15 Juta Rakyat Malaysia Terima Manfaat E Tunai Mulai Esok Lim Guan Eng


PUTRAJAYA, 14 Jan – Kira-kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go, mulai 8.00 pagi esok.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat.
Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima wang e-tunai itu, katanya pada sidang media mengenai e-Tunai Rakyat di kementeriannya di sini, hari ini.
“Pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.
“Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu,” katanya, sambil menambah jumlah tambahan itu akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan,  esok.
Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih.
Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.
“Oleh itu, kerajaan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir,” katanya.
Setakat ini, katanya, lebih lapan juta peniaga telah menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat.
Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, Lim berkata wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Jan hingga 14 Mac.
“Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac,” katanya.
Beliau berkata, rakyat yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.
Menurutnya, proses pengesahan mereka yang layak akan melalui tiga peringkat.
Ia bermula dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengesahan kad pengenalan, kemudiannya Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pendapatan bawah RM100,000 setahun dan semakan bagi memastikan individu itu hanya memohon daripada satu pengendali, katanya.
 
Sumber: Bernama
The post 15 Juta Rakyat Malaysia Terima Manfaat E-Tunai Mulai Esok – Lim Guan Eng appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/14/15-juta-rakyat-malaysia-terima-manfaat-e-tunai-mulai-esok-lim-guan-eng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 6 Juta Sudah Mohon Rm30 E Tunai Rakyat Guan Eng

2 6 Juta Sudah Mohon Rm30 E Tunai Rakyat Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 343 hits
IPOH 19 20 JAN Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh permohonon program e Tunai Rakyat yang akan berakhir pada 9 Mac depan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebanyak 2 6 juta permohonan bagi menuntut wang percuma RM30 meneru...
Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 938 hits
Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e wallet buat Rakyat Malaysia Nampaknya rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut ...
Rakyat Boleh Mohon Rm30 Wang E Tunai Mulai Esok

Rakyat Boleh Mohon Rm30 Wang E Tunai Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 437 hits
MALAYSIAKINI Kira kira 15 juta rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana mana tiga pengendali e dompet terpilih iaitu Grab Boost dan Touch n Go mulai 8 00 pagi esok Menteri Kewangan Lim Guan Eng be...
Cabinet To Discuss Plus Takeover Bid This Wednesday Lim Guan Eng

Cabinet To Discuss Plus Takeover Bid This Wednesday Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 532 hits
The cabinet will discuss the proposed takeover of PLUS Malaysia Bhd and four Gamuda Bhd s highways in Klang Valley during its meeting this Wednesday Finance Minister Lim Guan Eng said today An announcement on the matter will be made after t...
Proton Perdana Dikekalkan Untuk Kegunaan Rasmi Kata Lim Guan Eng

Proton Perdana Dikekalkan Untuk Kegunaan Rasmi Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 563 hits
Sumber gambar dari Arena PermotoranNampaknya ura ura kabinet akan menggunakan Vellfire untuk kenderaan rasmi tidak menjadi kenyataan apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memutuskan untuk mengekalkan Proton Perdana utnuk tujuan ber...
Lim Guan Eng Dah Bagi Hint Jawatan Menteri Pendidikan Perlu Dibincangkan Dengan Dap Terlebih Dahulu

Lim Guan Eng Dah Bagi Hint Jawatan Menteri Pendidikan Perlu Dibincangkan Dengan Dap Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 490 hits
Kementerian Pendidikan adalah kementerian kanan dan kementerian utama Dari kementerian inilah nanti dasar serta hala tuju negara melibatkan generasi baru akan dibentuk Nak jadi apa Malaysia ini Kementerian Pendidikanlah yang akan menggubahn...
Hakikatnya Kelantan Penerima Bantuan Kewangan Terbesar Lim Guan Eng

Hakikatnya Kelantan Penerima Bantuan Kewangan Terbesar Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 264 hits
Bernama September 08 2018 17 47 MYT Sehingga 30 Jun lepas katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut Foto BernamaPUTRAJAYA Kerajaan Negeri Kelant...
Program E Tunai Rakyat Data Peribadi Disimpan Secara Sulit Oleh Khazanah Nasional Lim

Program E Tunai Rakyat Data Peribadi Disimpan Secara Sulit Oleh Khazanah Nasional Lim

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 464 hits
KUCHING 17 Jan Semua data peribadi yang diterima menerusi program e Tunai Rakyat akan disimpan secara sulit oleh agensi pelaksana Khazanah Nasional Berhad kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata Khazanah Nasional Berhad adalah seb...
Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 436 hits
Malaysia s economy is expected to do better in 2020 as the manufacturing purchasing managers index for December 2019 rose to a 15 month high says Finance Minister Lim Guan Eng In a statement today Lim said in addition the government is boos...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More