13 Pelajar Kolej Vokasional Dipenjara Seorang Seumur Hidup 12 Sebatan


13 Pelajar Kolej Vokasional Dipenjara, Seorang Seumur Hidup, 12 Sebatan
TAWAU, 28 Ogos (Bernama) — Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada tahun lepas.
Hakim Datuk Duncan Sikodol turut memerintahkan 12 pelajar bawah umur ditahan di penjara atas perkenan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah mengikut Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan sama.
Beliau mengarahkan semua tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan pada 22 Mac tahun lepas.
Ketika kejadian, remaja yang dikenakan hukum penjara seumur hidup (30 tahun) itu berusia 19 tahun, manakala 12 yang lain berusia 16 dan 17 tahun.
Kesemua mereka disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama atas kesalahan membunuh rakan asrama mereka yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan.
Dalam penghakimannya, Duncan berkata pihak pendakwaan memohon supaya hukuman mati dikenakan terhadap remaja terbabit, namun beliau berpandangan pesalah itu wajar diberi peluang untuk berubah dan membina kehidupan lebih baik.
“Hukuman ini bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi juga amaran tegas bahawa mahkamah tidak akan berkompromi dengan tindakan kejam sebegini,” katanya.
Duncan menegaskan budaya buli, khususnya di sekolah, bukan perkara baharu namun kini semakin serius sehingga meragut nyawa.
“Kes ini menjadi peringatan pahit bahawa buli bukan isu remeh. Ia memusnahkan masa depan anak-anak dan menghancurkan harapan ibu bapa.
“Ibu bapa menghantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu dan meraih masa depan lebih baik, tetapi ada yang pulang dengan trauma malah ada yang tidak kembali langsung. Keadaan ini mesti dihentikan. Tiada kanak-kanak sepatutnya berasa tidak selamat di sekolah atau asrama dan tiada keluarga harus menanggung tragedi sebegini,” katanya.
Jumaat lepas, mahkamah mendapati 13 pelajar berkenaan bersalah menyebabkan kematian Mohamad Nazmie Aizzat dan menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman.
Pada 28 Feb lepas, Duncan memerintahkan semua tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di asrama bilik 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, antara jam 9 malam, 21 Mac dan 7.38 pagi, 22 Mac 2024.
Pihak pendakwaan mengemukakan 25 saksi termasuk guru dan pelajar kolej berkenaan manakala pihak pembelaan memanggil 18 saksi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.
Lapan daripada 13 remaja terbabit diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang dan Kusni Ambotuwo.
BACA: Dari Kelantan Ke Denmark, Lagu ‘Cicak’ Jadi Fenomena Sumber: Bernama
The post 13 Pelajar Kolej Vokasional Dipenjara, Seorang Seumur Hidup, 12 Sebatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/13-pelajar-kolej-vokasional-dipenjara-seorang-seumur-hidup-12-sebatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Kes Bunuh Pelajar Seorang Dipenjara Seumur Hidup 12 Selama Diperkenan Tyt

Sabah Kes Bunuh Pelajar Seorang Dipenjara Seumur Hidup 12 Selama Diperkenan Tyt

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2092 hits
FMT ReportersPada 22 Ogos lalu Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan 13 remaja bersalah membunuh bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Pada prosiding penetapan hukum hari ini Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke ...
13 Remaja Didapati Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

13 Remaja Didapati Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 459 hits
FMT ReportersTertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada Mac tahun lalu Seramai 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama membunuh pelajar Kolej Vokasiona...
Suspek Bunuh Pelajar Kolej Dipercayai Individu Dikenali

Suspek Bunuh Pelajar Kolej Dipercayai Individu Dikenali

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 441 hits
Nor Azizah Mokhtaram hmetro com myKuala Lumpur Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang membunuh seorang pelajar kolej di sebuah rumah di USJ 2 1 Subang Jaya adalah individu dikenali mangsa Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komision...
Pelajar Kolej Maut Jatuh Jejambat 21m Di Dash

Pelajar Kolej Maut Jatuh Jejambat 21m Di Dash

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 668 hits
BernamaMotosikal ditunggang pelajar lelaki berusia 19 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh dari jejambat Impak kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa ...
Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 994 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang pelajar wanita sebuah kolej disyaki dibunuh ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2 1 Subang Jaya dekat sini Khamis lepas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan...
Hiburan Adik Nikah Itu Mudah Tapi Seumur Hidup Itu Lama Jadi Carilah Yang Tepat Abby Abadi

Hiburan Adik Nikah Itu Mudah Tapi Seumur Hidup Itu Lama Jadi Carilah Yang Tepat Abby Abadi

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3629 hits
Baru baru ini nama pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi sebutan selepas dikatakan mencampur urusan rumah tangga anak perempuannya dan berharap Marissa Dania berpisah dengan suaminya Aslam Malah menerusi siaran langsung sebelum ini Abby b...
Lelaki Penggal Kepala Isteri Kerat Anak Tiri Dipenjara 72 Tahun 24 Sebatan

Lelaki Penggal Kepala Isteri Kerat Anak Tiri Dipenjara 72 Tahun 24 Sebatan

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 562 hits
Sinar HarianShahrul Nizam dibawa polis ketika hadir ke mahkamah pada Isnin Foto Sinar HarianMELAKA Seorang warga Singapura dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas didapati bersalah at...
Pelajar Kolej Ditemui Tergantung Disahkan Dibunuh

Pelajar Kolej Ditemui Tergantung Disahkan Dibunuh

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 346 hits
SUBANG JAYA Seorang pelajar kolej wanita yang ditemui tergantung pada kipas di kediamannya di USJ 2 1 Khamis lalu disahkan mati dibunuh selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dicekik Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten K...
Pelajar Tingkatan Empat Maut Seorang Parah Insiden Langgar Lari

Pelajar Tingkatan Empat Maut Seorang Parah Insiden Langgar Lari

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2016 hits
Pelajar Tingkatan Empat maut seorang parah insiden langgar lari Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam insiden langgar lari di Kilometer 1 2 Lebuhraya Baru Lembah Klang awal pagi semal...
7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Info Banjir Terkini 2025

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

Irresistible Beef Jerky Recipe Made With Ground Beef

Adakah Ev Lebih Mudah Terbakar Bandingkan Risiko Ev Vs Kereta Petrol


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semai Pokok Kesum

Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar Adalah Kewajipan Semua Rakyat

Petronas Dari Rantaian Minyak Ke Rantaian Gol Liga Bola Bangladesh Menjadi Tajaannya

Dulu Disondol Kini Menyondol Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

5 Benda Di Rumah Anda Yang Suka Memanggil Ular