5 Perkara Yang Anda Mungkin Menyesal Bila Dah Tua Dan Makin Dekat Nak Masuk Kubur




Ada satu ucapan popular dipetik dari kata-kata Steve Job yang menarik. Bunyinya seperti berikut di bawah.

Perkara paling disesali dalam hidup ini adalah yang anda tidak lakukan - Steve Jobs
Dalam hidup sudah tentu banyak perkara yang menimbulkan sesalan setelah dilakukan. Sekalipun menyesal, banyak perkara yang anda dapat saksikan, kesan dari apa yang anda lakukan itu pada diri sendiri juga pada orang lain.
Ia dapat memberi pengajaran yang besar sepanjang hidup. Boleh dijadikan pedoman agar ia tidak berulang. Malah boleh memberi manfaat pada orang lain juga agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tapi, bagi perkara yang anda tidak lakukan, sesalan adalah lebih besar.
Peluang terlepas begitu saja kekal disia-siakan. Anda tak tahu apa hasilnya. Tak dapat tahu juga tahap keupayaan yang ada pada diri sendiri. Tak mampu menerokai bakat yang ada dalam diri. Semua itu tak akan diperolehi selagi anda tidak nekad untuk melakukannya.
Lihat ke belakangSampai setakat ini, dengan jumlah umur yang telah anda gunakan selama menjalani kehidupan, adakah anda pernah pandang ke belakang. Merenung dan menilai setiap pengalaman samada yang betul mahupun yang silap. 
Saranan untuk berbuat demikian seingat saya, sudah sering dipesan oleh guru dan ustaz sejak di bangku sekolah lagi. Ia di beri nama 'muhasabah. Perlu dilakukan setiap hari jika ada niat mahu jadi manusia yang berguna dan berjaya.
Saya yakin anda juga dah lama tahu keperluan untuk bermuhasabah. Tapi malangnya, kebanyakan orang akan terus leka melangkah terus hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun sehinggalah musibah besar melanda diri.
Di kala itu baru nak pandang ke belakang. Baru nak rasa sesal dengan berbagai perkara samada yang dibuat atau tidak dibuat. Terasa ingin berpatah balik ke sana. Atau berdoa agar diberikan peluang untuk hidup satu tempoh hayat lagi agar dapat berbuat sesuatu.
Begitulah berlaku kepada ramai manusia. Leka dengan nikmat yang ada sehingga maut menghampiri. Ketika hidup kamu tidur, sudah mati baru terjaga.
5 perkara paling disesaliSaya ada baca lama dulu tentang seorang jururawat yang kerjanya menjaga pesakit yang sudah tiada harapan hidup lama. 
Dia ditugaskan untuk melayan pesakit, tunaikan semua keperluan mereka sehinggalah ke hari akhir hidup mereka. Sepanjang melaksanakan kerja itu dia sering berbual dengan mereka dan kumpulkan banyak maklumat terhadap apa yang orang nak mati sesalkan dalam hidup mereka sebelum itu.
Berikut adalah 5 perkara yang paling disesali di kala maut menghampiri. Mereka ingin berpatah balik dan betulkan semula jika berpeluang untuk terus hidup lagi.
1. Ikut kehendak orangRamai yang menyesal sebab selama ini dia hidup dengan mengikut apa yang orang lain harapkan untuk dia jadi. Dia tak hidup berdasarkan apa yang dia sendiri nak jadi. Hasilnya anda tidak pernah menjalani kehidupan sebagaimana yang anda kehendaki.
Banyak perkara berlaku dalam hidup, jika dipandang dari sudut ilmu dan logik adalah perkara yang tak betul yang perlu diubah. Tapi disebabkan ia jadi amalan dan kepercayaan masyarakat, lalu anda membiarkan saja dan menurutinya.
Contohnya seperti persepsi orang berjaya perlu ada kereta mewah, rumah besar dan isteri jelita. Itu sudah jadi jangkaan masyarakat terhadap orang yang mahu diangkat sebagai berjaya. Untuk mendapat pengiktirafan masyarakat  maka anda turuti kesemuanya walaupun ia banyak membebankan diri sendiri.
2. Kerja kuat sangatManusia moden terbelenggu dengan tekanan hidup untuk berjaya sebagaimana jangkaan orang seperti sesalan yang saya sebut di atas tadi. Untuk itu anda akan berusaha mengejarnya bersungguh-sungguh.
Demi memenuhi segala jangkaan, hidup jadi tidak seimbang, kawan-kawan dilupakan, ibubapa tidak dijenguk, kesihatan tidak di jaga, tidur kurang, anak-anak terpinggir, tiada masa beramal ibadah, tidak sempat berjemaah di masjid dan surau, tak kenal masyarakat, tak sempat menikmati kehidupan, tak pernah melihat kehebatan ciptaan Tuhan yang berbagai .. panjang lagi jika nak disenaraikan.
Dalam usaha yang tak pernah tamat itu, apa saja yang anda dapat sentiasa tidak mencukupi. Kerja kuat lagi, masih tak cukup, tambah dan tambah sampai nak mati baru tersedar.
3. Memendam rasaSebab nak jaga hati orang, anda pendamkan saja perasaan tidak diluahkan. Nak cakap tak tergamak. Berbagai andaian negatif dibayangkan dan semua itu membuatkan anda tak pernah luahkan apa yang dirasakan betul.
Contoh mudah masa muda dulu, ramai orang yang anda suka. Tapi orang itu tidak tahu yang anda menyukainya sebab anda simpan tanpa diluahkan.
Saya sendiri baru tersedar ada banyak perkara tak betul dan saya tak suka tapi diteruskan buat juga semata-mata ingin menjaga hati orang, hati keluarga atau hati pasangan. Kenapa saya tidak berterus terang saja. Sampai bila?
Sikap memendam rasa banyak merobek kebahagian dan kepuasan hidup anda. Ia juga menghalang anda dari melakukan perubahan yang lebih baik dalam kehidupan untuk diri sendiri dan semua orang sekeliling anda.
4. Putus berhubungan kawanMenyesal kerana tidak menyambung silaturahim sesama kawan secara istiqamah juga antara perkara paling kerap diluahkan oleh mereka yang nak mati.
Mustahil sepanjang menjalani kehidupan dari kanak-kanak sehingga tua, anda tidak pernah menjalinkan persahabatan. Punca putusnya perhubungan kawan hanyalah disebabkan anda tidak pandang tinggi dan tidak merasakan betapa pentingnya nilai persahabatan itu. Lalu perhubungan itu dibiarkan berlalu begitu saja.
Cuba ingat semula kawan-kawan awal anda ketika di kampung dulu. Selepas itu kawan sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan seterusnya kawan-kawan kerja. Adakah anda berusaha untuk luangkan masa berhubung semula dan jadikannya amalan yang konsisten sampai mati.
Jangan sampai teman kampung jadi kekok bila terserempak kerana anda tak pernah ambil peduli untuk mengekalkan persahabatan dengan mereka. Jangan sampai anda kehilangan teman berkongsi nostalgia membesar di kampung dulu. Apatah lagi kawan-kawan yang ada hubungan saudara, lebih utama lagi untuk dijalinkan berkekalan sampai ke tua.

Tanpa kawan-kawan hidup jadi amat membosankan. Kawan-kawan lah tempat berkongsi masalah, kebahagiaan, kebanggaan. Kawan-kawan juga merupakan tempat perkongsian minat yang mampu menjadikan hidup anda tidak membosankan.
5. Tak buat keputusan untuk bahagia.Antara perkara mudah tapi ramai yang terlupa adalah, anda mampu buat keputusan sendiri samada mahu bahagia atau mahu berduka. Jangan berikan keputusan untuk bahagia atau berduka itu kepada orang selain dari diri anda sendiri.
Yang sering berlaku dalam kehidupan sementara ini adalah, anda berikan berbagai syarat untuk bahagia. Contohnya, kalau ada RM1 juta baru nak bahagia. Atau jika ada isteri cantik jelita baru nak gembira. 
Ada yang letakkan syarat bahagia jika punya rumah banglo, ada kereta BMW 5 series, dapat jalan makan angin keluar negara, dapat punya pembantu rumah, ada kelengkapan serba lengkap dalam rumah, pakaian dan aksesori mewah dan sebagainya.
Ditempat kerja pula, di mana 1/3 dari hidup anda di habiskan di sana, anda berikan syarat juga untuk bahagia. Tunggu dapat kerja yang anda suka, tunggu dapat boss yang baik, tunggu kenaikan pangkat, naik gaji dan sebagainya. 
Sedangkan bahagia itu adalah keputusan diri anda sendiri. Bahagia atau tidak adalah satu pilihan. Buat keputusan untuk bahagia sekarang juga dan carilah jalan bagai mana untuk rasakannya. Perlu ubah cara berfikir yang tidak membahagiakan, tentu ada.
Tak perlu ada syarat. Lihat apa yang anda ada, sedar di mana kedudukan anda sekarang dan ucapkan rasa syukur kepada Tuhan. Bisikkan pada diri anda sendiri bahawa semua yang anda ada itu cukup untuk membahagiakan anda. Kalau orang lain tak rasa begitu, abaikan saja. Bukan kerja anda ubah apa yang orang lain nak fikir.
Jangan tunggu nazakMungkin banyak lagi yang akan anda sesalkan dikala sakaratul maut. Tapi tak perlulah tunggu nazak baru nak menyesal. Anda boleh mula bayangkan sekarang dan buat perubahan segera. Buat pelan pelan, insyaallah akan ada perubahan.
Tahap penyesalan anda sebenarnya bergantung kepada tahap ilmu yang ada. Dengan ilmu, mana penting dan mana tidak penting dapat dibezakan.
Namun begitu, bukan mudah untuk melaksanakan yang penting seandainya anda asyik terikut dengan definisi orang lain. Tak mudah juga tanpa sokongan kawan yang dapat anda luahkan pendapat dan berterus terang. Lihat semula 5 perkara di atas dan mula buat perubahan sekarang sementara anda masih ada masa.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2023/09/jangan-tunggu-nak-mati-ubah-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cak Imin Tanya Mahfud Soal Konflik Agraria Ini Bukan Main Main Kiamat Makin Dekat

Cak Imin Tanya Mahfud Soal Konflik Agraria Ini Bukan Main Main Kiamat Makin Dekat

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 147 hits
Menurut Cak imin banyak masalah yang menjadi kendala terlaksananya reformasi salah satunya birokrasi yaitu kesungguhan politik juga kemauan kepemimpinan
Tua Tua Pun Bodoh Suruh Semak Maklumat Tak Mahu Kecil Ke Il Tak Nak Mampos

Tua Tua Pun Bodoh Suruh Semak Maklumat Tak Mahu Kecil Ke Il Tak Nak Mampos

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 181 hits
Dah kata RPK tu penipu besar Nama dalam SD dia tu main belasah je Siap ada nama anak Tan Sri Speaker dan Lim Guan Eng apa benda tu Lepas tu kata GRS pun sokong Sekali Armizan kata dia tak ada tanda tangan pun Dan tak ada pun orang yang appr...
Foto Pilpres Makin Dekat Relawan Prabowo Gibran Gencarkan Kampanye Makan Dan Susu Gratis Ke Warga

Foto Pilpres Makin Dekat Relawan Prabowo Gibran Gencarkan Kampanye Makan Dan Susu Gratis Ke Warga

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 165 hits
Menjelang Pilpres 2024 yang akan berlangsung pada 14 Februari 2024 relawan Prabowo Gibran menggencarkan kampanye langsung ke warga
Akai Tak Dak Ada Ka Cip Nak Masuk Dalam Badan Padu Jangan Percaya Tohmahan Cip Dimasukkan Ke Anggota Badan

Akai Tak Dak Ada Ka Cip Nak Masuk Dalam Badan Padu Jangan Percaya Tohmahan Cip Dimasukkan Ke Anggota Badan

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 211 hits
Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpengaruh dengan sebaran maklumat palsu di media sosial kononnya mikrocip akan dimasukkan ke dalam anggota badan apabila sistem maklumat penduduk Malaysia digitalisasikan sepenuhnya melalui Pangkatan Data ...
Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

Hiburan Kau Aniaya Tyzo Dari Awal Jahat Sangat Nak Masuk Abpbh Tahun Depan Tak Ada Pesaing Dj Anne Selangor Fm

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 264 hits
Susulan daripada penamatan kontrak penyampai radio Suria FM Tyzo oleh pengurus besar syarikat radio tersebut iaitu DJ Lin muncul pula beberapa kenyataan daripada penyampai radio stesen lain berkenaan isu tersebut Berikutan pendedahan itu ne...
Senang Sangat Nak Tempah T Shirt Dan Canvas Ikut Citarasa Kita Dekat Printcious Com

Senang Sangat Nak Tempah T Shirt Dan Canvas Ikut Citarasa Kita Dekat Printcious Com

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 110 hits
Assalammualaikum Sekarang ni nak keluar mana mana pun takut sebab kes Covid 19 dekat Selangor dan KL tinggi sangat Hari ni je dah cecah 6 ribu lebih kes seluruh Malaysia Eyza sekarang memang banyak beli online dari pergi kedai Kalau tak bet...
Aku Tinggalkan Isteri Demi Janda Yang Lagi Tua Dari Aku Tapi Aku Menyesal Tertipu Dengan Solekan Tebal Dia Selama Ni

Aku Tinggalkan Isteri Demi Janda Yang Lagi Tua Dari Aku Tapi Aku Menyesal Tertipu Dengan Solekan Tebal Dia Selama Ni

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 253 hits
Sekarang aku dekat kampung aku pakai fb adik aku Aku balik kampung sebab nak tenangkan fikiran aku Aku nak luah betapa menyesalnya aku sekarang ni Aku bercerai dengan isteri aku dah dekat setahun Cerai sebab salah aku sendiri aku curang aku...
Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

Ibu Hamil Makin Mudah Nak Bersalin Cuba Senaman Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 133 hits
Semakin dekat hari nak bersalin ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar Senaman macam mana Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar perg...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord