13 Oktober Tragedi Atau Kejayaan Untuk Anwar



KETIKA ramai pemimpin politik sibuk berkempen di Sabah untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri itu tiga minggu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu kenyataan media mengumumkan beliau mempunyai sokongan untuk mengambil alih pentadbiran negara.23 SeptemberKata Anwar pada tarikh ini, beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN)
 Anwar juga mendakwa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 22 September, sehari sebelum sidang media tersebut
 "Alhamdulillah. Kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ingin saya nyatakan, majoriti yang menyokong juga adalah dalam kalangan Melayu dan Islam
 "Secara konklusifnya, (jumlah majoriti) kuat dan kukuh. Saya tidak bercakap mengenai empat, lima, enam (Ahli Parlimen) tapi lebih daripada itu
  "Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap Agong dalam masa terdekat, insya-Allah," katanya ketika itu
 Namun ia terpaksa ditangguhkan kerana Yang di-Pertuan Agong menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 21 September

Istana Negara pada 23 September turut mengesahkan bahawa pertemuan dengan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sepatutnya diadakan pada 22 September terpaksa ditangguhkan
 Beberapa jam selepas Anwar mengumumkan mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa beliau tidak boleh menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar
 "UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar bagi menyatakan hasrat beliau," katanya
 Ahmad Zahid berkata, ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasioanl (BN) telah menyuarakan sokongan
 Namun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan secara terperinci bentuk sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN
 "Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan," ujarnya
  Sebuah portal mengeluarkan senarai 121 ahli Parlimen yang didakwa memberikan sokongan kepada Anwar namun ianya tidak dapat dipastikan kesahihannya
 Selepas itu, seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet menafkan bahawa mereka memberikan sokongan kepada Anwar
 Ekoran dari kenyataan Zahid yang mendakwa ramai Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar, PAS mengeluarkan kenyataan mendesak UMNO memberi penjelasan sejelas-jelasnya berhubung dakwaan tersebut
  Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata penjelasan dari UMNO itu penting memandangkan parti itu telah menandatangani persefahaman dan persetujuan yang termaktub Piagam Muafakat Nasional
 Katanya, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah
 “Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH
 “Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini,” katanya dalam satu kenyataan
 Manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Anwar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau memperoleh sokongan majoriti Ahli-ahli parlimen sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai penubuhan sebuah kerajaan baharu
 Dr Mahathir menegaskan, tindakan Anwar bukan sahaja memberi kesan dalam kestabilan ekonomi negara malah turut akan menjejaskan imej Malaysia
 Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, situasi yang berlaku ketika ini amatlah membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat terutama melalui tindakan "membeli" wakil rakyat untuk menyokong pemimpin tertentu dengan begitu mudah
 "Jadi (tindakan) ini tidak baik, tetapi kita juga terima hakikat bahawa orang yang ada majoriti boleh dapat (mentadbir negara), tapi ini belum ditunjuk, cuma dakwa ada majoriti yang banyak. Sekarang kita dapati ada yang menafi (terutama dari pemimpin UMNO), jadi keadaan tidak menentu,"Kalau Datuk Seri Anwar ada (majoriti), buktikan bahawa dia betul cukup bilang dan kita akan putuskan perkara itu
 "Tetapi bila kita sebut sesuatu dengan tidak beri penjelasan kononnya dapat majoriti, maka ini akan timbul (kekeliruan), (dan) sebabkan keadaan tidak stabil dalam negara dan dia menjadi kesan dalam pelaburan dan sebagainya," katanya
 Hari berganti hari, ramai yang menunggu bilakah benar Anwar akan ke Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongan yang beliau dakwa kukuh dan menyakinkan itu
 Bukan sedikit yang percaya bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baharu. Begitulah juga sebaliknya
 Akhirnya pada 8 Oktober lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober ini
 Sehari selepas itu, dalam satu mesyuarat secara sidang video, Anwar memberitahu ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) partinya bahawa kerajaan yang bakal ditubuhkannya ialah “kerajaan Melayu-Islam”
 Cerita tentang sokongan kepada Anwar untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-9 kembali kedengaran dengan berbagai teori konspirasi
 Beberapa parti politik antaranya PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) membuat kenyataan bahawa mereka kekal menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN, biarpun dalam sidang medianya tiga minggu sebelum ini Anwar mendakwa mendapat sokongan Ahli Parlimen bukan parti
 Tiga Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Shahhidan Kassim dan Datuk Ahmad Nazlan Idris masing-masing dari Besut, Arau dan Jerantut membuat laporan polis bagi menegaskan mereka tidak memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak
 Idris yang juga Pengerusi Felda memberitahu media laporan polis merupakan cara terbaik untuk beliau menjelaskan pendirian serta membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan presiden PKR itu
 “Saya tidak pernah dihubungi (oleh Anwar), tidak pernah memberikan sokongan (kepada Anwar) tapi dikatakan menyokong
 “Saya tidak faham. Saya sudah membuat kenyataan media sebelum ini menafikan saya menyokong Anwar namun seolah-olah tidak diendahkan,” katanya
 Esok, Selasa 13 Oktober 2020, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak terutama penyokong Anwar
 Adakah 13 Oktober bakal menjadi tragedi buat Anwar atau merupakan hari penuh sejarah buat beliau yang telah lama menanti untuk diangkat sebagai perdana menteri

MR :  Ini adalah politik "kamikaze"  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/13-oktober-tragedi-atau-kejayaan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abadikan Atau Menjadi Tragedi Oktober

Abadikan Atau Menjadi Tragedi Oktober

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 211 hits
Oleh Dr Riduan Mohamad Nor Sulit sekali untuk tidak ingin mengambil tahu tentang sosok ini seperti sangkuriang perkasa yang muncul daripada hutan belantara dan dia memicu pesona pada rakyat jelata Medsos menggelegak hangat samada mencebikny...
Anwar Yang Minta Bukan Polis Tetapkan 13 Oktober Pdrm

Anwar Yang Minta Bukan Polis Tetapkan 13 Oktober Pdrm

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 211 hits
Polis DiRaja Malaysia menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya mereka sengaja memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan pada 13 Oktober 2020 bagi menghalang Ketua Pembangkang itu menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di Pe...
Terserah Pada Anwar Untuk Buktikan Sokongan Atau Tidak Kata Loke

Terserah Pada Anwar Untuk Buktikan Sokongan Atau Tidak Kata Loke

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 228 hits
Mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan semalam menyentuh mengenai rancangan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak banyak perincian yang dinyatakan mengenai perkara itu kata Setiausaha Organisasi keba...
Menanti Berakhirnya Tragedi Oktober

Menanti Berakhirnya Tragedi Oktober

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 191 hits
Pada 16 Oktober 2020Oleh Liew Chin Tong Tragedi Oktober di Malaysia telah sampai ke tahap di mana sama ada kerajaan Muhyiddin akan tumbang dahulu atau Umno berpecah sebelum rampasan kuasa oleh Najib Zahid terhadap Muhyiddin dilancarkan Ming...
Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

Siapakah Yang Umno Lebih Percaya Muhyiddin Atau Anwar Jadi Kunci Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 746 hits
malaysiadateline com Siapa yang Umno lebih percaya Bos atau Muhyiddin Terbukti Umno tidak boleh percaya kepada Muhyiddin selepas diberikan peluang untuk membentuk kerajaan bersama Umno kata orang kanan Anwar Kegagalan kerajaan Tan Sri Muhyi...
Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengunci mulut ketika ditanya sama ada parti itu kini telah beralih arah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Ada ke sebut begitu katanya pada sidang me...
Anwar Ibrahim Dipanggil Polis 9 Pagi 13 Oktober 2020

Anwar Ibrahim Dipanggil Polis 9 Pagi 13 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 288 hits
Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk pergi ke Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 13 Oktober 2020 jam 9 00 pagi bersabit dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat tehadapnya di mana beliau mendakwa bahawa ahli ahli parlimen Umno memb...
Umno King Maker Muhyiddin Kekal Atau Anwar Pm

Umno King Maker Muhyiddin Kekal Atau Anwar Pm

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 254 hits
Bersyarat Tetapi Zahid dan Najib perlu beringat perancangan siapa yang lebih sempurna Muhyiddin sangat terdesak Anwar terus mengatur strategi Semua kena beringat perancangan siapa yang lebih sempurna Muhyiddin lebih mempunyai pilihan dan le...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang