 Hari Terima Rawatan Pemuda Syukur Jadi Pesakit Terakhir Di Hospital Hulu Terengganu Dibenarkan Discaj

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA BERANG 11 Mei Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID 19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebag...
Kaitan Antara Penyakit Gout Gula

Kaitan Antara Penyakit Gout Gula

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1358 hits
GULA FRUKTOSA DAN GOUT APA KAITANNYA Kebanyakan kita telah faham dan tahu kaitan diantara GULA dengan masalah diabetes dan kegemukan Tetapi masih ramai lagi yang keliru diantara kaitan gula dengan GOUT Secara khususnya kaitan diantara gula ...
Pesakit Terakhir Covid 19 Tinggalkan Hospital Hulu Terengganu

Pesakit Terakhir Covid 19 Tinggalkan Hospital Hulu Terengganu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 326 hits
Foto Bernama HULU TERENGGANU 11 Mei Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID 19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mah...
7 Pendatang Asing Dilapor Lari Dari Pusat Kuarantin Covid 19

7 Pendatang Asing Dilapor Lari Dari Pusat Kuarantin Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 365 hits
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Covid 19 dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu Menurut sumber The Star individu berkenaan yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh...
Pemuda Dilapor Jadi Punca Itaewon Ditutup Selepas Kluster Baru Covid 19 Muncul

Pemuda Dilapor Jadi Punca Itaewon Ditutup Selepas Kluster Baru Covid 19 Muncul

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 390 hits
Seoul 10 Mei Jalan yang sibuk dengan kejiranan pelbagai bangsa di Itaewon kelihatan sepi pada malam Sabtu setelah kerajaan mengarahkan semua kelab dan bar ditutup Ianya susulan kemunculan kluster baru COVID 19 yang berpunca dari seorang pem...
Lebih 70 Kematian Kes Covid 19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain Pakar

Lebih 70 Kematian Kes Covid 19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain Pakar

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR April 29 Lebih 70 peratus kes kematian COVID 19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng Beliau berkata risiko dijangkiti COVID 19 lebih tinggi ...
Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 384 hits
April 28 2020 Hospital sementara yang dibina khas di Wuhan bagi merawat pesakit Covid 19 Bandar Wuhan yang menjadi pusat awal koronavirus tidak lagi mempunyai pesakit Covid 19 di hospital selepas 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad p...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Program Ibadah Korban 1446h 2025

Mama Daughter Bonding Time Myra Park Nilai Impian

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Saya Peminat Tegar Jin Bts Akui Suka Lagu Ros Bruno Mars Apt