14 Makanan Unik Yang Ada Di Malaysia


Credit: peppers-love.blogspot.my Malaysia sememangnya syurga makanan. Rasanya, saya tak perlu nyatakannya kerana seluruh dunia tahu, kalau nak cuba makanan-makanan yang pelbagai, berbeza dan mempunyai perisa yang kompleks, memang wajib untuk datang berkunjung ke Malaysia walaupun sekali.
Siapa yang dapat menolak godaan nasi lemak, mee kari, laksa dan pelbagai lagi makanan tempatan yang terhasil dek gabungan budaya tiga kaum berbeza yang tinggal di negara ini.
Di mana lagi kita nak jumpa makanan sepelbagai ini di negara lain?
Tak Sama Tapi Serupa Namun begitu, kebanyakan makanan yang dikomersialkan atau diiklankan kepada golongan angmoh atau mat salleh ini adalah makanan-makanan yang biasa.
Jangan marah, ya. Saya tak maksudkan makanan-makanan kita yang popular itu makanan yang biasa. Maksud saya di sini ialah, makanan-makanan ini boleh didapati di negara-negara lain juga walaupun terdapat sedikit perubahan yang dibuat.
Sebagai contoh, roti canai di Malaysia dan parata di Singapura merujuk pada makanan yang sama.
Jadi, apa yang kita patut buat untuk menaikkan lagi nama Malaysia sebagai syurga makanan terunggul di dunia?
Unik, Lain dan Pelik Malaysia mempunyai terlalu banyak makanan hinggakan kita ada makanan yang cukup unik. Unik di sini bererti, makanan-makanan ini hanya boleh dijumpai di sini saja.
Boleh dikatakan juga makanan-makanan unik ini terhasil kerana campuran tiga budaya berbeza. Tapi, apa yang pasti, jika anda betul-betul nak menjiwai gaya hidup dan diet masyarakat setempat Malaysia, anda wajib cuba makanan-makanan unik ini.
1. Nasi Ganja Kredit; Vkeong.com Berdasarkan namanya, mungkin ramai berasa was-was atau mungkin teruja apabila melihat perkataan ‘ganja’ di sini. Jangan takut! Nasi Ganja diberi nama sebegitu kerana sekali anda mencubanya, anda boleh menjadi ketagih! Terdapat juga kisah nama nasi ganja ini wujud kerana nasi ditanak bersama daun ganja. Tapi rasanya, itu tak berlaku lagi.
Kelazatan dan kepekatan pelbagai kuah dan juga nasinya yang wangi membuatkan sesiapa saja tergoda! 
2. Nasi Kandar Kredit: yelp.my Siapa saja yang berkunjung ke Pulau Mutiara pasti akan menyinggah ke mana-mana restoran nasi kandar ternama untuk menikmati sepinggan nasi kandar.
Sejarah nasi kandar adalah satu trivia yang sangat menarik. Semasa zaman pemerintahan British, ramai pedagang dari India dan Pakistan datang menetap di Pulau Pinang. Ada antara mereka yang menjalankan perniagaan makanan dengan mengangkut kandar dengan dia periuk digantung di setiap hujung berisi nasi dan kuah kari, lazimnya ayam, kambing ataupun ikan.
Sekarang, anda ada info baru untuk dikongsi dengan kawan-kawan apabila menikmati nasi kandar di restoran kegemaran anda.
3. Burger Kahwin Credit: malaymail.com Pernah tak anda terasa lapar malam-malam dan terfikir nak makan burger tapi tak boleh nak pilih apa yang anda mahu? Saya pasti semua orang pernah berada dalam situasi ini sekurangnya sekali.
Oleh sebab masalah ini sentiasa membelenggu rakyat Malaysia, jadi terhasillah burger kahwin ini yang mana anda bukan saja dapat memilih satu malah dua jenis daging berbeza dalam satu burger. Kalau anda tahu negara lain yang tawarkan burger kahwini ini, komen di bawah! 
Bagi golongan yang sentiasa berada di atas pagar, inilah makanan untuk anda.
4. Ayam Pasu Apabila anda melihat makanan ini, pasti anda teringatkan kenangan anda di bazar Ramadan. 
Ayam Pasu ialah ayam yang dipanggang di atas pasu. Pasu diisi arang yang dinyalakan dan ayam yang disapu dengan rempah perapan istimewa dipanggang. Hidangan ayam pasu ini hanya boleh didapati semasa bulan Ramadan saja.
5. Mee Racun Dari namanya, pasti ramai yang tertanya-tanya, dari mana nama ‘mee racun’ ini datang? Adakah sajian ini menggunakan bahan berbahaya?
Menurut cucu pencipta mee racun ini, mee tomato yang dijual oleh datuknya pada tahun 1970 cukup enak hinggakan membuat ramai orang berpusu-pusu untuk mendapatkannya. Jadi, satu hari, seorang pelanggan setia datuknya berkata, ‘mee ini beracun sungguh.’
Jadi, jangan teragak-agak untuk turun ke Batu Pahat, Johor untuk menikmatinya!
6. Mee Cincai Kredit: Ahmad Lim Black Pancake Siapa pernah cuba Mee Cincai ini? Mee Cincai ini, kalau tak silap saya, diperkenalkan oleh kafe Ahmad Lim Black Pancake dan menjadi cukup popular dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur.
Keunikan Mee Cincai ialah kuahnya yang pedas. Saya tak pernah mencubanya lagi. Bagi yang pernah cuba, tinggalkan komen anda di bawah tentang pengalaman anda menikmati Mee Cincai ini.
7. Mee Besen Kredit: adibahdebot Keunikan Mee Besen bukanlah kerana segala makanan yang disajikan adalah dalam besen. Sebaliknya, idea di sebalik Mee Besen yang diamalkan oleh sebuah restoran di Melaka adalah untuk membolehkan seisi keluarga menikmati hidangan yang dipesan bersama-sama.
Konsep ini sememangnya sejajar dengan adab makan rakyat Malaysia yang menjadikan waktu makan sebagai satu aktiviti keluarga yang wajib.
8. Kerabu Maggi Kredit: Sheila Rusly Ramai orang kata, makanan segera tak bagus untuk kesihatan. Tapi, rakyat Malaysia tak menjadikan hal itu sebagai satu penghalang. 
Maka, terlahirnya kerabu yang diperbuat daripada mee segera. Bahan-bahan yang digunakan dalam kerabu ini segar dan berkhasiat. 
Tengoklah betapa inovatifnya rakyat Malaysia! Cuba beritahu saya, negara lain mana yang boleh fikir begini?
9. Sambal Taun Kulit Lembu Kredit: Chef Alexiswandy Saya sejujurnya tak pernah cuba mahupun tahu ada makanan yang disediakan menggunakan kulit lembu.
Lazimnya, kulit lembu dijadikan sebagai bahan untuk membuat alat muzik, pakaian, perabot dan juga kasut. Tak sangka pula boleh dimasak juga.
Bagi yang tertanya-tanya nak tahu apakah rasa sambal taun kulit lembu ini bolehlah cuba resepi oleh pengguna bernama Ukhtie Suraya.
10. Aiskrim Nasi Lemak Bagi peminat ‘mati kipas’ nasi lemak, penting untuk anda mencuba aiskrim ini. 
Nasi lemak merupakan makanan kebangsaan Malaysia. Tak sah pagi kita kalau kita tak menikmati sebungkus nasi lemak sebagai sarapan pagi.
Oleh itu, ramai pengusaha makanan cuba menjadikan perisa nasi lemak dalam pelbagai bentuk, baik kek mahupun aiskrim.
Namun begitu, tak ramai yang dapat memahami konsep perisa savori untuk makanan manis. Tapi, bagi yang berani, satu-satunya tempat untuk anda cuba aiskrim berperisa nasi lemak adalah di Malaysia.
11. Murtabak Maggi Kredit: purrfectbliss.com Mee segera merupakan bahan makanan yang paling murah di Malaysia. Oleh itu, ramai anak muda pasti menyimpan stok mee segera di rumah.
Tetapi, kalau tiap2 hari makan mee segera, memang boleh jadi muak dibuatnya. Maka, golongan bujang perlu bersikap kreatif dan hasilnya, murtabak maggi dicipta.
Terdapat banyak variasi masakan mee yang dimasak dalam bentuk roti seperti Schezuan Dosa di India dan Murtabak Maggi adalah satu makanan yang wajib dicuba sekali!
12. Burger Ramly Kredit: havehalalwilltravel.com Orang luar mungkin berbangga dengan restoran makanan segera gergasi mereka yang menjual pelbagai jenis burger tapi tiada burger yang dapat menandingi  rasa burger Ramly.
Burger Ramly selalunya di gerai tepi jalan dan sentiasa menjadi snek pilihan ramai ketika lapar pada waktu malam. Hingga kini, kita tak tahu jika bahan perasa ataupun tekstur daging burger itu sendiri, tapi rasa burger ini cukup memuaskan!
Kalau Burger Ramly boleh dijumpai di mana-mana dengan mudah, tak mungkinlah ada rakyat Malaysia yang dapat menjual burger Ramly di New York pada harga RM 31!
  13. Laksa Sedut Kredit: Don’t Speak Those Silent Words Makan makanan berkuah memang merenyahkan khususnya apabila anda sibuk dan perlu bergerak ke merata tempat. Oleh itu, terhasillah konsep laksa sedut ini.
Laksa diisi di dalam plastik dan dilengkap garfu dan straw untuk anda menikmati laksa di mana-mana saja. Laksa sedut cukup popular di negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Ini barulah istilah ‘to-go’!
14. Roti Tisu Kredit: KitoTV Akhir sekali, ialah roti tisu. Percaya atau tidak, roti tisu merupakan ciptaan restoran mamak setempat. 
Roti tisu merupakan roti nipis yang biasanya digulung tinggi dan dituang susu pekat dan taburan gula.
Memang satu pilihan pencuci mulut yang murah dan mengenyangkan. Tapi saya ada satu soalan untuk anda, adakah anda pernah habis makan roti tisu sendiri? Kalau pernah, sila kongsi tips anda dengan saya kerana saya tak pernah berjaya habiskan roti tisu sendirian!
Malaysia Boleh! Jadi itulah antara makanan unik yang hanya boleh dijumpai di Malaysia. Tiba-tiba terasa lapar pula!
Adakah anda pernah cuba kesemua makanan unik Malaysia ini? Cuba guna senarai ini untuk jadikan sebagai ‘checklist’ anda dan semak makanan yang mana anda perlu cuba nanti.
Kongsi bersama Butterkicap jika anda mengetahui makanan unik Malaysia lain yang orang luar mesti cuba apabila mengunjungi Malaysia.
The post 14 Makanan Unik Yang Ada di Malaysia appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/food-journeys/14-makanan-unik-yang-ada-di-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Kebiasaan Unik Pedagang Makanan Di Indonesia Ada Yang Gebrak Botol Kecap Segala

10 Kebiasaan Unik Pedagang Makanan Di Indonesia Ada Yang Gebrak Botol Kecap Segala

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 242 hits
10 Kebiasaan unik pedagang makanan di Indonesia Ada yang gebrak botol kecap segala lho
Unik 6 Kreasi Makanan Ini Bikin Sakit Hati

Unik 6 Kreasi Makanan Ini Bikin Sakit Hati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 193 hits
Tak jarang makanan yang sudah ada dikreasikan dengan mengikuti tren yang lagi hitz Beberapa kreasi makanan yang tidak lazim hingga dilabeli penistaan makanan Dari berbagai sumber ini bentuk kreasi makanan yang bikin sakit hati
Ketahui Asal Usul Alor Setar Sejarah Unik Disebalik Ibu Negeri Tertua Di Malaysia

Ketahui Asal Usul Alor Setar Sejarah Unik Disebalik Ibu Negeri Tertua Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 594 hits
Kedah sememangnya ada banyak tarikan tempat menarik untuk dilawati Pulau Langkawi adalah antara contoh tempat percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara Namun jangan dilupa bandaraya Alor Setar ibu negeri Kedah ju...
Yoursay Malaysia S Ides Of March In February

Yoursay Malaysia S Ides Of March In February

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 186 hits
YOURSAY Mahathir will be stronger than his first tenure He wins Great play FairPlay If all or the majority of the MPs had pledged their full support for interim prime minister Dr Mahathir Mohamad a unity government could be formed with Maha...
Hrm533 Nestle Malaysia

Hrm533 Nestle Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 457 hits
HRM533INTRODUCTION TO HUMAN RESOURSE MANAGEMENTGROUP ASSIGNMENT COMPANY NESTLE MALAYSIATABLE OF CONTENT Pages TABLE OF CONTENT 2 CHAPTER 1 INTRODUCTION 1 1 Background of the company 3 1 2 Objective of the company 5 1 3 Vision And Mission St...
5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

5 Senario Yang Mungkin Berlaku Kepada Lanskap Politik Malaysia Dan 3 Soalan Ydpa Kepada Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 468 hits
Senario 1 Tun Mahathir jadi PM dan lantik kabinet dengan muka baharu Senario 2 Tun Mahathir bersama Muafakat Nasional tubuh Kerajaan baharu Senario 3 Tun Mahathir jadi PM kepada Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang kabinet dilantik berdasar...
Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

Penjelasan Dana Ngo Malaysia Tidak Sampai Ke Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 360 hits
Tuduhan bahawa dana daripada NGO NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al Aqsa secara umum tanpa penjelasan terperinci adalah fitnah yang keji dan berniat jahat Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan m...
Tak Rugi Baca Malaysia Masih Berada Dalam Safe Hands 2 Hero Ini

Tak Rugi Baca Malaysia Masih Berada Dalam Safe Hands 2 Hero Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 240 hits
THE KING AND THE CHIEF SERVANT Fenomena yang sedang melanda Malaysia ni dipanggil government formation deadlock Deadlock ni boleh berpunca daripada samada hung parliament
Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 747 hits
Semua jawatan menteri Kabinet digugurkanKetua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord