15 Aneka Masakan Sayur Simple Mudah Disediakan Penambah Seri Hijau Dalam Makanan


Hidangan sayur sentiasa menjadi pelengkap hidangan makanan, tiada masakan sayur ibarat sudu tanpa kuah seperti ada sesuatu yang kurang rasanya. 


Jadi jom kita selongkar antara resipi berasaskan sayur menarik untuk kita cuba, ada yang simple mudah disediakan
1. Terung Goreng Berlado


Terung goreng berlado nasi panas2 ada peminat..sila komen..

Bahan2
* Terung potong n goreng dlu seketika.masa goreng yg purple pastikan berada di atas supaya kaler cantik..
* bahan tumbuk cili padi ikut suka bawang besar bawang putih
* ikan bilis ditumbuk2 dahulu
* garam perasa gula
* sedikit air

Cara memasak
panaskan minyak kemudian masukkan ikan bilis.goreng sehingga garingdah garing masukkan bahan yg ditumbuk bersama bahan2 lain.dah mendidih masukkan terung kacau2 seketika dah siap.boleh tutup api n hidang.makan dgn nasi panas2 sedap mau bertambah2..maka diet pun ke laut..Selamat mencuba hampa semua..

Cdt arieza rieza
2. Sayur Campur Ala Cina 
 

Bahan-bahan :
50g bunga kubis.5 ulas kacang buncis.1 biji lada benggala – dipotong dadu.2 biji lobak merah – dipotong nipis.5 ulas bawang putih – dikisar.2 sudu besar sos tiram.sedikit stok ayam.50ml air.2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).Cara Penyediaan Resepi :

1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

Kredit nota hati lelaki
3. RESEPI SAYUR BAYAM TUMIS


Bahan-Bahan:
 1 ikat bayam, potong kecil dan asingkan batang yang lembut 3 biji bawang merah, hiris nipis 3 ulas bawang putih, hiris nipis 1 sudu besar sos tiram 6-7 ekor udang, buang kulit cili merah garam secukup rasa 1-2 sudu besar minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang dan kacau seketika sehingga separuh masak.
3. Masukkan bahagian batang bayam dan masak sehingga lembut.
4. Masukkan pula bahagian daun bayam serta diikuti air secukupnya.
5. Kemudian masukkan sos tiram, cili merah dan garam secukup rasa. Rebus hingga mendidih dan tutup api.

Tips: Jangan masak terlalu lama kerana sayur akan melecur dan kurang khasiatnya

Cdt : CheNom

4. Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

 Bahan bahan:
1 kotak santan kotak1 batang petola1-2 tangkai cili hijau solok1/2 tangkai cili merah1 sudu kecil Maggi Cukup RasaGaram - jika perluBahan Tumbuk:
1 ekor ikan rebus - ambik isi1-2 ulas bawang merah1/2 sudu besar lada hitamCara cara:
Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai. Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya.Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah.Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja.Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa.Cdt raniaa hisham
5. Resepi Peria goreng telur pecah
 Bahan-Bahan:
1 biji peria saiz besar, buang biji dan hiris nipis1 sudu besar cili kisar1 biji telur1/2 sudu kecil serbuk kunyitsedikit garam dan gula utk menambah rasa3 sudu besar minyak masakBahan-bahan tumbuk kasar:3 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2-3 sudu besar ikan bilisCara Penyediaan:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sebentar sehingga cili masak.Pecahkan telur dan biarkan beberapa saat, kemudian kacau sehingga hancur. Masukkan serbuk kunyit.Masukkan peria dan kacau sehingga masak sempurna. Tambahkan sedikit air untuk kuah (jika suka).Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan.Tips:
Bersihkan peria dan potong dua. Buang biji dan hiris nipis kemudian rendam di dalam air bergaram selama 15 minit (anggran 1 sudu besar garam). Setelah direndam, bilas dengan air bersih dan toskan

cdt : CheNom

6. Resipi Kailan Ikan Masin Ala Thai 

Bahan-bahannya :
2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri2 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 biji cili api- ditumbuk dan dititik2 sudu besar sos tiram1 sudu besar nampla- sos ikan ThaiMinyak bijan
Cara-Cara membuat Sayur Kailan Ikan Masin.
Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil..Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau..Akhir sekali masukkan sayur kailan.Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba

7. Bendi Udang Goreng Belacan Sedap! 


Laju bertambah makan laki aku dan anak2! Korg kena cuba! Mmg sedap gila!

Bahan:
- Kacang bendi
- Cili kering
- Udang kering (option)
- Udang fresh
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Sos tiram
- Maggi cukup rasa

Cara penyediaan:
1. Potong bendi nipis nipis.
2. Blend cili kering, udang kering, udang fresh, bawang merah, putih & belacan.
3. Tumis bahan blend.
4. Masukkan sos tiram & Maggi cukup rasa.
5. Masukkan bendi.
6. Siap! Sedia untuk dihidang
8. Bayam Brazil Goreng Belacan

Tak habis lagi dgn Bayam Brazil ni, x bleh move on... Sis sukaaa , sedap buat goreng belacan ni.. letak belacan byk sikit sedap giler!! Serius sedap dari kangkung goreng belacan weyhh, harapkan batang kangkung ja belambak daun secoet...korang kena try taw 
Ehh.. nak jugak ke resepi Goreng belacan ni ..Tapi resepi agak2 ja semua ya , ini cara sis yg mudah k.

Bahan bahannya
Bayam Brazil6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit*3 ulas Bawang merah*2 ulas Bawang putih*sedikit udang kering atau ikan bilisBelacan.. agak agak la..letak byk sikit kalau nak lagi sedapgula, garam , perasa, asamCaranya
Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi , dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikitttt saja tau perahan lemon atau air asam jawa. X masukkan pun ok ja.Last masukkan sayur bayam....tadaaa dah siapMoh ler kita tanam pokok ni plak. Mudah ja nak tanam nya.

Fb : Robakyah Che Ros
9. Asparagus goreng pedas  

Nah resepi 
Resepi sedap & ringkas
AsparagusCendawanUdangSerbuk perasaBahan tumis :-
3-4 bawang putihcili api ( ikut kepedasan korang )**Tumbuk lumat

Cara-cara :-
Tumis garing bawang putih & cili, kemudian masukkan cendawan & akhir sekali masukkan asparagus .. siap !
Tak perlu tambahkan air sbb cendawan da mengeluarkan air mase tumis nanti ..
Selamat mencuba 

Cdt wahidah usman
10. Sayur Goreng Kacang Panjang & TelurIka Farhanifa Pulau Pinang


Jekfer tadi dah masak ayam goreng dan jelatah , nak jadikan pelengkap sekarang nak masak sayur goreng pulak. Pepagi Lailer tengok meja buka tudung saji ada sarapan ke makan siang kee , telonjak happy la dia sebab tak sangka yang jekfer masak hidangan lengkap untuk dia.
Walhal sederhana jee .. tu dah jadi bukti yang jekfer memang sayangkan lailer

Ramuan
1 ikat kecil kacang panjang1 butir telur3 ulas bawang merah kecik2 siung bawang putih3 tangkai cili padi (sesuaikan)1 sdk garam1 sdk gula1/2 sdk serbuk secukup rasaLangkah
Sediakan semua bahan. Kacang pancang potong pendek, cili bawang hiris nipis, dan telur di kocok lepas.Panaskan minyak, tumis bawang sampai layu, kemudian masukkan kacang telur dan cili. Gaul cepat cepat sampai kacang tersalut telur.Tambahkan bahan perasa, sesuaikan, dan tunggu sampai kacang masak. Kalau makcik suka yang setengah masak jee.. bila masih rangup tuu lebih sedap Ok kacang dan masak dah boleh angkat dan hidangkan.
11. Pak Choy Tumis Sos Tiram

Bahan-Bahan:4-5 pokok sayur Pak Choy4 sudu besar sos tiram2 ulas bawang putih, cincang halussatu hirisan nipis halia, cincang halussedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit airsedikit bawang gorenghirisan cili apiCara Penyediaan:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.kredit : CikNom
12. Leek Goreng



Sumber Resepi: Carian Mr Google

Bahan:-
200 gram daging lembut
4 batang leek
1/2 batang lobak merah kalau suka
4 ulas bawang putih tumbuk kasar
2 sudu besar sos tiram
1/2 biji capsicum merah potong ikut suka (x letak x da stock kat rumah)
Sedikit minyak zaiton untuk menumis(kalau tak ada minyak sayur pun ok )
1/2 cawan air kalau nak berkuah

Caranya:-
1. Panaskan minyak zaiton dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga bertukar jadi golden brown.
3. Masukkan daging, gaul rata dalam 2 minit, kemudian air dan sos tiram.
4. Bila dah mendidih masukkan leek, capsicum dan lobak merah.
5. Kacau rata,agak-agak leek dah layu sedikit, tutup api, angkat dan hidangkan.

13. Kobis Goreng Ala Mamak

Bahan-Bahan:
1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara Penyediaan:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis

Kredit : CheNom
14. Kangkung Goreng Belacan 


Bahan-Bahan:
sayur kangkung, 1 ikat1 sudu kecil tepung jagung (jadikan pes)3 sudu besar minyak masaksedikit kicapgaram dan gula secukup rasaBahan kisar kasar:4-5 tangkai cili padi1 biji cili merah1 cm belacansedikit ikan bilis3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihCara Penyediaan:
Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak. Angkat dan hidangkanTips:
Masakan sayur kangkung harus dimasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia sebelum anda mula memasak. Jika terlebih masak, sayur akan lembik dan tak sedap lagi.

Kredit : CheNom
15. Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Salah satu menu sis hari ni... kerabu pucuk paku dan kerang...mcm tak cukup bahan tapi masak juga sbb dah teringin sangat...
Bahan-Bahan
Pucuk paku...celur dulu...Kerang...rebus dulu... Cili besar,cili padi bawang putih... tumbuk... bawang merah...hirisTomato...potong kecikCili padi...hiris kecilLimau nipis...perahkan dlm bahan nnti...Sos ikanGaram..gula..serbuk perasa...Cara Penyediaan  Satukan semua bahan kacau sebati...boleh di hidangkan.
Sedia untuk dimakan
Resepi : Epy Za

Sekian, Selamat mencubaMohon share ye

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2021/04/15-aneka-masakan-sayur-simple-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple Dan Sedap

10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 952 hits
10 Koleksi Resepi Masakan Thai Simple dan Sedap Nak sampai ke 30 hari sampai buntu tak tau nak masak apa kan Kadang kadang lauk yang sama je dalam satu minggu Umi kongsikan 10 koleksi resepi masakan thai simple dan sedap supaya lepas ni kal...
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 717 hits
30 Himpunan Resepi Masakan Ayam Sedap Dan Mudah Ayam memang menjadi favorite anak anak dan kalau boleh setiap hari diaorang nak lauk berasakan ayam contohnya ayam goreng kunyit ayam bakar rendang ayam tomyam ayam ayam sambal ayam halia dan ...
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 618 hits
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera Menu masakan bulan puasa memang banyak tapi kadang tu pening kepala nak fikir masak apa Lagi lagi untuk idea menu sahur Untuk diri ini daku lebih suka menu sahur simple cepat...
Sedapnya Makan Puding Sejuk Sejuk Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba

Sedapnya Makan Puding Sejuk Sejuk Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 334 hits
Berbuka hari ini makan apa Setiap hari celik saja mata soalan itu bermain di minda Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera Kalau bercakap juadah manisan puding antara yang menjadi pe...
Baru Nak Cuba Masak Rendang Minang Mudah Disediakan

Baru Nak Cuba Masak Rendang Minang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 629 hits
Assalamualaikum semua sejak awal puasa hari tu dengan kesihatan yang sedang nak mula pulih dari demam saya tak berapa nak memasak sangat Penat pula berdiri lama dekat dapur Tapi semalam badan alhamdulillah rasa semakin baik dan lebih bersem...
Tak Puas Dengan Kacang Pool Bazar Ramadan Seri Alam Johor

Tak Puas Dengan Kacang Pool Bazar Ramadan Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 309 hits
Tak Puas dengan Kacang Pool Bazar Ramadan Seri Alam Johor Alhamdulillah selamat berbuka Ini kisah haritu di mana aku singgah ke bazar Ramadan untuk mencari makanan buat si perut Sesuka hati aku letak nama tu Haha Sebab aku teruja pertama ka...
Gelaran Datuk Seri Nicky Liow Ditarik Balik Serta Merta

Gelaran Datuk Seri Nicky Liow Ditarik Balik Serta Merta

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 321 hits
792 total views 792 views today Istana Pahang membatalkan dan menarik semula Darjah Kebesaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri kepada ahli perniagaan dalam buruan Liow Soon Hee atau Nicky Liow berkuat kuas...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025