15 Kafe Hipster And Instagrammable Yang Unik Untuk Ootd Di Selangor






Luangkan masa dengan menikmati pelbagai makanan di Kafe Unik di Selangor untuk gambar “OOTD” di Laman Media Sosial korang.
Kafe merupakan tempat bagi pengunjung meluangkan masa dan makan dengan tenang. Kini, jika korang kehabisan gambar dan tiada gambar untuk dikemas kini di laman media sosial ketika wabak Covid-19 yang melanda ini, korang jangan risau dan tidak perlu pergi ke tempat yang jauh untuk mendapatkan tempat dekorasi yang cantik dan menarik dalam masa yang singkat....kat depan mata jer....
Korang boleh singgah kat kafe-kafe di Selangor untuk menikmati makanan dan paran dekorasi dalaman dan luaran yang unik untuk laman media sosial korang. Negeri Selangor dikenali dengan banyak tempat pelancongan yang menarik, tetapi bukan itu sahaja, Selangor juga mempunyai banyak kafe-kafe “hipster” atau “instagrammable café” yang dipenuhi dengan pelbagai tema menarik dan unik. Jadi korang bolehlah singgah kat kafe-kafe berikut yang mana merupakan senarai kafe yang boleh dikunjungi di Selangor:


SENARAI KAFE DI SELANGOR




1) KAFE LA FLEUR X UNIQORN, SUBANG JAYA
Daerah Petaling terkenal dengan kafe yang hipster dan unik. Antaranya adalah Kafe La Fleur x Uniqorn yang bertemakan “Unicorn”. Kafe ini dihiasi warna merah jambu dengan patung-patung unicorn yang sangat comel untuk pengunjung mengambil gambar bersama. Nama “La Fleur” ini dimaksudkan dengan minuman panas seperti kopi, panas dan lain-lain lagi manakala “Uniqorn” pula dimaksudkan dengan makanan yang dihias dengan tema “unicorn” tersebut pada wafel, ais krim, pancake dan lain-lain lagi.

Alamat: 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor


2) KAFE JIBBY & CO, SUBANG JAYA


Kafe Jibby & Co yang cantik dan unik ala-ala kafe Melbourne terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah Empire, Subang. Korang perlu singgah ke kafe ini sekurang-kurangnya sekali kerana suasananya yang sangat estetik. Kafe 2 tingkat ini juga bertemakan konsep minimalis, lampu-lampu digantung di siling, tanaman pasu berwarna-warni, tingkap kaca yang besar ditembusi dengan cahaya semula jadi dan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang dihias dengan menarik untuk diambil gambar, pastinya korang tentu puas hati.


Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor





3) KAFE KUEH, SHAH ALAM


Jika korang ingin menikmati makanan tradisi melayu, singgahlah di Kafe Kueh. Bertemakan tradisi Melayu, mereka menyediakan hampir 40 jenis kuih yang boleh korang nikmati. Kafe ini terdiri daripada dua bahagian iaitu di luar dan juga di dalam berserta dengan penghawa dingin yang selesa dihiasi dengan lukisan mural pada dinding untuk mengambil gambar. Bukan itu sahaja, terdapat juga menu lain seperti Laksam, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Lempeng, pelbagai jenis minuman dan banyak lagi.

Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor





4) KAFE LE GARDENZ, KUALA SELANGOR
Kafe yang dibuka pada tahun 2014 ini terletak di Daerah Kuala Selangor. Semestinya menjadi pilihan ramai untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati kepelbagaian makanan yang disediakan dari hidangan utama hingga pencuci mulut. Kafe 4 tingkat ini mempunyai tema tersendiri yang berkonsepkan kontena, corak-corak dinding yang menarik serta konsep kehijauan di tingkap 4. Kafe ini sering dipenuhi dengan pelanggan kerana sering menawarkan menu promosi serta terdapat juga ruang untuk sambutan hari jadi dan majlis keramian.
Alamat: Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor.






5) THE PICNIC TABLE/SIMPLYSANDWICH, PETALING JAYA


Dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu sepanjang tahun, berkelah merupakan satu masalah di Malaysia. Oleh itu, Kafe The Picnic ini boleh menyelesaikan masalah tersebut kerana kafe ini bertemakan suasana berkelah tetapi di dalam bangunan. Jadi, tidak akan ada masalah dengan cuaca jika ingin berkelah. Kafe ini dihiasi dengan karpet rumput yang mana pengunjung boleh duduk santai di lantai sambil menikmati makanan, meja-meja kayu, tempat khas “jamming session” dan banyak lagi. Kafe ini menyediakan seleksi menu yang lazat seperti sandwich ayam bakar keju, kek lapis, kek “slice” dan juga minuman yang pelbagai. Jom kita gi picnic ramai-ramai!
Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor



6) THE BOTANIST, SEPANG
Bagi pengunjung yang ingin bersiar-siar di Sepang, korang bolehlah singgah di Kafe The Botanist 2 tingkat yang estetik dan cantik yang mana hiasan perabot, dinding malah bingkainya dibuat daripada kayu. Pada luaran kedai pula, dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok alam semula jadi memberikan korang ketenangan fikiran. Antara menu yang disediakan oleh Kafe The Botanist ini adalah seperti beger buatan sendiri, kek, kopi, jus buah, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya




7) KAFE N16, SABAK BERNAM


Terletak di kawasan sawah padi, kafe mini yang unik ini merupakan hasil daripada bas antik lama yang diubah suai menjadi kafe. Pengunjung yang ingin datang meluangkan masa bukan sahaja dapat menikmati makanan malah dapat menikmati pemandangan lautan kehijauan padi yang luas. Kafe N16 ini menyediakan makanan seperti spaghetti, ayam goreng Korea, kek dan minuman. Para pengunjung juga dapat mengisi memori telefon mereka dengan mengambil gambar kawasan padi dan juga gambar bas antik ini. Anda mungkin akan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sini dari Shah Alam, tetapi ianya berbaloi kerana persekitaran kafe ini yang cantik dan unik.


Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor



8) KAFE BLOCK, GOMBAK


Kafe Block yang dibuka pada tahun 2018 ini menjadi tempat kegemaran ramai untuk meluangkan masa mereka. Dengan seni bina berkonsepkan minimalis moden yang cantik, amat sesuai bagi pengunjung untuk mengambil gambar di kafe ini sambil menikmati makanan. Kafe Block ini menyediakan menu “Asian” dan “Western” untuk dinimkati pelanggan. Kafe ini juga bukan sahaja boleh dijadikan tempat makan dan berehat, malah boleh dijadikan lokasi majlis yang mana ianya mampu untuk memuatkan 50 orang pada satu-satu masa. Kepada mereka yang singgah di Kafe Block, jangan lupa untuk mencuba menu Ayam Penyet (Javanese Fried Chicken) terkenal yang merupakan makanan kegemaran para pelanggan yang singgah ke kafe ini.


Alamat: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor






9) KAFE BACKSTREET, KUALA LANGAT


Kafe Backstreet merupakan salah satu kafe “hipster” di Daerah Kuala Langat. Dibuka pada tahun 2014, kafe ini dihias kreatif dengan hiasan bercorakan tapak tangan dan tulisan menu makanan di dinding dengan menggunakan kapur putih dan amat sesuai untuk pengunjung yang datang mengambil gambar sambil menikmati makanan.


Alamat: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri pekan, 42700 Banting, Selangor




10) KAFE DENALI & PINNACLES, BANGI


Kafe Denali & Pinnacles yang luas ini terletak di Bangi dan mempunyai 2 ruangan; luar dan dalam. Kafe ini berada di tingkat 2 bangunan yang mana pengunjung yang singgah akan menikmati pemandangan yang indah pada waktu petang. Kafe yang berkonsepkan bohemian ini amat sesuai untuk bergambar atau “OOTD” kerana hiasan dan dekorasinya yang pelbagai warna serta menampilkan tekstur unsur-unsur segar dari alam semulajadi.


Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor





11) KAFE PROVISION, DAMANSARA


Kafe Provision ini dibuka hanya pada pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Jika korang singgah di kafe ini, sangat sesuai datang pada waktu pagi kerana kafe ini menyediakan menu yang kecil dan “simple” seperti roti-roti hasil buatan sendiri seperti sandwich, roti bakar, “sourdough” dan lain-lain lagi. Dengan kecantikan elegen dan simple, di hadapan kedai ini dicat dengan warna oren dan sesuai untuk bergambar dan juga “OOTD” untuk dimuat naik dalam media sosial korang.


Alamat: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor





12) TINY BAKER IN PINK, DAMANSARA


Kafe ala-ala Korea ini sesuai untuk pengunjung datang meluangkan masa sambil bergambar kerana hiasan yang menarik di setiap sudut kedai. Kafe ini menyediakan menu kek yang dihiasi cantik dengan pelbagai corak, warna dan dekorasi. Kafe ini juga menyediakan ruang jika ingin mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain lagi.


Alamat: C58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor





13) KAFE TUJOH, PETALING JAYA


Kafe Tujoh terletak di Seksyen 17 di mana kafe ini mempunyai ruang yang selesa dan cantik kerana dilengkapi dengan dua ruang berbeza di dalam kafe. Seni bina dan dekorasi di dalam kafe ini dipenuhi dengan perabot yang bergaya termasuk televisyen dan radio klasik dan vintaj, dihias dengan pokok-pokok hijau, poster, lukisan hitam dan putih moden serta gabungan lampu yang digantung. Latar belakang yang rimbun dan biasan cahaya matahari dari luar membuatkan Kafe Tujoh ini menjadi lebih menarik dari pelbagai sudut untuk dimuat naik di landasan Instagram.


Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor





14) KAFE BUKKU, KLANG


Dengan memiliki senibina dan reka bentuk dalaman yang minimalis dan estetik seperti di Jepun, kafe ini sangat cantik untuk pengunjung singgah dan mengambil gambar. Nama kafe “Bukku” bermaksud buku dalam Bahasa Inggeris yang mana perabot dalaman kafe ini dihias dengan kayu rak buku berserta susunan buku dan hiasan kopi yang dibalut cantik. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba “Salted Egg Croissant”, “Almond Tiramisu” dan “Burnt Cheesecake” yang sering disebut-sebut oleh orang ramai.


Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor





15) KAFE TUAH, BANGI


Kafe Tuah yang berkonsepkan santai ini dikenali ramai dengan menu yang pelbagai bermula dengan makanan hinggalah ke minuman. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba hidangan makanan Western seperti Trip Platter yang terdiri daripada gabungan buffalo wings, meatball daging dan juga kentang goreng yang dijamin sedap dan mengenyangkan. Selain itu, terdapat juga pelbagai perisa kopi frappucino seperti Cookies & Cream, Black Forest dan banyak lagi.


Alamat: No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor




Untuk maklumat lanjut:


WEBSITE
www.selangor.travel



#15kafeunikselangor  #tourismselangor  #selangortravel








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2020/10/15-kafe-hipster-and-instagrammable-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unique Instagrammable Cafes In Selangor

Unique Instagrammable Cafes In Selangor

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 488 hits
Spend Your Time Enjoying Food at Unique Cafes in Selangor for Your Social Media OOTDs A cafe is a place for customers to spend time and eat quietly These days if you are out of pictures with lack of social media postings you do not have to ...
Catholic Church Suspends All Masses In Kl And Selangor

Catholic Church Suspends All Masses In Kl And Selangor

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 187 hits
The Archdiocese of Kuala Lumpur has announced the temporary suspension of all public masses in parishes located within KL and Selangor with immediate effect due to the rise in Covid 19 cases The suspension will be reviewed before Oct 20 and...
Mcdonald S Malaysia Menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat Daripada Lembaga Zakat Selangor

Mcdonald S Malaysia Menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat Daripada Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 484 hits
Lembaga Zakat Selangor hari ini menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd Penyerahan sijil tersebut merupakan satu bentuk akuan kepada syarikat syarikat di Malaysia yang menunaikan zaka...
Air Selangor Sungai Semenyih Plant Cleared Bukit Tampoi Still Down

Air Selangor Sungai Semenyih Plant Cleared Bukit Tampoi Still Down

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 302 hits
The Sungai Semenyih water treatment plant has been cleared of odour pollution and has resumed operations after sample tests However Air Selangor reported that tests at its Bukit Tampoi treatment plant still show a threshold odour number of ...
Polis Teliti Keperluan Siasat Mb Selangor Akui Keluar Kuarantin

Polis Teliti Keperluan Siasat Mb Selangor Akui Keluar Kuarantin

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 329 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani KUALA LUMPUR Polis akan melihat keperluan untuk menyiasat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang baru baru akui keluar kuarantin untuk tangani isu pencemaran air di Sungai Semenyih ya...
Water Supply In 46 Areas Fully Restored Air Selangor

Water Supply In 46 Areas Fully Restored Air Selangor

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 291 hits
Water supply restoration has reached 17 percent in Selangor with 46 out of 274 areas receiving full water supply as of 6am today Air Selangor corporate communication chief Elina Baseri said water supply to the remaining 228 areas was still ...
Selangor Assemblyperson Positive For Covid 19 After Returning From Sabah

Selangor Assemblyperson Positive For Covid 19 After Returning From Sabah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 351 hits
DAP Kampung Tunku state assemblyperson Lim Yi Wei is the latest politician to test positive for Covid 19 after returning from Sabah In a statement this evening the 31 year old said she was notified today about her positive test result follo...
Selangor Rombak Beberapa Portfolio Exco Apa Sudah Jadi

Selangor Rombak Beberapa Portfolio Exco Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 335 hits
Adun Tanjong Sepat Borhan Aman Shah dan Adun Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni dilantik sebagai Exco pada 17 September lalu SHAH ALAM Kerajaan negeri membuat rombakan kecil dalam pentadbiran membabitkan portfolio beberapa ahli Majlis M...
Lebih 274 Kawasan 309 687 Penduduk Selangor Terjejas Bekalan Air Lagi

Lebih 274 Kawasan 309 687 Penduduk Selangor Terjejas Bekalan Air Lagi

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 350 hits
Tak sempat penduduk Selangor hilangkan penat mereka yang sebelum ini terpaksa hidup tanpa air malam ini kejadian sama berlaku lagi Kali ini bekalan air akan terganggu di 274 kawasan sekitar Selangor berikutan berlaku insiden pencemaran air ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord