13 Rukun Solat Perkara Perkara Membatalkan Solat


13 Rukun Solat & Perkara-Perkara Membatalkan Solat
Solat adalah merupakan tiang agama. Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat apabila menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. 
Dalam menunaikan ibadah solat, terdapat beberapa aspek penting perlu kita pelajari agar ibadah solat kita diterima. Salah satu aspek terpenting yang perlu diketahui ialah rukun solat. 
Kita WAJIB mempelajarinya kerana sekiranya tertinggal salah satu rukun solat, maka solat tidak sah.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai rukun solat serta perkaa-perkara yang membatalkan solat. 
BACA JUGA: Bacaan Dalam Solat & Makna Bahasa Melayu
Maksud Rukun Solat Dari segi bahasa, rukun bermaksud asas atau tiang bagi sesuatu. 
Rukun solat pula bermaksud asas perbuatan-perbuatan dan bacaan yang wajib dilakukan secara tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.
Rukun solat terbahagi pula kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi.
Maksud Qalbi ialah rukun melibatkan hati; niat & tertib Maksud Qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan. Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri. Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah: Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar) Al Fatihah Tahiyat Akhir Selawat atas nabi Salam yang pertama Manakala rukun Fi’li ialah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Rukun tersebut adalah: Berdiri (qiam). Rukuk. Iktidal. Sujud. Duduk antara dua sujud. Duduk tahiyat akhir. 13 Rukun Solat “Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah”
— Riwayat Bukhari Terdapat 13 rukun solat yang wajib dilakukan semasa menunaikan solat, iaitu:
1. Niat
Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati. Niat bagi setiap solat adalah berbeza-beza mengikut jenis solat. 
2. Berdiri tegak
Maksud berdiri tegak adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat dan disunatkan menundukkan sedikit kepala untuk memandang ke tempat sujud.
3. Takbiratul Ihram
Takbiratul ihram adalah perbuatan melafazkan “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
4. Membaca al-Fatihah
Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
5. Rukuk
Rukuk adalah perbuatan membongkokkan tubuh badan 90 degree (kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung). Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut. 
6. Iktidal
Iktidal adalah perbuatan berdiri tegak selepas rukuk.
7. Sujud
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. 7 anggota sujud wajib diletakkan di kawasan sujud. Anggota sujud adalah:
Dahi -1 Kedua-dua tapak tangan -2 Kedua-dua lutut -2 Kedua-dua kaki -2 8. Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar secara iftirasy selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
9. Duduk tahiyat akhir
Duduk tahiyat akhir adalah duduk secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat ke atas Rasulullah
12. Memberi salam
13. Tertib
Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.
Panduan-Ringkas-SIFAT-SOLAT-NABI-SAW_websiteMUAT TURUN Perkara Yang Membatalkan Solat Berikut ialah antara perkara-perkara yang membatalkan solat: 
1.  Meninggalkan Rukun Solat Dengan Sengaja
Apabila rukun solat ditinggalkan secara sengaja, maka solat tidak sah. Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat. Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
2. Berhadas Semasa Solat
Solat akan terbatal apabila kita berhadas besar mahupun kecil semasa sedang solat. 
3. Makan & Minum
Makan dan minum semasa sedang solat akan membatalkan solat termasuk menelan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi. 
4. Melakukan Pergerakan Lebih Tiga Kali
Bergerak sebanyak tiga kali berturut-turut atau lebih yang bukan perbuatan solat.
5. Terbuka aurat
Terbuka aurat dengan kadar yang lama sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja seperti ditiup angin atau ditarik oleh anak-anak boleh membatalkan solat sekiranya tidak ditutup segera. 
RUJUKAN:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4507-irsyad-al-fatwa-siri-ke-512 https://www.muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1688

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/13-rukun-solat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=13-rukun-solat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Solat Hajat Doakan Anak Ustaz Minta Sebut Tiga Perkara Ni Dulu

Kerap Solat Hajat Doakan Anak Ustaz Minta Sebut Tiga Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 148 hits
Siapa yang tak mahu anak bijak serba serbi Satu kebanggaan pastinya bila anak mempamerkan keputusan yang cukup cemerlang dan akademik juga kurikulum di sekolah Selain usaha dan tidak putus asa kejayaan anak perlu diiringi dengan doa dari ib...
Nasihat Berbeza Dalam Bisnes 10 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Buatkan Perniagaan Anda Berjaya

Nasihat Berbeza Dalam Bisnes 10 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Buatkan Perniagaan Anda Berjaya

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 140 hits
Saya ada ikuti pendapat bagaimana nak jadikan sesebuah perniagaan itu berjaya oleh seorang bekas usahawan yang sekarang dah beralih arah lebih kepada falsafah kehidupan Namanya Martin Butler Dia seorang ahli fizik teori yang habiskan doktor...
Polisi Belum Kembalikan Berkas Perkara Firli Begini Respons Kejati

Polisi Belum Kembalikan Berkas Perkara Firli Begini Respons Kejati

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 126 hits
Kejati DKI Jakarta memastikan tidak ada konsekuensi apapun jika polisi belum selesai melengkapi petunjuk JPU meski melewati tenggat waktu
7 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Menguruskan Syarikat Perniagaan Dengan Baik

7 Perkara Yang Anda Perlu Buat Untuk Menguruskan Syarikat Perniagaan Dengan Baik

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 111 hits
Soalan paling kerap yang muncul dalam kepala setiap peniaga dalam menguruskan syarikat adalah macam mana nak menguruskan syarikat dengan baik Saya juga sering tertanya tanya apakah yang saya perlu buat yang boleh menunjukkan bahawa saya sed...
5 Perkara Yang Anda Mungkin Menyesal Bila Dah Tua Dan Makin Dekat Nak Masuk Kubur

5 Perkara Yang Anda Mungkin Menyesal Bila Dah Tua Dan Makin Dekat Nak Masuk Kubur

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 231 hits
Ada satu ucapan popular dipetik dari kata kata Steve Job yang menarik Bunyinya seperti berikut di bawah Perkara paling disesali dalam hidup ini adalah yang anda tidak lakukan Steve JobsDalam hidup sudah tentu banyak perkara yang menimbulkan...
Dikhabar Pernah Bercinta Dengan Jo Insung Go Hyunjung Tampil Dedah Perkara Sebenar

Dikhabar Pernah Bercinta Dengan Jo Insung Go Hyunjung Tampil Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 194 hits
Pelakon Go Hyun jung telah menjelaskan khabar angin hubungan romantik dengan Jo In sung pada masa lalu ARTIKEL BERKAITAN Pada 16 Januari Go Hyun jung telah membuat penampilan di dalam rancangan YouTube milik Jung Jae hyung Di mana di dalam ...
Telah Jalani 2 3 Hukuman Perkara Suap Mantan Bupati Kuansing Andi Putra Bebas

Telah Jalani 2 3 Hukuman Perkara Suap Mantan Bupati Kuansing Andi Putra Bebas

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 141 hits
Telah Jalani 2 3 Hukuman karena Terima Suap Mantan Bupati Kuansing Andi Putra Bebas
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan