Mcdonald S Malaysia Menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat Daripada Lembaga Zakat Selangor


Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. Penyerahan sijil tersebut merupakan satu bentuk akuan kepada syarikat-syarikat di Malaysia yang menunaikan zakat perniagaan di Selangor. Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., pengendali tempatan McDonald's Malaysia, merupakan penerima pertama Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada LZS. Sijil ini akan dipamerkan di 94 restoran McDonald's di Selangor. 
Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd yang diwakili oleh Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh LZS. Sesungguhnya, pembayaran zakat korporat merupakan komitmen berterusan kami sejak diambil alih oleh Reza Group beberapa tahun lalu. Semoga Zakat yang ditunaikan ini dapat terus membantu golongan yang memerlukan di Malaysia, disamping memenuhi kewajipan kami sebagai umat Islam,” kata Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi.

McDonald’s Malaysia telah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada 1 Disember 2016. Dengan pengambilalihan ini, syarikat khidmat segera itu kini dimiliki oleh pemegang saham atau pelabur yang majoritinya terdiri daripada umat Islam.

Pada tahun 2019 sahaja, McDonald’s Malaysia telah membayar Zakat korporat sebanyak RM1.4 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. Untuk negeri Selangor, sebanyak RM101,000 Zakat korporat telah dibayar.

“Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat ini merupakan inisiatif LZS untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat yang menunaikan zakat perniagaan di Selangor. Ia juga sebagai dorongan kepada syarikat lain untuk tampil menunaikan kewajipan berzakat agar sama-sama dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam krisis COVID-19 yang berlaku. Pada tahun ini, LZS menjangkakan jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin di Selangor akan meningkat sehingga 80,000 keluarga. Oleh yang demikian, kutipan zakat daripada pembayar di Selangor amat penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan hidup asnaf di Selangor terpelihara dan seterusnya dapat menikmati hidup yang lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop. 
(kiri ke kanan) Saipolyazan M. Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor dan Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia meletakkan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat di McDonald’s Pandu-lalu Mutiara Damansara. Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., pengendali tempatan McDonald's Malaysia, merupakan penerima pertama Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat selnagor. Sijil ini akan dipamerkan di 94 restoran McDonald's di Selangor. Pada tahun 2019 sahaja, McDonald’s Malaysia telah membayar Zakat korporat sebanyak RM1.4 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. Untuk negeri Selangor, sebanyak RM101,000 Zakat korporat telah dibayar.

“Pemberian Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat ini sebenarnya memberi nilai tambah kepada sijil Halal sedia ada yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Ia secara langsung memberi kefahaman kepada pengguna berhubung urus niaga sesebuah syarikat dan membolehkan pengguna membuat pilihan yang lebih baik terhadap tempat atau perkhidmatan yang diingini. Semoga sijil yang diberikan kepada McDonald’s Malaysia hari ini mampu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat Malaysia terhadap jenama McDonald’s di negara ini,” tambah Saipolyazan.

Selain membayar Zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2020/10/mcdonalds-malaysia-menerima-sijil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndNews+%

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5946 Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor 22 09 2020

5946 Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor 22 09 2020

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 344 hits
Ketua Aktivis PPIM nadzim johan hari ini mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor En Saipolyazan M Yusop di Ibu Pejabat Zakat Selangor
Malaysia Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Gabenor Iaea

Malaysia Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Gabenor Iaea

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 235 hits
IAEA PUTRAJAYA Malaysia dilantik menganggotai Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa untuk tempoh 2020 hingga 2022 sebagai wakil untuk Asia Tenggara dan Pasifik Wisma Putra memaklumkan keputusan itu dicapai semasa sesi ke 64 Persid...
My Place At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

My Place At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 583 hits
PrologSemuanya bermula apabila Master berjaya install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut ke...
Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna Mcdonald S Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia

Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna Mcdonald S Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 600 hits
Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna McDonald s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia Cuti Hari Malaysia 16 September 2020 mummy berkesempatan masukkan Dhia dan Dzal ke Coloring Contest anjuran McDoland s Kajang Perdana at...
Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

Cfm Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Menerima Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 265 hits
CFM kini mengatakan yang mana tiga daripada lima rakyat Malaysia tidak menerima kelajuan internet seperti yang dijanjikan oleh syarikat telekomunikasi mereka CFM menerima data ini berdasarkan kepada bancian yang telah dijalankan mereka bebe...
Mcdonald S Malaysia Celebrates International Coffee Day Offers Malaysians 100 000 Free Mccaf Iced Lattes In October

Mcdonald S Malaysia Celebrates International Coffee Day Offers Malaysians 100 000 Free Mccaf Iced Lattes In October

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 450 hits
McCaf provides Malaysians with high quality espresso coffee at great value In conjunction with International Coffee Day McDonald s Malaysia is letting Malaysians have a taste of its quality espresso based McCaf coffee by giving away 100 000...
Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

Isu Bahasa Mandarin Sprm Runtuhkan Jati Diri Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 351 hits
Pergerakan Wira Parti Bumiputra Perkasa Malaysia hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menarik balik penggunaan bahasa Mandarin dalam portal rasminya Ketua Pergerakan PUTRA Nasrul Ali Hassan Abdul Latiff berkata tindakan ...
Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik Covid 19 keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutamanya daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23 1 bilion dalam pasaran bon sehingga Og...
Police Say It Again Don T Cycle On Highways In Malaysia Or You Risk Being Fined

Police Say It Again Don T Cycle On Highways In Malaysia Or You Risk Being Fined

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 248 hits
File picture shows motocyclists riding on the motorcycle lane along the Federal Highway in Kuala Lumpur January 25 2018 Picture by Mukhriz HazimKUALA LUMPUR Sept 22 The Royal Malaysia Police has reminded Malaysians not to cycle on the highw...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior