Pesakit Terakhir Covid 19 Tinggalkan Hospital Hulu Terengganu


Foto - Bernama.

HULU TERENGGANU, 11 Mei - Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID-19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz

Lebih-lebih lagi apabila melihat seorang demi seorang rakan rapat beliau yang turut dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dibenarkan pulang minggu lalu selepas pulih daripada jangkitan wabak tersebut sekali gus menjadikan dirinya pesakit terakhir COVID-19 yang masih menerima rawatan di hospital itu. 
Namun tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pemuda berusia 25 tahun dan berasal dari Betong, Sarawak itu apabila dibenarkan pulang hari ini selepas sembuh daripada penyakit tersebut dan beliau menyifatkannya sebagai ‘kurniaan istimewa’ daripada Ilahi menjelang sambutan Aidilfitri dua minggu lagi

"Sepanjang tempoh menerima rawatan di sini, saya sentiasa berhubung dengan keluarga di Betong, Sarawak melalui panggilan video dan mereka lega apabila dimaklumkan saya menerima layanan terbaik daripada petugas kesihatan di HHT serta Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

“Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga, begitu juga hubungan dengan kawan-kawan (pesakit COVID-19 lain) juga sangat erat, cuma saya agak terkesan apabila beberapa kawan rapat dibenarkan keluar pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di HHT di sini hari ini

Hafiz, yang sudah tidak sabar mahu pulang ke Sarawak untuk berpuasa dan merayakan Aidilfitri tidak lama lagi, berharap orang ramai tidak mengambil mudah mengenai ancaman jangkitan COVID-19 dengan sentiasa mengamalkan saranan kebersihan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

"Harapan saya agar wabak ini segera berakhir supaya kita semua dapat hidup seperti biasa secepat mungkin," katanya

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata Hafiz merupakan pesakit terakhir positif CIVID-19 yang menerima rawatan di HHT

"Beliau telah menghadiri ijtimak tabligh di Sri Petaling pada 24 Feb hingga 4 Mac lalu dan selepas itu datang ke Terengganu untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Bagaimanapun, beliau dimasukkan ke HHT pada 17 Mac sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) setelah mengalami batuk dan sakit tekak

"Dua hari selepas itu, pesakit ini dimasukkan ke HSNZ setelah didapati positif COVID-19 dan telah dipindahkan semula ke HHT pada 5 April apabila keadaannya semakin stabil untuk meneruskan rawatan sebelum dibenarkan keluar hari ini," katanya

HHT mula diwartakan sebagai hospital yang merawat kes berkaitan COVID-19 sepenuhnya di Terengganu pada 14 Mac dan sejak itu, semua pesakit lain dipindahkan ke HSNZ serta Hospital Setiu untuk menerima rawatan

Dr Nor Azimi juga berkata kesemua lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan sebagai zon hijau kerana telah merekodkan sifar kes positif COVID-19 bagi tempoh 14 hari dengan kes terakhir dikesan pada 23 April di Besut dan kesemua 13 pusat kuarantin juga sudah ditutup kecuali satu di Kemaman. - BERNAMA




Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/05/pesakit-terakhir-covid-19-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 53 Hari Terima Rawatan Pemuda Syukur Jadi Pesakit Terakhir Di Hospital Hulu Terengganu Dibenarkan Discaj

Covid 19 53 Hari Terima Rawatan Pemuda Syukur Jadi Pesakit Terakhir Di Hospital Hulu Terengganu Dibenarkan Discaj

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA BERANG 11 Mei Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID 19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebag...
Last Covid 19 Patient Leaves Hulu Terengganu Hospital

Last Covid 19 Patient Leaves Hulu Terengganu Hospital

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 445 hits
CORONAVIRUS Undergoing treatment for 53 days at two hospitals in Terengganu due to the Covid 19 virus has left an indelible mark on a patient who wants to be known only as Hafiz Especially when he saw his close friends who were also treated...
Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

Wuhan Isytihar Bebas Covid 19 Selepas Pesakit Kritikal Terakhir Dibenar Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 334 hits
April 28 2020 Hospital sementara yang dibina khas di Wuhan bagi merawat pesakit Covid 19 Bandar Wuhan yang menjadi pusat awal koronavirus tidak lagi mempunyai pesakit Covid 19 di hospital selepas 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad p...
Covid 19 Pesakit Kritikal Tahap 5 Sembuh Di Hospital Tawau

Covid 19 Pesakit Kritikal Tahap 5 Sembuh Di Hospital Tawau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 369 hits
Sejarah tercipta di Hospital Tawau apabila pesakit COVID 19 kritikal telah sembuh dan dibenarkan discaj dari Hospital Tawau Pakcik Berjaya Lawan Covid 19 Diraikan Frontliner Sebelum Pulang Tiada apa dapat menggembirakan hati barisan hadapan...
Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 303 hits
MALAYSIA terus mencatatkan perkembangan baik kes Covid 19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baharu Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan hari ini seramai 95 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes...
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 561 hits
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seorang lelaki tekad untuk pulang bersendirian ke kampung untuk menemui keluarganya dengan berjalan kaki dari Johor ke Terengganu Namun ketika dalam perjalanan hajat tersebut tidak kesampaian ...
Covid 19 Penyakit Bawaan Udara Saintis Dakwa Temui Bukti Di Dua Hospital Wuhan

Covid 19 Penyakit Bawaan Udara Saintis Dakwa Temui Bukti Di Dua Hospital Wuhan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 293 hits
BEIJING Sekumpulan ahli sains dari China mendakwa berjaya menemukan penanda genetik koronavirus pada titisan halus yang tersebar di udara di dua hospital Wuhan China Meskipun sampel yang diambil itu masih belum diketahui sama ada boleh menj...
Fakta Kesan Buruk Seumur Hidup Pesakit Covid 19 Yang Sembuh

Fakta Kesan Buruk Seumur Hidup Pesakit Covid 19 Yang Sembuh

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 476 hits
Dalam kita bersedih melihat ada kes kes kematian terbaharu dilaporkan akibat Covid 19 hati turut berasa lega angka kematian di negara kita berada pada tahap peratusan yang rendah berbanding negara yang terjejas teruk Kisah kisah individu ya...
Doktor Maut Akibat Pesakit Tak Jujur Dirinya Hidap Covid 19

Doktor Maut Akibat Pesakit Tak Jujur Dirinya Hidap Covid 19

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 301 hits
Doktor maut akibat pesakit tak jujur dirinya hidap Covid 19Seorang doktor yang bertugas di Rumah Sakit Umum Daerah Dr Soewandhie Surabaya meninggal dunia akibat pesakitnya yang tidak jujur di mana dirinya menghidap Covid 19 Almarhum adalah ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut