13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit Muka
13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit MukaTips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit Muka | Muka yang tak dijaga akan menyebabkan adanya jerawat, whitehead, blackhead, jeragat dan sebagainya.
Tips pilih pencuci muka dengan betul.
1. Tahu Jenis Kulit Muka Terlebih Dahulu
Dalam dunia ni ada 5 jenis kulit muka iaitu kulit normal, berminyak, kering, sensitif dan juga kombinasi.
13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit MukaKULIT NORMAL
Untuk kulit jenis normal ni bermaksud semuanya seimbang. Kadar kelembapan, minyak dan ketahanan semua sama. Kulit jenis ini sangat senang untuk mencari pencuci muka yang sesuai.
KULIT BERMINYAK
Ini pula sejenis berminyak seluruh muka walaupun baru lepas beberapa jam je cuci muka. Jika kulit korang jenis ini, cari pencuci muka yang mempunyai nilai pH rendah atau tinggi kandungan asid. Ini akan membantu mengurangkan minyak dimuka.
KULIT KERING
Kebiasaanya sesiapa yang mempunyai kulit muka kering ni agak susah untuk kelihatan liang romanya selepas mencuci muka. Jika kulit muka kering, jangan guna produk yang mengandungi alkohol. Kulit akan bertambah kering.
BACA Masalah Kulit Muka Kering dan Mengelupas
KULIT SENSITIF
Kalau korang mempunyai alahan, kulit selalu rasa tegang dan gatal-gatal pula elakkan produk yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia lain. Ini akan membuatkan kulit korang bertambah parah.
KULIT KOMBINASI
Ini adalah gabungan antara kering dan berminyak. Selalunya kawasan yang akan berminyak hanyalah pada bahagian ‘Zon T’ sahaja manakala di bahagian lain pula kering ataupun sensitif. Untuk kulit jenis ini sebaiknya elakkan guna sabun mandi buku. Cari pencuci muka yang lembut kemudian cuci dengan air suam.
2. Guna Pencuci Muka Yang Berbuih, Lembut & Halus
Dalam bahasa mudahnya jangan guna pencuci muka yang ada biji-biji kecil tu. Ia akan melukakan kulit muka korang je. Cari pencuci muka yang banyak buih sebab ia lagi mudah untuk mencuci sehingga ke dalam liang roma.
3. Gunakan Air Suam
Jangan gunakan air yang terlampau panas nanti kulit muka akan jadi terlalu kering pula. Sekadar suam-suam kuku sahaja.
4. Guna Pencuci Muka Yang Sama pH Dengan Muka
Jangan sesekali guna pencuci muka yang beralkali kerana nilai pH kulit muka manusia adalah 5.5 iaitu berasid. Pencuci muka yang beralkali hanya akan merosakkan kulit.
5. Elakkan Pencuci Muka Yang Mempunyai Pewangi & Pengawet
Sebaiknya semak dahulu label dibelakang produk sebelum membelinya. Bahan-bahan ini hanya akan membuatkan kulit anda bertambah parah.
6. Elakkan membeli pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan seperti ini :
Paraben
Imidazolidinyl urea
Queternium-15
DMDM Hydantoin
Phenoxyethanol Methylchloroisonthiazolinone
Formaldehyde
Tips tambahan untuk pilih pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis masalah kulit muka.
Umi cadangkan Gel Oil Cleanser Youth Skincare.
Luminous Gel Oil Cleanser dicipta khas untuk pelbagai jenis kulit. Tak kira apa jenis kulit wajah korang, Cleanser Youth Skincare Shaklee sesuai kerana GEL dan OIL yang digabungkan bersama.
Gel Cleanser sangat bagus untuk menyerap minyak pada kulit wajah yang berminyak dan berjerawat disebabkan oleh bakteria.
Manakala Oil Cleanser adalah sesuai untuk yang miliki kulit kering dan agak sensetif untuk memberi kelembapan semula kepada kulit wajah.
13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit MukaKelebihan Cleanser Youth Shaklee Luminous Gel Oil
1. Pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Terdiri dari 2 kombinasi iaitu jenis gel dan jenis minyak untuk kulit yang sihat.
Gel 》 Kulit Normal, Kombinasi dan Berminyak
Minyak 》 Kulit Kering dan Sensitif
2. Fungsi 3 dalam 1 – Bertindak sebagai pencuci muka, penanggalkan makeup ringan dan scrub
Tidak mengandungi sabun – Bagi menjaga kelembapan kulit secara semulajadi, “soap free” adalah bagi memastikan pH tidak tinggi seperti sabun.
3. pH-seimbang – Bukan alkali ataupun asidic untuk kesesuaian kulit yang sihat.
Diperkaya dengan vitamin – Kaya dengan vitamin yang dipaten dan polifenol untuk kulit yang lebih sihat dan melindung daripada kesan radikal bebas, bukan sekadar mencuci.
4. Penutup tiub berpusing. Hanya pusing saja penutup dan picit . Tiada lagi masalah hilang penutup.
5. Tanpa Buih - Ini bermakna , minyak semulajadi kulit terpelihara. Jadi kulit rasa segar dan tak rasa ketat.
6. Baunya natural yang hadir daripada Minyak Avocado.
7. Bila senyum, kulit rasa hidrat , tak kering dan tak rasa ketat. Lepas keringkan muka, cuba sapu jari atas permukaan kulit, mesti akan rasa licin ibarat kulit baby gitu.
Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit MukaBerminat untuk dapatkan pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis masalah kulit muka ni? Anda boleh berhubung terus dengan Umi di sini
Nak dapatkan produk Shaklee?
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.uminazrah.com/2019/12/13-tips-pilih-pencuci-muka-untuk-semua-jenis-masalah-kulit-muka.html