14 Manfaat Panjat Tangga


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
14 Manfaat Panjat Tangga | Antara tangga dan lif mana korang pilih? Jujurnya mesti ramai pilih lif la kan...

Siapalah rajin nak panjat tangga kan. Tapi kalau kita tau la kan manfaat panjat tangga, agak-agak nak tak panjat tangga?

Sebenarnya kalau nak tengok jantung korang sihat ke tak, cubalah panjat tangga dua tingkat jadilah. Kalau rasa mengah dan sesak nafas, maknanya jantung korang ada masalah.

Memanjat tangga juga alternatif senaman yang paling mudah. Tak payah pergi gym pun.. Panjat tangga je.

Panjat tangga, senaman alternatif yang mudah... Tapi ramai tak nak buat.

Ini manfaat panjat tangga, dengan harapan lepas ni ramai yang memilih untuk panjat tangga berbanding berebut naik lif.

14 Manfaat Panjat Tangga
1. Membakar lebih banyak kalori Memanjat tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat, dan membakar lebih banyak kalori setiap minit berbanding berjogging.

2. Sesuai untuk orang yang sibuk Memanjat tangga ada senaman yang sesuai untuk orang bandar sentiasa yang kesuntukan masa serta tempat untuk beriadah/bersenam.

3. Tidak memerlukan kemahiran tinggi. Memanjat tangga tidak memerlukan kemahiran tinggi, kelincahan, atau sebarang latihan spesifik. Ia boleh dilakukan di mana-mana bangunan.

4. Bukanlah senaman yang pelik. Memanjat tangga di tempat kerja tidak kelihatan janggal atau seperti membuang tabiat berbanding dengan berlari-lari anak di tempat kerja.

5. Jimat masa Memanjat tangga lebih menjimatkan masa berbanding menunggu lif, jika sesuatu bangunan itu mempunyai 5 tingkat atau kurang.

6. Banyak kalori terbakar berbanding naik lif Memanjat tangga memerlukan 8-9 kali lebih tenaga berbanding duduk, dan membakar sekitar 7 kali lebih kalori daripada menggunakan lif.

7. Kalori terbakar setiap tingkat Memanjat 20 anak tangga bakar sekitar 3 kalori, bersamaan 0.17 kalori setiap langkah menaiki anak tangga. 1 tingkat mempunyai 17-20 anak tangga.

8. Turun tangga pun boleh bakar kalori. Menuruni 20 anak tangga membakar kalori pada kadar lebih rendah iaitu sekitar 1 kalori, bersamaan 0.05 kalori setiap langkah menuruni anak tangga.

9. Dapat kuatkan otot Menuruni anak tangga bakar kurang kalori, tetapi menguatkan otot berlainan dengan otot untuk memanjat tangga. Buat keduanya baru seimbang.

10. Bakar kalori ikut berat badan Memanjat tangga membakar lemak pada kadar selari dengan berat badan anda. Semakin tinggi berat badan, semakin banyak kalori dibakar.

11. Kalori terbakar ikut setiap anak tangga Memanjat tangga dengan melangkau satu anak tangga pada setiap langkah tidak membakar lebih kalori berbanding memanjat setiap anak tangga.

12. Menurunkan risiko penyakit serius Memanjat tangga 7-10 minit sehari menurunkan risiko masalah jantung, osteoporosis, kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

13. Faedah kesihatan yang optimum Untuk faedah kesihatan yang optimum, buat senaman memanjat tangga 30 minit, 3 kali seminggu. Bersamaan 150 minit seminggu.

14. Lebih mesra alam sekitar. Memanjat tangga lebih mesra alam sekitar. Ia kurangkan pengeluaran karbon sebanyak 0.3-0.6kg CO2 sehari, melalui penjimatan tenaga operasi lif.


Semoga bermanfaat!


Nota: Jika kalian ada masalah jantung, jumpa dulu doktor sebelum nak cuba senaman panjat tangga.

Senangkan, panjat tangga je... Jadi boleh la cari rumah 2 tingkat lepas ni... Tak pun panjat tangga ofis.. Paling tidak 2 tingkat pun jadilah.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2019/11/senaman-tangga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Ini Hukuman Khas Yang Menanti Mana Mana Perampas Perosak Rumah Tangga Orang

Awas Ini Hukuman Khas Yang Menanti Mana Mana Perampas Perosak Rumah Tangga Orang

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 359 hits
Menurut permohonan Tribunal Perkahwinan sejak 2013 sehingga Mei 2019 oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat antara punca utama penceraian ialah tiada persefahaman antara pasangan masalah kewangan dan kewujudan orang ket...
Macam Macam Usaha Rumahan Ibu Rumah Tangga Dengan Modal Kecil

Macam Macam Usaha Rumahan Ibu Rumah Tangga Dengan Modal Kecil

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 425 hits
Ada macam macam usaha rumahan ibu rumah tangga yang bisa dilakukan Usaha rumahan ini juga tidak menyita banyak waktu dan bisa diatur sehingga tidak mengganggu urusan rumah tangga yang utama
Berbulan2 Lif Rosak Pakcik Upah Budak Pimpin Tangan Naik Tangga

Berbulan2 Lif Rosak Pakcik Upah Budak Pimpin Tangan Naik Tangga

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 336 hits
Permasalahan lif rosak sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk rumah flat Namun apabila beberapa membuat aduan barulah pihak pengurusan turun padang bagi menyelesaikan masalah tersebut Baru baru ini seorang warga emas Ng See Som sang...
Bendung Karet Tirtonadi Solo Dipenuhi Limbah Busa Rumah Tangga

Bendung Karet Tirtonadi Solo Dipenuhi Limbah Busa Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 253 hits
Bendung Karet yang ada di depan Terminal Tirtonadi Solo Rabu dipenuhi busa Busa berwarna putih mirip deterjen tersebut diduga akibat tercemar limbah rumah tangga Masyarakat yang melintas di anak Sungai Bengawan Solo tersebut berhenti untuk ...
Mangsa Keganasan Rumah Tangga Cleopatra Mahu Wanita Bangkit

Mangsa Keganasan Rumah Tangga Cleopatra Mahu Wanita Bangkit

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 693 hits
Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga Foto ihsan Instagram cleopatra x3KUALA LUMPUR 16 Nov Pernah tular kerana didakwa menjadi pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul...
11 Tahun Jalin Rumah Tangga Dirusak Pelakor Ibu 2 Anak Ikhlaskan Pergilah Suamiku Dengan Wanitamu

11 Tahun Jalin Rumah Tangga Dirusak Pelakor Ibu 2 Anak Ikhlaskan Pergilah Suamiku Dengan Wanitamu

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 579 hits
Curhatan ibu dua anak biduk rumah tangga dirusak pelakor pilih ikhlaskan suami Curahan hati Forina Emmi Dumaria Simanjorang mendadak viral di Facebook Ibu dua orang anak ini menceritakan kesedhan dan amarahnya setelah kehidupan pernikahanny...
Agong Sanggup Panjat Divider Jalan Tanya Khabar Mangsa Kemalangan

Agong Sanggup Panjat Divider Jalan Tanya Khabar Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 480 hits
Selepas memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun ini nbsp KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kerap kali menjadi perhatian kerana sifat baginda yang begitu mesra dan prihatin kepada rakyat jelata Setiap tindak tanduk bagin...
Bila Bersalin Anak Ikut Muka Suami Isteri Gembira Rumah Tangga Harmoni

Bila Bersalin Anak Ikut Muka Suami Isteri Gembira Rumah Tangga Harmoni

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 407 hits
Sudah nasib ibu mengandungkan sembilan bulan Kemudian bersusah payah melahirkan sekali bila keluar anaknya mirip si ayah Tidak mengapa asalkan sihat sudah cukup Lagipun memang itu ayahnya logiklah kalau wajah mereka seiras Kalau ditegur ken...
Elvina Tak Menyesal Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Ig

Elvina Tak Menyesal Kongsi Masalah Rumah Tangga Di Ig

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 339 hits
Pernah berkongsikan kemelut rumah tangganya di media sosial pelakon Datin Elvina Mohamad memberitahu dia tidak kisah masalah peribadinya diketahui umum dan tidak The post appeared first on
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Satria Muda Evolander Cbm

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025