Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis Kena Tahu 6 Jenis Limau Ini


Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis Kena Tahu 6 Jenis Limau Ini | Salam semua, setiap kali nak tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, limau mandarin pun dah mula muncul di pasaran. Nak yang mana, macam - macam saiz ada. Dan macam - macam bentuk packaging yang pernah jumpa. Bertuah, kita tinggal di Malaysia,  Hidup dalam satu bumbung bernama bumi Malaysia, macam - macam boleh rasa. Sis nak kongsi berdasarkan kepada pengalaman, macam mana nak pilih limau mandarin yang manis.



Dalam seminggu lepas, sis keluar nak beli barang, ada singgah kat Pasar raya Nirwana, ternampak buah limau berkotak-kotak dah kat ruang depan.Yang dalam kotak biasa pun ada, yang dalam kotak luar biasa pun ada. Eksklusif lagi. Jadi, pilih lah nak yang mana satu.

Pernah tak, ada pengalaman bila makan limau mandarin boleh yang masam. Sis, kalau dapat yang masam memang tak sentuh dah. Tekak tak boleh nak telan. Nak yang manis sahaja.



Berbalik pada cerita buah limau kat pasaraya tu, ternampak ada pekerja yang sedang keluarkan limau daripada kotak. Dalam kotak ni macam susah sikit, kita tak tahu mungkin ada limau dalam kotak tu dah buruk. Sebab itu, agak jarang juga lah beli limau dalam kotak. Biasanya, sis ambil yang jual timbang, kita pilih sendiri. Barulah boleh pilih yang mana  masih ok. Buah limau ni kalau lama-lama dalam kotak pun tak boleh juga kan, nanti buruk cepat.

Kat sini biasanya, pekerja dah repack balik limau tu letak dalam plastik selepas keluarkan daripada kotak.. Satu plastik harga tu ikut gred limau juga. Walaupun dah letak dalam plastik pun sebab bahagian plastik atas dah kena seal, jadi nampak berpeluh limau dalam tu, tak selamat jugak, Sebab tu, tanya pekerja kat situ ni repack hari ini ke atau dah lama, sebab nampak yang dalam plastik ada yang berpeluh, hati-hati nak pilih limau.

Eh lupa, korang nak tahu tak macam mana nak tahu limau mandarin tu manis ke tidak. Kalau yang dah tahu kan tak apalah, kita pun nak kongsi balik kat sini, kot ada yang tak tahu kan.

6 Jenis Limau Mandarin Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli 

Sebenarnya, ada 6 jenis limau mandarin di pasaran. Kalau korang perasan, mesti ada harga murah dan mahal. Saiz pula ada pelbagai jenis. Itu bergantung kepada jenis limau mandarin yang ada. Nama pun ada berbeza kan. Perasan tak ? Sis pun tak berapa nak tahu, bila dah tahu jenis limau mandarin, nanti nak beli senang lah.

Rupanya nak yang jenis limau mandarin yang manis, kena ketahui jenis limau mandarin. Kalau tak asyik nak terbeli yang masam jawabnya. Jom, kita ketahui jenis limau mandarin yang ada dan pastikan selepas kenali ke semua ciri - ciri limau mandarin ini, nanti senang korang nak tahu manis ke tak. Walaupun nampak sama, tapi berbeza ya.


1. Limau Ponkan

Limau ponkan adalah antara yang popular dan berasal dari Taiwan. Dari segi rasa, Ponkan berasa manis dengan ada sedikit masam di hujung lidah. Tapi, tidak berjus seperti lukan. Saiznya untuk sebiji lebih kurang tapak tangan orang dewasa. Agak besar dan kulitnya yang licin. Warnanya pula sedikit terang jika dibandingkan dengan lukan dan mudah dikupas.


2. Limau Lukan 

Limau lukan adalah sejenis limau yang manis dan berjus. Berasal dari negara China. Dari segi rasa, limau ini lebih manis dan berjus jika nak bandingkan dengan Ponkan. Limau jenis ini amat sesuai untuk digunakan dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.

Dari segi saiznya pula, limau ini lebih kecil dari Ponkan. Kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Kadang - kadang ada terjumpa tompok hitam pada kulit.


3. Limau Swatow

Limau jenis ini berasal dari China dan rasanya lebih masam. Saiz limau Swatow lebih besar dari limau Ponkan dan Lukan. Mempunyai kulit yang lebih tebal dan teksturnya yang kasar dan susah sikit untuk dikupas.

Limau mandarin jenis ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan berbanding limau yang lain yang hanya bertahan dalam tempoh 3 bulan selepas masak ranum.


4. Limau Mikan 

Limau Mikan juga berasal dari negara China. Limau ini juga mempunyai rasa yang paling masam. Selain daripada aroma citrusnya yang sangat kuat. Saiz limau mandarin ini adalah yang paling kecil dan mempunyai kulit yang nipis berwarna kekuningan. Tapi limau jenis ini tak tahan lama. Selepas masak hanya mampu bertahan selama 2 minggu.


5. Limau Emperor Tangerines

Ini adalah limau mandarin yang paling disukai ramai disebabkan rasa dan aromanya yang sedap. Limau jenis ini berasal dari negara China. Wealaupun limau ini adalah yang paling manis, tetapi, rasa manisnya tak tahan lama. Selepas seminggu dipetik, rasanya akan berkurangan. Kulitnya nipis dan mudah dikupas.


6. Limau Dekopon

Limau mandarin Dekopon berasal dari Jepun. Kulitnya mudah dikupas. Limau jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis yang segar. Limau ini juga mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Kalau nak kenal jenis limau ini, warna kulitnya sedikit cerah dan permukaannya kasar.

Selain itu, ada benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran dengan tangkai.


Cara Pilih Limau Mandarin Yang Manis 

Tapi kalau nak buat cara macam ini pun boleh juga. Boleh dipakai lagi.

1. Mula- mula sekali kita tengok fizikal buah limau tersebut. Biasanya kalau nak tahu yang manis ni, limau tak bulat cantik, nampak menggerutu sikit. Ikut bonda cakap, kalau yang masam buahnya bulat cantik

2. Warna buah limau yang manis, nampak ke oren tua sikit.

3. Cuba picit bahagian bawah limau, kalau kulit limau tu nampak lekuk, maknanya kulit limau tu dah mudah lekang dari isi. Yang ni mudah sangat nak cam.

4. Biasanya kalau kulit limau yang mudah lekang ni antara dua samaada manis atau tawar, sebab kalau ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar tu dah biasa.

Ok, itu sahaja kalau korang ada boleh tambah. Kalau buah limau dalam kotak, rasa macam susah sikit nak pilih - pilih kan, tapi  yang boleh timbang tu, kita boleh pilih. Oh lupa pula nak cakap, buah import macam biasalah ada kadang- kadang limau mandarin dipetik awal. Itu yang ada terlebih masam tu sebab petik belum nak capai tahap matang.

Nanti sebelum nak beli tu, tengok buah limau mandarin ni nama apa. Sebelum ini, nak beli tak tengok apa dah, ambil terus letak dalam plastik. Lain kali tak nak dah buat macam tu.

Sumber di Straittimes dan impiana.my

Baca sini : Cara Nak Buat Kulit Mandarin Oren Kering

Terima kasih sudi baca, jemput follow blog ini ya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/12/cara-pilih-limau-mandarin-yang-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Popcorn Karamel Sedap Dan Manis

Cara Buat Popcorn Karamel Sedap Dan Manis

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 584 hits
Cara Buat Popcorn Karamel Bahan bahan popcorn Jagung kering Minyak masak marjerin Bahan bahan karamel Gula kastor gula perang Butter Marjerin Garam Light Corn Syrup Baking Soda Cara Panaskan kuali atau periuk bertutup masukkan 2 sudu besar ...
Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

Resepi Kerabu Mangga Lemak Manis Masak Cara Fiza

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 983 hits
Siapa je tak suka kerabu mangga kan Mostly semua orang suka kerabu mangga Yang tak suka tu mungkin kurang gemar dengan campuran bahan bahan yang ada Lain tekak lain citarasanya lah Resepi kerabu mangga antara resepi kerabu paling mudah oran...
Cara Baca Dan Pilih Tayar Kereta Yang Perlu Pembeli Tahu

Cara Baca Dan Pilih Tayar Kereta Yang Perlu Pembeli Tahu

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 1944 hits
Cara Baca dan Pilih Sebelum Beli Tayar Kereta Rasanya majoriti isi rumah di Malaysia ni confirm ada kereta kan Dan kebiasaannya bilangan kereta yang ada tu Lebih dari 1 Bila ada kereta ni memang sentiasa kena ada backup tabung kereta in cas...
Geram Etnik Uighur Ditindas Netizen Mahu Boikot Buah Limau Mandarin

Geram Etnik Uighur Ditindas Netizen Mahu Boikot Buah Limau Mandarin

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 473 hits
Nampaknya kebencian orang Islam di Malaysia terhadap kerajaan China yang menindas dan berlaku kejam terhadap umat Islam Uighur di negara itu memasuki tahap baharu Terkini terdapat gerakan daripada page page pengguna Islam di Facebook yang m...
Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 815 hits
Sekarang sepertinya kejadian buruk atau kemalangan sering berlaku di atas jalan raya semasa pemanduan Kalau kita tengok video rakaman daripada dashcam kereta macam macam kejadian kan Harapnya ianya tidak akan berlaku terhadap kita selama ki...
13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit Muka

13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit Muka

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 521 hits
13 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit MukaTips Pilih Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Masalah Kulit Muka Muka yang tak dijaga akan menyebabkan adanya jerawat whitehead blackhead jeragat dan sebagainya Tips pilih pencuci m...
Begini Cara Aman Bagi Lansia Untuk Mengganti Katup Jantung

Begini Cara Aman Bagi Lansia Untuk Mengganti Katup Jantung

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 270 hits
Datuk dr Rosli Mohd Ali dari Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur yang memimpi operasi dengan TAVI menerangkan metode TAVR TAVI tidak seperti operasi katup jantung terbuka
Video Tutorial Cara Menggunakan 1 Note

Video Tutorial Cara Menggunakan 1 Note

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 255 hits
Sambungan daripada entry sebelum ini entry kali ini mama akan muatkan tutorial cara menggunakan 1 Note Jom kita jadikan 1 Note sebagai alternatif kepada bahan edaran kepada murid yang akhirnya hanya akan menjadi roket sahaja Jika ikuti vide...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih